7 Tips Rapatkan Jurang Generasi Datuk Nenek Dengan Cucu Remaja




Assalamualaikum wbt..
Selalunya hubungan datuk-nenek dengan cucu sering ditanggapi sebagai hubungan cinta yang mengasyikkan, kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang datuk-nenek kepada cucunya bak laut yang tidak bertepi, seperti tiada pasang surutnya..

Tapi biarpun kasih sayangnya tak berbelah bagi, situasi mungkin akan berubah apabila cucu-cucu kita meningkat dewasa.. Di sinilah bermulanya jurang generasi yang begitu luas, terutama dari segi pendapat dan pemikiran, yang mungkin sering menimbulkan masalah dalam hubungan antara datuk-nenek dan cucu..

Sebagai datuk-nenek, kita kena ingat bahawa cucu-cucu kita terutama yang telah meningkat remaja dan dewasa, mereka mempunyai pendapat atau pandangan tentang kehidupan mereka yang tersendiri. Sebagai seorang yang lebih tua dan banyak pengalaman hidup dalam keluarga, kita seharusnya menjadi mentor pada mereka.. Sebab itu, berbanding dengan ibu bapa, seorang datuk-nenek tak boleh bertindak sama seperti ibu bapa terhadap cucu-cucu, sebaliknya mereka memerlukan lebih kesabaran, pemahaman, masa dan belas kasihan dalam menghadapi karenah cucu-cucu...

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diguna pakai dalam memastikan jurang genrerasi antara datuk-nenek dan cucu dapat dirapatkan...

Pentingnya interaksi - Dalam dunia yang mengamalkan kebebasan bersuara ini, adalah menjadi satu perkara yabg penting untuk kita sentiasa berinteraksi dengan cucu-cucu kita agar mereka merasa dekat dan rapat serta mendengar suara hati kita. Setiap kali bersama dengan mereka, cuba 'gali' apa yang tersirat di dalam hati dan fikiran mereka. Cubalah untuk berhubungan dengan mereka agar mereka tahu bahawa mereka diterima dan diiktiraf oleh datuk-neneknya.

Setiap cucu berbeza - Kita perlu ingat bahawa setiap seorang daripada cucu kita mempunyai personaliti dan kehendak yang berbeza. Ada yang cukup dengan hanya pelukan dan memanjakan mereka saja. Sedangkan ada yang mahukan kita cuma mendengar dan memahami setiap apa yang disuarakan. Memang ada kalanya sukar untuk kita memberi tumpuan, lebih-lebih lagi bila kita mempunyai ramai cucu yang perlu dilayan, tapi berikanlah perhatian dan jangan hanya berpura-pura mendengar.. Dengan memberi sepenuh perhatian kita, pastinya cucu kita akan menghargainya..

Saling berhubungan - Pada zaman kini, cucu-cucu kita pasti akan tinggal berjauhan daripada kita dan ini menyebabkan kita tak dapat bersama dengan mereka setiap masa. Namun itu tak bermakna kita jauh daripada mereka, dan untuk sentiasa dekat dengan mereka adalah mudah dan jalan yang paling senang adalah dengan mendoakan kesejahteraan mereka setiap hari.

Gunakan kemudahan teknologi - Selain mendoakan kesejahteraan cucu kita, kita boleh hubungi mereka dengan bertanyakan khabar mereka melalui telefon ataupun emel. Pada zaman sekarang, pasti kita tak menghadapi masalah dengan menggunakan kemudahan teknologi pada bila-bila masa. Apa kata untuk sesuatu yang istimewa, seperti ulang tahun kelahiran, rakamkan gambar ataupun video kemudian masukkan lagi yang mereka gemari dan jadikan ini sebagai hadiah untuk cucu-cucu kita. Selain itu, kita boleh masukkan gambar-gambar yang telah kita rakamkan ke dalam laman sosial kita kerana kemudahan teknologi yang ada bukan saja memudahkan hidup kita tapi ianya juga dapat merapatkan hubungan dengan orang yang kita sayang.. 

Berseronok bersama - Apabila kita berkumpul dengan cucu-cucu, cubalah 'masuk' ke dalam dunia mereka. Lakukan apa yang ingin mereka lakukan misalnyha bermain pelbagai jenis permainan bersama-sama, pergi ke taman untuk bermain bola, tengok wayang bersama-sama, ataupun bermain permainan komputer bersama-sama dengan mereka. Adalah amat penting untuk 'tertawa' dan berseronok bersama cucu-cucu kita dan ianya adalah pengalaman yang sangat berharga yang kita tak boleh beli di mana-mana..

Ajar mereka tentang tanggung jawab - Bila cucu-cucu kita datang menziarahi kita, galakkan mereka untuk sama-sama membantu membuat kerja-kerja di rumah. Contohnya selain membersihkan dalam dan luar rumah, ada baiknya juga jika kita mengajak mereka untuk sama-sama menjayakan sesuatu projek, seperti berkebun atau membina sesuatu seperti rumah kucing, dan kemudian rasai hasilnya. Mereka mungkin 'liat' untuk melakukannya, tapi adalah penting untuk kita mengajar mereka erti tanggung jawab dan juga nilai sesuatu tugas.

Jangan masuk campur - Sayang kita terhadap cucu memang amat berbeza dengan sayang kita pada anak-anak, dan pastinya kita tak sampai hati bila melihat cucu-cucu kesayangan dikenakan tindakan disiplin oleh ibu bapanya. Tak kurang juga ada antara kita yang berkecil hati dengan tindakan anak kita bila memarahi cucu. Kita perlu ingat bahawa kita tak sepatutnya mencampuri dalam urusan bagaimana anak-anak kita membesarkan cucu-cucu kita tapi berikanlah nasihat hanya apabila anak-anak kita meminta pendapat daripada kita. Paling penting, janganlah kita bergaduh atau membela cucu-cucu dengan anak kita di hadapan cucu-cucu kita kerana ini akan membuatkan mereka tak menghormati orang tua mereka sendiri.. 

Semoga dengan tips ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara datuk-nenek dengan cucu.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/03/7-tips-rapatkan-jurang-generasi-datuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepergok Curi Perhiasan Cucu Di Tasikmalaya Bekap Nenek Hingga Tewas

Tepergok Curi Perhiasan Cucu Di Tasikmalaya Bekap Nenek Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 168 hits
Motif pembunuhan yang dilakukan AY adalah karena kesal tidak diberi pinjaman uang Rp 200 ribu oleh neneknya Pelaku sendiri mengaku mengetahui bahwa neneknya memiliki banyak uang dan sejumlah perhiasan
Nenek Tak Layan Cucu Pilih Kasih Sebab Kulit Gelap Badan Kurus Anak Terasa Hati

Nenek Tak Layan Cucu Pilih Kasih Sebab Kulit Gelap Badan Kurus Anak Terasa Hati

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 567 hits
Datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu Kalau boleh mahu dipeluk cium selalu Bila cucu mereka dimarahi anak anak dia pula tegur kita semula Tak diberinya anak anak ni memarahi cucunya Apa saja yang cucu cucu minta akan diberikannya S...
Rumah Terbakar Di Simalungun Nenek Dan Cucu Tewas Terpanggang

Rumah Terbakar Di Simalungun Nenek Dan Cucu Tewas Terpanggang

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 237 hits
Berdasarkan informasi dihimpun kedua korban yakni Estiarmah Br Saragih dan cucunya Nisa Elprita Sari Purba Jasad mereka ditemukan dalam kondisi mengenaskan di dalam rumah
Datuk Misbun Di Manjung Badminton Arena

Datuk Misbun Di Manjung Badminton Arena

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 429 hits
Datuk Misbun Sidek merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton profesional Malaysia yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pembangunan remaja BBSAP telah hadir ke Kejohanan Badminton Remaja Terbuka BBSAP 2020 kejohanan terseb...
Wawancara Eksklusif Bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba

Wawancara Eksklusif Bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 734 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Gelombang kedua Kedegilan rakyat Meragut nyawa Campur tangan tentera Malaysia darurat Nantikan Wawancara Eksklusif bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Ahad 22 Mac 2020 jam 12 tengah hari di se...
Hairul Azreen Dikecam Tak Buat Homework Sebelum Temuramah Datuk Lee Chong Wei

Hairul Azreen Dikecam Tak Buat Homework Sebelum Temuramah Datuk Lee Chong Wei

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 278 hits
Baru baru ini Hairul Azreen mencuri tumpuan ramai apabila mendapat peluang untuk mengadakan sesi Live di Instagram bersama bekas jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei Namun disebalik keterujaan ramai mendengar Lee Chong We...
Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 329 hits
Itali mencatat rekod tertinggi kematian di peringkat Eropah dan dunia selepas lebih daripada 5 400 kematian telah dicatatkan di negara itu mereka telah diserang teruk dengan wabak COVID 19 Itali juga adalah kedua tertinggi negara yang palin...
5815 Aktiviti Kunjungan Hormat Oleh Datuk Zainal Sakom Ke Ppim Ppim 18 03 2020

5815 Aktiviti Kunjungan Hormat Oleh Datuk Zainal Sakom Ke Ppim Ppim 18 03 2020

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 550 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima kunjungan hormat oleh Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Datuk Zainal Abidin Sakom
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat