7 Cara Mudah Menghilangkan Rasa Masin Dalam Masakan
Memasak tu memang la tugasan tetap seorang surirumah, seorang ibu dan juga isteri kan dan bila memasak tu pasti ada yang pernah memasak sampai terlebih garam..pernah tak? hehe tu la dalam bertahun memasak ni pernah la jugak masakan termasin jadi jenuh jugak Umi cari cara untuk kurangkan kemasinan dan tanya dekat mak
Memandangkan Umi dah jumpa cara yang paling berkesan, Umi nak kongsi mengikut cara yang paling mudah sekali seperti mana Umi dah cuba
Guna Penutup Periuk - Kalau masakan agak masin, cuba tutup maskan dengan tudung periuk dan biarkan masakan mendidih beberapa minit. Biar sekejap dan kemudian angkat penutup periuk dan basuh. Biarkan penutup tu basah dan tutup semula masakan tu dan masak lagi dalam 5 - 10 minit. Ulangi beberapa kali dan hasilnya masakan akan menjadi kurang manis
Kentang - Kentang ni bahan paling mudah sekali, kalau tak ada kat rumah pun, boleh lari ke kedai kejap untuk beli kan. Caranya : kupas sebiji kentang, dipotong empat, masukkan kedalam kuah gulai atau masak lemak dan biarkan ia masak sehingga mendidih. Kentang akan menyerap kemasinan dan mengimbangi rasa masakan.
Beras - Basuh setengah gengam beras, masukkan kedalam kain bersih yang jarang dan ikat..ala macam sup bunjut tu. Masukkan bunjut beras ni kedalam masakan yang terlebih masin tu dan masak. InsyaAllah masakan akan jadi kurang masin. Lepas tu boleh la keluarkan bunjut beras tu.
Pelepah Pisang - Potong pelepah pisang dalam kira-kira seinci, bersihkan dan masukkan dalam periuk dan didihkan masakan beberapa minit. Bila tiba masa untuk menghidang, buangkan pelepah tersebut. Cara ni mudah kalau ada pokok pisang belakang rumah tapi yang tak ada pokok pisang tu payah la kan
Daun Pisang - Koyakkan daun pisang yang telah dibersihkan, masukkan kedalam periuk dan didihkan selama 20 - 30 minit dan daun pisang akan bertindak sebagai penyerap rasa masin dalam masakan
Hampas Kelapa - seperti buat bunjut beras juga, ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut. Masukkan bunjut kedalam masakan dan di masak dalam 15 ke 20 minit. Bunjut hampas kelapa dapat membantu menyerap rasa masin berlebihan dan turut memberi rasa lemak pada lauk. Cebisan Roti - sesuai untuk masakan berkuah seperti sup cendawan atau stew yang boleh membuatkan masakan itu menjadi pekat dan sedap. Caranya - ambil beberapa keping roti dan koyak kepada beberapa cebisan. Masukkan ke dalam kuah supaya ia dapat menyerap rasa masin. Setelah roti terendam, keluarkan roti dan cuba rasa sekiranya kemasinan dah berkurang atau tidak, jika tidak, ulangi beberapa kali sehingga rasa masakan seperti yang kita inginkan.
Banyak cara lain yang mungkin kita semua pernah cuba dan lebih praktikal mengikut jenis masakan kita tu. Apa pun, pakar mengesyorkan perngambilan garam dalam satu suku sudu teh sahaja dalam diet harian tapi tak mustahil bila kita memasak sendiri kekadang tu terlajak jugak kan
Apa yang paling berkesan pada Umi ialah, Umi akan tutup api dan kemudian baru masukkan garam mengikut sukatan yang dirasakan sesuai dan memasak menggunakan garam bukit setakat ni Alhamdulillah. Psst..tapi pernah guna garam biasa tu yang termasin sikit sampai akhirnya entri ni dikeluarkan setelah lama didalam draf
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.umifuzy.com/2019/01/7-cara-mudah-menghilangkan-rasa-masin.html