7 Lokasi Paling Selamat Jika Perang Dunia Ke 3 Berlaku


Di sebalik peperangan yang berakhir sama ada dengan kemenangan atau kekalahan, kerosakan tetap akan berlaku dan yang akan menanggungnya bukan sahaja pihak tentera, tetapi juga orang awam yang tidak bersalah.

Gambar hiasan

Lebih dahsyat, jika meletusnya Perang Dunia Ketiga, teknologi nuklear pasti akan menjadi senjata utama. Jika perang ini benar-benar berlaku dan anda ingin melarikan diri, ke mana lokasi paling selamat yang harus kita pergi?

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 7 buah negara yang mungkin paling selamat jika Perang Dunia Ketiga berlaku.

1. Vanuatu

Vanuatu merupakan sebuah negara pulau yang terdiri daripada kira-kira 80 buah pulau merentasi jarak 1,300 kilometer, terletak 1,750 kilometer dari utara Australia.

Walaupun negara ini mempunyai pengaruh terhadap Perang Dunia Kedua, namun ia masih selamat dan perang itu tidak memberikan kesan kepada Pulau Vanuatu, sama seperti perang yang akan datang mungkin tidak akan memberi kesan kepadanya.

Jika bom nuklear dijatuhkan di Australia atau di Amerika Syarikat, ia tidak akan menjejaskan negara ini kerana jaraknya yang sangat jauh, iaitu 11,000 kilometer dari AS, menjadikannya salah satu destinasi paling selamat bagi pelarian perang.

2. Kepulauan Fiji

Kepulauan Fiji adalah sebuah negara kecil di Barat Daya Pasifik yang mengandungi sekumpulan 332 buah pulau, namun hanya 106 daripadanya sahaja yang didiami.

Lokasinya adalah 2,000 kilometer dari New Zealand dan merupakan antara negara membangun dari segi ekonomi di Pasifik.

Negara ini jauh dari tanah besar dan benua, antara faktor yang menjadikannya sebagai salah satu lokasi yang baik sebagai negara paling selamat jika Perang Dunia Ketiga meletus.

Ekonominya bertahan melalui sumber pelancongan, perikanan, perhutanan dan sumber mineral, juga kaya dengan industri tebu, sangat sesuai untuk rakyat Malaysia yang kemaruk gula.

Melarikan diri ke negara yang terpencil ini akan membuatkan anda selamat, juga penuh dengan sumber makanan.

Malah, Kepulauan Fiji juga sangat aman dan tidak terlibat dalam peperangan sebelum ini.

3. Tonga

Tonga adalah sebuah negara Polinesia di Oceania yang terdiri daripada 169 buah pulau kecil, sebuah negara berdaulat di mana hanya 36 buah pulau sahaja yang didiami.

Kebanyakan penduduk tinggal di Tongatapu, yang dilindungi oleh lagun dan tebing batu kapur.

Oleh kerana kawasannya yang luas di lautan, ia akan menjadi sukar untuk mengebom seluruh pulau ini, menjadikannya salah satu lokasi selamat ketika perang.

Tidak ada sesiapa yang mahu menyerang negara ini kerana tiada keuntungan ekonomi atau politik boleh diperolehi daripada negara ini.

Pertanian merupakan salah satu sumber ekonomi Tonga, jadi ia cukup untuk anda meneruskan hidup di sini.

4. Kepulauan Cook

Cook Islands atau Kepulauan Cook adalah koleksi pulau yang berselerak di seluruh Laut Pasifik Selatan.

Negara pulau ini beroperasi bersama-sama New Zealand dan kebanyakan dasar mentadbir dibuat oleh Kepulauan Cook.

Tiada negara yang akan datang dan menyerang Kepulauan Cook, serta mengebom negara ini ketika peperangan melanda kerana kos yang sangat tinggi.

Negara ini mempunyai ekonomi yang kecil dan populasi yang jarang dan sumber utama ekonomi di Kepulauan Cook adalah pelancongan, perikanan, eksport laut dan buah-buahan.

Jika perang berlaku, sumber ekonomi ini sudah cukup untuk bertahan dan selamat.

5. Iceland

Kedudukan Iceland adalah sangat jauh dari tanah besar Eropah dan United Kingdom dan dekat dengan Kutub Utara.

Negara ini mempunyai populasi yang sedikit dan jarang, menjadikannya destinasi yang selamat apabila meletusnya Perang Dunia.

Semasa Perang Dunia Kedua, Iceland adalah neutral dan tidak terlibat dalam peperangan secara langsung.

Negara yang mempunyai gunung, glasier dan padang lava ini sangat stabil dari segi ekonomi.

Hari ini, Iceland merupakan antara negara terkaya di dunia dan anda akan mendapat segala kemudahan di sini ketika perang terjadi.

Iceland dengan kebarangkalian besar tidak akan menjadi titik serangan semasa berlakunya peperangan.

6. Chile

Chile adalah sebuah negara yang besar dan sebahagian daripada benua yang besar, namun selamat.

