Cucuk Cucuk Pantai Lido Tempat Makan Baru Di Temerloh


 
Assalamualaikum,
Walaupun zaza duduk area berdekatan Temerloh tapi zaza memang kurang tahu sangat area sini. Kalau keluar dan ikut waze pun kadang tu still tak jumpa tempat yang nak dituju. Macam tu juga dengan tempat makan. Dah sampai bandar Temerloh tu barulah terhegeh nak google tempat makan best kat Temerloh..hahaaa..
Banyak rupanya tempat makan yang baru dan best ada dekat Temerloh ni dan antara salah satu yang zaza singgah adalah dekat Cucuk-Cucuk Pantai Lido.
Zaza pergi dengan kawan zaza, blogger cik renex Macam biasa dia je la pemandu yang bawa zaza kemana-mana..terima kasih cik renex sebab sudi bawa zaza makan kat sini. Jarak rumah kami bukan dekat tau..sejam juga nak sampai semata-mata nak ambil zaza..
Cucuk-Cucuk Pantai Lido ni dibuka pada jam 5 petang hingga 11 malam. So zaza sampai kat sini dalam jam 5.30 petang.
Kat area sekitar sini pun ada port lawa tau nak ootd. Sebelum singgah makan sini, macam biasalah sempat lagi zaza ootd hahaaa..
Oklah, sampai je kat sini, ada beberapa menu makanan yang zaza cuba antaranya Cucuk-Cucuk, Tauhu Bakar, Set Talam Menyandor, Laicikang Telur Puyuh dan ABC.
Apa tu Cucuk-Cucuk?Ala Cucuk-Cucuk tu makanan macam bebola ikan, hotdog, tauhu, isi ketam dan banyak lagi yang dicucuk dengan lidi tu.
Harga Cucuk-Cucuk ni berbeza mengikut warna batang lidi.

RM 1.00 ( Batang tiada warna )RM 2.00 ( Batang warna merah )RM 5.00 ( Batang warna hijau )
Cucuk-Cucuk ni boleh dimakan begitu saja atau lebih enak dimakan bersama kuah. Kuah pula ada tiga jenis iaitu,
Kuah:

Kuah Sup + Sos IstimewaKuah RojakKuah Yong Taufu So zaza cuba kesemua kuahnya. Zaza suka kuah yong tau foo tu.. lagi pun agak lama dah zaza tak makan yong tau foo sejak pasar malam kat tempat zaza dah berubah ni, susah dah nak cari sebab banyak peniaga lama dah tak ada kat situ. Jadi bila dapat makan Cucuk-Cucuk ni dengan kuah yong tau foo dapat lah feeling-feeling nikmati yong tau foo



Yang ini pula Cucuk-Cucuk dengan kuah sup. Kalau budak-budak kecil memang suka makan ber sup ni kan. Ditambah dengan sos istimewa. Campurkan je sos istimewa dan kacau


Tauhu BakarHidangan kedua zaza cuba adalah Tauhu Bakar. Harganya cuma RM6.00 je. Zaza sebenarnya tak berapa makan tauhu tapi zaza cuba juga. Ranggup dan kuah rojak pun sedap

Bagi pengemar Tauhu boleh la cuba menu ini


Set Talam MenyandorHidangan ke tiga yang zaza cuba adalah Set Talam Menyandor. Kenapa nama menyandor? agaknya sebab bila makan set ni memang buat perut betul-betul kenyang dan terus rasa nak menyandor kat kerusi kot. Macam bersandar kat kerusi lah. Tu tekaan zaza lah. Mungkin ada maksud lain kan..tapi...ini adalah set yang paling zaza suka

Kenapa suka sangat? Sebab ada petai hehe..zaza ni hantu petai tau. So keje zaza mengutip petai je sampai licin

Set Talam Menyandor ni harganya RM18.90 sahaja. Dalam ini ada Nasi, Ikan Bakar Petai( Siakap/Talapia ), Air Asam Jawa, Ikan Masin Bulu Ayam, Ulam, Tembikai, Air Sirap atau Teh O Ais

Ikan Bakar dia memang sedapppp..tambah cicah dengan air asam jawa dan ada ikan masin. Memang puas lah makan. Bagi zaza Set Talam Menyandor ni boleh berkongsi 2-3 orang ( dewasa sorang dengan budak-budak).  
Next time kalau singgah lagi boleh la ajak family pula makan set ni


Laicikang Telur Puyuh & ABCUntuk menghilangkan rasa dahaga, zaza cuba Laicikang Telur Puyuh dan ABC. Ini adalah pertama kali zaza jumpa Laicikang bubuh Telur Puyuh tau. Laicikang ni sedap. Puas juga minum sebab mangkuknya pun besar

Selain Telur Puyuh, ada banyak campuran bahan lain macam kacang, cincau, buah longan, biji selasih dan beberapa lagi

Harga Laicikang Telur Puyuh ni cuma RM5.00 je


Selepas rasa Laicikang, zaza cuba ABC dia pula. Harga pun sama juga RM5.00 je semangkuk. Zaza memang suka ABC. Kalau keluar makan makan-mana kedai makan, memang selalu pesan ABC je.


So pada korang yang berdekatan atau ada yang nak singgah Temerloh, boleh la cuba port makan baru ni. Suasana pun meriah dan seronok nak melepak. Harga semua makanan pun berbaloi juga




LOKASI :CUCUK-CUCUK PANTAI LIDODYNATON BUKIT ANGIN( Sebaris Cozyshack cafe, Belakang Rotarium Steamboat )
Waktu Operasi : 5.00 petang hingga 11.00 malam. Dibuka setiap hari

Tel : 012 -961 6350
Instagram : @ccpl_temerloh







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2020/12/cucuk-cucuk-pantai-lido-tempat-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Bingka Jagung Baru Puas Makan

Buat Sendiri Bingka Jagung Baru Puas Makan

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 252 hits
Kalau korang suka makan Bingka Jagung ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya kalau buat sendiri baru puas makan Buat lebih boleh sedekah pada...
Ganjar Minta Mal Amp Tempat Wisata Dibatasi Saat Tahun Baru Kalau Sulit Ditutup Saja

Ganjar Minta Mal Amp Tempat Wisata Dibatasi Saat Tahun Baru Kalau Sulit Ditutup Saja

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 268 hits
Terkait arahan Bupati Wali Kota untuk tidak ada perayaan saat perayaan malam tahun baru sambung Ganjar bukan sama sekali tidak ada Perayaan bisa tetap dilakukan dengan melalui streaming di media sosial Begitu juga untuk perayaan Natal sudah...
Tempat Usaha Di Jakarta Yang Buat Acara Tahun Baru Akan Disegel

Tempat Usaha Di Jakarta Yang Buat Acara Tahun Baru Akan Disegel

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 294 hits
Sebelumnya Dinas Pariwisata dan Ekonomi Kreatif DKI Jakarta mengimbau agar tempat usaha pariwisata mulai dari hotel kafe hingga restoran tidak mengadakan kegiatan yang berhubungan dengan perayaan pergantian tahun
Fakta Baru Ternyata 4 Laskar Fpi Lawan Polisi Dengan Tangan Kosong

Fakta Baru Ternyata 4 Laskar Fpi Lawan Polisi Dengan Tangan Kosong

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 308 hits
Polisi menembak mati 4 Laskar FPI di dalam mobil petugas karena melawan dan hendak merebut senjata api milik anggota Polda Metro Jaya Fakta itu terkuak dari proses rekonstruksi kasus tewasnya enam Laskar FPI Rekonstruksi digelar pada Senin ...
Ingin Liburan Tahun Baru Luhut Wajib Rapid Test Antigen

Ingin Liburan Tahun Baru Luhut Wajib Rapid Test Antigen

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 233 hits
Untuk mencegah penularan virus corona saat libur Natal dan Tahun Baru 2021 pemerintah akan memberlakukan sejumlah kebijakan khusus Menurut Menko Marves Luhut Pandjaitan salah satunya adalah wajib rapid test antigen bagi masyarakat yang hend...
Komentar Vaksin Yang Dinantikan Satu Permulaan Baru Yang Perlu Dimanfaatkan

Komentar Vaksin Yang Dinantikan Satu Permulaan Baru Yang Perlu Dimanfaatkan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 213 hits
Dibandingkan dengan kali terakhir dunia kita dilanda pandemik besar besaran iaitu wabak flu 1918 krisis kesihatan COVID 19 nampaknya masih lagi dalam kemampuan kita untuk mengawalnya Kalau semasa pandemik Spanish Flu itu sehingga 20 pendudu...
Pelakon Baru Hariz Hamdan Tak Suka Main Telefon Bimbit Dan Bertiktok Di Set Penggambaran Bimbang Hilang Fokus

Pelakon Baru Hariz Hamdan Tak Suka Main Telefon Bimbit Dan Bertiktok Di Set Penggambaran Bimbang Hilang Fokus

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 495 hits
Finalis Hero Remaja 2020 Hariz Hamdan yang kini telah melibatkan diri dalam dunia lakonan telah berazam untuk membawa dirinya dengan baik apabila berada di lokasi penggambaran Mengakui dirinya sebagai pendatang baru Hariz yang baru sahaja b...
Halte Transjakarta Pasar Baru Ditutup Satu Bulan Mulai 16 Desember

Halte Transjakarta Pasar Baru Ditutup Satu Bulan Mulai 16 Desember

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 199 hits
Nantinya layanan rute sambung itu akan berhenti di rambu bus stop Pasar Baru TransJakarta pun menyediakan sebanyak tiga unit bus single untuk melayani pelanggan dari rute itu
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids