7 Tarikan Menarik Wajib Singgah Di Baling


 1. WENG VALLEY 
LEBAH KELULUT WENG VALLE
Destinasi wajib untuk korang lawati dan teroka di Baling adalah  ladang "LEBAH KELULUT WENG VALLEY. Berkesempatan melawat ladang ternakkan lebah kelulut , yang mana madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut, adalah salah satu daripada jenis madu yang paling bernilai dan berkhasiat. 














ATV ride Memang best bila berada di Weng Valley ni. Dapat layan ATV dan pusing kampung. Then korang kalau layan ATV korang boleh pilih nak jalan yang trill atau jalan biasa which is korang boleh pusing kampung dan kawasan sekeliling. Last visit I mmg jangan cakap lah sampai dalam kebun I terjah. 
Mandi manda dan layan coffee sambil healing kat taman tema air sekitar. Kolan besar dan kolam kecil untuk pengunjung. Siap ada port lepak lepak untuk parent yang datang sambil memerhatikan anak yang mandi manda

Terdapat juga aktiviti kayak untuk pengunjung yang datang. So senang cakap kalau datang Weng Valley ni.. memang korang takkan bosan. Walaupun pembinaan taman rekreasi ini dibina didalam ladang Felcra tapi segalanya lengkap. Paling penting untuk setiap aktiviti ni fee dia sangat sangat murah. Mereka siap menyediakan ruang kedai yang menjual barangan merchandise Weng Valley. 
Ini adalah pengalaman pertama I dan sangat gembira dengan aktiviti yang dianjur oleh pihak QTT Travel bersama gang KembaRojak. Kawasan perkampungan yang dinaiktaraf oleh FELCRA dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah pastinya memberi impak besar kepada sosialekonomi penduduk Kampung Weng Valley


FELCRA telah dipertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar dengan membuka peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan. Semestibya usahasama inilah menjadikan weng Valley perkampungan unik yang memiliki ruang permainan dan kawasan rehat bagi yang rindukan suasana kampung yang damai. To be honest I akan datang repeat ke sini in future.

2. DUSUN TOK WAK DESA









Orang kuat yang menjayakan Dusun Tok Wak (Pak Long adalah pengasas/penaung Dusuk Tok Wan)
Ok korang I nak suggest dan memang 100% recommended this place called Dusun Tok Wak. Bak Kata Owner Dusun Tok Wak Tagline Pekat,Likat Melekat. Kopi Kaw Tok Wak adalah signature Dusun ni. Katanya Minum sekali bahagia berkali kali. hihi. Kalau korang ke Baling jangan lupa singgah untuk healing di Dusun Tok Wak. yang mana Dusun ni siap lengkap package camping. Dusun Tok Wak ada menyediakan makan makan package dipanggil SEPAGI, SESIANG dan SEMALAM, yang pasti package makan makan ni padu tahap healing another level. Package menu yang boleh korang pesan adalah sup herba kambing, gulai batang pisang, ikan pekasam, kopi madu kelulut, sirap madu kelulut dan macam² lagi. Kat dusun ni korang boleh lah bawa anak anak, family atau datang lepak dengan kawan kawan

Nak rasai pengalaman makan dalam sungai atau makan makan sambil berendam dalam air sungai? Korang boleh datang Dusun Tok Wak Desa Sentosa.  Nak berkayak kat situ pon boleh tauu. Kat Dusun Tok Wak Desa juga korang boleh tengok buah kopi yang Pak Long proses buat Kopi madu kelulut. Tapi kalau korang nak kesini korang kena booking dulu, jangan datang walk-in je. 

Untuk tempahan atau sebarang persoalan boleh hubungi di talian : 019-508 8258
                            : Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Ulu Legong, Baling
3. GUNUNG BALING












Pengalaman pendakian yang takkan pernah I lupa seumur hidup dan terima kasih QT Travel dan KembaRojak yang telah menjayakan program pendakian ini. Secara Jujur ini adalah gunung tertinggi yang penah I daki. sebelum ni setakat Broga dan bukit Gasing. Dengar kata ketinggian gunung ni adalah terpaling mudah bagi hikers yang sememangnya expert dalam bidang pendakian. Untuk I dan kawan yang lain. Keluar seawal 4 pagi untuk nikmati views yang takkan ada di tempat lain semestinya kali ini buat pertama kali di Gunung Baling. Gunung baling merupakan gunung batu kapur termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops. 

My life saver. Kawan I kena geget pacat.. alhamdulillah badan I nyamuk pun tak nak dekat. hihi




Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Dengan ketinggian 546 meter dari paras laut, selain Gunung Baling terdapat banyak Gua - Gua batu Kapur untuk di terokai Pendakian gunung Baling sememangnya menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan dengan cabaran pendakian serta pemandangn 360 darjah yang yang menarik

Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh

Di ketinggian 546 meter pendaki dapat menikmati pemandangan indah saat keluarnya matahari pagi serta pemandangan memukau awan menyelubungi bahagian bahagian gunung yang dapat dinikmati seawal pagi di puncak gunung

4. ULU LEGONG HOTSPRING












Ini adalah lokasi pelancongan dan ramai sedia maklum bahawa ULU LEGONG HOTSPRING memiliki keistimewaan yang mana di dalamnya terdapat kolam air panas berperingkat. Ini juga adalah pertama kali bagi i. Setelah seharian berpenatan. Malam harinya akan berendam untuk hilangkan lenguh badan dan sakit urat. 
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling. 
Kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas serta bagi mereka yang menyukai aktiviti lasak,Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah port sesuai untuk dinikmati
5. GUA SIREH





KEINDAHAN Gua Sirih di Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai, menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar negara. Sejak dibuka sebulan lalu, lebih 2,000 pengunjung sudah melawat gua berkenaan yang terletak 20 meter dari pekan Baling.





Dinding gua kelihatan berombak-ombak umpama lukisan tiga dimensi (3D), batu besar berbentuk sireh junjung, formasi stalagmite dan stalaktit berbentuk singa dan perahu patah. “Keunikan gua disebabkan ciri monumen geologi, rupa bumi, landskap, kepelbagaian struktur geologi, batuan, fosil dan mineral mempunyai tarikan yang memberi pengalaman dan menjadi aktiviti lasak digemari pencinta alam untuk diterokai,”
Keluasan gua mencecah 192 meter lebar dan mempunyai ketinggian antara 60 hingga 80 meter dihiasi lampu neon yang berwarna-warni menghiasi dinding gua cukup mendamaikan.Ia terjadi hasil daripada titisan air bercampur kalsium yang terbentuk jutaan tahun dahulu. Pastinya peluang merakamkan detik terindah dalam Gua Sireh tidak dilepaskan begitu saja


6. TITI HAYUN LUBUK PEDATI  


Port untuk healing dan juga spot Instagramable momment di Sungai Kaki Gunung Baling ataupun Lubuk Pedati.. Berlatar belakangkan view yang sangat indah dan seluas mata memandang sememangnya ia menjadi tempat yang popular untuk para pengemar view alam. Aliran sungai yang tenang dan sekitar terdapat kawasan yang cetek dan boleh lah bawa anak2 mandi manda. Ada kemudahan awam yang lengkap so tak perlu risau kalau korang datang mandi nak tukar pakaian segala. Aktiviti lain pun ada dan boleh dilakukan di sini antaranya berkayak, pondok utk disewa dan tempat makan. 
Kalau singgah waktu tengah hari boleh lah layan lauk kampung antara yang popular kat sini adalah  "Ikan Bakar Lubuk Pedati". Dekat situ banyak menu2 kampung yang korang kena cuba. Kalau datang pada waktu petang pula terdapat gerai  nasi ayam, bakso, bihun sup laksa dan macam- macam lagi. 





7. GALERI RUNDINGAN BALING








Galeri Putra-Rundingan Baling 1955
Rundingan Damai Baling merupakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM)

Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955. Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.comelazhar.com/2024/02/7-tarikan-menarik-wajib-singgah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Makan Best Di Baling Wajib Singgah Qtt X Kembarojak Fam Trip

5 Tempat Makan Best Di Baling Wajib Singgah Qtt X Kembarojak Fam Trip

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 226 hits
1 Cendawan Pekasam Pertama kali mengetahui tentang cendawan pekasam ni Unik dan ia sesuatu yang baru bagi I Dalam sesi lawatan I ke Baling Kedah last a few weeks ago berkesempatan bertemu dengan Usahawanita yang talented dan akhirnya berjay...
Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Outlet Ke3 Wajib Korang Singgah

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Outlet Ke3 Wajib Korang Singgah

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 146 hits
Hey Korang Lately ni banyak tempat makan I explore dan kalini port baru wajib Korang terjah dan cuba Siapa kat sini suka makan nasidaun pisang Hah makanan sajian dari negara South Indian Semestinya tasty dan semestinya kemewahan rempah ratu...
Catat Rumah Potong Unggas Wajib Kantongi Sertifikat Halal Mulai Oktober 2024

Catat Rumah Potong Unggas Wajib Kantongi Sertifikat Halal Mulai Oktober 2024

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 149 hits
Ketentuan rumah potong wajib memiliki sertifikat tersebut agar pemotongan unggas hingga daging dilakukan secara benar
Pelaku Jastip Makanan Dan Kosmetik Wajib Punya Izin Edar Bpom Jika Melanggar Bisa Dipenjara

Pelaku Jastip Makanan Dan Kosmetik Wajib Punya Izin Edar Bpom Jika Melanggar Bisa Dipenjara

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 85 hits
Penegakan ketentuan izin edar bagi pelaku jastip kosmetik bertujuan untuk melindungi masyarakat sebagai konsumen
Pedagang Ayam Skala Kecil Wajib Punya Sertifikat Halal Mulai Oktober 2024 Begini Cara Mudah Mengurusnya

Pedagang Ayam Skala Kecil Wajib Punya Sertifikat Halal Mulai Oktober 2024 Begini Cara Mudah Mengurusnya

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 180 hits
Pedagang Ayam Skala Kecil Wajib Punya Sertifikat Halal Mulai Oktober 2024 Begini Cara Mudah Mengurusnya
11 Kue Tradisional Khas Thailand Yang Wajib Kamu Coba Manis Hingga Gurih

11 Kue Tradisional Khas Thailand Yang Wajib Kamu Coba Manis Hingga Gurih

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 189 hits
Negeri gajah putih nggak cuma juara soal pantai yang bikin mata segar tapi juga kue tradisional khas Thailand yang rasanya lezat dan unik Dari pinggiran jalan Bangkok hingga pasar pasar lokal di Chiang Mai kue kue tradisional Thailand menaw...
Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 251 hits
SAMSUNG KNOX VAULT CIRI KESELAMATAN WAJIB UNTUK SEMUA PEMILIK TELEFON PINTAR Sehingga hari ini kita masih terbaca dan mendengar berita tentang mangsa scam dan telefon pintar di godam Kebanyakan kes sebegini berlaku melalui Phishing Link URL...
Aliran Apa Pun Wajib Bahasa Melayu Ko Dapat Bahasa Melayu Berapa

Aliran Apa Pun Wajib Bahasa Melayu Ko Dapat Bahasa Melayu Berapa

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 167 hits
Iswardy MorniKah kah kah Takut dia netizen tanya berapa dia punya SPM dia pusing sekolah vernacular Sekolah vernacular pun spm dia BM A Cuba spill jap hang punya SPM berapa Amacam
Baling Mountain Garden Village

Baling Mountain Garden Village

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 152 hits
Menawarkan pemandangan gunung Baling Mountain Garden Village di Baling mempunyai penginapan taman lounge berkongsi teres dan restoran Kedua duanya WiFi dan tempat parking peribadi boleh diakses di Baling Mountain Garden Village secara percu...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan