8 Amalan Sunat Aidiladha



8 amalan sunat Aidiladha
Umat Islam, lelaki dan wanita disunatkan berusaha membuat kebaikan dan amal kebajikan pada permulaan Hari Raya Aidiladha iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijah dengan mengingati Allah, berpuasa (pada 9 Zulhijah kecuali jemaah haji), bersedekah dan semua amalan kebajikan, kerana tempoh itulah merupakan hari-hari fadilat (hari yang mempunyai banyak kelebihan).
Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Tiada hari-hari selain hari- hari ini untuk amalan kebajikan yang lebih disukai Allah, iaitu hari-hari 10 pertama bulan Zulhijah). Mereka bertanya, Wahai Rasulullah, dan jihad pada jalan Allah tidak dapat melebihinya? Baginda bersabda, Jihad pada jalan Allah juga tidak dapat melebihi amalan kebajikan pada hari-hari itu, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan mengorbankan dirinya dan hartanya, kemudian tidak memperoleh semula dengan sesuatu daripadanya.”
Bertakbir
Takbir Hari Raya Aidiladha adalah bermula dari Hari Arafah sehingga sembahyang Asar hari Tasyrik terakhir.
Berjaga malam
Umat Islam disunatkan menghidupkan malam Hari Raya melalui solat-solat sunat, qiamullail, berzikir , berdoa, membaca al-Quran, bertakbir, bertasbih dan istighfar. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud, “Sesiapa yang menghidupkan /beribadah malam Hari Raya Fitrah dan malam Hari Raya Korban dengan mengharapkan keredhaan Allah nescaya tidak mati hatinya pada hari yang mati semua hati.”
Satu perkara yang umat Islam seharusnya tidak melepaskan peluang tatkala sibuk menyiapkan persiapan Hari Raya bahawa doa pada malam kedua-dua Hari Raya adalah mustajab.
Mandi Sunat Hari Raya
Disunatkan mandi selepas sembahyang Subuh atau selepas fajar, memakai bau-bauan (bagi kaum lelaki), mencuci mulut dan gigi dan memakai pakaian yang baik, seperti perkara-perkara sunat untuk kaum lelaki pada hari Jumaat sebagai tanda menzahirkan kesyukuran ke atas nikmat yang dikurniakan Allah
Tidak memotong kuku dan mencukur rambut pada hari yang ke-10 bulan Zulhijah
Iaitu Hari Raya Aidiladha berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud, “Apabila masuk hari yang ke-10, dan jika salah seorang kamu hendak berkorban, maka janganlah mencukur rambut dan memotong kuku.”
Pergi ke masjid awal pagi
Para sahabat dan golongan tabiin berbeza pendapat tentang keharusan wanita pergi ke masjid mendirikan sembahyang sunat Hari Raya (Aidilfitri atau Aidiladha). Sayidina Abu Bakar, Ali, Ibnu Umar dan yang lain berpendapat kaum wanita dibolehkan dan ada juga ulama yang tidak mengharuskannya seperti Urwah, Al-Qasim, Yahya al-Ansari, Malik dan Aby Yusuf.
Menurut Imam Nawawi, sunat bagi para wanita pergi ke masjid mendirikan solat sunat Hari Raya jika tiada masalah seperti kedatangan haid atau nifas. Manakala wanita yang haid dan nifas cukup sekadar membaca zikrullah tanpa duduk di masjid.
Makan selepas solat Hari Raya Aidiladha
Berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri, pada Hari Raya Aidiladha disunatkan melewatkan makan sehingga selesai sembahyang sunat Hari Raya berdasarkan hadis dari Buraidah yang bermaksud, “Bahawa Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada Hari Raya Fitrah sehinggalah Baginda makan dahulu, dan pada Hari Raya Korban, Baginda tidak makan sehinggalah Baginda bersembahyang dahulu.
Bersedekah
Pada Hari Raya disunatkan memurahkan rezeki kepada kaum kerabat atau saudara-mara dan membanyakkan sedekah lebih daripada kebiasaan menurut kemampuan.
Ceria di Hari Raya
Memberi senyuman dan menunjukkan kegembiraan kepada orang-orang yang beriman yang ditemui dan menziarahi keluarga serta sahabat handai supaya hubungan silaturahim dan kasih mesra dapat dieratkan.
8 amalan sunat Aidiladha
Baca Artikel Menarik :
Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober Political genius atau Pak Pandir moden Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’ Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok Resepi Rendang Daging Padang Asli Layari Laman Facebook MYKMU
Pengerusi BN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

The post 8 amalan sunat Aidiladha appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/20/8-amalan-sunat-aidiladha/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Sunat 10 Hari Pertama Zulhijjah Dan Kelebihannya

Amalan Sunat 10 Hari Pertama Zulhijjah Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 420 hits
Amalan sunat 10 hari pertama Zulhijjah dana kelebihannya Kita sudah pun masuk 10 hari pertama di Bulan Zulhijjah Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha Banyak amalan sunat yang kita boleh lakukan Saya taknak ketinggalan berko...
Individu Rentas Negeri Tak Boleh Hadir Solat Sunat Aidiladha Di Perlis

Individu Rentas Negeri Tak Boleh Hadir Solat Sunat Aidiladha Di Perlis

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 389 hits
Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard KANGAR Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri termasuk mereka yang berulang alik bekerja setia...
Amalan Yang Lebih Tinggi Darjatnya Dari Puasa Sunat Solat Sunat Dan Sedekah Ustaz Kazim Elias

Amalan Yang Lebih Tinggi Darjatnya Dari Puasa Sunat Solat Sunat Dan Sedekah Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 345 hits
Amalan Yang Lebih Tinggi Darjatnya Dari Puasa Sunat Solat Sunat Dan Sedekah Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Tudia 49 Jemaah Solat Sunat Aidiladha Ditahan

Tudia 49 Jemaah Solat Sunat Aidiladha Ditahan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 350 hits
Tular di laman sosial video berdurasi 22 saat memaparkan sekumpulan jemaah melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan raya yang didakwa tidak mematuhi SOP ditetapkan BUKIT MERTAJAM Seramai 48 lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki te...
49 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Ingkar Sop Solat Sunat Aidiladha

49 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Ingkar Sop Solat Sunat Aidiladha

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 407 hits
BUKIT MERTAJAM Polis menahan 49 individu setakat ini bagi membantu siasatan melanggar prosedur operasi standard dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka dan tepi jalan di Taman Pelangi Juru di sini hari ini Ketua Polis Pul...
Agenda Awani Sambutan Sederhana Elak Kluster Aidiladha

Agenda Awani Sambutan Sederhana Elak Kluster Aidiladha

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 268 hits
Sambutan AidilAdha dalam suasana sederhana buat tahun kedua akibat COVID19 Kita digesa memainkan peranan masing masing agar tidak wujud kluster perayaan Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Menteri di Jabata...
Sop Relaxation For Fully Vaccinated Individuals To Be Known After Aidiladha

Sop Relaxation For Fully Vaccinated Individuals To Be Known After Aidiladha

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 302 hits
The government will announce on the standard operating procedure relaxation for those who have completed the two dose vaccination after Hari Raya Aidiladha said Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob He said the technical committee is st...
Kelonggaran Sop Individu Lengkap Dos Vaksin Diputuskan Selepas Aidiladha

Kelonggaran Sop Individu Lengkap Dos Vaksin Diputuskan Selepas Aidiladha

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Kelonggaran prosedur operasi standard bagi mereka yang lengkap dua dos vaksin Covid 19 dan sektor perniagaan diumum selepas Hari Raya Aidiladha Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Seb...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Sireh Pinang Mudo