8 Buah Tempatan Yang Jarang Ditemui Sekarang


Kredit: parenting.firstcry.com Malaysia sememangnya syurga makanan. Anda sebutlah apa jua makanan atau hidangan yang anda mahu, pasti anda akan jumpa di sini. Saya bukannya terlebih yakin tapi itulah hakikatnya.
Dari sajian utama ke pembuka selera hinggalah ke pencuci mulut, anda pasti berasa rambang mata dan pening kepala nak memilih makanan mana anda hendak cuba dahulu.
 
Patah Tumbuh Hilang Berganti Setiap perkara yang baik, pasti ada unsur-unsur negatif yang terpalit dengannya jua. Walaupun Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan yang enak belaka tetapi dengan peredaran zaman, makanan-makanan kegemaran kita yang dahulu semakin dilupakan.
Mana tidaknya? Untuk memberi ruang kepada trend-trend makanan baru yang lebih moden, makanan-makanan tradisional ini dipinggirkan dan seterusnya menjadi ‘pupus’. Agak menyedihkan tetapi itulah adat dunia.
Perkara yang lebih menyedihkan adalah bukan saja makanan yang terkena tempias ini malah buah-buahan tempatan kita juga. Jika anda perasan, kebanyakan buah yang dijual secara komersial hanyalah buah-buahan popular setiap durian, nangka, cempedak dan rambutan. 


Sebelum Terlambat… Oleh itu, terdapat kepentingan untuk kita mengenali buah-buahan tempatan yang dahulu cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia sebelum terlambat. Memang cukup merugikan untuk generasi akan datang tidak sempat merasai dan mencuba buah-buahan ini.
Ayuh kita sama-sama lihat 8 jenis buah-buahan tempatan yang semakin jarang ditemui. Mana tahu nasib anda baik terjumpa buah-buahan ini nanti.
 
1.Jambu Susu
Kredit: the thero  Buah pertama yang saya senaraikan di sini ialah buah jambu susu. Saiznya agak besar dan berwarna putih seperti susu. Meskipun namanya begitu, rasa buah jambu ini tidak begitu digemari ramai kerana sedikit masam dan terasa kelat. Buah jambu ini memang sedap dimakan bila dibuat jeruk, tambah-tambah lagi jika diletakkan asam boi dan hirisan cili padi. Namun begitu, jangan makan terlalu banyak kerana buah jambu susu ini mempunyai tahap keasidan yang tinggi hingga boleh menyebabkan pedih ulu hati. 


2. Jambu Bol Kredit: Kampus Tani Buah seterusnya yang disenaraikan dalam artikel ini ialah buah jambu bol ataupun jambu air. Baiklah, saya mengaku buah ini taklah sesukar mana untuk ditemui tetapi populariti buah ini semakin berkurangan. Buah jambu bol sangat manis dan memang sedap dimakan segar. Ada juga golongan yang makan buah jambu ini dengan nasi. Katanya, dibuat sebagai ulam. Tak tahulah sedap atau tidak tapi anda boleh cuba nanti.
Kalau teringin nak makan jambu bol, anda bolehlah berhenti sebentar di mana-mana kawasan rehat di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan. Memang banyak buah bol yang dijual di sana!
  3. Buah Kundang Kredit: Mori Said Buah tempatan ketiga yang semakin sukar untuk ditemui ialah buah kundang. Buah kundang atau buah kemior lazimnya dikategorikan sebagai buah kampung kerana pokok buah ini tumbuh dengan banyaknya di kawasan kampung. Buah kundang ini kelihatan seperti buah mangga kecil tetapi rasanya lebih masam dan mempunyai kadar serat yang lebih tinggi daripada buah mangga. Berhati-hati apabila memegang buah ini kerana getahnya boleh menyebabkan keradangan kulit.
Lazimnya buah kundang dinikmati sebagai pembuka selera, seolah-olah seperti salad. Memang cukup sedap apabila dijadikan sebagai kerabu!
 
4. Buah Cermai Kredit:bukalapak Bagi individu yang berasal dari kawasan utara tanah air, anda pasti kenal buah ini. Buah cermai atau nama dalam bahasa Inggeris, gooseberry, tumbuh dalam gugusan. Buahnya kecil dan berwarna hijau. Orang di utara cukup suka makan buah cermai ini dengan sedikit garam ataupun dijadikan sebagai ulam. Memang naik selera apabila makan buah ini dengan sambal belacan!

Buah cermai mempunyai nilai khasiat yang tinggi dan dipercayai digunakan sebagai penawar tradisional untuk penyakit sembelit, tekanan darah tinggi dan juga menghilangkan rasa bisa apabila digigit serangga. Saya tidak begitu pasti jika anda perlu melumurkan atau makan buah ini untuk hilangkan bisa gigitan tersebut. Apa kata, anda cari dan beritahu saya di ruangan komen di bawah.
  5. Buah Jentik Kredit: Trade Winds Fruit Buah tempatan kelima yang saya senaraikan dalam artikel ini ialah buah kegemaran saya. Kenapa? Sekejap lagi saya terangkan.

Buah jentik seringkali dikelirukan dengan buah rambai tetapi buah jentik mempunyai kulit berwarna oren terang dan lebih kecil berbanding buah rambai. Rasa buah ini masam kelat tetapi jika anda bernasib baik, anda akan dapat beberapa biji yang isinya terasa cukup manis.
Perkara yang cukup menarik tentang buah ini ialah anda perlu menjentik kulit buah ini untuk membukanya dan makan isi di dalam. Semasa kecil, itulah aktiviti kegemaran saya. Kalau nak anak anda duduk diam semasa anda makan buah jentik, suruhlah anak anda jentik buah ini.
  6. Buah Kuinin Kredit: Instazu.com Cukup senang untuk saya tahu jika ada buah kuinin di rumah atau tak kerana baunya. Baunya cukup wangi dan rasanya sangatlah manis. Buah kuinin ini sering kali dikelirukan dengan buah bachang tetapi bezanya, buah kuinin lebih bujur berbanding buah bachang. 

Saya tak begitu menggemari makan buah kuinin ini begitu saja. Saya biasa makan buah kuinin ini dengan sambal belacan atau cencaluk. Memang sesuai pembuka selera.
  7. Buah Pulasan Kredit: Trade Winds Fruit Ini bukan buah rambutan. Ya, buah ini berwarna merah seperti rambutan, mempunyai rambut seperti rambutan tetapi tidak. Buah ini ialah buah pulasan. Namanya diberi sebegitu kerana untuk kupas buah ini, anda perlu pulas kulit di luar.

Rasanya lebih manis dan isinya lebih lekang berbanding buah rambutan. Buah pulasan ini cukup sukar untuk ditemui di luar kerana lazimnya ditanam di kebun atau laman rumah masyarakat kampung. Anda cukup bertuah jika kenal sesiapa yang menanam buah pulasan di rumah kerana jika ditemui di luar, anda pasti terkejut melihat harganya yang cukup mahal.
  8. Buah Rokam Kredit: Hanya di Alam Maya Aku Bercerita Buah terakhir dalam senarai buah ‘pupus’ saya ialah buah rokam. Sejujurnya, saya pun tidak pernah cuba atau jumpa buah ini. Buah rokam ini kelihatan seperti buah ceri. Rasanya sangat masam dan teksturnya cukup rangup. Kalau anda suka buah yang masam, anda wajib mencubanya. Buah ini cukup susah untuk ditemui kerana buah ini tak popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana tidak begitu banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada buah ini.

Tapi, jika anda berkesempatan untuk mencubanya, apa kata anda cuba resepi epal goreng kami dengan menggunakan buah rokam ini. Mana tahu sedap pula, kan?

Walau Tiada Jangan Dilupakan Setakat itu sajalah senarai buah-buahan tempatan yang semakin susah untuk ditemui sekarang. Saya tahu pasti ada banyak lagi buah-buahan lain yang berada di ambang kepupusan. Jika anda tahu, komenlah di bawah supaya saya dapat kembangkan lagi artikel ini nanti.
Apapun, jangan kita lupakan yang lama hanya untuk memberi ruang kepada yang baru. Memang cukup merugikan jika generasi-generasi akan datang tidak tahu buah-buahan tempatan yang pernah mewarnai kehidupan kita pada satu masa dahulu.

The post 8 Buah Tempatan Yang Jarang Ditemui Sekarang appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/8-buah-tempatan-yang-jarang-ditemui-sekarang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Kerjakan Anak Sejak Usia 6 Tahun Sekarang Dah Tingkatan 1

Bapa Kerjakan Anak Sejak Usia 6 Tahun Sekarang Dah Tingkatan 1

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 354 hits
Sejak akhir akhir ni kerap kita dengar berita mengenai bapa rogol anak datuk rogol cucu pakcik rogol anak saudara dan banyak lagi Tindakan mereka seolah olah mencabar undang undang negara sekaligus menafikan hubungan kekeluargaan sedia ada ...
Ketua Dpp Pan Partai Oposisi Sangat Dihargai Sekarang

Ketua Dpp Pan Partai Oposisi Sangat Dihargai Sekarang

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 168 hits
Ketua DPP PAN Ali Taher menilai menjadi partai oposisi juga memiliki wibawa Dia menyarankan lebih baik PAN berada di luar pemerintah ketimbang bergabung dalam barisan Presiden Joko Widodo Ma ruf Amin Saya kok rasa rasanya parpol oposisi kan...
4 3 Kilogram Plastik Ditemui Dalam Perut Rusa Di Nara Park

4 3 Kilogram Plastik Ditemui Dalam Perut Rusa Di Nara Park

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 283 hits
OSAKA Sembilan ekor rusa di Nara Park dilaporkan mati dipercayai termakan beg plastik kesan daripada pertambahan pelancong yang mengunjungi taman berkenaan Yayasan Pemuliharaan Rusa Nara dalam laporan berkata gumpalan beg plastik dan bungku...
Pelancong Jerman Ditemui Maut Di Taman Negara Mulu

Pelancong Jerman Ditemui Maut Di Taman Negara Mulu

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 408 hits
MIRI Pelancong Jerman yang hilang ketika banjir kilat berlaku di Gua Rusa di Taman Negara Mulu sejak semalam telah ditemui maut pada pukul 7 pagi ini Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata Peter Hoverkamp 66 yang hilang bersa...
Permatangdamarlaut Bangkai Ikan Lumba Lumba Ditemui

Permatangdamarlaut Bangkai Ikan Lumba Lumba Ditemui

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 345 hits
PULAU PINANG 15 Julai Bangkai seekor ikan lumba lumba ditemukan terdampar di kawasan pesisir pantai Permatang Damar Laut di sini hari ini Menurut Pengarah Jabatan Perikanan negeri Noraisyah Abu Bakar ikan lumba lumba seberat 70 kilogram dar...
Padah Muat Turun Aplikasi Meragukan Ini 7 Aplikasi Yang Perlu Dipadam Sekarang

Padah Muat Turun Aplikasi Meragukan Ini 7 Aplikasi Yang Perlu Dipadam Sekarang

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 286 hits
Cuba korang buka aplikasi play store dan lihat di dalamnya apa sahaja aplikasi yang kita mahukan pasti akan dapat dijumpai dan dimiliki dengan mudah Ada yang berbayar dan banyak juga yang boleh didapatkan secara percuma Tapi korang sedar ta...
Video Semburit Kes Tahun 1998 Dan Sekarang Berbeza Tun M

Video Semburit Kes Tahun 1998 Dan Sekarang Berbeza Tun M

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa dakwaan kes perbuatan luar tabii melibatkan dua menteri Kabinet di bawahnya tahun 1998 dan tahun ini adalah dua kes yang berbeza Dr Mahathir berkata pada tahun 1998 tind...
Tunggakan Cukai Rm1 69 Bilion Bayar Sekarang Dan Bincang Kemudian Mungkin Akibatkan Najib Hilang Kerusi Pekan Peguam

Tunggakan Cukai Rm1 69 Bilion Bayar Sekarang Dan Bincang Kemudian Mungkin Akibatkan Najib Hilang Kerusi Pekan Peguam

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 328 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri mahu Datuk Seri Najib Razak membayar terlebih dahulu tunggakan cukai RM1 69 bilion sebelum mencabar mereka di mahkamah LHDN sebelum ini telah memfailkan saman untuk mendapatkan semula cukai tambahan RM1 69 bilion ...
Dulu Benci Sekarang Cinta

Dulu Benci Sekarang Cinta

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 525 hits
Taugeh Dulu dari kecik Sampai remaja sampai dewasa Mama Yan memang anti betul dengan taugeh Tak kira la taugeh halus ke taugeh kasar ke taugeh hijau ke Tak kira la dalam mi goreng ke dalam kueteow goreng ke dalam soto ke dalam popia ke Akan...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut