Ketahui cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test! Kehamilan adalah pengalaman yang luar biasa dan penuh dengan tanda-tanda awal yang boleh dirasai oleh seorang wanita sebelum ujian kehamilan dilakukan. Walaupun pregnancy test adalah cara paling tepat untuk mengesahkan kehamilan, terdapat beberapa petanda semula jadi yang boleh membantu anda mengesan kehamilan lebih awal.
7 Cara Nak Tahu Hamil Tanpa Pregnancy Test
Berikut adalah merupakan tanda-tanda dan cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test untuk kaum wanita:
7 Cara Nak Tahu Hamil Tanpa Pregnancy Test
Payudara yang lebih sensitif atau membengkak adalah antara tanda awal kehamilan. Anda mungkin mendapati payudara menjadi lebih lembut atau mengalami sedikit kesakitan apabila disentuh. Ini adalah tindak balas badan terhadap peningkatan hormon progesteron dan estrogen yang berlaku sebaik sahaja kehamilan bermula.
7 Cara Nak Tahu Hamil Tanpa Pregnancy Test kredit klinik siti
Morning sickness, atau rasa mual yang biasanya berlaku pada awal pagi, adalah satu lagi tanda klasik kehamilan. Walaupun ia lebih kerap berlaku pada waktu pagi, mual boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari. Jika anda sering merasa mual tanpa sebab yang jelas, terutama sekali diikuti dengan muntah, ini mungkin petunjuk awal kehamilan.
7 Cara Nak Tahu Hamil Tanpa Pregnancy Test
Jika anda mendapati diri anda kerap ke tandas untuk buang air kecil lebih kerap daripada biasa, ini mungkin tanda anda hamil. Perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke buah pinggang boleh menyebabkan pundi kencing anda lebih cepat penuh, mengakibatkan kekerapan buang air kecil meningkat.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |