7 Tips Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup Anda
7 Tips Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup Anda | Memiliki sebuah kehidupan yang bahagia sentiasa diimpikan oleh setiap manusia. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk mencari sebuah kebahagian. Apa yang perlu kita fahami kebahagian itu bukan diukur daripada seberapa tinggi harta kekayaan yang kita miliki tetapi ia adalah sebuah perasaan yang berbunga mekar di dalam hati hanya mereka yang dapat rasai. Kebahagian juga hadir dalam pelbagai bentuk yang dikurniakan dari Yang Maha Pengasih. Memiliki keluarga yang penyayang, mendapat sebuah kejayaan, berbakti untuk ibu bapa. Ini adalah antara bentuk kebahagian yang hadir dalam diri kita. Semak diri anda sekarang. Berapa banyak kebahagian yang anda dapat. Banyak bukan
Jadi untuk mereka yang masih mencari bahagia. Berusah untuk mengapai kuntuman bahagia itu. Jadi hari ini dikongsikan tip-tip yang mungkin boleh kita sematkan dalam seharian kita untuk rasa manisnya kebuah kebahagian. Berikut adalah 7 Tips Untuk bahagia menurut Saidina Ali.
💗 Jauhkan sifat membenci. Jangan tanamkan perasaan benci terhadap manusia sekalipun dengan mereka yang menyalahi kita. Kuncinya MAAF
💙 Doakan untuk sekalian mukmin. InshaaAllah bunga bahagia akan berkuntum dalam hati kita semua.
💚 Banyakkan memberi walaupun kita dalam keadaan susah. Memberi itu dapat dizahirkan dalam banyak bentuk. Mungkin harga benda, perkhidmatan, malahan nasihat.
💛 Senyum. Senyumlah untuk merasa bahagia walaupun kita berduka.
💜 Kesederhanaan. Hiduplah dalam kesederhaan walaupun kita punyai segalanya rumah yang besar, kereta yang merah, harta yang melimpah.
💘 Jangan terlampau bersedih dengan masalah anda. Maksudnya sedih itu tidak salah tetapi jangan bersedih berlebihan sehingga memudaratkan diri anda.
💕 Banyakkan berbuat kebaikkan untuk gapai makna bahagia
Mungkin kita boleh amalkan dalam kehidupan sehari-harian kita. InshaaAllah bahagia datang menjenguk tanpa kita duga. Semoga bermanfaat untuk perkongsian kali ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://duniakita94.blogspot.com/2018/12/7-tips-untuk-rasa-bahagia-dalam-hidup.html