8 2 Juta Vaksin Sinovac Disalur Untuk Pick Menjelang Jun Kata Ismail



(FMT) – Sebanyak 8.2 juta dos vaksin Sinovac akan dibekalkan menjelang penghujung Jun ini bagi mempercepatkan Fasa 3 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, ia membabitkan 4.4 juta vaksin diimport dari China manakala 3.8 juta pula disediakan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, satu-satunya syarikat dalam negara diberi hak untuk mengisi dan membotolkan semula vaksin jenis Sinovac.
“Jadi tidak timbul isu kerajaan kekurangan vaksin lagi kerana Pharmaniaga mampu memberikan sejumlah vaksin sehingga akhir Jun bagi membantu proses vaksinasi kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas melawat kilang Pharmaniaga di Shah Alam, hari ini.
Ismail turut menolak dakwaan pembangkang bahawa syarikat berkenaan diberikan monopoli untuk mengisi dan membotolkan semula semua jenis vaksin.
“Saya hendak jelaskan bahawa dakwaan pembangkang itu tidak benar, Pharmaniaga hanya dibenarkan membotolkan vaksin jenis Sinovac.
“Difahamkan vaksin ini (Sinovac) adalah satu-satunya vaksin disahkan halal,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan akan menggunakan Hotspot Identification For Dynamic Engagement (HIDE) bagi menutup premis termasuk kilang dan pusat membeli- belah sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya sudah umumkan sebelum ini lebih 70 kilang ditutup kerana melanggar SOP, sekarang ini kita guna HIDE untuk kesan kawasan berisiko tinggi.
“Kita akan tutup premis, tidak kira kilang atau pusat membeli-belah. Jadi tiada isu ada ‘kawtim’ atau tiada ‘kawtim’ (dalam membenarkan premis beroperasi),” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Zulkarnain Md Eusope, berkata pihaknya kini sedang dalam proses permohonan untuk meningkatkan kapasiti pembotolan vaksin daripada 2 juta sebulan kepada 4 juta.
“Kita sedang meneliti laporan dari Sinovac dan pada masa sama memohon daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan,” katanya.
Zulkarnain berkata, pengisian serta pembotolan semula vaksin Sinovac dilakukan dalam negara dapat menjimatkan kos kerajaan dan mempercepatkan pembekalannya.
“Sekiranya berlaku kekurangan dari pihak kerajaan untuk dibawa ke seluruh negara, kita mempunyai simpanan mencukupi,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/05/23/8-2-juta-vaksin-sinovac-disalur-untuk-pick-menjelang-jun-kata-ismail/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesia Kembali Kedatangan Bahan Baku 8 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Sinovac

Indonesia Kembali Kedatangan Bahan Baku 8 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Sinovac

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 310 hits
Dia mengatakan pemerintah selalu menjaga stok ketersediaan vaksin agar pelaksanaan vaksinasi sesuai target Dia pun membeberkan hingga saat ini Indonesia telah menerima vaksin Sinovac yaitu 3 juta dosis AstraZeneca yaitu 6 4 juta dosis lalu ...
Putrajaya Tak Lulus P Pinang Terima Dua Juta Dos Vaksin Sinovac

Putrajaya Tak Lulus P Pinang Terima Dua Juta Dos Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 325 hits
Pulau Pinang telah ditawarkan sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac pada Februari lalu namun tidak dapat menerimanya kerana dihalang Putrajaya dakwa Ketua Menterinya Chow Kon Yeow Menurut Chow kerajaan negeri telah menulis surat kepada KKM ...
Khairy Dedah Siapa Sebenarnya Yang Tawar Sumbangan 2 Juta Vaksin Covid 19 Kepada Pulau Pinang

Khairy Dedah Siapa Sebenarnya Yang Tawar Sumbangan 2 Juta Vaksin Covid 19 Kepada Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 303 hits
May 21 2021 Sehari setelah media melaporkan Khairy Jamaluddin menyifatkan tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid 19 sebagai palsu ahli perniagaan yang dikaitkan dengan dakwaan itu dikatakan berhubungan dengan pejabat Menteri Penyelaras...
Sarawak Bakal Terima 500 000 Dos Vaksin Sinovac

Sarawak Bakal Terima 500 000 Dos Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 348 hits
Sarawak bakal menerima 500 000 dos vaksin COVID 19 Sinovac yang dibeli melalui inisiatif kerajaan negeri dalam tempoh seminggu kata Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee Dr Annuar berkata tambahan 500 000 dos va...
Semua Rakyat Disuntik Vaksin Covid 19 Menjelang Akhir Tahun Pm

Semua Rakyat Disuntik Vaksin Covid 19 Menjelang Akhir Tahun Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 320 hits
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR Muhyiddin ketika menerima suntikan vaksin Covid 19 PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya semua rakyat Malaysia akan menerima suntikan vaksin Covid 19 pada akhir tahun ini Menurutnya b...
Khairy Syarikat Tawar 2 Juta Dos Vaksin Pada P Pinang Tak Wujud

Khairy Syarikat Tawar 2 Juta Dos Vaksin Pada P Pinang Tak Wujud

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 414 hits
Hariz MohdSyarikat yang menawarkan untuk menyumbang dua juta dos vaksin Sinovac kepada Pulau Pinang adalah tidak wujud kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Khairy memaklumkan perkara itu kepada pem...
Saya Akan Minta Maaf Jika Dakwaan Scam Vaksin Kj Benar Kata Guan Eng

Saya Akan Minta Maaf Jika Dakwaan Scam Vaksin Kj Benar Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 375 hits
May 20 2021 4 23 PMChow Kon Yeow menunjukkan surat daripada Kementerian Kesihatan bertarikh 12 Mac yang menolak sumbangan dua juta dos Sinovac percuma dari sebuah syarikat swasta pada sidang media Selasa lalu Turut hadir Lim Guan Eng GEORGE...
Sebulan Jual Beli Vaksin Covid 19 Ilegal Asn Dinkes Sumut Raup Omzet Rp270 Juta

Sebulan Jual Beli Vaksin Covid 19 Ilegal Asn Dinkes Sumut Raup Omzet Rp270 Juta

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 285 hits
Kapolda Sumatera Utara Irjen Panca Putra mengungkapkan empat tersangka kasus dugaan jual beli vaksin Covid 19 secara ilegal di Kota Medan memasang tarif Rp250 000 bagi masyarakat yang ingin melakukan vaksinasi
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Random Hari Raya

Perubahan Haid Bila Masuk Umur 40an

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

Gaza Kini Ialah Neraka Dunia Diciptakan Zionis

Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

3h2m Park Avenue Sungai Petani