7 Universiti Di Mesir Mungkin Akan Digugurkan Daripada Senarai Akta Perubatan 1971


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971. Hal yang demikian kerana calon-calon yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di tujuh (7) universiti terkemuka di Mesir diwajibkan memenuhi syarat kelayakan minimum kemasukan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Perkara ini ditetapkan bagi mengelakkan masalah pengiktirafan pegawai perubatan di negara ini.
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MPM) mengatakan bahawa perkara itu telah diputuskan di dalam mesyuarat MPM ke-407 pada 22 Jun lalu. Mesyuarat itu dilakukan demikian selepas pihak MPM menerima pemakluman berhubung pengurangan tempoh pengajian yang melibatkan universiti-universiti berkenaan.
Beliau juga merangkap sebagai Ketua Pengarah Kesihatan berkata pihak MPM menerima pemakluman dimana tempoh pengajian enam tahun telah dikurangkan kepada lima tahun pengajian bagi kesemua tujuh buah universiti terlibat yang diiktiraf oleh MPM sebelum ini. Tujuh universiti tersebut tersenarai di dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2021). Beliau juga telah menyebut nama universiti-universiti itu:
“Tujuh universiti yang terlibat adalah Universiti Iskandariah, Universiti Ain Shams, Universiti Cairo, Universiti Tanta, Universiti Mansoura, Universiti Zagazig dan Universiti Al-Azhar.”
Beliau juga menambah mengenai syarat kelayakan minimum kemasukan tersebut pada satu kenyataan hari ini:
“Pihak MPM telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pelbagai pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi Mesir sebelum memutuskan syarat wajib kelayakan minimum yang ditetapkan. Syarat wajib berkenaan iaitu calon sekurang-kurangnya lepasan matrikulasi atau asasi atau pra-universiti atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-level atau lain-lain peperiksaan yang setaraf.”
Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, pada mesyuarat diadakan itu telah bersetuju sekiranya calon gagal memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan, bakal graduan universiti-universiti terlibat mungkin akan berdepan dengan masalah pendaftaran dengan pihak MPM.
Beliau juga menegaskan,
“Sekiranya perkara ini berlanjutan, pihak MPM juga akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan universiti-universiti yang berkenaan dari senarai universiti yang diiktiraf MPM dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012)”.
“Semua pihak terlibat seperti badan-badan pemberi biasiswa atau bantuan pendidikan perlu memastikan calon memenuhi syarat kelayakan minimum ini untuk mengelakkan sebarang masalah atau kesulitan yang berlaku kelak apabila calon ingin mendaftar dengan MPM selepas tamat pengajian,” kata beliau pada kenyataan hari ini.
Sebelum ini kami ada kongsikan berkaitan Keputusan STPM pada 1 Julai 2021 untuk calon-calon yang telah menduduki peperiksaan pada Mac lalu.
Semoga perkongsian 7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971 ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi panduan kepada para pelajar supaya dapat memilih universiti yang diiktiraf di negara kita. Diharapkan pelajar-pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dengan berjaya terutamanya dalam mengharungi cabaran pandemik ketika ini.
7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971
NurFatin Nadia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/06/7-universiti-di-mesir-mungkin-akan-digugurkan-daripada-senarai-akta-perubatan-1971.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Perubatan Wajib Penuhi Syarat Minimum Lanjut Pelajaran Ke Mesir

Pelajar Perubatan Wajib Penuhi Syarat Minimum Lanjut Pelajaran Ke Mesir

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 147 hits
Elak kesulitan untuk berdaftar dengan MPM selepas tamat pengajian KUALA LUMPUR Warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran perubatan di tujuh universiti di Mesir wajib memenuhi syarat kelayakan minimum kemasukan yang ditetapkan ke...
Ahmad Maslan Dedah Senarai Pemimpin Tertinggi Umno Yang Buat Keputusan Keluar Pn

Ahmad Maslan Dedah Senarai Pemimpin Tertinggi Umno Yang Buat Keputusan Keluar Pn

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 311 hits
tuncarlos com KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan anggota anggota Biro Politik UMNO terdiri daripada 26 orang Mereka ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan tiga naib presiden ketu...
Ini Senarai Biro Politik Umno Ahmad Maslan By Wartawan Malaysiagazette 23 June 2021

Ini Senarai Biro Politik Umno Ahmad Maslan By Wartawan Malaysiagazette 23 June 2021

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 326 hits
By Wartawan MalaysiaGazette 23 June 2021Ahmad Maslan KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan anggota anggota Biro Politik UMNO terdiri daripada 26 orang Mereka ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi timbalannya Datuk Ser...
Senarai Biro Politik Umno Yang Buat Keputusan

Senarai Biro Politik Umno Yang Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 260 hits
Senarai Biro Politik UMNO yang buat keputusan Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan anggota anggota Biro Politik UMNO terdiri daripada 26 orang Mereka ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan tiga...
Biden Bakal Meminda Senarai Hitam Trump

Biden Bakal Meminda Senarai Hitam Trump

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 247 hits
Sesiapa sahaja yang naik mungkin dia akan membawa agenda yang sama Mungkin Itulah dia senarionya dengan senarai hitam China yang pada asal dibuat oleh Trump tetapi akan dipinda pula oleh Presiden AS ketika ini iaitu Joe Biden Beliau meranca...
Senarai Lagu Melayu Jun 2021

Senarai Lagu Melayu Jun 2021

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 287 hits
Senarai Lagu Melayu Jun 2021 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahun baharu bulan baharu pastinya anda menantikan lagu lagu baharu dari artis tempatan Jadi untuk Jun 2021 ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dari ramai artis Malaysi...
Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40 Usahawan Orang Asli

Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40 Usahawan Orang Asli

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 309 hits
Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyediakan beberapa insentif dalam usaha membantu usahawan terjejas dan golongan B40 bagi meneruskan kelangsungan dan meningkatkan pendapatan mereka Menterinya Datuk Abd Latiff Ahmad berkata antara insen...
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

My Moving Journal A Fresh Start

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident

Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

Video Menarik Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berperang Dengan Diri Siri 1

Win Big On Official Gudangtoto Site With These Tips And Strategies

Membina Tabiat Baik Sebagai Muslim 7 Prinsip Untuk Istiqamah

Voltecx Rahsia Kaw Kaw Jimat Minyak Buat Enjin Kereta Lama Kembali Power

How To Capture Short Attention Span

Employee Engagement Isn T One Size Fits All And Neither Is Your Platform