8 Amalan Untuk Membina Rumah Di Syurga


Tahukah anda kita boleh membina rumah di dalam syurga sejak di dunia ini lagi? Cuba anda bayangkan rumah di dunia ini. Semakin cantik rumah di dunia ini, semakin mahallah harganya. Dari rumah kos rendah yang berharga puluh ribu kepada rumah apartment yang berharga seratus ribu kepada rumah kondo yang berharga beratus-ratus ribu kepada rumah teres yang berharga lebih lima ratus ribu kepada rumah banglo yang berharga jutaan. Semakin mahal harga rumah di dunia ini, semakin cantiklah rumah tersebut. Bayangkan rumah di syurga yang tentunya jauh lebih bagus dan cantik dari rumah di dunia ini, dan kita boleh bina rumah di syurga tersebut di dunia ini lagi dengan melakukan 8 amalan berikut:
1. Dengan membangunkan masjid. Maksud membangunkan masjid di sini ialah dengan menggunakan wang kita untuk membina sebahagian dari kelengkapan masjid. Sekiranya anda mampu menggunakan wang anda untuk membina sebuah masjid, itulah yang paling utama. Sekiranya anda tidak mampu, cukuplah dengan menggunakan wang anda untuk kelengkapan masjid dan itu sudah cukup untuk melayakkan anda mendapat sebuah rumah di syurga

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." - Hadis Riwayat Ibnu Majah
2. Dengan solat Dhuha dan Qabliyah Zohor empat rakaat. Sebenarnya solat-solat sunat mempunyai fadhilat yang  sangat besar. Oleh itu lazimkanlah bersolat sunat, seperti solat sunat Dhuha empat rakaat diikuti dengan sonat sunat Qabliyah Zohor (solat sunat sebelum Zohor) empat rakaat juga, akan melayakkan anda mendapat sebuah rumah di syurga

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang solat Dhuha empat rakaat dan Qabliyah Zohor empat rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." - Hadis Riwayat at-Thabrani
3. Dengan solat sunat Rawatib 12 rakaat. Solat sunat Rawatib ialah solat sunat Qabliyah (sebelum ) dan Ba'diyah (sesudah) solat Fardhu. Ada solat sunat Muakkad (dituntut) dan ada solat Ghairu Muakkad (tidak dituntut). Walaubagaimanapun kedua-dua solat sunat Muakkad dan Ghairu Muakkad boleh sahaja dilaksanakan. Berikut adalah senarai solat sunat Rawatib: 2 rakaat sebelum Subuh (Muakkad), 4 rakaat sebelum zohor (Muakkad), 2/4 rakaat selepas zohor (2 Muakkad, 2 Ghairu Muakkad), 4 rakaat sebelum asar (Ghairu Muakkad), 2 rakaat sebelum Maghrib (Ghairu Muakkad), 2 rakaat selepas Maghrib (Muakkad), 2 rakaat sebelum Isyak (Ghairu Muakkad), 2 rakaat selepas Isyak (Muakkad). Laksanakanlah solat sunat Rawatib Muakkad 12 rakaat dalam sehari akan melayakkan anda mendapat sebuah rumah di syurga

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang solat (Rawatib) sehari semalam 12 rakaat, maka Allah SWT akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." - Hadis Riwayat Muslim, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah

4.  Dengan membaca surah Al-Ikhlas 10 kali. Surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad) adalah surah yang pendek untuk dibaca tapi fadhilat membacanya sangatlah besar. Sekali membaca surah Al-Ikhlas pahalanya adalah seperti membaca satu pertiga Al-Quran. Sepuluh kali membaca surah Al-Ikhlas akan melayakkan anda mendapat sebuah rumah di syurga

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang membaca "Qulhuwllahu Ahad" sepuluh kali, Allah SWT akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." - Hadis Riwayat Ahmad

5. Dengan membaca doa masuk pasar. Umum mengetahui bahawa pasar adalah tempat ramai manusia dan tempat kebanyakan manusia adalah lalai dari mengingati Allah SWT. Oleh yang demikian, sesiapa yang mengingati Allah SWT dengan membaca doa masuk pasar ini akan mendapat ganjaran yang sangat banyak:

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang masuk pasar lalu membaca doa masuk pasar maka Allah SWT akan menuliskan untuknya sejuta kebaikan, menghapus darinya sejuta keburukan, mengangkat untuknya sejuta darjat dan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." Hadis Riwayat At Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim

6. Dengan beristirjak (menyebut "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun") ketika anak meninggal. Musibah kehilangan anak adalah antara ujian yang sangat berat dari Allah SWT. Oleh yang demikian, mereka yang bersabar ketika menerima ujian tersebut lalu mengucapkan istirjak iaitu kalimah "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" akan mendapat ganjaran yang besar.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikatNya, "Kalian telah mencabut nyawa anak hambaku?" Mereka berkata, "Benar." Allah berfirman, "Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya?" Mereka menjawab, "Benar." Allah berfirman, "Apa yang diucapkan oleh hambaku?" Mereka berkata, "Ia memujimu dan mengucapkan Istirjak (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun)." Allah berfirman, " Bangunkan untuk hambaku di syurga, dan namai ia rumah pujian," - Hadis Riwayat al-Tirmidzi.
7. Dengan berakhlak mulia. Akhlak yang mulia adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam. Seseorang yang mempunyai akhlak yang mulia akan mendapat ganjaran yang besar dan melayakkan dia mendapat sebuah rumah di syurga.
Rasulullah SAW bersabda: "Aku menjamin dengan rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun ia dipihak yang benar. Aku menjamin dengan rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun untuk ketika bergurau. Aku menjamin dengan rumah di syurga yang paling tinggi bagi orang yang baik akhlaknya." Hadis Riwayat Abu Dawud.
8. Dengan Iman, Islam, Hijrah dan Jihad. Nikmat terbesar yang diberi oleh Allah SWT kepada kita ialah nikmat Iman dan Islam. Mereka yang beriman dan Islam, kemudian juga berhijrah dan berjihad akan melayakkan dia mendapat sebuah rumah di syurga.
Rasulullah SAW bersabda: "Aku menjamin orang yang beriman kepadaku, masuk Islam dan berhijrah dengan sebuah rumah di pinggir syurga, di tengah syurga dan syurga yang paling tinggi. Aku menjamin orang yang beriman kepadaku, masuk Islam dan berjihad dengan sebuah rumah di pinggir syurga, di tengah syurga dan syurga yang paling tinggi. Barangsiapa yang melakukan itu, ia tidak membiarkan satupun kebaikan, dan lari dari semua keburukan, ia meninggal, di mana saja Dia kehendaki untuk meninggal." - Hadis Riwayat al-Nasai, Ibnu Hibban dan Al-Hakim.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/05/8-amalan-untuk-membina-rumah-di-syurga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Penduduk Pj Cemas Gelisah Tentera Pasang Kawat Duri Depan Pagar Rumah

Terkini Penduduk Pj Cemas Gelisah Tentera Pasang Kawat Duri Depan Pagar Rumah

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 338 hits
TERKINI Penduduk PJ Cemas Gelisah Tentera Pasang Kawat Duri Depan Pagar RumahrePublish Berita Terkini MalaysiaTERKINI Penduduk PJ Cemas Gelisah Tentera Pasang Kawat Duri Depan Pagar Rumah Medium perkongsian sosial berbentuk media Artikel ad...
Cara Mudah Menghitung Daya Listrik Yang Diperlukan Rumah

Cara Mudah Menghitung Daya Listrik Yang Diperlukan Rumah

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 273 hits
Apakah listrik dirumahmu sering nge trip alias tiba tiba mati mendadak karena kelebihan pemakaian daya listrik dan berencana ingin menambah daya atau sudah punya solusi yang lain semisal membatasi pemakaian dayanya Nah mungkin artikel saya ...
Dua Bulan Terkandas Di Kampung Rumah Kena Pecah Masuk

Dua Bulan Terkandas Di Kampung Rumah Kena Pecah Masuk

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 417 hits
Rumah dah lama kena aim Demikian luahan seorang pengguna Facebook yang mendapati rumahnya dipecah masuk selepas dua bulan terkandas di kampung halaman kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Tong gas pun mereka rembat Coway lagi Bal...
Cara Sholat Idul Fitri Di Rumah Jika Masih Ada Corona

Cara Sholat Idul Fitri Di Rumah Jika Masih Ada Corona

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 432 hits
Dalam masa pandemi atau corona tahun ini Ramadhan dilaksanakan dengan nuansa yang berbeda Sesuai dengan anjuran pemerintah bekerja belajar dan beribadah dari rumah Termasuk dalam hubungannya dengan bulan Ramadhan sholat taraweh dianjurkan u...
Kepalabatas Dua Nelayan Ditahan Lalok Dalam Rumah

Kepalabatas Dua Nelayan Ditahan Lalok Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 369 hits
Dua nelayan ditahan di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang di sini selepas polis menjumpai dadah dipercayai jenis syabu dan heroin petang semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kedua ...
11 Pasien Positif Covid 19 Di Riau Sembuh Dan Pulang Ke Rumah

11 Pasien Positif Covid 19 Di Riau Sembuh Dan Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 367 hits
Total Positif 73 kasus positif Covid 19 Dari jumlah itu sebanyak 28 orang masih dirawat 39 sehat dan sudah dipulangkan serta 6 orang meninggal dunia jelasnya
Persi Dan Kadin Salurkan Alat Kesehatan Untuk Rumah Sakit Di Jatim Dari Sampoerna

Persi Dan Kadin Salurkan Alat Kesehatan Untuk Rumah Sakit Di Jatim Dari Sampoerna

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 258 hits
Bentuk bantuan yang diberikan berupa alat alat kesehatan di antaranya masker bedah masker N95 alat uji cepat Covid 19 baju hazmat cairan disinfektan dan alat penyemprot disinfektan
Cara Membuat Slime Dengan Macam Macam Bahan Rumah Tangga Kenyal Dan Nggak Cepat Menggumpal

Cara Membuat Slime Dengan Macam Macam Bahan Rumah Tangga Kenyal Dan Nggak Cepat Menggumpal

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 752 hits
Nggak harus pakai gom dan lem bermodalkan tepung hingga sabun cuci piring pun bisa jadi slime
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket

Hobby Of Coins Collection Among The Younger Generations Nowadays

Curang Itu Pilihan Tapiiii