7 Teras Utama Kpm Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara


Tujuh (7) Teras Utama Yang Menjadi Tumpuan KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara
Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama dengan memastikan pelbagai inisiatif yang disediakan akan dikekalkan serta ditambah baik mengikut keperluan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tujuh teras utama itu termasuk memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuk dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran.
“Saya juga akan bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan dalam memastikan isu kemiskinan keluarga yang memberi impak langsung kepada pendidikan anak-anak dapat dibantu dengan wajar,” katanya pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan pada 15 Disember 2022.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.
Fadhlina berkata KPM juga akan memberikan perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan selain memfokuskan kepada kebajikan guru kerana golongan itu teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.
Justeru, beliau akan memastikan golongan guru diberi sokongan profesional berterusan sewajarnya dan memberi tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi mereka disebabkan beban tugas serta berjauhan daripada pasangan.
Selain itu, beliau berkata KPM juga akan meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah dengan kementerian akan membuat libat urus bersama agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan di bawah KPM.
Menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus; memberi penekanan kepada aspek ‘karamah insaniah’ melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dan memberi tumpuan kepada usaha untuk mengubah suai dan menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak, juga antara tujuh fokus utama KPM.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga mengumumkan KPM akan meneruskan dasar sedia ada dan menambah baik proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya memandangkan kementerian itu meneruskan budaya meneliti serta mengkaji secara berhemah setiap perkara hendak diputuskan.
Katanya hasrat dan keutamaan KPM adalah untuk melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera, justeru kementerianya akan mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM).
Beliau juga mengakui menguruskan jangkaan umum adalah cabaran harus dipikul KPM bagi memastikan satu titik pertemuan yang adil dan saksama dapat direalisasikan oleh pentadbiran kerajaan perpaduan.
– BERNAMA
7 Teras Utama KPM 2023 7 Teras KPM :
TERAS 1
Kementerian mahu menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus
TERAS 2
KPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti
TERAS 3
Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40
TERAS 4
Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi
TERAS 5
Fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampian pendidikan
TERAS 6
Memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak
TERAS 7
Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah
Tema / Slogan “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
Baca juga:
SPA9 – Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023 APDM Ibu Bapa: Cara Kemaskini Maklumat Murid (SPS KPM) PeKa B40: Semakan Kelayakan, Tuntutan Manfaat & Senarai Klinik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/7-teras-kpm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=7-teras-kpm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spi Kpm Bil 2 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Spi Kpm Bil 2 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 622 hits
SPI KPM Bil 2 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Muat turun surat pekeliling ikhtisas ini melalui pautan mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger p...
Bantuan Khas Bernas Rm60 Juta Pesawah Seluruh Negara

Bantuan Khas Bernas Rm60 Juta Pesawah Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 244 hits
Bantuan Khas BERNAS RM60 Juta Pesawah Seluruh Negara Kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bantuan pada tahun lepas dengan pembentukan kerajaan yang terdahulu Kini sudah masuk tahun 2023 pembentukan kerajaan baharu telah dibina dan pe...
Uk Bakal Hadapi Kemelesetan Paling Buruk Dalam Kalangan Negara G7

Uk Bakal Hadapi Kemelesetan Paling Buruk Dalam Kalangan Negara G7

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 411 hits
UK bakal hadapi kemelesetan paling buruk dalam kalangan negara G7 Dikemas kini 17 saat yang lalu Diterbitkan pada 3 Jan 2023
Kabinet Akan Putuskan Isu Berkaitan Pengembara Luar Negara Kata Menteri

Kabinet Akan Putuskan Isu Berkaitan Pengembara Luar Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 197 hits
SEBARANG keputusan berkaitan ketibaan pengembara luar negara khususnya dari China perlu dibincangkan secara komprehensif dan diputuskan di peringkat Kabinet kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat ...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Sarapan Di Warong Sate Pagi Kota Tinggi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Dolla Mwa Chord

More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye