7 Rahsia Agar Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas
Apakah rahsia ruang tamu sempit kelihatan luas dan lapang? Ada ke magis yang boleh dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut? Usah khuatir, dalam artikel kali ni Syu akan kongsikan tips dan trik bagaimana ruang tamu yang sempit boleh kelihatan lebih luas dan nyaman. Jom! Kita bongkar apa rahsianya ruang tamu sempit boleh nampak luas, sekurang-kurangnya ruang tamu kita yang sempit dan panjang ini boleh nampak cantik dan kemas. ruang tamu kecil modern,cara menghias ruang tamu sempit dan panjang,ruang tamu kecil simple1. Pilih warna yang cerah untuk dinding dan juga lantaiWarna gelap memang menjadikan sesebuah ruangan tu nampak lebih classy dan elegen. Tapi penggunaan warna gelap akan menyebabkan ruang tamu korang jadi sempit. Jadi pilihlah cat dinding yang berwarna cerah. Korang juga boleh menggabungkan beberapa warna pastel sebagai warna dinding korang. cara cat rumah nampak luas,rumah sempit terkesan luas,cermin bucu rumah,tips mendekorasi rumah
2. Jarakkan perabot dari dindingPerbuatan menolak perabot dan sofa korang rapat ke dinding hanya akan menghasilkan efek "sempit". Cukup menjarakkan perabot korang beberapa cm dari dinding bagi mencipta ilusi mata agar ruangan itu kelihatan luas. hiasan karpet di ruang tamu, dekorasi ruang tamu kecil, cara menghias ruang tamu yang sempit, tips ruang tamu nampak luas
3. Menggunakan saiz perabot yang sesuaiDalam ruang tamu yang sempit, menggunakan hanya sebuah sofa yang besar adalah lebih baik berbanding menggunakan beberapa buah sofa kecil-kecil di segenap ruang. Bila you all berhajat membeli sofa baru, sila pertimbangkan untuk membeli hanya sebuah sofa yang besar dan cukup gah yang bila mana ia diletakkan di ruang tamu sudah cukup nampak menarik, biarpun seketul dia je.
4. Memilih alatan elektrik yang berteknologi nano
Antara contoh revolusi teknologi nano adalah peti televisyen. Boleh dikatakan majoriti dari kita yang memiliki tv, semuanya dah di upgrade kepada flat screen. Syu pun tak ketinggalan jugak upgrade tv bilik tidur kepada flat screen. Biarlah kecil pun, asalkan nipis. Dapat jimat ruang. Maklumlah bilik iolls kecik je wak
5. Pilih sofa yang berkaki
Perabot berkaki banyak boleh didapati di bilik pameran Ikea. Sebab apa? Sebab konsep Ikea adalah untuk mengoptimumkan ruang. Jadi Syu kaitkan dengan trik penataan ruang tamu agar nampak luas. Sebab sofa yang berkaki akan menampakkan fizikal lantai yang luas sekaligus menjadikan ruang tamu nampak besar. Lagi bagus kalau korang boleh dapatkan sofa pelbagai fungsi supaya ruang lebih banyak dapat dijimatkan
6. Hiasan dinding berbentuk cermin yang lebar
Sumber : apartmenttherapy.comDengan memantulkan cahaya, cermin hiasan dapat membantu mencipta ilusi optik yang membuatkan ruang tamu kita terasa seolah-olah luas dan lapang. Paling berkesan, cermin hiasan tu korang letakkan bersebelahan atau berhadapan dengan jendela. So cermin tuu akan memantulkan imej tingkap jendela korang dan secara tak langsung menghasilkan pencahayaan dan efek luas pada ruang tamu korang.
7. Gunakan hamparan lantai bercorak geometri atau jalur
Sumber : dsjsport.comDengan menggunakan karpet patern berjalur, mata kita akan tertipu dengan corak karpet tersebut lalu membuatkan otak kita berfikir yang ruang tamu itu lebih panjang dari saiz sebenarnya. So jika nak membeli rug atau karpet, sila pastikan patern nya tidak akan membuatkan ruang tamu korang kelihatan semakin sesak dan padat okey? Patern bunga-bunga? Ermm really no no
Survey Barang Rumah OnlineKebanyakan kita ibu-ibu ni semua minat bab deko-deko ni kan? Tapi ramai yang minat tapi takde apa-apa tindakan dek kerana kekangan dari segi kewangan dan pilihan yang terhad. Memanglah. Kita di Malaysia, nak cari karpet design kontemporari macam corak jalur-jalur kat atas ni contohnya, adohai setengah mati!
Yang banyak, corak tipikal kat kedai karpet adalah bunga-bunga dan kerawang je. Fuh! Tradisional sangat. Kalau nak jugak, kena menapak lah dalam IKEA nu untuk cari karpet modern
Korang! *snap fingers* Sekarang kan zaman teknologi. Nak cari barang rumah pun sekarang dah boleh mmain klik-klik je. Cuba you all tengok ni. Karpet corak geometri, ada je kat shopee ha
Dengar kata sale kat shopee dah nak start 18 Feb ni. Jangan nanges wey kalau tak sempat beli! Siapa je yang tak tahu, kalau shopee buat jualan hebat, mesti bersusun orang membeli. Tips membeli online ni memang kena beli masa tengah sale. Kalau berkenan jom masukkan dalam troli sekarang. Nanti bila sampai waktu sale, baru check out
Ok. Kalau korang gusar nak mencari perabot macam point nombor 5 tadi, meh Syu nak bagi recommendation kat korang.
Gerek kan sofa ni! Sofa ni bukan sahaja berkaki, malah warnanya pun soft je, memang kena dengan konsep minimalist. Haa bertepatan sungguh dengan tips untuk ruang tamu nampak luas yang aku senaraikan kat atas. Kalau nak skodeng-skodeng dulu kat shopee, ha klik [SINI]
Last sekali, sebelum korang komen kat bawah tanya "Syu beli mana tv flat screen kecil tu, comel lah" hahaha. Meh aku bagitahu siap-siap. Sekarang tv flatscreen 32 inci boleh dapat pada harga tak sampai RM700 pun. Tak caya tengok [SINI]
Biasanya tv saiz 32 inci macam ni paling cikai pun harganya RM900+ gitu. Sekarang korang boleh jimat lebih kurang 300 hengget tohh untuk seketul tv flat. Tunggu apa lagi. Jom transform ruang tamu korang yang sempit tu mengikut tips-tips yang Syu kongsi supaya nampak moden dan luas!
Korang boleh search perkasasan ruang tamu kegemaran korang kat shopee je. Kalau tak beli pun, at least boleh pantau dan buat perbandingan harga. Tak gitu? ruang tamu kecil modern,cara menghias ruang tamu sempit dan panjang,ruang tamu kecil simple, cara cat rumah nampak luas, rumah sempit terkesan luas,cermin bucu rumah,tips mendekorasi rumah, hiasan karpet di ruang tamu, dekorasi ruang tamu kecil, cara menghias ruang tamu yang sempit, tips ruang tamu nampak luas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2017/06/rahsia-agar-ruang-tamu-sempit-kelihatan-luas.html