7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri


7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri| Sejak PKP ni segala benda kita tak berapa nak ingat antaranya tarikh hari ni, hari apa sebabnya en hubby dan anak-anak semua kat dalam rumah duduk lepak macam hari minggu. Letih yaamat sebab memasak 4 kali sehari dan mujur Ramadan tiba jadinya memasak 2 kali sahaja tapi saya masih tetap memasak untuk bonda yang dah lanjut usia

Pejam, celik, baring, ke depan ke belakang dan mundar mandir dalam teratak yang kecil ni tup tup Ramadan pun dah berakhir..Ya Allah cepat sungguh waktu berlalu dan banyak perkara yang tak sempat dibuat secara berkualiti tapi Alhamdullillah, bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk merayakan Aidil Fitri tahun ni

Sememangnya 7 sajian ni antara sajian wajib bila tiba Aidil Fitri yang akan disediakan di petang  menjelang Aidil Fitri dan ada antaranya akan terhidang di meja makan di rumah masing-masing yang membezakan pagi kita dengan pagi-pagi yang lain. Kalau tidak setiap pagi hidangan minum pagi kita secangkir nescafe, sandwich atau mungkin nasi lemak dan mee goreng kan. Tapi mungkin ada yang lebih moden tiada ketupat apalagi nasi impit dengan rendang atas sebab tersendiri tapi bagi saya sajian inilah yang mewarnakan hari kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga ditambah dengan amalan untuk mendapat pahala dan keredhaanNya
Pagi Aidil Fitri anda macam mana pulak ya? Pagi Aidil Fitri kami bermula mandi sunat dan solat Aidil Fitri bersama keluarga di rumah kerana masih lagi PKP dan selepas soalt en hubby membacakan khutbah dari teks kekeluarga yang saya kongsi sebelum ni, baca SINI yang cukup menyebakkan jiwa saya dan dia sendiri. 
7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri1. Ketupat Palas Resepi Bonda Mertua
2. Ketupat Jawi Kesukaan Bonda Chik
3. Nasi Impit
4. Resepi Gulai Daging Utara
5. Resepi Rendang Ayam Kampung Resepi Bonda Chik
6. Kuah Kacang Resepi Bonda Chik
7. Sambal Kelapa Resepi Bonda Chik


1. Ketupat Palas Resepi Bonda Mertua7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri
Bahan-bahan:-
1 ½ kg beras pulut
900 ml santan pekat / 1/2 kilo santan
2 sk garam halus
2 helai daun pandan, dipotong panjang

Cara penyediaan:-

Rendam pulut dalam 2 jam dan kemudian dicuci dan toskan.Masak santan, garam dan daun pandan didalam periuk hingga santan mendidih. Kecilkan api.Masukkan beras pulut dan kacau perlahan sehingga santan kering. Pulut akan kelihatan agak berminyak dan separuh masak. Tutup periuk dan padamkan api, biarkan pulut sejuk sedikitSediakan daun palas untuk diisi dengan pulut.

Cara merebus:-
Panaskan air didalam periuk hingga mendidih dan kemudian masukkan ketupat sehingga tenggelam.Masak sehingga air tersebut kering. Keluarkan ketupat dan toskan.Ketupat boleh juga dikukus dalam 11/2 atau sehingga ketupat mulai masakBeras pulut yang dimasak boleh memuatkan dalam 40 biji ketupat palas saiz sederhana tapi kalau pulut yang lebih, bungkus je beras pulut seperti burakas atau kuih lopes
Nota:-
Kalau nak buat frozen, selepas proses bungkus terus simpan dalam freezer. Nak guna barulah direbus sehingga masak cantik. Ketupat ni tahan berbulan2 kalau simpan di dalam freezerSelalunya daun pandan disimpul tapi kali ni hanya dipotong sebab rasa rugi bila pulut melekat di celah simpulan tu, nak colek masuk mulut tak boleh sebab berpuasa hehee

