7 Laptop Terbaik Untuk Student 2021
Laptop Terbaik Untuk Student 2021 | Memandangkan kita telah kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa mengikuti kelas secara dalam talian, maka permintaan terhadap komputer riba / laptop semakin meningkat.
Selain itu, sesi kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi bakal dimulakan tidak lama lagi. Laptop amatlah diperlukan agar pelajar dapat mengikuti kelas online supaya tidak tercicir dalam pembelajaran.
Jadi, dalam artikel ini saya akan senaraikan beberapa buah laptop terbaik untuk pelajar. Laptop-laptop ini sesuai untuk kegunaan biasa, buat assignment, video call, suntingan gambar & video ringan, dan pada harga bajet.
Tips beli laptop untuk student
Apa yang penting anda tahu tahap penggunaan dan software apa yang perlu digunakan kelak. Contohnya anda perlu lakukan tugasan berat seperti edit video/gambar, AutoCAD, dan lain-lain, belilah yang berspesifikasi tinggi dan lebih mahal.
Namun, sekiranya anda sekadar guna Microsoft Words, Excel, email, urus bisnes Shopee, dan menonton filem, pilih laptop yang berspesifikasi pertengahan. Agar anda dapat guna laptop tersebut untuk jangka masa yang lebih lama.
Laptop Terbaik Untuk Student 2021
1. Asus M409D
Laptop terbaik bawah RM2000 yang boleh anda dapatkan di pasaran. Sesuai untuk student, dan memiliki spesifikasi serba lengkap untuk buat assignment dan presentation. Lengkap dengan 4GB RAM + 256GB SSD menjadikan laptop ini lancar dan berkali-kali ganda laju berbanding HDD.
Design nice, walaupun diperbuat daripada plastik.
Processor: AMD Athlon™ Silver 3050U Processor
RAM: 4GB DDR4
Storage: PCIEG3x2 NVME 256GB M.2 SSD
Display: 14.0′ HD 1366×768 16:9//Anti-Glare
Graphic: AMD Radeon™ R2 Graphics
Harga: RM1,670
Link pembelian: https://invol.co/cl4bcha
2. Acer Aspire ES 11
Ingin saya ingatkan, laptop yang dikuasakan dengan Intel Celeron amat tidak digalakkan untuk tugasan harian. Ia adalah specs yang paling rendah di pasaran. Bukan tak boleh guna langsung, tapi kalau dah digunakan setiap hari, boleh rosak jugak.
Performance dia okay pada awal pembelian. Namun lepas digunakan selama setahun, dia mula menunjukkan tanda-tanda seperti lagging, delay, booting perlahan, dan pelbagai lagi.
Baca: Handphone Murah Bawah RM500
Tapi kalau jarang guna, cuma pakai untuk kelas online, urus bisnes Shopee, Words, dan Excel, Intel Celeron ini masih mampu untuk jalankan tugasan tersebut. Tambahan pula, ia lebih murah dan sesuai untuk mereka yang berbajet kecil.
Processor: Intel Celeron N3350 / Intel Shared Memory
RAM: 4GB, DDR3L SDRAm
Storage: 500GB HDD
Display: 11.5 inci, 720p
Bateri: 3220 mAh
Harga: RM1380
3. Teclast F6 Plus
Techlast mungkin tidak popular seperti jenama lain, tetapi spesifikasinya boleh dikatakan mantap juga. Biarpun guna Intel Celeron N4100, ia jada dengan RAM sebesar 8GB, dan 256GB SSD. Nah, kalau dah guna SSD, memang lancarlah laptop ni.
Baca: Mi Tv Stick - Android Box Terbaik di Pasaran
Apa yang menarik perhatian adalah ia skrin boleh lipat 360 darjah, sekaligus boleh jadikan laptop ini sebagai tablet. Berskrin sentuh, IPS LCD, dan berresolusi 1920x1080. Which is quite impressive pada tanda harganya.
Bukan setakat student, tetapi ideal buat businessman yang nak present product kepada customer. It comes in handy bila laptop boleh transform jadi tablet dan boleh touch screen. Kan?
Harga: RM1,614
Link pembelian: https://invol.co/cl4ckyt
4. Acer Aspire A314 C087
Juga dijana dengan Intel Celeron, tetapi boleh boost sampai 2.9 ghz, dan support 4GB RAM dan guna SSD sebesar 256GB. Impressive kan? Cuma ia menggunakan skrin HD sahaja. Malah, rekaan dan bahan binaannya tidak se-gah yang lain.
Melalui spesifikasinya, saya rasa ia adalah antara laptop terbaik untuk student 2021. Ideal buat pelajar sekolah rendah/menengah, dan IPT. Ia amat lancar sebab guna SSD, namun tak boleh main game berat.
Processor: Intel Celeron N4020
RAM: 4GB RAM DDR4
Storage: 256GB SSD
Display: 14" HD 1366 x 768 resolution
Bateri:4810 mAh 7.7 V 2-cell Li-ion battery
Harga: RM1,569
Link pembelian: https://invol.co/cl4d1w9
5. HP Probook
Laptop terbaik untuk student yang seterusnya adalah HP Probook. Dikuasakan dengan Intel Core i3, 4GB RAM, dan 256GB SSD. Spesifikasinya memang solid untuk laptop kelas pertengahan. Anda boleh buat assignment, berniaga Shopee, video call, dan editing ringan seperti Adobe Photoshop
Laptop ini masih boleh handle gaming ringan sepert PUBG Lite, Dota, The Sims, dan lain-lain. Design pun cun, nampak premium biarpun binaannya cumalah plastik. Rating dari seller Shopee ni semuanya positif. Belilah!
Processor: Intel core i3
RAM: 4GB RAM
Storage: 256GB SSD
Graphic: Radeon HD7640G
Harga: dari RM1399
Link pembelian: https://invol.co/cl4d2f3
6. Joi Book 155 Pro
Laptop yang seterusnya adalah Joi Book 155 Pro, sebuah laptop keluaran Malaysia yang tidak kurang juga hebatnya. Pada saya, laptop ini memang dari segi design. Lihat sahaja rekaannya yang sleek, nipis, binaan aluminium, dan minimal bak Macbook!
Pokde.net
Sesuai untuk korag yang nak bawa laptop ni ke mana-mana. Ia ringan, saiz perfect untuk kerja-kerja menaip, dan presentation.
Baca: Cara Daftar Disney Hotstar Malaysia
Dari segi spesifikasi, Joi cemerlang sekiranya anda hanya guna untuk buat assignment, video call, browsing, tengok movie, dan light editing. Maklumlah, ia cuma dijana dengan Intel Celeron sahaja. Bagaimanapun, korang akan dapat 256GB SSD secara percuma kalau beli laptop ni. So, confirm laju ok.
Processor: Intel Celeron Precessor N4120
RAM: 4GB RAM
Storage: 64GB eMMC + 256GB SSD
Skrin: 14'' Full HD IPS display, 1920 x 1080 Resolution
Graphic: Intel UHD Graphic 600
Harga: RM1,499
Link pembelian: https://invol.co/cl4f1pw
7. Huawei MateBook D 14
Seterusnya adalah laptop yang sesuai untuk pelajar universiti, HUAWEI MateBook D 14. Laptop kelas premium berharga RM3000 ke atas. Harga nya mungkin agak tinggi berbanding yang lain, namun kualitinya memang tip top, solid, dan sesuai untuk kegunaan berat.
Actually laptop memang tengah 'in' sekarang. Zaman 2021 ni kalau anda ada bajet lebih, belilah laptop premium agar boleh boleh digunakan untuk jangka masa lama.
Dijana dengan AMD Ryzen 7-3700U iaitu jauh lebih baik dari Intel i7. Ia cukup berkuasa hingga boleh handle penggunaan berat seperti video editing, pereka grafik, tugasan multimedia berat, gaming, dan lain-lain. Dari segi design, memang mengancam!
Processor: AMD Ryzen 7-3700U
RAM: 8GB RAM
Storage: 512GB SSD
Display: 14.0' HD (1920 x 1080)
Graphic: Radeon™ RX Vega 10
Security: FINGERPRINTpower button
Bateri: Lithium Polymer,4 cells
Harga: RM3,099
Link pembelian: https://invol.co/cl4dpva
Laptop bawah RM1000
Kalau anda cari laptop murah bawah RM1000 untuk student pun boleh juga. Laptop refurbished memang banyak dijual dikedai komputer. Refurbished ini bermaksud secondhand/terpakai tetapi yang telah dibaiki atau dinaik taraf.
Ini antara refurbished laptop bawah RM1000 yang mendapat rating tinggi di Shopee.
Toshiba Intel Core i3 (RM830) - https://invol.co/cl4d3x8Fujitsu A553 i5 - (RM900) - https://invol.co/cl4d3z8
Chromebook
Bagi ibu bapa yang tengah cari laptop untuk pelajar sekolah, boleh consider adalah Chromebook. Harganya lebih murah dan boleh jalankan tugasan penting seperti menaip, video call, menonton video, dan lain-lain. Malah, harganya jauh lebih murah iaitu dari RM370 sahaja.
Apa itu Chromebook?
Dalam bahasa mudah, instead of guna Windows seperti laptop biasa, Chromebook guna Chrome OS. Sekali pandang, paparannya tidak ubah seperti sebuah tablet. Tetapi boleh guna Words, Classroom, Excell, dan sejumlah tugasan lain seperti laptop.
Chromebook lebih ringkas dan anda boleh download pelbagai aplikasi melalui Google Playstore. Antara Chromebook yang menjadi pilihan ramai adalah:
Acer C720 Chromebook (RM379) - https://invol.co/cl4dqiwAcer Chromebook C710 (RM399) - https://invol.co/cl4dqjtSamsung XE303C12 (RM375) - https://invol.co/cl4dql9
Semoga senarai laptop terbaik untuk student ini dapat membantu anda. Beli ikut keperluan dan bajet. Lagipun, laptop amat penting agar anda dapat 'work from home' dan supaya anak-anak tidak tercicir dalam pelajaran.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2021/06/7-laptop-terbaik-untuk-student-2021.html