7 Tempat Makan Menarik Yang Anda Wajib Cuba Di Terengganu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja. Baiklah, seperti mana yang anda tahu, baru-baru ini aku ada pergi ke negeri Terengganu selama 4 hari dan 3 malam dan sepanjang tempoh itu aku ada singgah makan dibeberapa tempat makan yang famous, sedap dan terbaik makanannya

Oleh itu, entri kali ini aku nak kongsikan dengan anda 7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di negeri Terengganu! Jangan lupa untuk singgah ke semua lokasi tempat makan ini bila mana anda datang ke negeri Terengganu! Selamat membaca

7 TEMPAT MAKAN MENARIK YANG ANDA WAJIB CUBA DI TERENGGANU
ADIL ROTI

Tempat makan pertama yang aku nak kongsi dengan anda adalah Adil Roti. Disini menu yang ada bukan sekadar roti tetapi pelbagai lagi menu yang sedap-sedap belaka dan juga sangat unik. Di Adil Roti, anda boleh datang bersama keluarga untuk menikmati pelbagai jenis menu sarapan yang semuanya bagi aku sangat menarik, sedap dan juga unik

Adil Roti ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu dan waktu operasinya bermula dari jam 7.45 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Saranan aku lebih baik datang awal sekiranya anda tak mahu menunggu dan beratur lama kerana Adil Roti ini sememangnya agak popular di kalangan penduduk Terengganu sendiri dan juga orang luar yang datang ke negeri ini

Lokasi : Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, TerengganuFacebook : https://www.facebook.com/adilroti16/Instagram : https://www.instagram.com/adilroti/
MUDA TEA CAFE

Tempat makan berikutnya adalah di Muda Tea Cafe. Aku datang ke sini bersama rakan-rakan lain diwaktu pagi untuk bersarapan. Pilihan menu yang ada pula pelbagai dan antara menu yang ada adalah seperti Laksa Penang, Roti Bakar, Roti Gedik Special, Nasi Minyak dan pelbagai lagi.
Kafe ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu, dan waktu operasi dari jam 7 pagi sehingga 3 petang. Menu yang aku cuba pada ketika aku di Muda Tea Cafe ini adalah Laksa Penang. Pagi-pagi makan laksa penang? Nak buat macam mana, aku kan hantu laksa. Laksa di sini sedap dan rasanya terbaik!
Lokasi :  Lot 1596 GM 1196, Kampung Merbau Patah, 21070 Kuala Terengganu, TerengganuFacebook : https://m.facebook.com/Muda-Tea-Cafe-106793444052960/Instagram : https://www.instagram.com/mudateacafe/?hl=en
BACA JUGA : MERCHANG LESTARI - EKO PELANCONGAN TERBARU DI TERENGGANU
Gerai RM 1.00 Alur Limbat

Siapa sangka masih ada gerai yang menjual menu sarapan berharga RM1 sahaja! Kalau di kawasan Lembah Klang, RM1 boleh dapat seketul kuih sahaja. Di Terengganu, terdapat satu gerai yang menjual menu sarapan dengan harga RM1 bagi setiap bekas. Kalau anda lihat dalam gambar, dalam satu bekas itu, ada beberapa portion lagi ya

Memang kena datang awal sebab kebiasaanya dalam jam 9 pagi macam tu memang dah habis pek-pek makanan ni. Selain itu, terdapat lebih daripada 80 menu yang ada termasuklah sarapan ala barat seperti sandwich, nugget dan sebagainya. Memang berbaloi jika anda beli sarapan disini kerana harga yang murah dan makanan yang sedap

Lokasi : Kampung Alur Limbat, Bukti Payong, Marang, Terengganu

ALI KING SOUP


Okay kalau restoran dan gerai sebelum ini untuk waktu sarapan, restoran seterusnya adalah untuk makan malam! Ali King Soup menawarkan pelbagai jenis menu dan hidangan menarik. Yang paling best pastinya pilihan sup yang ada di sini

Antara menu yang anda boleh cuba adalah seperti Colek Kaki Ayam, Colek Kateh, Colek Lidah, Sup Gearbox dan pelbagai lagi. Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari jumaat dan beroperasi bermula jam 5.30 petang sehingga 12.00 malam. Oh ya, bukan sup saja yang ada disini, menu nasi goreng-goreng juga ada dan semuanya sangat sedap dan terbaik

Lokasi : 1148, Kampung Padang Midin, 21070 Kuala Terengganu, TerengganuFacebook :  https://www.facebook.com/alikingsoup/Instagram : https://www.instagram.com/alikingsoup/
RESTORAN B'BETENG

Terletak di dalam Taman Tamadun Islam, Restoran B'Beteng ini menawarkan pelbagai menu makan malam yang sedap-sedap belaka. Pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba seperti Nasi Goreng Pattaya, Nasi Goreng Seafood,  Sup Tulang Berempah, dan pelbagai lagi

Aku berpeluang makan malam disini bersama rakan-rakan dan antara menu yang kami cuba adalah Ikan Siakap Tiga Rasa, Sup Tomyan, Sotong Goreng Tepung dan pelbagai lagi. Disini juga ada masakan barat yang anda boleh cuba seperti Spaghetti Carbonara, Chicken Chop, Grilled Chicken dan pelbagai lagi. 
Lokasi : Pulau Wan Man, Losong Panglima P'erang, 21000 Kuala Terengganu, TerengganuFacebook : https://www.facebook.com/pages/Restoran-Bbeteng-Taman-Tamadun-Islam/143533725744400?nr
WARUNG DALAM KENANGAN

Tempat makan berikutnya adalah di Warung Dalam Kenangan. Walaupun namanya warung, tapi ia adalah sebuah restoran yang besar dan luas. Sekiranya anda ingin makan makanan seafood dan sebagainya, inilah tempatnya

Aku dan rakan-rakan sempat malam malam disini dan di dalam gambar adalah antara lauk-lauk dan menu yang kami makan pada malam tersebut. Sememangnya ramai pelanggan yang datang ke sini untuk makan seafood yang segar dan menu yang sedap

Lokasi :  1010, Jalan Batu Buruk, Taman Midah, 20400 Kuala Terengganu, TerengganuInstagram : https://www.instagram.com/w.dalamkenangan/?hl=en
BACA JUGA : SEJARAH RUMAH WARISAN HAJI SU, KUALA TERENGGANU
GERAI KPSP TELUK KETAPANG

Tempat makan terakhir dalam senarai ini adalah Gerai KPSP Teluk Ketapang. Aku dan rakan-rakan datang ke gerai ini diwaktu petang untuk menikmati makanan yang sememangnya sinonim dengan negeri Terengganu iaitu Udang Celup Tepung, Ikan Celup Tepung dan juga Sotong Celup Tepung

Memang tak sah kalau ke negeri Terengganu ini kalau tak cuba makanan-makanan ini. Selain itu, kami juga mencuba keropok lekor yang turut dijual disini! Memang sedap tambahan pula apabila dimakan bersama kuah yang pedas tapi manis. Makan diwaktu petang sememangnya sangat sedap! Ada juga menu lain yang ditawarkan disini seperti nasi goreng, meggi goreng dan sebagainya

Lokasi : Kampung Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu, TerengganuFacebook : https://www.facebook.com/pages/KPSP,%20Teluk%20Ketapang/136767523159511/
Bagaimana? Menarik bukan semua lokasi ini? Negeri Terengganu sememangnya kaya dengan pelbagai makanan menarik, tempat-tempat menarik dan juga budayanya. In shaa Allah dalam entri akan datang aku akan cerita tentang lokasi menarik di Terengganu. 
Sekian
#BeautifulTerengganu #TourismTerengganu #CutiCutiMalaysia #Travellocal #Travelsafe #GayaTravel
Program Pakat Maghi Terengganu ini telah berlangsung dari 15 Disember 2020  sehingga 18 Disember 2020 dan dibawakan oleh Gaya Travel Magazine dan Beautiful Terengganu Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/12/tempat-makan-menarik-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dah Jemu Makan Nasi Cuba Roti Sosej Ala Auntie Anne S Pula Ringkas

Anak Dah Jemu Makan Nasi Cuba Roti Sosej Ala Auntie Anne S Pula Ringkas

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 515 hits
Sama macam kita adakalanya anak anak juga sudah jemu makan nasi Apa kata kita cuba buatkan kelainan pada selera anak dengan hasilkan roti kegemaran mereka Roti Sosej Ala Auntie Anne s ringkas yang dikongsikan olah bapa ini boleh mama cuba u...
Cucuk Cucuk Pantai Lido Tempat Makan Baru Di Temerloh

Cucuk Cucuk Pantai Lido Tempat Makan Baru Di Temerloh

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 799 hits
Assalamualaikum Walaupun zaza duduk area berdekatan Temerloh tapi zaza memang kurang tahu sangat area sini Kalau keluar dan ikut waze pun kadang tu still tak jumpa tempat yang nak dituju Macam tu juga dengan tempat makan Dah sampai bandar T...
Natasya Riverside Caravan Park Tempat Menarik Di Perak Tempat Mandi Manda Di Perak

Natasya Riverside Caravan Park Tempat Menarik Di Perak Tempat Mandi Manda Di Perak

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 602 hits
Tempat Menarik di Perak Natasya Riverside Caravan Park Cuti krismas hari tu balik kampung setelah sekian lama tak boleh merentas negeri Adik beradik semua balik Macam biasa memang kecoh bila berkumpul ramai2 mula2 tak plan kemana2 tapi terk...
Anak Susah Nak Makan Cuba Buatkan Pau Gebu Comel Ni Confirm Suka

Anak Susah Nak Makan Cuba Buatkan Pau Gebu Comel Ni Confirm Suka

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 621 hits
Hujung minggu ini apa agaknya resipi minum petang untuk anak anak dan suami Ayuh cipta bonding bersama anak anak dengan menguli pau comel ini Minta anak anak turut serta untuk melakar wajahnya pau comel Pasti anak anak suka Jom cuba resipi ...
Langgar Batas Operasional Malam Tahun Baru 45 Tempat Makan Di Dki Ditutup Sementara

Langgar Batas Operasional Malam Tahun Baru 45 Tempat Makan Di Dki Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 337 hits
Sementara itu Pelaksana tugas Kepala Dinas Lingkungan Hidup DKI Jakarta Syaripudin menyatakan jumlah sampah di Ibu Kota mengalami penurunan saat malam pergantian Tahun Baru 2021
Apa Yang Sedang Dibina Pada Tempat Latihan Terengganu Fc

Apa Yang Sedang Dibina Pada Tempat Latihan Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 441 hits
Kuala Terengganu Sesuatu yang menarik perhatian para penyokong dan peminat TFC apabila terdapat container yang dipasang untuk menjadikan ia sebagai pejabat atau pun cafe dipusat latihan Terengganu FC tersebut Gambar berikut adalah daripada ...
Wisatawan Di Ciwidey Wajib Test Antigen Di Tempat Jika Reaktif Langsung Diisolasi

Wisatawan Di Ciwidey Wajib Test Antigen Di Tempat Jika Reaktif Langsung Diisolasi

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 268 hits
Wakapolresta Bandung AKBP Dwi Indra Laksmana menjelaskan pihaknya menyediakan 200 alat rapid test Antigen yang akan digunakan selama empat hari ke depan yakni pada tanggal 24 25 Desember dan 30 31 Desember Setiap harinya disiapkan 50 alat t...
7 Rahsia Awet Muda Amp Kekal Berseri Meskipun Usia Sudah Meningkat 5 Wajib Cuba

7 Rahsia Awet Muda Amp Kekal Berseri Meskipun Usia Sudah Meningkat 5 Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 456 hits
Setiap wanita pastinya mengimpikan kulit wajah yang berseri dan sentiasa kelihatan cantik biarpun usia semakin bertambah Mana tidaknya ia amat berkait dengan keyakinan seseorang mengharungi perjalanan dunia pada setiap hari Apa kata anda se...
Pantang Larang Berblogging Yang Wajib Tahu Elak Disaman

Pantang Larang Berblogging Yang Wajib Tahu Elak Disaman

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 366 hits
Dunia teknologi semakin maju Kini ramai orang lebih selesa mencari apa juga maklumat dalam google atau mereka baca di laman web blog Bagi pembaca tidak ada salahnya sebab mencari maklumat kini hanya di hujung jari Malah maklumat daripada in...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pukul Oku Di Kemaman Cemar Imej Islam

Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang