7 Perisa Kiub Ais Untuk Anda Sejukkan Diri Musim Panas Ini


Kredit: asiatatler.com Perisa-perisa kiub ais yang kami kongsi dalam artikel ini pasti membuatkan tekak anda sejuk dan menjadikan musim panas ini lebih menggembirakan untuk diri anda.
 
Panasnya Cuaca Kini Malaysia sedang mengalami cuaca panas dan kering. Walaupun hujan, ada kalanya, turun membasahi bumi dan mengurangkan haba panas di udara, malangnya, hujan yang turun tidak cukup untuk mengurangkan keterikan matahari yang membuatkan anda tidak bermaya, mengantuk, letih dan malas.
Musim inilah sebenarnya musim yang melariskan segala makanan sejuk seperti cendol, ais kacang atau air batu campur, laici kang, aiskrim dan pelbagai makanan lain sejuk lain kerana pada waktu inilah, badan anda yang terasa kering dan kurang air dambakan sesuatu yang menghilangkan haus anda.
 
Perisa Kiub Ais Menyejukkan Tekak Daripada berhabis wang setiap hari untuk membeli makanan sejuk ini, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda bereksperimen dan cuba sesuatu yang baru untuk menjadikan musim panas anda lebih menyeronokkan dan lebih sejuk.
Di Butterkicap, kami ada 7 perisa kiub ais yang menyelerakan untuk anda cuba buat di rumah tanpa memerlukan kos yang tinggi atau mengambil masa yang lama untuk anda sediakan.
 
Perisa #1 – Cendol Kredit: Letsgoholiday Cendol merupakan pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia. Siapa yang boleh puas makan semangkuk sahaja? Rasa lemak santan dan manis gula melaka berserta pulut dan cendol bukan sahaja menyejukkan lidah malah membangkitkan selera anda. Semangkuk cendol berharga RM 4 dan jika dimakan setiap hari boleh membuatkan poket anda kering. Jadi, cara yang paling mudah adalah menyediakan cendol ringkas di rumah dalam bentuk air batu.
Bahan-Bahan:
1/2 cawan gula melaka, dicairkan 1/2 cawan air pandan 1 cawan air 1/2 cawan air gula 1 cawan santan 1 cawan cendol garam secukup rasa  
Cara-Cara:
Cuci bekas ais. Masukkan satu sudu kecil cendol, satu sudu besar santan,  setengah sudu kecil air gula, setengah sudu kecil air pandan, setengah sudu besar gula melaka dan sedikit garam ke dalam bekas ais. Ulang sehingga semua lubang diisi. Masukkan ke dalam peti sejuk.  
 
Perisa #2 – Cincau Kredit: chamchamguide Perisa seterusnya yang boleh dijadikan perisa kiub ais yang menarik adalah dengan menggunakan cincau. Cincau merupakan bahan yang bewarna hitam dan mempunyai tekstur lembut seperti agar-agar. Ramai yang memikirkan cendol dan cincau adalah sama tetapi tidak. Cincau datang daripada tumbuh-tumbuhan sementara cendol diperbuat daripada tepung. Cincau seringkali diminum pada waktu panas kerana sifat cincau yang menyejukkan. Untuk menjadikan cincau dalam bentuk kiub ais adalah mudah sahaja. Lihat cara-cara di bawah ini;

Bahan-Bahan: 1 cawan cincau 1 cawan air gula 1/2 cawan air Cara-Cara: Cuci bekas ais. Masukkan setengah sudu besar cincau dan sesudu kecil air gula ke dalam bekas ais. Tambah sedikit air jika merasakan air gula terlalu banyak. Penuhi bekas ais. Masukkan ke dalam peti sejuk.  
 
Perisa #3 – Bandung
Air bandung ialah minuman yang digemari oleh pencinta air manis dan aiskrim Malaysia. perisa sirap dan susu pekat ini cukup enak dan lemak sehingga membuatkan sesiapa sahaja yang haus hilang dahaganya. Air bandung sedap dinikmati dalam keadaan yang sejuk. Oleh itu, air bandung cukup sesuai untuk dijadikan sebagai perisa kiub ais istimewa pada waktu musim panas ini.

Bahan-Bahan:
1 cawan sirap, dilarut dengan air gula 1 cawan susu pekat 1/2 cawan air  
Cara-Cara:
Campur air sirap dan susu pekat untuk membuat air bandung. Tambah sedikit air untuk menyeimbangkan rasa manis air bandung. Cuci bekas ais. Penuhkan bekas ais dengan bancuhan air bandung. Masukkan ke dalam peti sejuk.  
Perisa #4 – Milo Credit: myrecipes.com Milo dan rakyat Malaysia tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, Milolah air berperisa coklat yang paling enak di Malaysia ini. Kalau pergi ke kedai mamak, inilah minuman wajib yang dipesan. Perkara yang paling tidak menyeronokkan apabila memesan Milo ini adalah apabila ais mencair dan menghilangkan rasa kaw Milo tersebut. Dengan resepi ais kiub ini, anda tak perlu lagi risau dengan Milo cair lagi.
 
Bahan-Bahan:
3 sudu besar serbuk Milo 1 cawan air 1/4 cawan susu pekat Cara-Cara:
Campur serbuk Milo, susu pekat dan air untuk membancuh air Milo. Tambah sedikit air untuk menyeimbangkan rasa Milo. Cuci bekas ais. Penuhkan bekas ais dengan bancuhan Milo. Masukkan ke dalam peti sejuk.  
 
Perisa  #5 – Kopi Kredit: youworkforthem.com Sepertimana masalah yang dihadapi dengan Milo, air kopi juga tidak enak diminum apabila ais sudah mencair rasa dan perisa kopi tersebut. Apa gunanya air kopi kalau tiada rasa kopi? Dengan resepi ini, anda tidak perlu lagi risau tentang kehilangan rasa kopi apabila ais mencair.

Bahan-Bahan:
3 sudu besar serbuk kopi / 1 paket kopi segera 1 cawan air 1/4 cawan susu pekat  
Cara-Cara:
Campur serbuk kopi, susu pekat dan air untuk membancuh air kopi. Cuci bekas ais. Penuhkan bekas ais dengan bancuhan air kopi. Masukkan ke dalam peti sejuk.  
 
Perisa #6 – Bunga Kekwa (Krisantimum)
Kredit: Instructables Seperti cincau, bunga kekwa dan krisantimum menjadi pilihan minuman di kala waktu panas kerana sifat bunga krisantimum yang boleh menyejukkan badan. Selain daripada sifat bunga yang sejuk, air ini juga wangi dan manis secara semula jadi. Oleh itu, perisa air batu ini sesuai untuk diminum bersama air perisa atau air kosong untuk menyegarkan badan anda.
 
Bahan-Bahan:
Beberapa kuntum bunga kekwa 1/2 cawan air gula 1 cawan air  
Cara-Cara:
Cuci bekas ais. Penuhkan bekas ais dengan sesudu kecil air gula dan satu kelopak bunga krisantimum. Tambahkan air sehingga penuh bekas. Masukkan ke dalam peti sejuk.  
 
Perisa #7 – Sirap Selasih
Air sirap selasih merupakan perisa air klasik yang digemari oleh masyarakat Melayu. Air sirap selasih mempunyai sifat sejuk dan nilai khasiat menerusi biji selasih yang dimasukkan ke dalam minuman sirap tersebut. Tak percaya? Anda boleh cuba perisa ini dan nikmati kesegaran minuman ini.

Bahan-Bahan:
1 cawan biji selasih, sudah direndam dan kembang 1/2 cawan air gula 1 cawan air 3 sudu besar cecair sirap  
Cara-Cara:
Bancuh air sirap. Cuci bekas ais. Masukkan setengah sudu kecil biji selasih ke dalam bekas ais. Tuang air sirap ke dalam bekas ais. Penuhkan bekas ais. Masukkan ke dalam peti sejuk.  
Jika anda merasakan kering tekak dan tidak bermaya pada hari-hari panas, anda boleh cuba membancuh dan sediakan kiub-kiub ais berperisa ini untuk memberikan tenaga kepada diri anda semula dan menaikkan mood anda.
 
The post 7 Perisa Kiub Ais untuk Anda Sejukkan Diri Musim Panas Ini appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/7-perisa-kiub-ais-musim-panas-ini

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Perhatikan Dah Lama Jiran Saya Ni Jiran Hantar Anak Ke Sekolah Walaupun Musim Cuti Bila Ditanya Ini Sebabnya

Saya Perhatikan Dah Lama Jiran Saya Ni Jiran Hantar Anak Ke Sekolah Walaupun Musim Cuti Bila Ditanya Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 616 hits
Seperti perkongsian ini jiran berbangsa Cina memberitahu anaknya akan dihantar ke sebarang kelas untuk mempelajari skil baru Meskipun terpaksa berhabis ribuan ringgit mereka sanggup demi masa depan anak Hantar anak ke sekolah walau musim cu...
Guardiola Akui Pasukannya Lebih Mantap Selepas Muncul Juara Liga Musim Lalu

Guardiola Akui Pasukannya Lebih Mantap Selepas Muncul Juara Liga Musim Lalu

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 265 hits
Pengurus Manchester City Pep Guardiola mengakui pasukannya kini lebih mantap selepas mereka menjulang kejuaraan Premier League musim lalu Menurut laman Goal Guardiola berasakan prestasi pasukannya kini lebih mantap di atas padang terutamany...
4 Perlawanan Pra Musim Kedah Pada Januari

4 Perlawanan Pra Musim Kedah Pada Januari

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 308 hits
4 PERLAWANAN MENANTI PENYOKONG HIJAUKUNING DI ALOR SETAR DAN SINTOK Antara tumpuan adalah pertembungan tahunan yang dipersetujui Kedah FA dan Perak FA untuk mewujudkan pertembungan merebut UNITY SHIELD yang akan berlangsung buat julung kali...
5 Hal Yang Disukai Dan Dibenci Dari Musim Libur Panjang

5 Hal Yang Disukai Dan Dibenci Dari Musim Libur Panjang

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 221 hits
5 Hal yang disukai dan dibenci dari musim libur panjang Ada yang semangat karena bisa traveling atau pulang kampung
Musim Persekolahan Akan Berakhir Bersedia Pelajar Ke Sekolah Kembali

Musim Persekolahan Akan Berakhir Bersedia Pelajar Ke Sekolah Kembali

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 387 hits
sumber google Bermula selasa ini musim persekolahan akan bermula bagi negeri Kedah Kelantan dan Terengganu bagi negeri lain dari 3 negeri ini adalah pada hari rabu Rasa sekejap sahaja cuti sekolah walhal diri ini sudah dewasa Kembali ke sek...
Kelantan Tak Mahu Tersilap Pilih Jurulatih Lagi Untuk Musim 2019

Kelantan Tak Mahu Tersilap Pilih Jurulatih Lagi Untuk Musim 2019

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 332 hits
Pasukan Kelantan yang menghadapi musim sukar pada tahun 2018 memasang azam untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama pada tahun hadapan Selepas tergelincir ke Liga Premier untuk musim 2019 dan jurulatih sering berganti mereka tidak mah...
Selama Musim Liburan Monas Dikunjungi Ratusan Ribu Orang Setiap Hari

Selama Musim Liburan Monas Dikunjungi Ratusan Ribu Orang Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 226 hits
Monas masih menjadi wisata primadona warga saat mengisi liburan Saat libur Natal seperti saat ini lonjakan pengunjung nampak sejak 23 Desember lalu Apabila hari biasa pengunjung terdata 70 sampai 80 ribu sejak 23 Desember terdapat 180 ribu ...
4 4 2 Atau 4 3 3 Formasi Terbaik Sabah Fa Musim 2019

4 4 2 Atau 4 3 3 Formasi Terbaik Sabah Fa Musim 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 868 hits
4 4 2 atau 4 3 3 formasi terbaik Sabah FA musim 2019Ketua jurulatih Sabah Jelius Ating menggunakan kebanyakan perlawanan dengan formasi 4 4 2 Meletakkan dua penyerang iaitu Hector Ramos dan Rodoljub Formasi ini ada masanya menjadi apabila b...
Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak

Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 808 hits
Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sedar tak sedar dah dua minggu cuti sekolah berjalan ibu ibu dan ayah ayah pasti meran...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization