7 Moisturizer Terkenal Tetapi Berharga Kurang Rm70 Dari Farmasi Kegemaran Anda
Pelembap muka sangat penting untuk pelengkap harian bagi setiap wanita. Tahukah anda pelembap muka sebenarnya memiliki berbagai nutrisi iaitu mineral dan juga vitamin. Ia juga membantu dalam melindungi kulit anda, mencerahkan wajah, mengurangkan bintik hitam, meremajakan kulit dan banyak lagi.
Pelembap muka ini juga mudah untuk didapati di farmasi-farmasi berdekatan dan juga berpatutan dari segi harganya. Walaupun ia murah dari segi harga tetapi tidak bermakna pelembap muka ini tidak bagus kerana apa yang lebih penting adalah bahan kandungannya. Pilihlah pelembap muka yang bersesuaian dengan anda dan yang dapat menyelesaikan jenis masalah kulit yang dihadapi.
GARNIER Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Day Cream 50ML
RM 26.60
Moisturizer terbaik untuk memutihkan wajah dan kulit kusamPelembap muka ini mempunyai bahan seperti ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin C yang membantu menyuburkan wajah anda dari lapisan dalam. Dalam beberapa kali penggunaan wajah anda akan kelihatan seperti memakai pemerah pipi. Ia juga membantu menjadikan kulit yang kusam kembali segar dan kekal bermaya. Kulit akan terasa lebih lembut dan gebu kerana ekstraknya yang diperkaya dengan bunga sakura
Himalaya Nourishing Cream 50G
RM 15.50
Terbaik untuk kulit jerawatHimalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit anda ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema
Cetaphil Moisturizing Cream 100G
RM 59.75
Moisturizer untuk kulit kering dan sensitifCetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit anda berminyak
Olay Natural White Rich Day Cream 50G
RM 25.00
Pelembap terbaik dengan SPFKrim pelembap muka ini mempunyai sistem nutrisi yang berkesan tiga kali ganda kebaikan untuk kulit anda. Dengan gabungan vitamin B3, pro B5 dan vitamin E, ia melembapkan kulit wajah anda, menghilangkan bintik hitam, dan turut mempunyai perlindungan terhadap sinaran UV yang merbahaya. Kulit kelihatan sempurna dan dilindungi dengan pemakaian krim muka ini
BIO-ESSENCE Miracle Bio Water Moist-In Water Gel 50g
RM 38.80
Moisturizer bahan dasar air untuk kulit berminyakPelembap yang menggunakan bahan dasar air ini baik untuk kulit anda kerana ia memberikan kelembapan yang berpanjangan dan memberikan rasa kelegaan pada kulit yang kering. Selain itu, ia turut membantu dalam mengatasi masalah kulit yang berjerawat kerana ia tidak menjadikan muka anda berminyak apabila memakainya. Teksturnya yang ringan dan lembut pastinya memberikan keselesaan pada wajah
SAFI Krim Pelembap Muka 80g
RM 8.83
Moisturizer untuk remaja dan ibu hamilKrim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan
HADA LABO Moisturizing Cream 50g
RM 47.20
Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkoholKrim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik yang menembusi kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin
Krim muka ini bebas dari bahan wangian, minyak mineral dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini
Sumber artikel : productnation.co © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2018/12/7-moisturizer-terkenal-tetapi-berharga.html