2. Ketupat Jawi Kesukaan Bonda ChikTeringat dulu Allahyarham abah dan bonda akan bersama-sama menganyam ketupat dan tugasan saya cuma terikkan anyaman sebelum dimasukkan beras.  Memang kekadang tu jenuh la jugak tapi saya berjaya kali ni dan hasilnya ketupat jawi jadi cantik.7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri
Cara penyediaan:-
Beras dibasuh bersih dan ditoskan hingga kering.  Sediakan kelonsong beras jawi dan masukkan lebih kurang separuh dari kelonsong dan kemudian dikemaskan anyaman sebelum direbus


3. Nasi ImpitTeringat zaman kanak-kanak dulu bila Bonda Chik buat nasi impit dengan memasak beras hingga jadi kembang lepastu dimasukkan kedalam talam dan ditindan dengan batu giling untuk memampatkan nasi impit dan Kak Uda saya pulak akan membungkus beras di dalam plastik yang kemudiannya di rebus sama seperit nasi impit Nona atau jenama lain, memang lembut dan wangi

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri
4. Resepi Gulai Daging Utara 7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri
Bahan-bahan:-
2 kilo daging, dipotong kecil
5 bungkus rempah kari ikan cap O
¼ cawan kerisik
1 kilo pati santan
4 cawan air
garam secukup rasa
¼ cawan minyak

Bahan Tumis:-
8  bawang merah, dihiris/tumbuk
4 bawang putih, dihiris/tumbuk
2 inci halia, dihiris/tumbuk
5 buah pelaga
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 tangkai daun kari

cara membuatnya:-
Perap daging yang telah dipotong dengan rempak kari dalam 15 - 20 minit.Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau dan bawang kekuningan kemudian masukkan daun kariMasukkan daging yang telah diperap, masak hingga naik minyakMasukkan santan dan air, biarkan daging direnih dengan api sederhanaBila kuah dah mengelegak, masukkan kerisik dan kacau biar sebatiTutup api dan masukkan garam secukup rasa.
5. Resepi Rendang Ayam Kampung7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil FitriBahan-Bahan:-
1 ekor ayam kampung
800 ml santan Ayam Brand atau ½ kilo santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut (optional)
2 keping asam keping
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk kisar halus:-
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 ketul kunyit hidup
2 inci lengkuas
4 batang serai

Cara Penyediaan:-
Bersihkan ayam, potong dalam saiz yang kecil dan toskan. Kalau guna ayam biasa, tak perlu potong kecil tapi terpulang ikut selera masing-masingPanaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak dan garing. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Tambah air supaya rempah akan sebati dengan isi ayam.Bila kuah menjadi agak kering, masukkan santan dan asam keping. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut dan biarkan kuah menjadi pekat Tutup api dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.
Tips:-
Ayam kampung ni sebaiknya direbus hingga menjadi lembut tapi terpulang kepada masing-masingKalau anda menggunakan ayam daging, keluarkan ayam yang sudah masak dan kuah dimasak hingga menjadi pekat, dimasukkan semula isi ayam ke dalam kuah supaya isi tidak hancur.Disyorkan menggunakan gula melaka sekiranya inginkan rasa yang manis dan rasa rendang jadi lebih sedap.
6. Kuah Kacang Resepi Bonda ChikKuah Kacang ni bonda akan jadikan pencicah untuk ketupat jawi ataupun nasi impit.

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil FitriBahan-bahan:-
½ kilo kacang tanah
2 biji bawang besar, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
2 inci halia, dikisar
1 inci lengkuas, dikisar
4 batang serai, dikisar
10 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
setengah sudu kecil udang kering
1 sudu besar asam jawa
1 ruas gula melaka
1 sudu kerisik
sedikit belacan
Garam secukupnya

Caranya:-
Kacang dibersihkan dan buang kacang yang buruk, batu dan anasir selain kacang, dibasuh dan ditoskan dan pastikannya benar-benar kering dengan menjemur di panas matahari. Kacang kemudiannya digoreng berserta dengan kulitnya dengan minyak hingga bertukar kekuningan. Bila kacang sudah sejuk, kisar bersama kulit hingga halus atau ikut kesukaanPanaskan minyak di dalam kualai dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.  Masukkan kacang yang dikisar dengan air dan biar dimasak dengan mesra dan sekata.  Pastikan api sederhanaMasukkan gula dan air asam jawa serta kerisik dan biarkan dimasak dan dikacau sesekali supaya masakan tidak melekat di dasar
7. Sambal Kelapa Resepi Bonda ChikSambal Kelapa ni memang antara menu wajib bonda untuk dimakan bersama ketupat jawi dan sebagai backup untuk rendang daging campur malahan sambal kelapa ni bonda akan masak bila-bila dia teringin dan dimakan waktu sarapan pagi atau petang

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri
Bahan-bahan:-
2 biji kelapa parut
½ sudu kecil udang kering, dibasuh
garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar:-
10 tangkai cili kering, direbus
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia, dikisar
1 inci lengkuas, dikisar
4 batang serai, dikisar


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar seketika dan masukkan kelapa parut tadi.  Digaul hingga sebati dan sekata. Perasakan garam dan biarkan sambal kelapa kelihatan agak kering dan tutup api.


Artikel berkaitan :
15 Koleksi Kuih Dan Biskut Raya Yang Evergreen Dan Ada Yang Sukar Didapati

Koleksi 9 Resepi Kuih Raya Tradisional Sedap Digoreng

Resepi Kacang Kuda Rebus Di Pagi Raya Baik Untuk Diet




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/05/7-sajian-hari-raya-wajib-ada-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khutbah Hari Raya Aidil Fitri Negeri Johor 1441 Hijriah 2020 Miladiah

Khutbah Hari Raya Aidil Fitri Negeri Johor 1441 Hijriah 2020 Miladiah

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 740 hits
KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI NEGERI JOHOR 1441 HIJRIAH 2020 MILADIAH Lagi beberapa hari lagi kan kita nak The post appeared first on
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 555 hits
Assalamualaikum Admin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua Ingat yer kita masih dalam peperangan menentang Covid 19 jadi jangan ke sana ke sini Lepas Covid 19 nanti baru kita ke sana dan ke sini
Ucapan Lebaran 2020 Kata Kata Selamat Hari Raya Idul Fitri

Ucapan Lebaran 2020 Kata Kata Selamat Hari Raya Idul Fitri

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 1451 hits
Ucapan Lebaran 2020 atau Kata Kata Selamat Hari Raya Idul Fitri biasanya akan selalu dicari oleh para netizen menjelang hari raya Idul Fitri Jika di tahun tahun silam kartu lebaran sangat diminati maka di zaman digital seperti sekarang tida...
Gambar Ucapan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1441 H 2020 Cocok Buat Insta Story Fb Dan Wa

Gambar Ucapan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1441 H 2020 Cocok Buat Insta Story Fb Dan Wa

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 1590 hits
Gambar Ucapan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1441 H 2020 ini semoga bermanfaat untuk para pembaca semuanya Wabah corona yang semakin mengganas di seluruh dunia tak melulu membuat jarak terasa jauh diantara kita Namun kita masih bisa mengucapk...
Panduan Para Ayah Lakukan Solat Sunat Hari Raya Aidul Fitri Di Rumah Bersama Keluarga

Panduan Para Ayah Lakukan Solat Sunat Hari Raya Aidul Fitri Di Rumah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 559 hits
Tahun ini tahun sejarah buat semua orang Islam di Malaysia Malah mungkin berlaku diseluruh dunia Tahun yang sangat istimewa sebab sebulan berpuasa satu malampun tak berbuka dan tak tunaikan solat sunat taraweh di Masjid atau surau Semua ora...
13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker

13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 1067 hits
13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker Assalamuaikum dan Selamat Pagi Hari ni kita telah berpuasa selama 24 hari di bulan Ramadhan tinggal 6 This is a content summary only Visit my website f...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga