7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul
7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul : Musim virus covid-19 ini, penjagaan kebersihan diri dan tangan perlulah dititik beratkan. Sentiasa cuci tangan dengan sabun.
Cik akak tahu ramai yang ambil remeh bab mencuci tangan. Asalan cuci dah cukup. Cik akak pun macam korang. Asalan berbuih sahaja dan bersih. Rupanya tanggapan cik akak salah.
Mulai hari ini kita perlulah belajar teknik mencuci tangan dengan cara yang betul. Jangan pernah ambil remeh bab penjagaan seperti ini. Demi kesihatan dan kelangsungan hidup.
Zaman Covid-19 ini belum berakhir. Entah bila ada kesudahannya. Apa yang penting tanggungjawab kita sebagai insan di muka bumi ini. Harus sentiasa peka dan perlu titikkan disiplin dalam diri.
Cik akak tahu, kawalan pergerakan ini menyukarkan anda. Namun kalau kita tidak mematuhi kawalan pergerakan ini, kemungkinan banyak perkara yang akan berlaku. 2 hari kuarantin di rumah memang sudah membosankan. Tapi bosan itu yang membuatkan kita lebih terhindar daripada jangkitan wabak tersebut.
Kita membantu barisan hadapan. Berlipat ganda hasil yang kita perolehi. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.
7 Cara Betul Mencuci Tangan.
Lekapkan Kedua tapak tangan dan gosok.Lekapkan telapak tangan kanan di atas dorsum tangan kiri dengan jari bersilang dan gosok. Ulangi langkah ini di tangan kiri.Lekapkan kedua telapak tabgab dengan bersilang dan gosok.Genggam jari tangan kiri, guna tapak tangan kanan. Gosok bahagian dorsom, buku jari dan jari tangan kiri. Ulang langkah di tangan kanan.Gosok sekeliling ibu jari kiri dalam genggaman telapak tangan kanan dan sebaliknya. Kuncupkan jari tangan kanan di atas telapak tangan kiri dan gosok secara putaran ke hadapan dan ke belakang. Ulangi langkah ini di tangan kanan.Gosok secara putaran di pergelangan tangan kiri, ulangi langkah ini di tangan kanan.Selesai 7 langkah betul mencuci tangan.Untuk lebih mudah rujuk gambar yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/03/7-langkah-cuci-tangan-yang-betul.html