7 Gejala Keracunan Makanan Harus Anda Ketahui


7 Gejala Keracunan Makanan Dewasa ini, tanpa kita sedari kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang semakin mendadak naik dalam kalangan masyarakat tidak kira di dalam mahupun di luar negara. Isu keracunan makanan juga tidak terlepas daripada menjadi tongkat permasalahan dalam dunia kesihatan. Polemik ini dapat diselesaikan dengan mengambil tahu gejala keracunan makanan dan cara-cara mengatasinya.
Hal ini mungkin dipandang remeh-temeh oleh sesetengah orang namun pada hakikatnya kesihatan merupakan tunjang utama dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, wajar untuk kita mengambil berat mengenai isu keracunan makanan untuk memelihara dan menjamin kesihatan diri agar tidak terjejas. Tubuh badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit dapat meningkatkan produktiviti kehidupan individu.
Definisi dan Gejala Keracunan Makanan Kebiasaannya, kes keracunan makanan terjadi apabila seseorang memakan makanan yang basi atau telah tercemar. Makanan boleh tercemar disebabkan oleh bakteria, virus dan parasit.
Sebelum menyambung perkongsian ini, marilah kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang definisi dan gejala keracunan makanan terlebih dahulu.
APAKAH ITU KERACUNAN MAKANAN? 7 Gejala Keracunan Makanan Secara umumnya, keracunan makanan merupakan penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tercemar. Keracunan makanan biasanya akan berlaku secara tiba-tiba disusuli dengan gejala. Tahukah anda bahawa makanan boleh tercemar bukan sahaja kerana virus atau bakteria tetapi juga disebabkan oleh toksin alam sekitar seperti racun yang terdapat di cendawan atau sesetengah makanan tertentu.
Terdapat Tujuh Gejala Keracunan Makanan Gejala yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza bergantung dengan jenis racun dan jenis bakteria, kuantiti racun atau bakteria yang termakan, umur dan antibodi seseorang.
Berikuit adalah beberapa gejala keracunan makanan yang harus anda ketahui:
Loya dan muntah-muntah Sakit perut Cirit-birit berair Kurang tenaga dan berasa lemah Hilang selera makan Sakit pada bahagian otot Menggigil Punca-punca Keracunan Makanan Yang Wajib Anda Tahu Punca-punca Keracunan Makanan Makanan yang tercemar dapat kita kenalpasti dari segi rupa, rasa dan bau. Makanan yang kelihatan buruk seperti roti yang terdapat bintik-bintik hijau, rasa yang masam dan bau yang kurang menyenangkan merupakan contoh makanan yang telah tercemar. Kita tidak perlu melakukan ujian mikrobiologi untuk menentukan sama ada makanan tersebut sudah tercemar atau belum kerana kita dapat menilainya dari mata kasar sahaja.
Namun begitu, apakah yang menyebabkan keracunan makanan boleh berlaku? Oleh itu, terdapat beberapa punca keracunan makanan.
Berikut ialah punca- punca keracunan makanan:
1) Makanan Ditinggalkan Terbuka Untuk Tempoh Yang Lama 7 Gejala Keracunan Makanan Makanan yang tidak ditutup dengan sebarang dulang atau dibiarkan begitu sahaja buat masa yang lama akan menyebabkan kehadiran bakteria atau virus. Hal ini dikatakan demikian kerana serangga pembawa penyakit seperti lalat berisiko untuk menghinggapi makanan yang terbiar tadi. Selain itu, makanan yang terbiar seperti ini juga tidak lagi panas untuk dihidangkan sekali gus menurunkan kualiti makanan apatah lagi jika makanan tersebut bertujuan untuk dijual kepada pelanggan.
2) Makanan Yang Tidak Dimasak Dengan Sempurna 7 Gejala Keracunan Makanan Keracunan makanan juga boleh berlaku akibat makanan yang dimasak dengan tidak sempurna seperti makanan yang separuh masak. Hal ini membolehkan bakteria masih tersisa semasa proses penyediaan makanan. Dalam erti kata lain, bakteria yang terdapat dalam makanan tersebut masih hidup walaupun proses pembersihan telah dilakukan. Suhu juga memainkan peranan penting dalam penyediaan sesuatu makanan. Suhu yang terlalu sejuk dan panas dapat membunuh organisma hidup dalam makanan.
Itulah sebabnya mengapa sesetengah makanan yang dimasakkan menggunakan teknik “slow cook” memakan masa yang panjang. Hal ini bagi memastikan tiada organisma hidup yang tersisa semasa makanan dimasak bagi mengelakkan keracunann makanan berlaku.
3) Makanan Tidak Disimpan Dengan Tatacara Yang Betul 7 Gejala Keracunan Makanan Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya penyimpanan makanan adalah dalam keadaan yang tidak sepatutnya seperti makanan yang telah dimasak disimpan di dalam bekas yang sama dengan makanan mentah yang lain. Hal ini akan menyebabkan kehadiran bakteria yang seterusnya menjurus kepada keracunan makanan. Tambahan pula, makanan tersebut akan mudah untuk basi jika dicampurkan sekali. Makanan yang telah dimasak dan yang mentah hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza bagi menjamin kualiti makanan tersebut.
4) Proses Pengendalian Makanan Yang Tidak Bersih 7 Gejala Keracunan Makanan Proses pengendalian makanan yang tidak bersih antara faktor berlakunya keracunan makanan. Hal ini kerana kebersihan amat memainkan peranan yang penting dalam pengendalian makanan. Semasa melakukan proses penyediaan makanan, individu hendaklah memakai sarung tangan, sarung kepala dan mecuci tangan sebelum menyentuh makanan. Ini kerana tangan kita terdedah dengan pelbagai jenis bakteria yang terdapat di persekitaran kita.
Faktor Risiko Mendapat Keracunan Makanan 7 Gejala Keracunan Makanan Kesan keracunan makanan dapat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Oleh itu, adalah baik sekiranya kita mengetahui apa yang meningkatkan risiko keracunan makanan.
Berikut adalah faktor yang mempengaruhi kesan keracunan makanan dalam tubuh badan kita:
Umur di mana semakin tua usia, semakin lama masa yang diambil untuk sembuh dari keracunan makanan Wanita mengandung kerana kehamilan menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan aliran darah Bayi dan kanak-kanak kerana sistem imun mereka yang masih lemah Pesakit penyakit kronik seperti pesakit diabetes atau AIDS. Organisma Yang Menyebabkan Keracunan Makanan 7 Gejala Keracunan Makanan Keracunan makanan disebabkan oleh kehadiran beberapa jenis bakteria dalam makanan. Bakteria-bakteria ini dapat mengancam kesihatan sekiranya kita terkena keracunan makanan.
Di bawah ini merupakan bakteria-bakteria yang menyebabkan keracunan makanan:
Salmonella sp yang dapat ditemui di dalam ayam, ikan, susu dan telur. E.Coli yang dapat ditemui dalam daging yang kurang masak dan produk segar yang lain. Shigella yang wujud semasa pengendalian makanan khususnya jika pengendali makanan tidak mementingkan kebersihan atau pengendali dalam keadaan sakit. Botulism yang terdapat dalam makanan bertin atau khinzir. Listeria di mana produk makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan produk tenusu yang tidak dipasturkan. Cara-cara Mencegah Keracunan Makanan 7 Gejala Keracunan Makanan Tiada permasalahan yang tiada penyelesaiannya. Setiap kali mendapat penyakit, kita akan berfikir untuk mencari penawar dengan secepatnya namun kita lupa bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Rentetan itu, marilah kita menelusuri cara-cara mencegah keracunan makanan agar kesihatan diri kita dapat dijaga.
Di bawah ini merupakan cara-cara mencegah keracunan makanan:
Sentiasa mengamalkan kebersihan. Membasuh tangan setiap kali keluar dari tandas. Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan. Membasuh dengan bersih peralatan yang digunakan sebelum dan selepas memasak. Simpan semua makanan yang mudah basi di dalam peti sejuk. Meminum air yang telah dimasak. Membasuh buah-buahan atau sayur-sayuran yang hendak dimakan mentah. Memeriksa tarikh luput produk sebelum membeli atau memakan makanan. Memilih kedai makan yang tidak tercemar jika makan di luar. Menggunakan pekakas memasak dan papan pemotong yang berbeza semasa memotong ayam atau daging. Sebagai tirai penutup bicara, isu keracunan makanan ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua pihak. Oleh itu,diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu anda semua dalam memahami secara mendalam isu keracunan makanan ini sekali gus membuka kesedaran untuk sentiasa menjaga kebersihan diri demi kesihatan yang terpelihara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/12/7-gejala-keracunan-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulang Tahlilan Seratusan Warga Leuwisadeng Bogor Diduga Keracunan Makanan

Pulang Tahlilan Seratusan Warga Leuwisadeng Bogor Diduga Keracunan Makanan

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 219 hits
Sedikitnya 121 warga Desa Kalong II Kecamatan Leuwisadeng Kabupaten Bogor diduga keracunan makanan seusai menghadiri tahlilan di salah satu rumah warga
Prabowo Tegaskan Sistem Ekonomi Harus Menganut Kerakyatan Berdayakan Umkm Dan Koperasi

Prabowo Tegaskan Sistem Ekonomi Harus Menganut Kerakyatan Berdayakan Umkm Dan Koperasi

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 167 hits
Menurutnya bahwa kapitalisme dan neoliberal akan membuat rakyat semakin jauh dari kesejahteraan
Jokowi Kemitraan Asean Jepang Harus Jadi Solusi Jaga Stabilitas Dan Perdamaian

Jokowi Kemitraan Asean Jepang Harus Jadi Solusi Jaga Stabilitas Dan Perdamaian

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 198 hits
Hal tersebut disampaikan Jokowi dalam agenda 2 Konferensi Tingkat Tinggi Perayaan 50 Tahun Hubungan Persahabatan dan kerja sama ASEAN Jepang
Video Tegas Gibran Ikn Harus Dilanjutkan Yang Dibangun Bukan Istana Megah Saja

Video Tegas Gibran Ikn Harus Dilanjutkan Yang Dibangun Bukan Istana Megah Saja

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 188 hits
Cawapres Gibran Rakabuming Raka mendatangi Ibukota Nusantara Gibran menegaskan pembangunan IKN harus terus dilanjukan
Panduan Bermain Poker Online Android Tips Dan Trik Yang Harus Anda Ketahui

Panduan Bermain Poker Online Android Tips Dan Trik Yang Harus Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 129 hits
Panduan Bermain Poker Online Android Tips dan Trik yang Harus Anda Ketahui Poker adalah permainan kartu yang telah menjadi favorit di kalangan pecinta judi selama berabad abad Namun dengan kemajuan teknologi tidak perlu lagi pergi ke kasino...
Orang Melayu Harus Memikir Hantar Anak Mereka Ke Sjk Cina

Orang Melayu Harus Memikir Hantar Anak Mereka Ke Sjk Cina

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 238 hits
Yang berikut ini berita lama daripada tahun 2018 Saya rasa gambar berikut pun gambar lama tetapi masih relevan Ia menunjukkan sdra Asyraf Wajdi membawa anaknya pulang dari sekolah Saudara Asyraf Wajdi Dusuki pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO...
Deputi Ii Ksp Anak Pmi Di Malaysia Harus Dapat Hak Akses Pendidikan Yang Setara

Deputi Ii Ksp Anak Pmi Di Malaysia Harus Dapat Hak Akses Pendidikan Yang Setara

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 175 hits
Abetnego mengungkapkan saat ini ada sekitar 21 000 anak PMI di kota Kinabalu Malaysia
Makanan Terlalu Mahal Peniaga Di Johor Dikompaun Rm1 500

Makanan Terlalu Mahal Peniaga Di Johor Dikompaun Rm1 500

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 199 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang peniaga makanan laut di Tepian Tebrau Pasir Gudang dikompaun RM1 500 selepas tular menjual makanan terlalu mahal Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata kompaun i...
Anak Kerap Sangat Sembelit Banyakkan Bagi Makanan Jenis Ini Laju Membuang

Anak Kerap Sangat Sembelit Banyakkan Bagi Makanan Jenis Ini Laju Membuang

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 279 hits
Susah hati dibuatnya bila anak mengadu sembelit setiap hari Puas minta anak minum air pada kuantiti yang banyak dan buah buahan yang tinggi serat tapi anak masih tak boleh membuang dengan baik Apa nak buat Bagi memastikan ibu bapa faham dan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran