70 Peratus Pengundi Lebih Fikir Soal Kehidupan Dan Ekonomi Tak Sedia Pru Tahun Ini


 
Apa yang barangkali sering tidak disedari oleh kita semua ialah daripada jumlah keseluruhan penduduk, mereka yang terlibat secara langsung dengan politik dengan menganggotai parti-parti tertentu adalah sekitar 20 peratus saja.
Itu pun sebahagian daripadanya adalah merupakan ahli yang tidak aktif dan tidak memegang sebarang jawatan, malah ada juga yang dijadikan ahli sesebuah parti politik tanpa pengetahuan mereka.
Dengan hakikat tersebut, apabila ada pilihan raya, hanya golongan 20 peratus itu sajalah yang ghairah, sibuk dan sering menonjolkan diri seolah-olah mereka penentu segala-.galanya.
Mereka ini boleh juga disebut sebagai pengundi politik iaitu hidup dengan politik dan mengundi pun berdasarkan parti yang mereka sertai atau menjadi ahli.
Selain 20 peratus itu, mungkin 10 peratus atau 15 peratus lagi adalah penyokong kepada parti-parti tertentu berdasarkan hubungan kekeluargaan dengan pemimpin, pemimpin setempat adalah kawan dan kenalan atau kerana ingin menyokong seseorang pemimpin yang dikagumi.
Almarhum Nik Aziz Nik Mat adalah contoh pemimpin yang dikagumi yang membuatkan ramai rakyat Kelantan mengundi Pas di peringkat DUN kerana ingin beliau kekal sebagai Menteri Besar, tetapi di peringkat Parlimen, mereka yang sama memberikan undi kepada UMNO dan BN.
Dalam erti kata lain, jika hanya 20 peratus rakyat saja merupakan pengundi politik, ditambah dengan golongan penyokong yang berjumlah sekitar 10 hingga 15 peratus, selebihnya iaitu 65 atau 70 peratus lagi adalah rakyat biasa yang tidak menyertai mana-mana parti.
Mereka yang tidak berparti ini, selain merupakan pengundi terbesar apabila pilihan raya diadakan, sokongan yang mereka berikan kepada parti-parti juga boleh berubah-ubah.
Di samping perubahan sokongan itu dipengaruhi oleh watak pemimpin yang ditonjolkan dan isu-isu semasa yang timbul, golongan ini juga selalunya prihatin dengan dasar yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah parti dan janji ketika kempen diadakan.
Seringkali yang paling mempengaruhi mereka dalam membuat pilihan ialah berkaitan ekonomi yang mencakupi peluang pekerjaan, perniagaan, pendidikan, penerusan kehidupan, pemilikan rumah, pengangkutan dan lain-lain lagi.
Mereka ini juga dipanggil sebagai pengundi ekonomi yang memberi undi mereka berdasarkan keyakinan terhadap kemampuan sesebuah parti itu memberi keselesaan kepada kehidupan masa depan.
Dalam mana-mana pilihan raya, golongan atas pagar inilah yang sebenarnya menjadi penentu kemenangan.
Dalam keadaan sekarang di mana ekonomi belum pulih dan ramai yang terhimpit kesusahan kesan wabak Covid19, apakah sesuai jika diadakan PRU dan adakah golongan pengundi yang merangkumi 65 hingga 70 peratus ini akan keluar mengundi?
Tidak belajarkah semua orang daripada peratusan keluar mengundi yang rendah dalam PRN Melaka dan Johor?
Meskipun UMNO dan BN menang cemerlang dalam kedua-dua PRN itu, haruslah disedari bahawa mereka yang keluar mengundi hanya lebih sedikit daripada 50 peratus saja.
Bermakna, yang ghairah dan keluar mengundi adalah kelompok pengundi politik semata-mata, manakala pengundi atas pagar yang memikirkan soal ekonomi dan kelangsungan hidup sama sekali enggan melibatkan diri.
Jadi, apa ertinya kemenangan sesebuah parti itu?
Lebih daripada itu, dengan kemenangan yang tempang itu juga, hanya kelompok tertentu dalam UMNO – bukan semua parti-parti politik – mahu PRU15 diadakan dengan segera.
Secara nisbahnya, golongan tersebut amat kecil bilangannya dan tujuan mahu pilihan raya segera itu pula lebih bersifat kepentingan peribadi dan untuk menyelamatkan diri.
Demi keadilan kepada seluruh rakyat dan agar kemenangan yang dicapai mana-mana parti benar-benar memberi makna atau disokong oleh majoriti rakyat, mengadakan pilihan raya pada tahun ini jelas tidak sesuai dan merupakan suatu penganiayaan kerana majoriti rakyat belum begitu sedia berdepan dengannya.
Dengan fasa endemik dan sempadan negara akan dibuka bermula 1 April ini, waktu yang diperlukan untuk semua orang memulihkan kehidupan masing-masing ialah sekurang-kurangnya setahun daripada sekarang.
Sedemikian itu, tahun 2023 adalah tahun di mana keselesaan sudah mula menjelma dan ketika itu barulah lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya. – ShahbudinHusin 30/03/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/70-peratus-pengundi-lebih-fikir-soal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lomon Sangat Bertimbang Rasa Cho Yihyun Ulas Lebih Soal Penggambaran All Of Us Are Dead

Lomon Sangat Bertimbang Rasa Cho Yihyun Ulas Lebih Soal Penggambaran All Of Us Are Dead

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 158 hits
Tak sabar kan nak tunggu naskhah lakonan Cho Yi hyun yang seterusnya Terbaru Cho Yi hyun telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Dazed Korea Semasa sesi temu bual Cho Yi hyun berborak mengenai perhatian yang dia dap...
Hati Anda 20 Tahun Lebih Muda Dengan Meminum Jus Buah Istimewa Ini

Hati Anda 20 Tahun Lebih Muda Dengan Meminum Jus Buah Istimewa Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 168 hits
Sebelum ini kami ada kongsikan tentang petua tradisional menggunakan buah Asam Jawa untuk kecantikan Yang pasti kita kekal cantik dengan hanya menggunakan bahan asli tanpa bimbang tercemar dengan bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada ...
Guru Jadi Youtuber Selepas Runsing Fikir Kehidupan Selepas Pencen Sanggup Keliling Sarawak Demi Rakam Content Menarik

Guru Jadi Youtuber Selepas Runsing Fikir Kehidupan Selepas Pencen Sanggup Keliling Sarawak Demi Rakam Content Menarik

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 135 hits
DALAM suasana mencabar akibat pandemik c0v1d 19 yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu tugas seorang pendidik antara paling mencabar kerana tetap perlu menyampaikan ilmu kepada para pelajar Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah tela...
Cerita Ringkas Tentang Bisnes Ekonomi Korporat Dan Kehidupan Orang Biasa

Cerita Ringkas Tentang Bisnes Ekonomi Korporat Dan Kehidupan Orang Biasa

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 238 hits
Ini cerita berkenaan orang biasa biasa Macam anda dan saya Saya yakin kalau anda bukan beshe beshe tak kebuloq nak baca blog macam ni Anda sendiri pun tahu Majoriti besar manusia adalah dari golongan yang biasa biasa sahaja Orang bukan besh...
6 Negeri Tidak Bubar Dun Membazir Adakan Pru Tahun Ini

6 Negeri Tidak Bubar Dun Membazir Adakan Pru Tahun Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 117 hits
6 negeri tidak bubar DUN membazir adakan PRU tahun iniPosted By on March 21 2022Desakan berterusan pemimpin Umno untuk segera dilaksanakan Pilihan Raya Umum ke 15 mendapat kecaman rakyat dan memperlihatkan seolah olah parti Ketuanan Melayu ...
Pasca Prn Johor Kebanyakan Rakyat Merupakan Pengundi Ekonomi

Pasca Prn Johor Kebanyakan Rakyat Merupakan Pengundi Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 109 hits
Kajian data menunjukkan majoriti pengundi di Malaysia adalah pengundi yang cenderung kepada isu isu ekonomi dan tidak terlalu setia kepada satu satu parti Hal ini diungkapkan oleh aktivis KEADILAN Rafizi Ramli dalam forum Terus Terang malam...
Mati Lima Tahun Lebih Awal Jika Obes Pada Usia Pertengahan

Mati Lima Tahun Lebih Awal Jika Obes Pada Usia Pertengahan

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 344 hits
WASHINGTON Satu kajian di Amerika Syarikat mencadangkan bahawa seseorang individu akan mengalami pengurangan jangka hayat sehingga lima tahun sekiranya menjadi obes pada usia pertengahan lapor portal berita MailOnline semalam Kajian itu dij...
Covid 19 Icu Kuala Lumpur Selangor Meningkat Lebih 50 Peratus

Covid 19 Icu Kuala Lumpur Selangor Meningkat Lebih 50 Peratus

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 139 hits
SHAH ALAM Penggunaan katil bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi bagi pesakit Covid 19 di hospital Kuala Lumpur dan Selangor sudah melebihi 50 peratus dilaporkan pada Ahad Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint