8 Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat


Setiap ibu tidak mempunyai nasib yang sama dari segi kuantiti susu badan. Ada yang susu badannya sangat banyak, dan ada juga susu badan yang sedikit. Ia bergantung pada keadaan ibu tersebut. Akan tetapi, kita boleh banyakkan susu badan dengan cepat. Terdapat banyak cara untuk banyakkan susu badan ini.
Jadi, perkara pertama yang ibu menyusu ini perlu jelas untuk banyakkan susu badan adalah konsep permintaan & penawaran (demand & supply). Maksudnya di sini, apabila anak kita lagi kerap menyusu, lagi banyak kilang susu akan menghasilkan susu. Kagum dengan ciptaan Allah kan.
Perkara kedua yang ibu-ibu perlu tahu adalah saiz perut bayi. Bagi bayi yang baru lahir, perut mereka sangat kecil. Jadi, bayi hanya perlukan sedikit sahaja kuantiti susu untuk mereka kenyang.
Boleh lihat gambar dibawah nie sebesar mana perut bayi yang baru lahir hingga usia sebulan. Kuantiti susu akan bertambah dari sehari ke sehari mengikut keperluan bayi tersebut. Jadi, kita tak perlu nak fikir cukup atau tidak susu yang diperlukan oleh bayi kita. Waktu ini kita tidak perlu banyakkan susu badan lagi.
Akan tetapi sekiranya, anak menunjukkan tanda-tanda seperti tidak cukup susu, bermaksud susu kita tidak mencukupi untuk anak. Berbalik pada cara untuk banyakkan susu badan. Kita praktikkan satu-satu supaya susu kita kembali kepada keadaan normal semula.
Cara untuk Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat 1. Tenangkan fikiran, banyakkan berehat & berfikiran positif
Tekanan boleh menghalang keupayaan semula jadi badan untuk melepaskan susu ibu. Cari tempat yang tenang untuk menyusu atau mengepam. Ibu boleh tenangkan fikiran ibu dengan mendengar muzik yang tenang, melihat gambar anak-anak, dan sebagainya.

Terlalu letih juga boleh menyebabkan susu berkurang. Jadi, banyakkan berehat dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu kita cukup untuk anak kita.  
2. Kekerapan mengepam susu Semakin banyak kali ibu mengepam susu lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Jika ibu seorang yang bekerja sepenuh masa, cuba untuk mengepam setiap selang 3 jam sekali. Jika boleh , pam kedua-dua payudara pada masa yang sama . Ia akan menjimatkan masa ibu. Dengan menambah kekerapan menyusu/ memerah, anda meningkatkan kadar hormon prolaktin dalam tubuh.

*Hormon prolaktin berfungsi untuk menggalakkan kilang susu menghasilkan lebih banyak susu.   Sekiranya ibu ingin mengumpulkan stok susu, berikut adalah contoh jadual mengepam:

Sesi 1 – Sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 – Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 – Pada sebelah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 – Sebelum tidur (lebih kurang jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. 
3. Susui bayi lebih kerap ketika bersama bayi Lebih banyak ibu menyusukan anak, lebih banyak bekalan anda akan apabila anda mengepam. Saya nasihatkan agar tambahkan kekerapan menyusukan bayi pada waktu malam, awal pagi dan semestinya pada hujung minggu. Pam selepas sesi penyusuan boleh membantu meningkatkan bekalan susu juga – walaupun mungkin waktu itu hanya beberapa titis susu yang keluar pada awalnya.
4. Tandem pumping Bagi membantu ibu menjayakan penyusuan, pada masa yang sama mendapatkan stok yang cukup untuk bayi sewaktu bekerja, ibu digalakkan juga untuk melakukan tandem pumping untuk banyakkan susu badan. Tandem pumping ni adalah teknik rangsangan payudara untuk menghasilkan susu lebih banyak, dimana ibu menyusukan bayi dan memerah susu serentak.

Selain melengkapkan penyusuan dan bonding session bersama bayi, ibu juga masih boleh mengumpul stok dengan cepat.

5. Power pumping (seminggu sekali) Buat power pumping sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menghantar signal kepada badan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu.

Pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi, jadi ambil peluang untuk menjadikan kilang susu yang lebih produktif.  

6. Banyakkan pengambilan air
Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup setiap hari. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan minuman berais. Air suam membantu percepatkan pengaliran bendalir dalam badan. 

Periksa warna urin untuk menentukan ibu cukup air atau tidak. Tanda cukup air, urin berwarna jernih dan tidak berbau. Jika urin berwarna keruh dan berbau, bermaksud ibu tidak cukup air dalam badan. Hati-hati kerana ia boleh buat anda pitam dan pening kepala pada siang hari.

Air, jus dan susu boleh membantu anda kekal terhidrat dan menggalakkan pengeluaran susu. Walaubagaimanapun, ibu dinasihatkan agar menghadkan soda, kopi dan minuman berkafein yang lain. Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan kerengsaan atau mengganggu tidur bayi anda. 
7. Jangan merokok Tabiat merokok dikalangan ibu-ibu boleh mengurangkan bekalan susu anda. Kandungan nikotin dalam badan anda boleh mengubah rasa susu dan mengganggu tidur bayi. Jika anda merokok, tanya doktor anda untuk pilihan bagi membantu anda berhenti. 
8. Pemakanan yang seimbang Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. Ini kerana badan kita akan mengesan makanan berminyak, pedas dan berempah sebagai makanan yang sukar dicernakan. Selain mengambil masa yang lama untuk diproses, ia juga akan menggunakan banyak air dalam tubuh kita. 

Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Lebihkan pengambilan sumber protein serta kalsium juga. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih kurang 2700 kalori sehari. Pengambilan makanan seimbang dalam kuantiti yang sedikit dan lebih kerap amat digalakkan.
Amalkan pengambilan supplemen juga bagi melengkapi nutrisi harian anda. Saya sangat menyokong penyusuan susu ibu, kerana banyak kelebihan menyusukan anak kita dengan susu ibu.
Semoga dengan perkongsian tips penyusuan ini dapat membantu ibu di luar sana yang mempunyai masalah kurang susu badan ini. Saya juga menggalakkan ibu yang menyusukan anak mengambil supplemen seperti SET MENYUSU SHAKLEE untuk membantu membanyakkan dan memekatkan susu ibu.
Set ini juga membantu anda sentiasa bertenaga supaya ibu-ibu tidak penat dengan tugasan harian dan menjaga anak serta dapat menyusukan anak dengan sempurna. Di artikel testimoni ini, mereka telah membuktikan bahawa set menyusu ini membantu ramai ibu untuk menjayakan proses penyusuan mereka.
Jika anda mempunyai masalah mengekalkan bekalan susu anda atau anda bimbang bahawa anda tidak menghasilkan susu yang cukup, sila hubungi saya untuk mendapatkan lebih informasi dan tips penyusuan melalui aplikasi whatsapp di 012-928 3726
Kita semua ibu yang hebat sekiranya berjaya menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun lengkap. 
——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
Jadual pengambilan vitamin
Tips ekslusif
Konsultasi percuma berterusan
Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————
The post 8 Cara Banyakkan Susu Badan dengan Cepat appeared first on MiaZain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miazain.com/8-cara-banyakkan-susu-badan-dengan-cepat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pisang Banyak Sangat Manfaat Untuk Kesihatan Tapi Cepat Masak Ini 5 Cara Nak Bagi Tahan Lama

Pisang Banyak Sangat Manfaat Untuk Kesihatan Tapi Cepat Masak Ini 5 Cara Nak Bagi Tahan Lama

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 690 hits
Ramai yang gemar makan pisang dan kebiasaannya buah ini akan sentiasa ada saja di rumah Tapi jadi masalahnya buah pisang ini tak tahan lama Cepat jadi lembik dan busuk Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisa...
Ini 17 Petua Dari Tukang Masak Termasuk Elak Nasi Cepat Basi Dan Cara Empukkan Daging

Ini 17 Petua Dari Tukang Masak Termasuk Elak Nasi Cepat Basi Dan Cara Empukkan Daging

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 324 hits
Tugas memasak telah menjadi sebahagian rutin harian para isteri yang bertungkus lumus bersilat didapur untuk memastikan makanan sentiasa terhidang untuk dijamah bersama ahli keluarga Pelbagai tips berguna yang perlu para isteri mahir dalam ...
Cara Membeli Travel Insurance Secara Online Murah Dan Cepat

Cara Membeli Travel Insurance Secara Online Murah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 291 hits
Cara Membeli Travel Insurans Secara Online Allhamdulillah persiapan untuk ke luar negara terutamanya perkara utama yang mesti uols buat ialah membeli insurans travel Banyak travel insurans yang dijual di kedai kedai di tepi jalan nak nak ka...
Cara Terbaru Agar Posting Blog Cepat Terindeks Google

Cara Terbaru Agar Posting Blog Cepat Terindeks Google

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 306 hits
Salah satu cara kerja mesin pencari Google adalah pengindeksan selain perambahan dan pemeringkatan Sistemnya dikenal dengan sebutan Algoritme Posting blog yang cepat terindeks Google akan cepat pula diperingkat dan muncul di halaman depan h...
Cara Jaga Luka Jahitan Bersalin Supaya Cepat Sembuh Nak Cepat Baik Anginkan Tempat Luka

Cara Jaga Luka Jahitan Bersalin Supaya Cepat Sembuh Nak Cepat Baik Anginkan Tempat Luka

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 985 hits
Berpantang selepas bersalin adalah salah satu tempoh penting untuk memulihkan kesihatan ibu Ada beberapa perkara penting perlu ibu elakkan terutama yang kena banyak jahitan masa bersalin Ini kerana otot dalaman dan luka itu memerlukan rehat...
Beda Dengan Baju Biasa Ini 7 Cara Merawat Kebaya Biar Nggak Cepat Kumal Dan Tahan Lama

Beda Dengan Baju Biasa Ini 7 Cara Merawat Kebaya Biar Nggak Cepat Kumal Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 301 hits
Biar bisa dipakai tahunan bahkan tiap kartinian merawat kebaya harus pakai cara khusus lo
Tidur Sambil Hisap Susu Gigi Cepat Rosak Kesianlah Anak Nak Mengunyah Pun Susah

Tidur Sambil Hisap Susu Gigi Cepat Rosak Kesianlah Anak Nak Mengunyah Pun Susah

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 843 hits
Nampak Gigi Anak Rosak Kena Serius Jika Perlu Paksa Berus Buatlah Kasihanlah Anak Bab jaga gigi anak ramai ibu bapa tak sedar ia berlaku atas kesilapan kita sendiri Disebabkan terlalu ikut apa yang anak nak makan dan membiarkan anak hisap s...
Begini Cara Aman Untuk Tambah Berat Badan Secara Sehat Dan Terukur

Begini Cara Aman Untuk Tambah Berat Badan Secara Sehat Dan Terukur

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 300 hits
Sama seperti menurunkan berat badan yang membutuhkan diet dan olahraga menambah berat badan juga membutuhkan hal yang sama Namun untuk lebih amannya kamu sebaiknya berkonsultasi dengan dokter untuk bisa secara aman menambah berat badan ini
Zizie Ezette Kongsi Cara Kurang 20kg Berat Badan Ketika Pantang

Zizie Ezette Kongsi Cara Kurang 20kg Berat Badan Ketika Pantang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 911 hits
siapa tak kenal pelakon Datin Seri Zizie Ezzete kini datin Zize berkongsi cara bagaimana menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa 44 hari selepas melahirkan anak perempuannya pada 1 Mac lalu Zizie 40 berkata dia perlu kuat unt...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults