7 Sebab Mudahnya Jadi Gemuk Tapi Susahnya Untuk Kurus Yang Perlu Di Ketahui
  Susah sungguh untuk kurus tapi mudahnya jadi gemuk. Ramai yang mengalami   masaalah ini namun nak merungkai misteri mudahnya jadi gemuk tak terjawab   sedangkan telah menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza.   

  7 Sebab Mudahnya Jadi Gemuk Tapi Susahnya Untuk Kurus Yang Perlu Di Ketahui 
  Pada yang masih gagal menurunkan berat badan berlebihan itu sepatutnya mungkin   perlu tahu ada kemungkinan terdapat penyebab di sebalik kegemukan yang di   alami atau sebab mudahnya jadi gemuk.. Ia bukan sekadar melibatkan makanan dan   minuman sahaja kerana gaya hidup anda juga ada memainkan peranan yang penting. 
  Untuk pengetahuan anda, ada  segolongan mereka yang mungkin lebih   berisiko mengalami masalah berat badan dan mudahnya jadi gemuk serta susahnya   untuk kurus ekoran beberapa faktor yang di kenalpasti. Jom kita kupas   permasalahan ini ya! 
  7 Sebab Mudahnya Jadi Gemuk Tapi Susahnya Untuk Kurus Yang Perlu Di Ketahui #1  GenetikObesiti dan genetik memang saling berkait rapat dan kajian menunjukkan bahawa individu dengan ibu bapa yang obes lebih tinggi risiko untuk mengalami masalah kegemukan.
Ini bermakna mereka ini mungkin berada di dalam ‘zon merah’ untuk menjadi gemuk jika ibu bapa anda juga mempunyai berat badan berlebihan akibat genetik itu sendiri.
Namun, ini bukanlah bermakna bahawa anda pasti akan mendapat masalah berat badan jika ibu bapa anda mengalaminya kerana faktor lain juga akan juga menjadi penyebabnya. #2 Hormon InsulinSelain genetik, hormon insulin yang berfungsimengawal simpanan tenaga juga akan mempengaruhi berat badan dan jika ia tidak stabil, boleh jadi kegemukan.
Ini kerana salah satu daripada fungsi insulin adalah untuk mengawal sel lemak dan membuat ia terkumpul sedangkan sudah terdapat sejumlah lemak yang dibawa.
Untuk mengelakkan hormon ini mempengaruhi berat badan, sila kurangkan karbohidrat dan lebihkan serat bagi memastikan berat badan anda terkawal. #3 Hormon Leptin  Leptin adalah antara hormon lain yang boleh menyebabkan kegemukan ekoran   fungsinya untuk mengawal rasa lapar dan dahaga boleh mengalami kerosakan.
Dalam   tubuh badan orang yang sihat, hormon leptin mampu berfungsi dengan baik lantas   membuat otak cepat tangkap akan kandungan lemak dalam badan.
Tubuh   badan orang obesiti pula, mereka cenderung rintang terhadap hormon leptin   lantas membuat otak tidak dapat memproses maklumat ini.        
  #4 Pengambilan Ubatan Tertentu  Jika anda ada keadaan kesihatan tertentu, adalah penting untuk kalian   mengambil ubatan untuk merawat kondisi tersebut berdasarkan preskripsi   doktor.
Namun ketahuilah bahawa ubatan tertentu seperti   antidepresen, antipsikotik dan diabetesb boleh mendatangkan kesan sampingan   khususnya pertambahan berat badan.
Ini kerana ubatan ini boleh   mengurangkan kadar metabolik dan meningkatkan selera makan. Jadi, sila ambil   jika perlu hanya dengan saranan doktor sahaja.   #5 Tabiat Makan Sejak Kecil  Jika anda lihat secara umum, ramai dalam kalangan individu yang ada masalah   berat badan cenderung untuk gemuk sejak daripada kecil dan bukan tiba-tiba   sahaja.
Ini disebabkan oleh tabiat makan sejak kecil yang gemarkan   makanan ringan serta makanan segera akibat terpedaya dengan pengiklanan pihak   tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, ibu bapa perlu lebih peka dan   tegas terhadap pemilihan pemakanan anak sejak mereka masih kecil lagi agar   masalah kegemukan dapat dibendung daripada awal.       #6 Hanya Elak Lemak Tetapi Bukan Gula    Ramai yang percaya bahawa untuk menurunkan berat badan, anda perlu kurangkan     mengambil makanan yang berunsur lemak. Ya, anda mungkin betul     mengenainya.
Namun tidak ramai yang tahu bahawa bukan lemak     sahaja yang membawa kepada masalah ini, tetapi gula juga turut akan     mendatangkan kesan sama bahkan lebih buruk.
Ini kerana     pengambilan gula yang tinggi mampu mengubah biokimia dalam tubuh badan     lantas menyebabkan masalah seperti obesiti dan lebih teruk lagi, kencing     manis.
    #7 Informasi Yang Tidak Tepat        Akhir sekali, punca kenapa badan cepat gemuk sebenarnya didalangi oleh     informasi yang tidak tepat disebar dan diedar melalui rangkaian-rangkaian     media sosial.
Ada pihak yang menggunakan media sosial untuk     menyebarkan informasi yang salah mengenai sesuatu jenis makanan atau minuman     hanya untuk tujuan pengiklanan.
Akibatnya, mereka yang mudah     terpedaya cenderung untuk percaya dengan maklumat-maklumat ini lantas tidak     lagi mengikut saranan diet sihat untuk tubuh badan.
Usahlah lagi     menyalahkan mereka yang mempunyai masalah berat badan sebagai tiada motivasi     untuk menjaga kesihatan bagi mengelakkan kegemukan kerana ia mungkin bukan     salah diri mereka sendiri. Susahnya untuk kurus sendir yang rasa.
Mungkin     ada individu yang tidak boleh mengawal masaalah kegemukan tersebut angkara     faktor biologikal dan lantas membuat ia menjadi sukar untuk diuruskan.
Namun     dengan motivasi yang tinggi masaalah kegemukan @ mudahnya jadi gemuk ini     pasti boleh di atasi dengan melakukan perubahan gaya hidup, pemakanan dan     senaman yang berterusan. "Nak seribu daya... Bak kata satu pepatah lama tu.     Kan!
Nak dapatkan lebih informasi di blog ni, klik SINI
p/s:     Jom ubah diri menjadi lebih positif dan hindarkan vibe negatif jauh-jauh     yer!   
Sumber : Hellodoktordotcom
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.huhahuhajerr.com/2021/09/7-sebab-mudahnya-jadi-gemuk-tapi-susahnya-untuk-kurus-yang-perlu-di-ketahui.html