8 Cara Memulakan Bisnes Untuk Bakal Usahawan Yang Tidak Mempunyai Modal Yang Besar


Kenapa tak buat bisnes?
“Sebab tak ada modal…”
 
Ya, faktor tak ada modal kerap kali dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak memulakan sebarang usaha untuk berniaga.
 
Seolah-olah bagi diri dia, kalau nak mula berniaga, mesti kena ada modal yang besar. Tapi sedarkah anda, lagi besar modal yang diperlukan, maka lagi tinggi risiko yang perlu ditanggung!
 
Ada sesetengah orang yang jenis suka pasang angan-angan nak ada bisnes sendiri. Dalam imaginasi dia, dia mempunyai empayar perniagaan yang besar, ada ramai pekerja, dengan nilai bisnes bernilai jutaan ringgit.
 
Memang seronok kalau berangan-angan. Tapi, kalau diri sendiri tak pernah langsung ada pengalaman buat bisnes, hatta bisnes kecil-kecilan, logikkah bagi orang seperti dia mampu jalankan bisnes bernilai jutaan ringgit?
 
Sebelum nak terus terjun ke medan bisnes dan sembang juta-juta, buktikan dulu yang kita boleh berjaya apabila jalankan bisnes sendiri secara kecil-kecilan. Kita buktikan dulu yang kita boleh buat duit dari satu bisnes yang modalnya tak begitu besar.

Andai kata ditakdirkan kita gagal dalam bisnes yang pertama, kerugian kita tidaklah sebesar mana. Kita boleh belajar dari kesilapan dan bangkit semula dengan semangat dan ilmu baru, untuk uruskan bisnes yang lebih baik dan lebih besar dikemudian hari.
 
Macam mana nak mulakan sesuatu perniagaan dengan modal yang kecil? Itu yang saya nak bincangkan dalam posting pada kali ini. Percayalah, dalam bisnes kita memang boleh mula dari bawah, mula dengan modal yang minima dan bangkit sedikit demi sedikit dari situ.
 
Inilah dia triknya!

 
Mulakan bisnes secara part time Jangan tergesa-gesa nak jalankan bisnes secara fulltime. Kita tak pasti, sama ada idea bisnes yang kita miliki boleh pergi jauh atau sebenarnya hanya dapat bertahan satu atau dua tahun semata-mata.
 
Ada ketikanya, idea bisnes yang inovatif dan nampak hebat atas kertas rancangan perniagaan sebenarnya sehebat mana apabila dijalankan. Realiti tak semestinya sama seperti atas kertas.
 
Bila buat bisnes secara part time, kita boleh kekalkan kerja sepenuh masa kita dan buatlah bisnes pada masa terluang, pada waktu malam atau ketika cuti.
 
Andai kata bisnes kita kurang berjaya, kita masih ada duit gaji sebagai back up. Selain itu, kalau kita perlu beli kelengkapan dan peralatan untuk jalankan bisnes, kita boleh guna duit gaji dan tak perlu buat pinjaman.
 
Bisnes itu sendiri sudah ada risiko. Janganlah tambah risiko dengan membuat pinjaman untuk bisnes yang belum tentu akan berjaya.
 
Buat bisnes yang boleh dijalankan dari rumah Terdapat banyak elemen penjimatan yang anda bakal nikmati sekiranya bisnes pilihan anda boleh dilakukan hanya dari rumah. Anda masih tak pasti apa contoh bisnes yang boleh dilakukan dari rumah?
 
Jangan risau. Saya pernah tulis sebuah posting yang menyenaraikan 20 idea bisnes yang boleh dijalankan hanya dari rumah.
Baca disini: 20 Idea bisnes dari rumah dengan modal minima
 
Jalankan bisnes yang tak memerlukan modal yang besar atau modal yang sangat minima Setiap perniagaan ada risikonya.
 
Lagi besar modal yang diperlukan, lagi besar risiko yang anda perlu tanggung. Namun ini bukan bermakna risiko itu adalah sesuatu yang buruk.
 
Dengan pengalaman dan ilmu yang betul, seseorang itu pasti mampu untuk uruskan sesebuah perniagaan dengan baik, walaupun risikonya besar. Jangan jadikan faktor risiko sebagai alasan untuk tak nak buat sebarang bisnes.
 
Terdapat tiga jenis model bisnes yang anda boleh mulakan dengan modal yang sangat minima dan risiko yang rendah. Pilihlah salah satu sebagai bisnes pertama anda.
 
Pertama, buat bisnes jual produk melalui kaedah dropship.
Kaedah dropship boleh mengelakkan anda menanggung kerugian jika produk yang anda jual tak laku. Sekarang ini boleh dikatakan hampir semua produk yang ada dalam pasaran, kita boleh cari siapa yang boleh jadi supplier dropship untuk kita.
 
Katakanlah anda minat nak cuba jual Power Bank.

Salah satu syarikat yang boleh jadi supplier dropship anda adalah Kumoten. Kumoten tawarkan powerbank jenama Starlo dengan harga RM37.64 sahaja.
 
Anda boleh jual semula ikut harga pasaran atau harga yang dicadangkan iaitu RM46.70
Dari situ, anda boleh dapat keuntungan sebanyak RM9.
 
Anda tak perlu keluar sebarang modal untuk mulakan bisnes secara dropship, sebaliknya anda boleh jana keuntungan seperti ini.
Baca lagi disini: Panduan mencari pembekal yang boleh dipercayai untuk bisnes dropship
 
Kedua bisnes affiliate.
Konsep affiliate sebenarnya lebih kepada kita jadi ejen sahaja. Apa kata anda jadi ejen affiliate laman web ecommerce yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan seperti Lazada dan juga Shopee. Saya percaya, dengan kerajinan dan usaha berterusan pasti anda juga akan berjaya hasilkan pendapatan.
Baca juga:
(1) Program Affiliate Shopee – Cara join beserta dengan BUKTI Pendapatan
(2) Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?
 
Ketiga, jalankan bisnes servis atau perkhidmatan.
Dalam bisnes jenis servis, kita menjual kepakaran kita. Ada satu jenis servis yang saya boleh berikan contoh yang tak perlukan kita keluar modal yang besar untuk bermula.

Saya berikan contoh, anda jadi seorang tutor. Kerja sebagai tutor tak semestinya hanya dalam ruang lingkup bidang akademik sahaja.
 
Ia boleh diluaskan lagi. Jika anda mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu, dan kepakaran itu memang dicari-cari oleh sebahagian orang, maka anda boleh mula tawarkan diri untuk jadi tutor atau personal coach.
 
Anda pandai dalam bab pelaburan saham dan forex? Jadilah seorang tutor yang mengajar subjek tersebut.
 
Tak perlu beli kelengkapan kalau boleh sewa Sebelum buat keputusan untuk beli, cuba lihat dulu alternatif untuk sewa.
 
Ada banyak juga kelebihan yang bakal anda perolehi jika memilih untuk menyewa, berbanding terus beli. Pertama sekali, anda tak perlu keluarkan modal yang besar untuk bayar kos barangan tersebut.
 
Ibarat macam tempat kediaman kita. Kenapa pilih untuk sewa dan kenapa tak pilih untuk beli? Sudah tentu jawapannya adalah berkait rapat dengan tahap kemampuan. Kalau menyewa, kita hanya perlu bayar sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan.
 
Tapi kalau beli, kita akan ada komitmen hutang berjumlah ratusan ribu dan perlu komited membayar hutang tersebut sampai habis.
 
Begitu juga dalam perniagaan. Bila kita menyewa, kita hanya perlu bayar satu jumlah yang kecil sahaja. Dengan bayaran sewa yang minima, kita dapat menggunakan peralatan yang sangat baik kondisinya.
 
Kita juga tak perlu risau jika berlaku kerosakkan, sebabnya pemilik barang yang kita sewa akan gantikan dengan yang baru tanpa sebarang kos tambahan.
 
Kalau perlu beli, cuba cari barangan terpakai Salah satu bisnes yang saya sendiri jalankan adalah bisnes kedai runcit. Saya agak bertuah sebabnya pada waktu saya mulakan bisnes ini, kebetulan ada orang nak jual rak kedai runcit terpakai.
 
Keadaan rak tersebut tidaklah seratus peratus perfect, tapi ia masih lagi dapat digunakan. Bila berada dalam keadaan yang kurang modal, kenalah jadi lebih berhati-hati dalam berbelanja.
 
Peralatan seperti rak kedai tidak akan memberikan aliran duit masuk kepada bisnes. Ianya adalah belanja hangus. Namun, kalau tak ada rak, barangan dalam kedai akan kelihatan bersepah dan langsung tak kemas.
 
Salah satu tempat yang saya boleh syorkan untuk anda cari barangan terpakai adalah di laman web iklan mudah.my

Selain itu, boleh juga lihat di laman web Lazada ataupun di Shopee.
 
Kedua-dua laman web ini lazimnya menjual produk baru. Namun kalau bernasib baik, boleh juga dapat barangan kelengkapan untuk bisnes yang masih baru dengan harga yang tak begitu mahal.
 
Bercakap tentang rak kedai runcit, saya ada jumpa rak kedai dari jenama One Boss yang boleh diperolehi dari laman web Lazada.

Anda boleh lihat pelbagai tawaran dengan harga yang menarik disini.
 
Kunjungi tempat-tempat yang menjalankan clearance stock Cuba alert dengan promosi penghabisan stok atau jualan gudang yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk atau kelengkapan yang anda perlukan bagi menjalankan bisnes anda.
 
Iklan-iklan seperti ini biasanya dikongsikan di media sosial. Produk clearance stock kadang-kadang bukan produk baru, tapi ia masih lagi mempunyai tahap kualiti yang baik.
 
Dapatkan bantuan dan khidmat freelancer Anda mungkin perlukan bantuan dalam menjalankan bisnes anda.
 
Kalau nak ambil pekerja sepenuh masa ataupun nak ambil pekerja sambilan, kosnya mungkin agak tinggi. Jadi, cadangan saya adalah anda dapatkan khidmat freelancer.
 
Tahukah anda sebenarnya freelancer bukanlah seorang yang gagal mencari pekerja tetap. Mereka sebenarnya mempunyai kemahiran yang sangat tinggi, cuma mereka memilih untuk tidak mahu terikat pada satu syarikat dan lebih gemar bekerja mengikut terma yang mereka sendiri tetapkan.
 
Kalau bercakap dari segi skil, ada banyak freelancer yang mempunyai skil yang baik, dan dengan skil yang mereka miliki, mereka mampu untuk jana pendapatan tanpa perlu bergantung harap pada mana-mana majikan.
 
Dari segi kos untuk mengupah freelancer, boleh jadi lebih murah kalau nak bandingkan dengan anda mengupah pekerja tetap. Lazimnya freelancer akan bekerja mengikut projek dan tugasan yang spesifik.
 
Saya berikan beberapa contoh yang mana anda boleh dapatkan khidmat freelancer
Khidmat membina laman web jualan Khidmat menyediakan perkhidmatan accounting untuk bisnes anda Perkhidmatan pemasaran Kerja-kerja pengiklanan Kerja menghasilkan design jika anda membuat bisnes percetakkan  
Kalau susah nak cari pekerja tetap, atau anda bimbang kos untuk mengupah pekerja bakal membuatkan bisnes anda langsung tak ada untung, maka bolehlah pertimbangkan untuk dapatkan perkhidmatan dari freelancer.
 
Oh by the way, saya juga bekerja sebagai freelancer dan perkhidmatan yang saya tawarkan adalah membuat pemasaran bagi pihak klien saya menerusi kaedah advertorial dan search engine optimization (SEO).
 
Iklankan produk anda di laman web yang tinggi trafiknya Bagaimana orang nak tahu, yang anda menjalankan perniagaan?
 
Jawapannya adalah dengan membuat aktiviti pemasaran. Kaedah pengiklanan juga merupakan salah satu daripada cara untuk melakukan kerja-kerja pemasaran.
 
Tabiat biasa bagi usahawan yang baru nak mulakan bisnes adalah menggunakan akaun media sosial untuk jual barang. Ini adalah satu langkah yang bijak, apabila kita ambil kira faktor seperti tiada kos pengiklanan yang perlu dibayar dan mudah untuk digunakan.
 
Tapi tahukah anda, apabila guna media sosial, bilangan prospek yang bakal melihat iklan produk anda adalah terhad kepada berapa ramai orang kawan yang anda miliki. Itupun bukan semua orang akan nampak, sebaliknya mungkin sekitar 10 – 15% sahaja.
 
Saya syorkan, kalau anda buat bisnes jual barang, lebih baik iklankan produk anda di laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.
 
Apa laman web tersebut?

Iklankanlah produk yang anda jual di laman web Shopee.
 
Jika anda belum pandai menggunakan shopee sebagai platform bisnes anda, ada banyak panduan buat bisnes di Shopee yang telah dihasilkan oleh usahawan yang dah berjaya berbisnes di Shopee.
 
Saya pernah baca sebelum ini, yang mana laman web Shopee sudah mula mengatasi laman web Lazada sebagai laman web yang paling banyak pengunjung. Lebih kurang 20 juta pengunjung dalam sebulan!
 
Cuba bayangkan kalau anda jual barang di shopping mall yang ada 20 juta orang pengunjung! Tak kanlah dalam ramai-ramai tu langsung tak ada yang nak beli produk anda.
 
Baiklah, saya doakan semoga hasrat anda untuk jadi usahawan yang berjaya akan tercapai. Setiap kejayaan yang besar, biasanya bermula dengan langkah pertama, tak kiralah walau sekecil mana langkah tersebut.
 
 
The post 8 Cara memulakan bisnes untuk bakal usahawan yang tidak mempunyai modal yang besar appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cara-memulakan-bisnes-dengan-modal-rendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ydp Agong Berkenan Mengurniakan Surat Cara Pelantikan Kepada Hakim Besar Malaya

Ydp Agong Berkenan Mengurniakan Surat Cara Pelantikan Kepada Hakim Besar Malaya

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 447 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ihsg Diramal Bakal Perkasa Investor Disarankan Buru Saham Kapitalisasi Besar

Ihsg Diramal Bakal Perkasa Investor Disarankan Buru Saham Kapitalisasi Besar

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 198 hits
Analis Senior PT KGI Sekuritas Yuganur Wijanarko menuturkan aksi jual kaum beruang akibat volatilitas regional telah menahan kenaikan IHSG selama sepekan pada minggu lalu Tetapi secara grafik indeks hari ini mengindikasikan sinyal positif
Thanos Dah 4 Kali Beli Ayam Gunting Ni Suntingan Mantap Cara Lelaki Ini Bantu Bisnes Sahabatnya Memang Unik

Thanos Dah 4 Kali Beli Ayam Gunting Ni Suntingan Mantap Cara Lelaki Ini Bantu Bisnes Sahabatnya Memang Unik

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 475 hits
Sahabat yang terbaik ialah mereka yang sentiasa di sisi kita ketika sedang menapak dalam kehidupan Biasanya kita dinasihati untuk membantu rakan yang memulakan perniagaan dengan membeli barang jualannya dan menghindari sikap meminta minta d...
Tania Nadira Bakal Bulan Madu Bareng Keluarga Besar Di Eropa

Tania Nadira Bakal Bulan Madu Bareng Keluarga Besar Di Eropa

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 288 hits
Usai menyelenggarakan pernikahan mewah bersama Abdullah Alwi Tania Nadira rencananya akan bulan madu bulan September Mereka akan bulan madu bersama keluarga besar
Ramai Tak Tahu Cara Menjana Pendapatan Tambahan Dengan Bisnes Affiliate

Ramai Tak Tahu Cara Menjana Pendapatan Tambahan Dengan Bisnes Affiliate

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 364 hits
Duit Gaji Tak Cukup Sara Keluarga Pendapatan Tambahan TakdaGaji tak cukup nak bayar sewah rumah belanja keluarga dan sekolah Harga barang makin naik belanja makin melonjak bila anak bertambah dan membesar Gaji tak bertambah dan beri tekanan...
Dapatkan Dana Usaha Di 5 Perusahaan Besar Modal Ventura Yang Sudah Terdaftar Ojk Berikut Ini

Dapatkan Dana Usaha Di 5 Perusahaan Besar Modal Ventura Yang Sudah Terdaftar Ojk Berikut Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 228 hits
Untuk mendapatkan dana modal usaha memang gampang gampang susah terlebih bagi Anda yang baru mulai merintis bisnis atau bahkan sekelas Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bisnes 10x Ganda Lebih Bagus

Cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bisnes 10x Ganda Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 318 hits
1 Mindset Positif Segala galanya bermula dengan niat dan fikiran Sehebat atau secekap mana pun anda dalam melakukan sesuatu namun jika niat atau fikiran anda salah pasti akan memberi kesan tertentu kepada produktiviti anda pada jangka
Oneplus Bakal Hadir Dengan Oneplus 7t Pro

Oneplus Bakal Hadir Dengan Oneplus 7t Pro

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 221 hits
OnePlus telah pun memperkenalkan OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro beberapa bulan lepas Terkini hadir desas desus baru mengatakan pengeluar peranti berkenaan bakal memperkenalkan kemaskini dibawah siri T tidak lama lagi Seperti ramai sedia maklum...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025