7 Cara Hilangkan Kesan Kotoran Bau Hancing Pada Tilam



Kencing malam bukanlah sesuatu yang luarbiasa di kalangan anak-anak. Menurut sains, perkara ini berlaku kerana otak mereka tidak merespon kepada rangsangan yang menghantar isyarat untuk pergi ke tandas. Ia selalunya berlaku apabila mereka tidur dengan begitu lena (deep sleep) akibat terlalu letih. Mungkin juga ada masanya ibu bapa terlupa nak bawa anak ke tandas sebelum tidur.

Selain itu, terdapat juga beberapa keadaan yang memungkinkan perkara ini berlaku – contohnya apabila anak anda baru bertukar katil atau tilam.

Jadi, mahu tak mahu kita tentu akan melalui perkara ini apabila ada anak kecil. Maka, eloklah kalau kita tahu bagaimana cara bersihkan tilam yang paling berkesan, sekaligus menyahkan bau hancing yang agak sukar dihilangkan.

Berikut adalah cara bersihkan tilam yang terkena kencing dan menghilangkan baunya agar kembali segar.

1. Bertindak Secepatnya
Sebaik saja anda perasan bahawa anak anda terkencing pada tilam, seeloknya bertindaklah dengan segera!

Ini kerana, kita ingin menghalang air kencing tersebut daripada menyerap dengan cepat ke dalam lapisan tilam. Makin banyak ia menyerap, makin susahlah baunya dihilangkan.

Ada 2 perkara yang perlu anda lakukan dengan pantas:

Buka cadar dan alihkan segala bantal/selimut yang terkena kencing.Ambil kain kering atau tisu dan serapkan sebanyak mungkin air kencing yang masih tinggal.
2. Sabun Pencuci
Ambil sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kencing. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Tekan dengan kuat untuk menyerap lebih banyak lembapan.

Untuk kesan terbaik, gunakan sabun pencuci berasaskan enzim. Ia akan menguraikan asid urik yang menjadi punca kesan kotoran dan juga bau hancing.

3. Cuka
Ada masanya sabun pencuci tak cukup kuat untuk menghilangkan bau hancing yang terlalu kuat. Maka, anda boleh cuba menggunakan cuka sebagai alternatif kepada sabun untuk mengembalikan kesegarannya.

Caranya mudah. Ambil cuka putih (white distilled vinegar) yang biasa digunakan di dapur. Tekapkan cuka ini pada kain dan kesatkan pada tompokan air kencing selama 10-15 minit.

Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, bakteria, dan kuman. Ini semestinya akan membantu menghilangkan bau hancing dengan lebih berkesan.

4. Soda Penaik
Selepas mencuci dengan cuka atau sabun, taburkan soda penaik (‘baking soda’) atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut. Lebih banyak lebih bagus kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kotoran yang masih tertinggal.

Biarkan sehingga kering. Lebih ideal jika dibiarkan semalaman. Berus atau vakum selepas kering.

5. Campuran Hidrogen Peroksida
Hidrogen peroksida adalah sebuah larutan antibakteria dan ia boleh didapati di farmasi biasa seperti Guardian. Iai adalah salah satu formula utama bagi penghilang kotoran, kesan kekuningan dan bau hancing yang amat berkesan dan telah dicuba ramai. Bahan-bahannya adalah seperti berikut berikut:

8oz hidrogen peroksida3 sudu besar ‘baking soda’setitik sabun pencuci pinggan
Campurkan hingga ‘baking soda’ melarut dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ yang kosong. Semburkan ke tompokan air kecing dan biarkan ia mengering. Selepas kering sepenuhnya, gunakan vakum untuk menyedut habuk atau kesan ‘baking soda’ yang tertinggal. Hasilnya mengagumkan!

6. Jemur Di Bawah Matahari
Setelah mencuci dan membersihkan kesan air kencing pada tilam, cuba keringkan tilam tersebut di bawah sinaran matahari. Jika tak mampu berbuat demikian, pastikan anda memasang kipas dan buka tingkap supaya udara dapat mengalir dengan lebih efisyen.

Sedikit sebanyak proses ini akan mambantu tilam anda agar betul-betul kering.

Jangan lupa untuk memeriksa bahagian bawah tilam untuk mengesan sama ada tompokan tersebut tembus pada bahagian tersebut. Ramai yang tidak perasan dan terlupa membersihkan bahagian bawah tilam – ia akan menyebabkan tilam kembali berbau hancing selepas beberapa hari.

7. Semburkan Penyegar
Untuk menambah bauan segar pada tilam anda, bolehlah menambahkan 4-5 titisan pati minyak aromaterapi seperti lavender. Kalau tiada, gunakan penyegar bauan biasa seperti Febreze.

Sebenarnya, anda boleh juga menitiskan minyak ini ke dalam soda penaik yang akan ditaburkan pada tilam tersebut. Caranya, titiskan minyak aromaterapi tersebut ke dalam bekas berisi soda penaik. Goncangkan hingga sebati dan taburkan pada kesan tompokan air kencing. Biarkan selama 10 minit dan vakumkan hingga bersih.

Langkah ini juga boleh dilakukan untuk membuang bau hapak atau menyegarkan tilam anda, walaupun tidak terkena kencing.

ULANGI JIKA MASIH BERBAU

Sekarang, tilam anda akan kembali wangi dan segar. Jika ia masih berbau, anda boleh mengulangi langkah di atas sebanyak 1-2 kali lagi, terutamanya jika tilam tersebut tebal dan susah dikeringkan.

Langkah di atas juga boleh diaplikasikan kepada kesan kotoran atau tompokan air kencing yang telah kering.

*Nota: Melalui FiqhMedic.com, ada dijelaskan bahawa jika tilam terlalu besar dan berat, tidak wajib mengangkat tilam tersebut dan memerahnya. Ini sama dengan najis di atas tanah. Bahan-bahan pencuci yang disemburkan kepada tempat najis tersebut dan bahan itu berfungsi menukarkan najis kepada sejenis bahan yang baru dan hilang sifat-sifat najisnya.

Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a: “Sesungguhnya seorang arab badawi telah kencing dalam masjid, maka nabi s.a.w. memerintahkan agar dicurahkan sebekas air ke atas tempat kencingnya”

Menurut sumber tersebut juga, jika air kencing itu sudah kering dan puan bersentuh pakaian atau kulit pada bekasnya, maka itu tidak mengapa. Pakaian atau kulit yang bersentuhan itu tidak dianggap bernajis kerana ianya kering.

Sumber : UPPTS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rangerkacak.blogspot.com/2017/11/7-cara-hilangkan-kesan-kotoran-bau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Tanpa Guna Bahan Kimia

Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Tanpa Guna Bahan Kimia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 248 hits
Bau peti sejuk yang tak enak bukan hanya mengganggu tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan Berikut di kongsikan 5 tips menjaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar 1 Gunakan Baking SodaUntuk menghilangkan bau dari p...
5 Cara Mudah Hilangkan Semut Dalam Beras

5 Cara Mudah Hilangkan Semut Dalam Beras

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 264 hits
Cara Mudah Hilangkan Semut Dalam Beras Jangan hairan kalau ada banyak semut di beras Kandungan kalori dan gula dalam nasi boleh mengundang semut untuk datang pada beras Untuk anda yang selalu mengalami perang dengan semut yang di masuk dala...
8 Cara Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat

8 Cara Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 384 hits
Sakit gigi adalah salah satu masalah yang paling menyeksakan Orang kata lebih baik sakit hati daripada sakit gigi Sebabnya sakit gigi bukan sahaja menyukarkan kita untuk makan malah boleh menjejaskan mood dan juga kesihatan secara keseluruh...
Cara Hilangkan Kutu Beras

Cara Hilangkan Kutu Beras

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 363 hits
Beberapa bulan yang lepas Suami MY belikan beras untuk mak bapaknya di kampung Biasala kot kan Beli beras Nasi kan makanan ruji orang Malaysia Tapi baru baru ni Mak mentua pulangkan balik beras tu Hahaha Beras mahal katanya Mak tak biasa ma...
Cara Terbaik Hilangkan Uban Tanpa Mewarnai Rambut

Cara Terbaik Hilangkan Uban Tanpa Mewarnai Rambut

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kali ini admin ingin berkongsi tips atasi rambut beruban Rambut beruban kini berlaku tidak kira usia Proses penuaan akan membawa kepada perubahan yang kurang menyenangkan salah satunya adalah uban Tetapi ...
7 Cara Menghilangkan Bau Jengkol Di Mulut Nggak Risi Lagi Pas Ngobrol

7 Cara Menghilangkan Bau Jengkol Di Mulut Nggak Risi Lagi Pas Ngobrol

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 164 hits
Nggak ragu lagi makan jengkol kalau baunya di mulut bisa dihilangkan dengan cara cara ini
Ini Cara Kesan Restoran Mamak Muslim Asli Dengan Fake

Ini Cara Kesan Restoran Mamak Muslim Asli Dengan Fake

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 233 hits
Umum mengetahui restoran mamak merupakan premis makanan yang popular untuk dijadikan tempat untuk lepak ataupun menjamu selera Ia seakan akan sudah sebati dengan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama Terutama sekali restoran ini mudah did...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis