7 Tanda Penyakit Buah Pinggang Yang Perlu Diambil Kisah


7 Tanda Penyakit Buah Pinggang Yang Perlu Diambil Kisah || Sakit Buah Pinggang merupakan salah satu penyakit merbahaya. Lebih-lebih lagi kalau sampai di tahap kronik.. Nak bergerak tak boleh, nak angkat berat semua dah tak mampu. Sedih, kan..Namun begitu, jika salah satu rosak, boleh diganti dengan buah pinggang yang lain sekiranya ada organ yang sesuai ngam dengan buah pinggang kita.

Kenali buah pinggang andaBuah pinggang adalah sepasang organ utama bagi tubuh yang berbentuk seperti kacang. Ia terletak di bahagian belakang abdomen, betul-betul di bawah tulang rusuk anda.
Buah pinggang di sebelah kanan terletak lebih rendah berbanding pasangannya di sebelah kiri kerana organ hati telah menolaknya ke bawah.
Syukurlah organ penting ini datang secara berpasangan, kerana tubuh anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.
Fungsi buah pinggang
Organ ini adalah sebahagian daripada sistem urinari yang berfungsi untuk menapis bahan-bahan tertentu daripada darah untuk dibuang melalui air kencing. 
Tahukah anda buah pinggang adalah organ pertama yang menerima darah? Mengejutkan bukan?
Hal ini kerana di dalamnya terdapat unit penting bergelar nephron yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses penapisan darah.
Setiap buah pinggang mengandungi sekurang-kurangnya 1,000,000 nephron!
Semasa darah melalui nephron, sebahagian daripada bahan kumbahan badan akan dibuang melalui air kencing, manakala sebahagian lain akan dikembalikan semula ke dalam darah.
Jika sakit buah pinggang berlaku, di mana terdapat kerosakan atau kecederaan pada nephron, proses penapisan akan terjejas.
Bahan-bahan kumbahan badan akan berkumpul di pundi kencing melalui tiub ureter. Rasa ingin kencing akan datang apabila air kencing yang terkumpul di dalam pundi mencecah kira-kira 240 ml.
Selain membuang bahan toksik daripada badan, buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal tekanan darah dengan menghasilkan enzim khas iaitu renin. 
Apabila tekanan darah terlalu rendah atau badan tidak mempunyai garam yang cukup, renin akan dirembeskan dalam saluran darah anda.
Ia akan mencetuskan reaksi berantai yang menghasilkan hormon lain iaitu angiotensin dan memberi isyarat kepada kelenjar adrenal anda untuk melepaskan hormon lain bergelar aldosteron.
Angiotensin membuatkan pembuluh darah kecil menjadi lebih sempit, manakala aldosteron bertanggungjawab untuk mengawal kadar garam dan cecair. Kedua-dua hormon tersebut boleh meningkatkan tekanan darah anda.
Sekiranya proses itu tidak seimbang, tekanan darah boleh menjadi tidak stabil, sama ada terlampau tinggi atau rendah.
Buah pinggang yang sihat akan menghasilkan hormon yang dipanggil erythropoietin (EPO).
Erythropoietin mendorong tulang sumsum untuk membuat sel darah merah, yang kemudian membawa oksigen ke seluruh badan.
Ia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Vitamin D yang menjadi salah satu daripada nutrisi penting bagi tulang dihasilkan sebahagiannya melalui buah pinggang.
Apa yang berlaku semasa sakit buah pinggang?Salah satu kelebihan organ ini adalah ia mempunyai potensi baik untuk beradaptasi dengan keadaan tubuh. 
Oleh itu, tanda dan gejala penyakit buah pinggang selalunya akan muncul agak lewat ketika kerosakan telah menjadi sangat parah.
Cara terbaik untuk mengesan di peringkat awal adalah melalui ujian saringan, terutamanya dalam kalangan mereka yang berisiko mengalami sakit buah pinggang disebabkan masalah kesihatan mahupun keturunan.
Buah pinggang yang sihat berupaya untuk membuang sisa dan cecair tambahan daripada darah anda. 
Dalam kes penyakit ginjal terutama sekali jika gagal, sisa dan cecair tambahan akan menimbun dalam darah dan mengakibatkan anda sakit.
Berikut merupakan 7 tanda penting yang harus diambil kira sekiranya anda mengalami sakit buah pinggang.
#1 Cepat letih tanda utama sakit buah pinggangAnda akan mengalami keletihan dengan lebih cepat, kurang bertenaga dan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan – sekali gus menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan jelas.
Sakit buah pinggang kronik bermaksud terdapat penurunan yang banyak dalam fungsi buah pinggang. Ia cenderung membawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah, punca cepat letih, lemah dan sukar fokus.
Komplikasi lain sakit buah pinggang ialah anemia di mana kekurangan sel darah merah dalam tubuh boleh menjadi punca kepada rasa lemah dan letih. Anda juga mungkin akan berasa pening kepala dan terasa seperti hendak pitam.
#2 Kesukaran untuk tidurApabila sakit buah pinggang berlaku dan ia tidak mampu berfungsi dengan betul, toksin berkemungkinan akan kekal dalam darah dan tidak boleh keluar dari badan melalui air kencing.
Pengumpulan toksin dalam badan boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Selain itu, kajian mendedahkan kaitan antara obesiti dan apnea tidur dengan masalah sakit buah pinggang kronik.
#3 Sesak nafasAnda mudah mengalami masalah sesak nafas walaupun hanya melakukan pergerakan yang minimum. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pertambahan cecair dalam badan yang terhasil dalam paru-paru.
Selain itu, ia boleh juga dikaitkan dengan masalah anemia, menyebabkan badan anda menerima kurang oksigen daripada keperluan asalnya dan pendek nafas.
#4 Kulit kering dan gatal, takkanlah sakit buah pinggang juga?Perubahan kulit menjadi kering dan gatal boleh menjadi tanda utama penyakit tulang dan kekurangan mineral dalam badan.
Ia sering berlaku dalam kes sakit buah pinggang kronik, apabila ginjal tidak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral dan nutrien yang betul dalam darah.
#5 Kerap kencing
Salah satu tanda yang paling senang untuk dikenal pasti oleh anda sendiri adalah kekerapan kencing berbanding biasa.
Jika perubahan ini berlaku terutamanya pada waktu malam, ia merupakan antara tanda sakit buah pinggang.
Sistem penapisan pada buah pinggang yang rosak boleh mengakibatkan peningkatan keinginan untuk membuang air kencing.
Ada masanya, ia boleh menjadi simptom untuk penyakit lain seperti jangkitan saluran kencing atau prostat bengkak.
#6 Tubuh bengkakSakit buah pinggang yang menjurus kepada kegagalan organ tersebut akan menyebabkan air yang berlebihan tidak dapat disingkirkan daripada badan.
Hal ini boleh menyebabkan kaki, pergelangan kaki atau tangan menjadi bengkak. Dalam sesetengah kes, ia turut berlaku pada bahagian muka dan mata.
Ia boleh menjadi petanda bahawa badan anda menyingkirkan sejumlah besar protein dalam air kencing dan bukan kekal dalam tubuh seperti yang sepatutnya.
#7 Kencing berdarah dan berbuihBuah pinggang yang sihat akan menyimpan sel darah merah dalam tubuh semasa proses penapisan untuk menghasilkan air kencing.
Akan tetapi, sakit buah pinggang teruk boleh menyebabkan sel-sel tersebut ‘bocor’ dan masuk ke dalam air kencing.
Hasilnya, air kencing anda akan berubah warna merah jambu, merah atau perang bergantung kepada jumlah darah di dalamnya.
Selain itu, air kencing juga boleh kelihatan berbuih kerana mengandungi protein albumin yang telah berjaya keluar ke dalam air kencing anda.
Tips kesihatan buah pinggang
Kini, kita sudah mengetahui kepentingan buah pinggang bagi tubuh. Tanpanya, pelbagai masalah kesihatan berisiko untuk berlaku. Ikuti tip berikut untuk mengelakkan sakit buah pinggang di masa akan datang.
#1 Pengambilan ubat-ubatanUbat menangani keradangan tanpa steroid (NSAID) seperti ibuprofen dan naproxen boleh mengakibatkan sakit buah pinggang jika diambil dalam jumlah yang banyak atau terlalu kerap.
Sesetengah antibiotik boleh menurunkan fungsi buah pinggang ke tahap yang lebih teruk. Berbincanglah dengan doktor jika anda mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang.
#2 Suplemen herbaBanyak produk herba di pasaran yang berisiko untuk menjejaskan fungsi buah pinggang anda. Suplemen seperti ini akan menjadi lebih berbahaya untuk diambil jika anda sudah mempunyai penyakit buah pinggang.
#3 GaramMineral ini memberikan kesan yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, ia akan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing mereka.
Sudah tentu keadaan itu boleh membahayakan ginjal anda dan menjadikan keadaan semakin kronik.
Pengambilan garam secara berlebihan juga akan meningkatkan risiko untuk menghidap tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang dan batu karang. Kawal pengambilan garam anda setiap hari.
#4 Hidrasi tubuh andaAir dapat membantu menyalurkan nutrien penting ke buah pinggang dan menyingkirkan sisa dalam bentuk air kencing. Pengambilan air yang tidak mencukupi ataupun dehidrasi boleh menjejaskan fungsi penapisan buah pinggang.
Selain merosakkan buah pinggang anda dalam jangka masa panjang, dehidrasi berpanjangan akan menyebabkan batu karang lebih senang terbentuk di ginjal anda.
#5 Pemeriksaan secara rutinJika anda mempunyai faktor risiko untuk mendapat sakit ginjal kronik, atau masalah keturunan seperti sista ginjal, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan secara rutin setiap tahun.
Konklusi
Walaupun ginjal boleh berfungsi tanpa pasangannya, lebih elok jika kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk memelihara sepasang organ utama tubuh ini. Sayangi buah pinggang kita. Kalaupun boleh diganti ia takkan sama dah.. Betul tak?




Info dari : Hello Health Group 
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/01/7-tanda-penyakit-buah-pinggang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Rasa Tawar Tapi Bayi Rasa Sangat Masin Tak Perlu Tambah Perasa Buah Pinggang Dia Tak Matang Lagi

Kita Rasa Tawar Tapi Bayi Rasa Sangat Masin Tak Perlu Tambah Perasa Buah Pinggang Dia Tak Matang Lagi

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 240 hits
Tambah garamlah sikit tawar ni nanti si kecil tu reject pulak bubur ni Kita mungkin tak rasa tapi bayi akan rasa kerana deria rasa bayi sangat kuat Penambah rasa dalam makanan bayi sangat dilarang keras kerana boleh menyebabkan pelbagai kem...
Dari Idola Jadi Calon Partner Hidup Ini Kisah Cinta Ali Syakieb Dan Margin Yang Baru Aja Lamaran

Dari Idola Jadi Calon Partner Hidup Ini Kisah Cinta Ali Syakieb Dan Margin Yang Baru Aja Lamaran

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 175 hits
Ngefans saat masih remaja Margin mungkin nggak menyangka kalau sang idola akan menjadi suaminya
Hiburan Kini Jual Sotong Gergasi Atiq Azman Tak Kisah Buat Kerja Lama Biarlah Kerja Kutip Sampah Asal Halal

Hiburan Kini Jual Sotong Gergasi Atiq Azman Tak Kisah Buat Kerja Lama Biarlah Kerja Kutip Sampah Asal Halal

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 1019 hits
Pelakon remaja yang namanya mula dikenali ramai sejak membintangi drama Nur suatu ketika dahulu Atiq Azman memberitahu bahawa dia kini kembali membuat kerja lamanya sebelum bergelar pelakon Sumber Instagram Atiq Azman Atiq atau nama sebenar...
Iss Arffan Kisah Di Sebalik Tiada Bernoktah

Iss Arffan Kisah Di Sebalik Tiada Bernoktah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 203 hits
MESKI penularan Covid 19 dalam negara masih bertali arus namun ramai bakat baharu seni suara tanah air muncul mempertaruhkan karya seni lagu mereka Salah seorangnya adalah penyanyi dikenali Iss Arffan yang bernaung sebagai artis di bawah sy...
Ini Kisah Frontliners Bacalah

Ini Kisah Frontliners Bacalah

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 482 hits
Pada minggu lepas Projek Wawasan Rakyat dan Angkatan Belia Islam Malaysia meluncurkan borang maklumbalas anonymous untuk membolehkan Pejuang Barisan Hadapan dalam bidang kesihatan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka berkenaan si...
Al Kisah Salahguna Kuasa Juga

Al Kisah Salahguna Kuasa Juga

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 126 hits
Dalam beberapa hari akan datang kelak akan kurang berkarya Semuanya kerna tulisan di sini yg buatkan ramai antara jabatan tebuk atap tersebut bertanya bagaimana GM mengetahui sumber2 tersebut Dah puak hangpa berurusan dgn kami kami tau la U...
Hiburan Anak Anak Tak Ambil Kisah Rita Rudaini Kata Anak Tak Terkesan Isu Nafkah Dengan Bekas Suami

Hiburan Anak Anak Tak Ambil Kisah Rita Rudaini Kata Anak Tak Terkesan Isu Nafkah Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 384 hits
Kecoh seketika di media sosial apabila pelakon Rita Rudaini dan bekas suami iaitu Aidil Zafuan bertelingkah mengenai isu nafkah anak anak hasil perkahwinan mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna Sumber Instagram Rita Rudaini...
Kisah Orang Buta Yang Celaka Tawaf Di Ka Bah

Kisah Orang Buta Yang Celaka Tawaf Di Ka Bah

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 204 hits
Ismail bin Hassan Al Qaisi menceritakan kepadaku dari Abdullah bin Marwan Al Quraisyi dia berkata Ketika Ali bin Al Husain 1 sedang tawaf di Ka bah dia mendengar seorang lelaki yang mengucapkan Ya ALLAH ampunilah aku meski Engkau tidak akan...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global

Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher