Guru Jadi Youtuber Selepas Runsing Fikir Kehidupan Selepas Pencen Sanggup Keliling Sarawak Demi Rakam Content Menarik


DALAM suasana mencabar akibat pandemik c0v1d-19 yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu, tugas seorang pendidik antara paling mencabar kerana tetap perlu menyampaikan ilmu kepada para pelajar.
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah menggantikan kaedah pengajaran konvensional dan sebagai guru mereka perlu menggunakan pelbagai cara menarik dan interaktif dalam menarik perhatian pelajar.
Bagi seorang guru, Haini Hamlin selain PdPR, beliau mengambil langkah proaktif dengan menghasilkan video pengajaran tatabahasa menerusi saluran YouTube sebagai nilai tambah untuk para pelajar.
Namun ded4h Haini, cabaran terbesar menghasilkan video tersebut adalah bercakap di hadapan kamera yang dirasakan kekok dan janggal tetapi demi menyampaikan ilmu dia tetap meneruskan usaha itu.

Selain video tentang subjek Bahasa Melayu, Haini turut tampil dengan program yang diberi nama Cobaan.
Mula menghasilkan video di saluran YouTube sejak Januari 2021, Haini berkata, dengan cara itu ia sebenarnya memudahkan pelajar mengulang kaji, mengingati selain boleh membuka video tersebut pada bila-bila masa.
“Seperti contoh dalam pengajaran tentang topik kata majmuk saya hasilkan dalam bentuk nyanyian agar pelajar mudah ingat dan menghafalnya.
“Syukur pelajar-pelajar dapat terima cara itu dan sekali gus dapat menarik minat mereka untuk belajar dan mengulang kaji,” ujarnya.
Menjelang usia enam dekad, Haini turut kerap memikirkan tentang pelan setelah pencen pada tahun hadapan.
Tamatlah lembaran hidup saya sebagai seorang cikgu pada tahun 2023 namun saya runsing memikiran aktiviti serta pendapatan setelah berpencen nanti.HAINI HAMLINGURU & YOUTUBER“Tamatlah lembaran hidup saya sebagai seorang cikgu pada tahun 2023 namun saya runsing memikiran aktiviti serta pendapatan setelah berpencen nanti,” katanya.
Terdapat statistik melaporkan bahawa kebanyakan duit simpanan para pesara bakal berkurangan dalam tempoh lima tahun pertama dan realiti tersebut menyedarkan Haini.
Takut untuk jatuh muflis di saat beliau cuma mengharapkan duit pencen yang semestinya kurang daripada gaji bulanan sedangkan kos sara hidup sentiasa meningkat – dirinya pun tidak akan menjadi lebih muda dan bertenaga.
Setelah berbincang dengan ahli keluarganya, beliau berazam untuk menyediakan pelan pendapatan tambahan yang pasif sewaktu pencen dan sekarang adalah masa terbaik untuk memulakannya.

Tidak hanya berdiri dihadapan kamera, Haini turut mendalami selok-belok penghasilan sesuatu video.
Bagaimanapun Haini merancang untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan masa yang banyak serta tidak menggunakan banyak tenaga fizikal dan penerbitan video di YouTube dilihat sebagai pelan terbaik selepas bersara.
“Bayangkan jika saya cuma rakam 12 episod video selama enam hari padahal ditayangkan selama 12 minggu ataupun tiga bulan seterusnya secara konsisten? Buat sungguh-sungguh dan tunggu insentif daripada YouTube di kemudian hari.
“Ia bukan sahaja pelan pendapatan tetapi pada masa sama saya dapat terus mencurahkan ilmu kepada para pelajar dengan pengetahuan yang ada dan ia mungkin boleh menjadi rujukan pelajar pada dalam tempoh yang panjang,” katanya.
Beberapa video telah diterbitkan oleh Haini dan pada akhir tahun 2021, beliau telah mendapat khabar gembira bahawa usahanya telah mendapat lampu hijau.

Haini berharap ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pelajar.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersepakat untuk memperluaskan perjalanan kareer YouTube beliau melalui Dana Kandungan Digital PRISMA.
Dengan adanya sokongan padu tersebut, Haini telah menerbitkan siri terbaharu iaitu “Cobaan” di mana beliau akan mencuba pelbagai aktiviti baharu di pelbagai tempat sekitar Kuching-Siburan, Sarawak.
Cubaan yang dimaksudkan adalah bersilat Spring 12 di Pantai Damai yang panas hinggalah menjadi Pak Tambang di Kuching Waterfront.
“Cobaan” masih lagi ditayangkan hampir setiap minggu di YouTubenya dan episod sebelum ini telah berjaya mendapat tempat di hati para penontonnya.

Dalam siri Cobaan, Haini turut membawa penonton menjelajah ke Sarawak.
Walaupun jumlah pelanggan serta tontonannya tidaklah besar, namun Haini percaya ada hasilnya untuk jangka masa panjang asalkan beliau kekal konsisten dalam penerbitan videonya.
“Selain mengharapkan pendapatan pasif setelah pencen, saya ingin memberikan inspirasi kepada rakan sebaya saya yang kebanyakannya ahli penjawat awam yang senior serta yang sudah pencen untuk menjadikan saluran ‘Bersama Cikgu Haini’ di YouTube sebagai sumber pendapatan pasif.
“Tambahan pula, saya percaya ramai di antara mereka yang mempunyai cerita, pengalaman mahupun bakat untuk dikongsi kepada semua.
“Saya ingin lihat semua berjaya dan bahkan lebih bahagia setelah mereka pencen nanti. Saya pun masih menunggu keputusan jika saya dibenarkan untuk memberi makanan kepada buaya di episod akan datang”, katanya.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/03/guru-jadi-youtuber-selepas-runsing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isteri Kecewa Suami Sanggup Habis Beribu Demi Motor Duit Belanja Anak Hulur Rm150 Je

Hiburan Isteri Kecewa Suami Sanggup Habis Beribu Demi Motor Duit Belanja Anak Hulur Rm150 Je

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 153 hits
Sudah sedia maklum harga barang pada zaman ini sememangnya berbeza dengan zaman dahulu kerana sekarang ini harga jauh lebih tinggi Jika hendak dibezakan dahulu jumlah wang RM50 cukup untuk penuhi satu troli yang besar tetapi jika sekarang i...
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan

Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 198 hits
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan MULA MULA simpati kini ramai netizen marah dengan tindakan ibu aktres Tangmo Nida Panida Siriyudthayothin yang memaafkan dua suspek kematian anaknya se...
Pernah Dih1na Miskin Ini Kehidupan Khai Dan Rosma Selepas Keluar Akademi Fantasia

Pernah Dih1na Miskin Ini Kehidupan Khai Dan Rosma Selepas Keluar Akademi Fantasia

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 215 hits
Khai dan Rosma mula menempah nama bermula dengan menyertai Program Akademi Fantasia Pasangan ini mengakui mereka bangkit selepas kerap diperli atas kekurangan diri masing masing
Sanggup Berpanas Demi Rezeki Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda Video

Sanggup Berpanas Demi Rezeki Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda Video

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 157 hits
Sanggup Berpanas Demi Rezeki Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda VIDEO TULAR satu video memaparkan seorang wanita sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan sehingga menarik perhatian...
Sebak Mak Sanggup Naik Bas Dari Kampung Tapi Anak Tak Nak Jumpa Siap Tengking Balik Balik

Sebak Mak Sanggup Naik Bas Dari Kampung Tapi Anak Tak Nak Jumpa Siap Tengking Balik Balik

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 231 hits
Sebak Mak sanggup naik bas dari kampung tapi anak tak nak jumpa siap tengking balik balik ramai akui Si Tanggang Moden real ISeorang ibu meminjam telefon milik seorang wanita untuk bercakap dengan anaknya NAMPAKNYA kisah Si Tanggang Moden m...
Wanita Ini Sanggup Guna Balik Tuala Sanitari Yang Sama 7 Tahun Lalu

Wanita Ini Sanggup Guna Balik Tuala Sanitari Yang Sama 7 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 254 hits
Wanita Ini Sanggup Guna Balik Tuala Sanitari Yang Sama 7 Tahun Lalu SEORANG wanita berusia 35 tahun mendedahkan bahawa dia menggunakan semula tuala haid bagi mengurangkan sakit menstruasi Beki Griffin dari Rutland berkata tindakannya itu ke...
Video Ibu Nenek Sanggup Duduk Berhimpit Kereta Penuh Keladi

Video Ibu Nenek Sanggup Duduk Berhimpit Kereta Penuh Keladi

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 162 hits
Memiliki pokok hiasan seperti keladi eksotik semakin menjadi kegil4an orang ramai ketika ini bahkan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkannya Terbaharu tular di media sosial sebuah video memaparkan dua orang wanita me...
Hiburan Tak Sanggup Nak Tengok Ibu Sarat Mengandung Meraung Terkena Buatan Orang Undang Sebak Netizen

Hiburan Tak Sanggup Nak Tengok Ibu Sarat Mengandung Meraung Terkena Buatan Orang Undang Sebak Netizen

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 214 hits
Baru baru ini tular di media sosial satu perkongsian video daripada seorang pengguna dikenali sebagai yang terkena buatan orang dipercayai akibat hasad dengki dengan perniagaan miliknya Menerusi video tersebut Nellysa yang kini sedang sarat...
Sanggup Dibotakkan Kepala Dalam The King Of Tears Pelakon 19 Tahun Ini Raih Perhatian

Sanggup Dibotakkan Kepala Dalam The King Of Tears Pelakon 19 Tahun Ini Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 236 hits
Bukan senang mahu menjadi pelakon tambahan pula apabila anda ialah pelakon yang baru dan kurang pengalaman Meskipun pernah terpalit dengan kontroversi dahulu kerana kes penderaan haiwan King Of Tears Yi Bangwon kembali menemui penonton kini...
Malaysia Unicef Study Highlights The Stark Realities Of Poverty In Malaysia

Drama Kiblat Ke Syurga

Raya Dikampung

Hukum Mengerjakan Solat Sunat Istisqa Sedangkan Hujan Telah Turun

Makan Cendol Di Bismillah Cendol Taiping

Bersatu Sedang Tidur

Rm15 11bil For 270 Entrepreneurship Programmes In 2024

Sarawak Spouse Visa Not Valid For Widowed Divorced Men From Peninsula



Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal


Mahathir Meroyan Orang Melayu Tidak Mahu Undi Parti Proksinya Di Kkb

3 Top Rated Things To Do In Jakarta

Mengapa Ayat Al Qadr Diturunkan Hikmah Lailatul Qadar Di Penghujung Ramadhan

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Lepak Makan Aneka Diy Mee Segera Di Restoran Maggie Queue 24 Jam

Vivo Unveils The Perfect Night Party 2024 At Zepp Kuala Lumpur