75 000 Graduan Terjejas Peluang Kerja Tahun Ini Menteri


BANGI, 28 SEPT: Kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, akibat impak Covid-19, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menunjukkan 41,161 graduan pada tahun lepas masih belum bekerja, dan dengan unjuran 75,000 bagi tahun semasa, maka dianggarkan 116,161 graduan perlu diberikan perhatian untuk kebolehpasaran mereka.
Berucap pada pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (Penjana KPT-CAP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, beliau berkata, KPT mengambil beberapa ikhtiar untuk membantu graduan terjejas.
“Ini termasuklah menyediakan kemudahan bantuan dana kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, termasuklah inisiatif MyBrain Science; Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi dan Bantuan Kewangan pelajar OKU (Orang Kelainan Upaya),” katanya selain mencadangkan penerusan pelaksanaan program MyBrain 15.
Noraini berkata, KPT juga melaksanakan proses padanan pekerjaan kepada graduan yang masih belum bekerja dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi portal MyFutureJobs, selain memperkenalkan Skim Pembiayaan Mikro dengan kerjasama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bagi membantu mahasiswa mengembangkan perniagaan.
Beliau berkata KPT akan memeterai memorandum persefahaman dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dimana PUNB akan membiayai program keusahawanan berkonsepkan mentor-mentee, untuk membolehkan bimbingan secara langsung daripada usahawan yang berjaya.
Selain itu katanya, bagi memudahkan bakal graduan membangunkan kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran mereka, KPT membangunkan portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) yang menyediakan padanan pekerjaan; permohonan program reskilling dan upskilling; permohonan penajaan melanjutkan pengajian; dan kaunseling kerjaya.
“Kementerian yakin inisiatif seumpama ini mampu memberikan impak dan nilai tambah kepada graduan, terutamanya dalam menangani isu kebolehpasaran graduan,” katanya.
Sementara itu, Noraini berkata Kajian Pengesanan Graduan 2019 menunjukkan seramai 189,543 graduan atau 63.5 peratus daripada 330,557 graduan pada tahun lepas, berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mereka.
“Manakala 49,875 graduan atau 16.7 peratus sedang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; 4,029 atau 1.3 peratus sedang mengikuti latihan meningkatkan kemahiran; manakala 13,943 atau 4.7 peratus menerima tawaran pekerjaan dan sedang menunggu penempatan,” katanya.
Sementara itu Noraini berkata, seramai 20,000 graduan dijangka mendapat manfaat di bawah program Penjana KPT-CAP yang melibatkan sinergi dengan lebih 100 buah syarikat dengan tiga program utama, iaitu Job Matching and Replacement, Program Berterusan Keusahawanan dan Gig Economy.
“Saya yakin melalui strategi yang betul, kita mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan dalam masa yang sama menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi negara,” katanya dan menyatakan pelaksanaan dan pemantauan program itu akan bermula pada 16 Okt depan sehingga 31 Dis dengan penempatan bermula 1 Jan 2021.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/09/75000-graduan-terjejas-peluang-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Punya Menteri Kerja Salahkan Siswazah Peluang Kerja Ni Kerajaan Yang Patt Cari Dan Buka Peluang

Apa Punya Menteri Kerja Salahkan Siswazah Peluang Kerja Ni Kerajaan Yang Patt Cari Dan Buka Peluang

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 254 hits
malaysiakini comTerlalu pilih lokasi pekerjaaan antara punca siswazah menganggurKelulusan atau CGPA yang rendah juga menyebabkan majikan majikan kurang berminat untuk menggaji calon calon kata Awang Hashim Mudah la jadi kerajaan jika peluan...
Lebih 30 000 Rakyat Terima Manfaat Kerja Baru Menerusi Penjana

Lebih 30 000 Rakyat Terima Manfaat Kerja Baru Menerusi Penjana

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 323 hits
Lebih 30 000 Rakyat Terima Manfaat Kerja Baru Menerusi PENJANASejak dilancarkan 22 Jun lalu lebih 32 317 orang telah ditawarkan peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara...
P Pinang Sasar Bina 220 000 Rumah Mampu Milik Menjelang 2030 Bukan Bekalan Air Menjelang 30 Tahun Lagi

P Pinang Sasar Bina 220 000 Rumah Mampu Milik Menjelang 2030 Bukan Bekalan Air Menjelang 30 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 287 hits
September 29 2020 Menjelang tahun 2030 kerajaan negeri Pulau Pinang mensasarkan pembinaan sejumlah 220 000 unit Rumah Mampu Milik bagi memenuhi permintaan rakyat negeri ini Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan ...
Bekas Pembantu Menteri Mengaku Tak Bersalah 6 Tuduhan Rasuah Lebih Rm100 000

Bekas Pembantu Menteri Mengaku Tak Bersalah 6 Tuduhan Rasuah Lebih Rm100 000

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 286 hits
freemalaysiatoday com September 17 2020 11 49 AMMohd Saifullah Mohd Minggu Mohd Hisham hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini untuk menghadapi 6 pertuduhan rasuah SHAH ALAM Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan ...
Pembangkang Kritik Bila Menteri Ph Umum Eksport Sawit Naik Sekatan As Jejas Lebih 32 000 Pekebun Sawit Kata Persatuan

Pembangkang Kritik Bila Menteri Ph Umum Eksport Sawit Naik Sekatan As Jejas Lebih 32 000 Pekebun Sawit Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 257 hits
Sekatan AS jejas lebih 32 000 pekebun sawit kata persatuan October 3 2020 Persatuan yang mewakili pekebun kecil berkata dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bahawa FGV terlibat dalam amalan buruh paksaan adalah tidak berasas ...
Muhyiddin Ambil Kredit Hasil Kerja Bekas Menteri Ph Dakwa Tze Tzin

Muhyiddin Ambil Kredit Hasil Kerja Bekas Menteri Ph Dakwa Tze Tzin

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 296 hits
Elaun sara hidup dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk nelayan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam didakwa merupakan hasil usaha bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan Bekas Timbalan Menteri Pertanian d...
Graduan 2020 Susah Dapat Kerja

Graduan 2020 Susah Dapat Kerja

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 519 hits
Wahai graduan 2020 bertabahlah Ekonomi sangat tenat Ramai diberhentikan kerja Persaingan mendapatkan pekerjaan sangat sengit Tapi jangan cepat putus asa Dalam masa masa terdesak ni cuba buat benda yang boleh mendatangkan duit Buat bisnes on...
Azmin Ali Saran Beri Peluang Hajiji Di Lantik Menjadi Ketua Menteri Sabah

Azmin Ali Saran Beri Peluang Hajiji Di Lantik Menjadi Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 510 hits
TUARAN Ketua Penerangan Perikatan Nasional Mohamed Azmin Ali berkata Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor harus diberi peluang sebagai Ketua Menteri jika parti itu dan gabungannya memenangi Pilihan Raya Negeri Katanya Hajiji wajar diberi peluang un...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord