7 Must Eat Dishes When You Are In Penang
Assalamualaikum kawan2 yang dihormati sekalian. Baru petang tadi PM kita umumkan bahawa Perintah Kawalan Keselamatan akan dilanjutkan sehingga 14 April depan! OMG! Kena berkurung di rumah lagi. Kalau dok di rumah ni mesti dah habis segala resepi yang dicuba. Kadang2 dah naik muak makan menu yang sama. Tapi sekarang tidak lagi! Apa kata kita memesan makanan dengan menggunakan perkhidmatan hantaran makanan (food delivery service) yang ada di sekitar bandar2 besar di seluruh negara ini.
Huh! Nak keluar bukan main leceh lagi. Kena bersoal-jawab dengan polis dan askar lagi. Jadi kita mengambil langkah selamat dengan install apps yang sesuai dan order menerusi handphone je! Mudah dan pantas! Cuma kena keluarkan duit sikit je. OKlah, untuk kali ini jom kita tinjau 7 menu yang mesti dimakan semasa berada di Pulau Pinang! Cuba jangan tak cuba tau! Jom ikuti perkongsian Abam Kie sekarang. Selamat menjamu mata dan selera! Yummy.....
#1 - Nasi Kandar
Nasi kandar Penang merupakan makanan yang wajib ada dalam senarai makanan anda apabila berada di Penang. Dan memang tidak dapat disangkal lagi yang ianya merupakan makan ‘nostalgia’ buat penduduk di Pulau Pinang. Terdapat pelbagai restoran nasi kandar yang dapat anda jumpa apabila tiba di Pulau Pinang.
Akan tetapi, mencari nasi kandar yang betul-betul sedap bukanlah mudah seperti sangkaan anda semua. Apapun janganlah risau dan khuatir kerana masih ada restoran nasi kandar yang terkenal seperti Restoran Deens Maju Nasi Kandar,Restoran Nasi Kandar Line Clear dan Restoran Hameediyah yang boleh dikatakan legend di Pulau Pinang.
#2 - Pasembur
Pasembur memang sudah menjadi satu kebiasaan kalau berada di Penang. Boleh dikatakan yang anda semua wajib makan pasembur bila berada di Penang cuba sekali seumur hidup pun tak apa. Kalau tak pekena pasembur dekat Penang memang tak sah kata orang.
Nak cari yang sedap -sedap ni mudah sahaja. Antara tempat pasembur yang terbaik ialah, Pasembur Lebuh Cecil Market, Pasembur Batu Lanchang Market Food Court dan Kareem Pasebur Rojak.
#3 - Char Kuey Teow
Char kuey teow merupakan antara salah satu makanan yang boleh dikatakan digilai ramai. Bagi sesiapa yang memang suka makan char kuey teow Penang ni, banyak tempat yang menghidangkan char kuey teow yang sedap kat sana. Tetapi mesti ramai yang risau tentang status halal disebabkan majoriti penduduk Cina di sana ramai kan?
Jangan khuatir kerana terdapat banyak juga tempat makan yang berstatus halal seperti Adam Char Kuey Teow Sungai Dua. Manakala Bee Hwa Cafe pula merupakan restoran Cina yang sangat popular bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat malah di kalangan pelancong juga.
#4 - Kari Kepala Ikan
Bila sebut kari kepala ikan mesti akan terlintas difikiran anda rasa pedas, masam dan manis bila menghirup kuah kari kepala ikan betul tak? Kari kepala ikan merupakan makanan yang selalu dicari oleh ramai orang kerana bila nak makan nasi kandar, mesti nak makan bersama kari kepala ikan.
Dan kari kepala ikan ini juga sedap kalau dicicah roti benggali yang semestinya membuatkan kita menjilat jari. Nak cari kari kepala ikan tak perlu terlalu bersusah payah kerana ia sering ada di jual di restoran-restoran nasi kandar sekitar Penang. Di mana ada nasi kandar In Sha Allah, di situ juga ada kari kepala ikan yang umph!
#5 - Nasi 7 Benua
Pernah dengar Nasi 7 Benua? Kalau belum mari sini nak ceritakan serba-sedikit tentang nasi 7 benua ni. Nasi 7 benua ni terhasil daripada kepelbagaian jenis nasi yang terdapat dalam satu hidangan. Nasi tersebut di susun dengan warna yang berbeza hingga kelihatan seolah-olah seperti benua.
Antara jenis nasi yang terdapat dalam hidangan tersebut adalah seperti Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih dan Nasi Kacang.
Untuk lauknya pula, anda dapat memilih apa sahaja jenis lauk berdasarkan selera dan kegemaran masing-masing. Harga bagi sepinggan nasi 7 benua ini pula tidak menentu kerana ia bergantung kepada lauk yang anda pilih.
#6 - Laksa Penang
Laksa Penang merupakan sejenis makanan berkuah di mana ia sangat popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Singapura juga. Resepi laksa ini dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu. Laksa juga mempunyai berbagai versi di negara kita seperti Laksa Johor, Laksa Kelantan, Laksa Sarawak dan banyak lagi. Laksa Utara juga antara salah satunya.
Dan bila kita dengar mengenai laksa, sudah tentu Laksa Penang juga akan terlintas di fikiran kerana ia merupakan salah satu makanan ikonik di Pulau Pinang. Kuahnya ada yang masam-manis, masam-pedas dan pelbagai lagi. Menu laksa nampaknya sudah cukup untuk memuaskan hati kita bila terasa lapar.
#7 - Mee Goreng Mamak
Kalau ke Penang antara makanan bergoreng yang selalu menjadi tumpuan adalah Mee Goreng Mamak. Setiap kali singgah ke restoran mamak mesti keadaan di situ riuh rendah dengan bunyi ketukan kuali dan lain-lain lagi. Mungkin akan ada yang tertanya-tanya kenapa Mee Goreng Mamak ni famous sangat kan?
Ianya disebabkan oleh bahan-bahannya yang mempunyai rasa tersendiri walaupun bahan yang digunakan itu sangat ringkas.
Nak Lebih Mudah? Gunakan Saja Servis Delivery
Kalau ikut Abam Kie kan, nak makan makanan kat Penang ni tak susah. Ketika bercuti atau apa saja. Tak perlu nak ke restoran pun tak apa. Bikin pening saja kalau sudah penat berjalan. Baik relaks di chalet sambil tunggu makanan. Hey! Food delivery Penang kan ada?
Pergi ke website rasmi Foodpanda, klik situ, klik sini.. Order mau makan apa.. Terus boleh dapat sampai depan pintu. Mudah amat. Tak caya? Kalau tak caya pergilah cuba order mana-mana menu yang rasa nak makan. Tapi bayar sendiri sendiri lah ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2020/03/7-must-eat-dishes-when-you-are-in-penang.html