70 Malaikat Untuk Menulis Pahala Bacaan Ini Selama 1000 Subuh
Siapa yang berselawat kepadaku seribu kali sehari akan berlaga bahunya dengan bahuku di depan pintu syurga Allah Taala. Maknanya apa dia? Orang yang lazim selawat sehari seribu kali dia akan masuk syurga dengan nabi Sallallahualaihiwasallam. Apa ubat yang ditinggalkan oleh Rasul untuk selamatkan diri kita dengan cabaran akhir zaman. Ubat dia apa dia? Ubat dia adalah dengan cara kita membanyakkan selawat kepada nabi kita Muhammad Sallallahualaihiwasallam.
Ada satu cerita Saidina Abdullah bin Mubarak radiallahu Taala anhu waktu ketika mana selesai beliau tawaf, beliau bersandar di tiang dalam Masjidil Haram menghadap ke arah Kaabah. Ketika dia tengok Kaabah, dia nampak seorang lelaki sedang bertaubat. Yang mana lelaki ni mengangkat kaki, letak. Lambat jalan dia. Pesanan Abdullah bin Mubarak terus pergi kepada lelaki tersebut dan tanya kepada dia. Apa yang sebabkan kamu jalan lambat? Kata dia, saya berselawat kepada nabi dengan setiap langkahan kaki saya. Setiap langkah saya berselawat kepada dia kata apa yang menyebabkan kamu buat macam itu? Maka lelaki ni pun cerita. Dia kata wahai tuan, dulu saya dengan dalam perjalanan bersama dengan ayah saya. Saya dalam perjalanan untuk menunaikan haji. Sampai di pertengahan jalan kami datang naik kapal. Sampai di pertengahan jalan kami berhenti berehat, ayah saya jatuh sakit dan dia dicabut nyawanya oleh Allah Taala pada malam yang lebih menyedihkan saya, ayah saya bertukar kulitnya menjadi gelap yang segelap-gelapnya. Yang menunjukkan bahawa dia ni adalah orang yang mati dalam keadaan suul khatimah.
Kata lelaki ni, ketika ayah saya malam tersebut bertukar wajahnya segelap-gelapnya yang saya tahu kata ayah saya suul khatimah. Buruk kematian. Saya menangis sepanjang malam tersebut di sisi ayah saya kerana saya bimbang bagaimana nak jawab esok dengan kawan-kawan yang lain yang bersama dengan kami dalam rumah. Pada malam tersebut waktu ketika saya sedang menangis saya tidur mimpi saya bertemu dengan seorang lelaki yang kulitnya putih kemerah-merahan, memakai pakaian yang segak, putih serban masuk ke dalam khemah kami dan kemudian lelaki tersebut menyapu badan ayah saya sehingga bertukar ayah saya menjadi wajah yang sangat cantik dan bercahaya.
Saya sangat gembira. Saya kemudian terus pegang kain jubah lelaki tersebut dan saya tanya kepada demi Allah tolong bagi tahu kepada saya siapa kamu kata lelaki tersebut, kamu tak kenal saya, ana Rasulullah. Saya adalah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Saya datang kepada ayah kamu pada malam ini untuk memberi syafaat kepada dia. Ya, ayah kamu banyak melakukan kejahatan. Tapi ada satu benda yang dia tidak pernah tinggal. Dia tidak pernah tinggal sebelum tidur berselawat kepadanya. Maka disebabkan hari ni saya datang untuk memberi syafaat kepada dia sebelum di akhirat nanti. Kata lelaki tersebut mulai malam tersebut saya berjanji. Setiap langkah kaki saya, saya tidak akan letakkan. Melainkan saya berselawat kepada nabi kita Muhammad Sallallahualaihiwasallam.
Tuan-tuan ada seorang ulama mengatakan bahawa, kalaulah seorang mengetahui apa yang ada dalam selawat maka selepas solat lima waktu dia tidak akan lakukan perkara yang lain melainkan berselawat kepada Nabi Sallallahualaihiwasallam. Sebab itu tuan-tuan yang dirahmati Allah lazimi selawat kerana nabi kita menyebut dalam hadis, nabi kita mengatakan siapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh berselawat kepada yang sepuluh kali. Dan kata nabi, siapa yang berselawatku kepada kepadaku sepuluh kali Allah Taala akan berselawat kepadanya seratus kali. Dan kata nabi lagi siapa yang berselawat kepadaku sehari seratus kali, Allah berselawat kepadanya ribu kali. Dan kata Nabi Sallallahualaihiwasallam dalam hadis siapa yang berselawat kepadaku seribu kali sehari akan berlaga bahunya dengan bahuku depan pintu syurga Allah Taala.
Maknanya apa dia? Orang yang lazim selawat sehari seribu kali, dia akan masuk syurga dengan nabi Sallallahualaihiwasallam. Siapa yang berselawat kepadaku sehari seribu kali, Allah mengharamkan jasad dia daripada api neraka Allah Taala. Maksudnya orang yang selawat seribu kali sehari, dia ni bukan ahli neraka dah tuan-tuan saya nak minta tuan-tuan semua pakat ikut saya ramai-ramai, Jazallahu ‘anna sayyidana muhammadan shallallahu a’laihi wa sallama ma huwa ahluh
Tuan-tuan dalam hadis disebut siapa yang membaca pada setiap pagi harinya dibaca Sallallahualaihiwasallam akan ditulis dengan satu ucapan tersebut oleh tujuh puluh malaikat. Yang malaikat tersebut akan letih ini bahasa dia panggil maksudnya mereka tak akan letih cuma ni mereka meletihkan tujuh puluh malaikat untuk menulis pahala bacaan ini selama seribu subuh.
Maknanya seribu subuh maksudnya tiga tahun tuan-tuan. Kalau baca tiga kali tadi berapa? Enam kali tiga, lapan belas tahun tuan-tuan. Malaikat itu akan tulis lagi pahala. Jadi jangan lupa untuk baca pada setiap pagi setakat itu dulu. Aa moga-moga Allah Taala menyelamatkan kita semua pada, pada akhir zaman ini. Kerana kita semua sekarang berada di penghujung zaman dah tuan-tuan. Moga-moga tuan-tuan semua dapat mengambil manfaat dan yang paling utama pada malam ini, kita balik, jangan tinggal selawat kepada nabi Sallallahualaihiwasallam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://detikislam.blogspot.com/2022/02/70-malaikat-untuk-menulis-pahala-bacaan.html