Bila sebut sahaja Pulau Pinang, pasti ramai antara kita akan terbayang keenakan roti canai, pasembor dan nasi kandar. Tidak cukup dengan itu, jika anda seorang kaki travel anda boleh menikmati pelbagai lagi destinasi menarik ini di sana
Monkey Beach (Pantai Monyet) terletak di Penang National Park dan menjadi salah satu tarikan pelancong ke Pulau Pinang. Di sana juga anda berpeluang menikmati panorama pantai dengan kehadiran sekumpulan monyet
The Gravityz menawarkan pengalaman yang luar biasa dan aktiviti lasak ini melibatkan sukan seperti flying fox dan slow walk pada ketinggian 239 meter di bangunan Komtar. Terdapat 6 cabaran yang disediakan termasuk Confidence Path, High Bench, A Great Brigde, X-Point, Z-Wire dan G-Rocky
Di Countryside Balik Pulau anda berpeluang menunggang kuda peliharaan di sini. Anak kecil anda juga dapat menunggang kuda kerdil di sini. Selain itu, anda juga boleh memberi jerami padi untuk makanan kuda. Kawasan ternakan kuda di sini sangat bersih dan dijaga rapi oleh tuannya
Ingin merasai cabaran hiking yang sangat awesome? Anda perlu ke Teluk Bahang! Track untuk hiking di sini terdapat cabaran Medium dan High. Di sini juga anda perlu menguji kemampuan tenaga dan stamina
Saanen Dairy Goat Farm antara destinasi menarik yang boleh anda kunjungi. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah memberi makanan kepada kambing dan anda juga boleh menikmati susu kambing segar. Selain itu, anda juga boleh mengayuh basikal di sini juga sambil menghirup udara sedap di desa
Pantai Bora Bora di Batu Ferringhi juga antara destinasi pelancongan yang wajib kunjungi. Berbekalkan penoraman pantai yang indah ditambah pula sewaktu tenggelamnya matahari ketika senja. Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan seafood di restauran yang disediakan
Sesekali mendekatkan diri anda dengan alam flora memang menakjubkan. Kunjungi Penang Butterfly Farmantara aktiviti yang boleh dipenuhi dalam jadual percutian anda. Selain rama-rama anda juga dapat melihat secara dekat serangga kecil dan Penang Butterfly Farm juga terdapat 2 bahagian untuk aktiviti iaitu indoor dan outdoor
Empangan Teluk Bahang siap dibina pada tahun 1999 dan menjadi lokasi terbaik untuk anda menikmati pemandangan dari darat ke laut. Malah, empangan ini seringan digunakan untuk sukan air dan tidak sesuai untuk berenang sebab ada obor-obor di dalam air. Di sini juga terdapat beberapa kilang batik untuk mengisi keperluan pasaran pelancong. Sangat sesuai untuk tenangkan fikiran anda yang sedang kusut itu|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |