Kek Dari Buah Buahan Tempatan Siap Masuk Rempah Lagi
Pernah makan kek dari buah-buah tempatan. Kalau belum nah ini 3 resepi berasaskan nangka,labu dan keladi.
Lebih hebat lagi ada rempah ratus dalam ramuannya. Cuba jangan tak cuba.
1.KEK NANGKA MOUSSE REMPAH KAYU MANIS & JINTAN MANIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ‘filling’ mouse :
335 ml susu segar2 biji telur117 gm gula halus25 gm gelatin335 gm krim putarBahan untuk puri nangka :
300 gm nangka yang telah direbus100 gm gula aising5 gm kulit kayu manisBahan untuk kek span vanilla :
125 ml air500 gm tepung span vanilla125 ml minyak masak500 gm telur* Kek ini terdiri dari 4 lapisan yang diselang seli, dimulai dengan span vanilla, mousse nangka dituruti span vanilla dan atas sekali mousse nangka.
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse :
1. Panaskan susu dalam periuk.
2.Di dalam mangkuk berlainan, pukul telur dan gula sehingga hancur.
3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanas ke dalam bekas telur dan gula tadi.
4. Kemudian masakkan sebentar di dalam periuk atas dapur.
5. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang bersi ais di bawahnya (waterbath)
6. Masukkan puri nangka dan gelatin yang telah dicairkan dan gaul hingga sebati.
7. Tuangkan di atas span vanilla, sejukkan dan ulangi proses sehingga habis
Cara masak puri nangka :
1. Masak nangka yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis.
2. Tapiskan dan sejukkan.
3. Puri ini nanti akan dimasukkan dalam mousse
Cara masak span Vanilla :
1. Masukkan kesemua bahan kek kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putarkan hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius, atas dan bawah selama 13- 15 minit. Bila sejuk letakkan span vanila, di lapisan bawah diselang seli dengan mousse nangka.
Saiz hidangan : 1 kg
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Masak atas api dan bakar
Keistimewaan : Rasa nangka bersama kayu manis dan jintan cukup enak.
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda penggemar mangga boleh sahaja menggantikan nangka.
Resipi puri mangga sama seperti resipi nangka.2.KEK LABU MOUSSE JINTAN PUTIH
BAHAN-BAHAN :
Bahan filling mousse :
335 gm susu2 biji kuning telur117 gm gula halus25 gm gelatin335 gm krim putarBahan puri labu :
300 gm labu yang telah direbus100 gm gula aising3 gam jintan putih /dikisar5 gm bunga lawang /dikisar5 gm serbuk kayu manisBahan kek span vanilla :
125 ml air500 ml tepung span vanilla125ml minyak masak500 gm telur*Kek ini mempunyai 4 lapis bermula dengan span vanilla dan diselang seli dengan mousse labu, span vanilla dan mousse labu
CARA MEMASAK :
Cara masak puri labu :
1. Masak labu yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising,jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis.
2. Tapiskan dan sejukkan
Cara masak mousse :
1. Panaskan susu
2. Di dalam mangkuk yang berlainan pukul telur dan gula hingga hancur
3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanaskan ke dalam bekas telur dan gula
4. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang berisi ais di bawahnya (waterbath).
5. Masukkan puri labu dan gelatin yang dicairkan dan gaul hingga sebati.
6. Tuangkan ke atas kek span.Sejukkan dan ulangi proses diselang seli dengan span vanilla hingga habis
Cara masak kek span vanilla:
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putar hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13- 15 minit
Saiz hidangan : Satu kg
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Panas atas api dan bakar
Keistimewaan : Rasa lembut berkrim dan aroma rempah yang wangi
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Kek mousse sedap dimakan apabila telah didinginkan dalam peti sejuk .3.KEK KELADI SANTAN AROMA REMPAH RATUS
BAHAN-BAHAN :
Bahan span pandan :
125 ml air500 gm tepung span vanilla125 ml minyak masak500 gm telur15 gm perasa pandanBahan puri keladi :
450 gm keladi yang telah direbus100 gm gula aising5 gm jintan manis5 gm bunga lawang5 gm buah pelaga5 gm serbuk kayu manisBahan inti kelapa manis :
2 cawan kelapa parut150 gm gula melaka1 cawan air200 gm gula aising*Inti kelapa manis 100 gm
* Kek ini terdiri daripada 4 lapisan. Lapis bawah span pandan diikuti dengan puri keladi, span pandan, puri keladi dan atas sekali puri keladi bersama kelapa manis.
CARA MEMASAK :
Cara masak kek span pandan:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putar hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13-15 minit
Cara masak puri keladi :
1. Masak keladi yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan serbuk kayu manis.
2. Tapis dan sejukkan. Puri keladi akan diletakkan atas span pandan secara berselang.
Cara masak inti kelapa manis :
1. Masak air sehingga mendidih, masukkan gula dan kelapa parut.
2. Masak hingga kering dan pekat
3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan santan dan gula aising. Masak sebentar.
4. Masakkan inti kelapa manis, sapukan atas kek lapisan atas bersama puri keladi.
Saiz hidangan : Setengah kg
Masa memasak : 40 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Panas atas api dan bakar
Keistimewaan : Enak dengan rasa keladi, dan manis dengan inti kelapa
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan keledek menggantikan keladi.
RESIPI : CHEF S.T GANA & SURIANI YUP
Terima kasih : Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/05/kek-dari-buah-buahan-tempatan-siap.html