Negara di benua Amerika Selatan ini mempunyai kawasan yang panjang dengan garis pantai yang memanjang ke Lautan Pasifik.

Chile dikelilingi oleh Andres, Gurun Atacama yang gersang dan gunung pesisir.

Oleh kerana lokasinya yang dekat dengan Antartika, ia menyukarkan bagi negara-negara lain untuk menyerangnya.

7. Tuvalu

Tuvalu adalah sebuah negera pulau yang terletak di Lautan Pasifik dan bersaiz sangat kecil shinggakan hampir tidak kelihatan dalam peta dunia, namun ia merupakan tempat yang sangat selamat ketika berlakunya Perang Dunia Pertama.

Sebagai negara ke-4 paling kecil di dunia, ia juga merupakan kepulauan gunung berapi dan terdiri daripada pulau karang.

Tiada satu pun negara besar yang akan membelanjakan berjuta-juta wang untuk menyerang negara kecil ini, kerana tiada faedah.

Tuvalu juga akan selamat daripada sebarang radiasi nuklear hasil daripada penggunaan senjata nuklear dalam perang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Bukti Persediaan Perang Dunia Ketiga!?4 Perang Terbesar Dalam Sejarah Manusia
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/10/lokasi-paling-selamat-ketika-perang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Bandar Dengan Street Food Paling Best Di Dunia Dua Bandar Malaysia Tersenarai

30 Bandar Dengan Street Food Paling Best Di Dunia Dua Bandar Malaysia Tersenarai

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 500 hits
Sama ada anda berpegang kepada prinsip makan untuk hidup atau hidup untuk makan satu hakikat yang kita semua tak dapat sangkal ialah makanan di Malaysia memang sedap sedap belaka Sebab itulah hidangan di Malaysia pernah beberapa kali tersen...
10 Individu Bawah 20 Tahun Paling Kaya Di Dunia 2019

10 Individu Bawah 20 Tahun Paling Kaya Di Dunia 2019

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 516 hits
Memang benar wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan tetapi ia pasti dapat menjadikan hidup anda lebih mudah dan seronok Namun adakah semua kanak kanak atau remaja yang memiliki kemewahan sejak kecil ini bahagia Berikut adalah senarai ...
Tahniah Maybank Dinamakan Antara Bank Paling Selamat Di Asia

Tahniah Maybank Dinamakan Antara Bank Paling Selamat Di Asia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 557 hits
Malayan Banking Bhd sekali lagi dinamakan sebagai bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan Global Finance sebagai sebahagian daripada kaji selidik eksklusifnya yang akan diterbitkan dalam keluaran November 2019 Selain d...
10 Negara Paling Selamat Diduduki Tahun 2019 Negara Jiran Turut Tersenarai

10 Negara Paling Selamat Diduduki Tahun 2019 Negara Jiran Turut Tersenarai

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 427 hits
Indeks Keamanan Global adalah satu senarai yang menghimpunkan negara negara paling selamat di dunia Laporan ini diterbitkan setiap tahun oleh Institut Ekonomi dan Keamanan Dunia Laporan ini adalah untuk meneliti keadaan sesebuah negara bagi...
Ni Cara Masak Nasi Goreng Paling Senang Di Dunia Guna 3 Bahan Je

Ni Cara Masak Nasi Goreng Paling Senang Di Dunia Guna 3 Bahan Je

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 654 hits
Dah lama Wanista tak berkongsi resepi serba ringkas mudah dan mengenyangkan Hari ini terasa nak makan nasi goreng Tapi versi yang Wanista akan tunjuk adalah paling senang di muka bumi ini Kenapa penulis kata senang kerana ia hanya menggunak...
Makin Parah Bandar Di Malaysia Catat Ranking Pertama Kualiti Udara Paling Teruk Dunia

Makin Parah Bandar Di Malaysia Catat Ranking Pertama Kualiti Udara Paling Teruk Dunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 810 hits
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh laman setakat jam 8 malam hari ini Malaysia dilaporkan berada di tempat pertama dan kedua sebagai negara yang mempunyai kadar Air Quality Index yang terburuk Laman web tersebut memantau kualiti udara s...
10 Mercusuar Dengan Pemandangan Paling Spektakuler Di Dunia

10 Mercusuar Dengan Pemandangan Paling Spektakuler Di Dunia

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 278 hits
10 Mercusuar dengan pemandangan paling indah di dunia antara lain mercusuar Pulau Lengkuas Marshall Point Lighthouse dan Dondra Head Lighthouse Sri Lanka
Malaysia Ranking Teratas Udara Paling Tercemar Di Dunia Ingat Jangan Bawa Anak Keluar

Malaysia Ranking Teratas Udara Paling Tercemar Di Dunia Ingat Jangan Bawa Anak Keluar

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 492 hits
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing masing pada musim berjerebu ini dengan mengambil langkah langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka Berik...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

China Bertindak Balas Naikkan Tarif Terhadap As Sebanyak 84

Hari Raya Kedua

Flying Somewhere You May Finally Need That Real Id