7 Cara Berdepan Manusia Toksik




Dalam kehidupan ini, kita akan dikelilingi oleh kelompok manusia dengan pebagai karenah, dan karenah tersebut boleh menjadi positif mahupun toksik kepada kita

Andai kata circle kita ramai yang bersifat energetik dan memiliki pemikiran yang positif, ia bukan sahaja menjadi dorongan untuk kita jadi lebih maju, malah bagaikan sebuah nikmat dunia akhirat yang tidak ternilai

Tapi kalau kita berada dalam kelompok yang majoritinya mempunyai tingkah laku toksik, maka adalah lebih baik kita segera meninggalkan mereka demi kesihatan mental kita

Membuang dan melepaskan manusia yang toksik dari hidup kita bukan bermaksud kita kena membenci dan bermusuhan dengan mereka. Tapi kita menjarakkan diri dari mereka adalah kerana kita mengambil berat akan kesejahteraan sosioemosi kita sendiri

Sebelum Syu kupas lebih lanjut tentang cara-cara menangani individu toksik, jom kita kenali dahulu ciri-ciri dan sifat orang toksik
— Mengadu domba
— Mengaibkan secara terbuka
— Lepas tangan / tak bertanggungjawab
— Mencari salah / menuding jari
— Berat sebelah / memilih bulu
— Memanipulasi keadaan
— Tak menerima cadangan



Maksud Individu ToksikMaksud orang toksik adalah manusia yang memberi implikasi negatif terhadap diri kita seperti mencederakan emosi, menjejaskan perkembangan kognitif serta merendahkan maruah dan jatidiri

Kenali Keperibadian dan Sifat Individu Toksik1. Mengadu dombaWatak utama manusia toksik adalah suka melagakan orang dengan tujuan untuk pecah-belahkan sesebuah kesatuan atau kumpulan

Mereka ini akan usaha mencari tahu apakah 'perkara' yang boleh buat seseorang atau sesebuah group itu triggered. Benda tu mereka akan jadikan sebagai senjata untuk provok emosi kita sampai kita hilang semangat berpasukan

Mereka ini suka melebihkan klik-klik mereka saja, dan merendahkan kumpulan yang lain. Akibatnya persaingan yang tidak sihat, dengki-mendengki dan iri hati akan tercetus dalam komuniti



2. Mengaibkan secara terbukaMereka takkan rasa serba salah menegur dan merendahkan kita di depan rakan yang lain. Mereka akan merasa puas bila dapat point out your flaws secara public, dan ramai dapat menyaksikannya. 
Serius! Ia amat memalukan bila nama kita tiba-tiba dipetik dan dilaporkan sekian-sekian hal di khalayak ramai, kononnya dengan niat murni mahu menasihati


3. Suka lepas tangan & menuding jariManusia toksik sering menyalahkan orang lain dalam setiap perkara. Mereka menyalahkan orang atas kesilapan yang berlaku, biarpun kesalahan itu berpunca daripada perbuatan mereka sendiri

Sikap ini membuatkan kita yang berhubung-kait dengan mereka merasa tidak selamat (insecure) untuk meletakkan kepercayaan dan pengharapan terhadap mereka

Mereka licik mengelakkan diri mereka daripada dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang terjadi. Dalam bahasa mudahnya, bangsa toksik ini gemar 'menjual' nama orang lain demi membersihkan nama sendiri


4. Berat sebelahPernah jumpa tak manusia yang bias dan suka memilih bulu dalam setiap pekerjaan mereka? Mereka cenderung untuk mempunyai orang-orang tertentu sebagai favorite mereka

Ia bukan seperti hubungan rakan karib atau sahabat tapi lebih kepada faktor peribadi, sama ada gender bias, racism, budaya jahiliyah as-sobiyah yang suka berpuak-puak, semangat kenegerian dan kepartian, serta faktor kepentingan peribadi

5. Memanipulasi Orang TerdekatManipulate orang – Ianya memang bakat semulajadi bagi bangsa toksik. Mereka akan memanipulasi orang lain untuk kepentingan sendiri atas nama persahabatan

Mereka ini sangat gemar menggunakan keikhlasan sebagai alasan untuk memaksa orang lain (secara halus) supaya membuat sesuatu demi memenuhi kepentingan mereka sendiri

Contoh paksaan secara halus ialah mereka menanam idea bahawa kita wajib menolong mereka semula setelah mereka memberikan pertolongan kepada kita

Situasi begini sudah sebati malah dipupuk dari awal lagi untuk mengharapkan bantuan orang lain semata-mata kerana kita pernah membantu mereka. Mereka akan ungkit dan berdrama hingga menampakkan kitalah yang jahat kalau kita tak memenuhi apa yang mereka demand

Memang dalam Islam kita dianjurkan agar memudahkan urusan orang lain namun, biarlah kita buat dengan ikhlas, bukan semata-mata untuk membayar semula bantuan yang pernah mereka hulur sebelum ini


6. Tak mahu terima cadangan Ciri lain yang terdapat pada individu toksik ialah, mereka sering mengabaikan cadangan dan idea orang lain, dengan menganggap bahawa idea mereka lebih mantap, padu dan betul

Mereka langsung tidak berminat untuk mendengar. Bila kita cuba menyuarakan sesuatu, mereka akan cepat-cepat cantas kata-kata kita, sama ada dengan kata-kata mahupun mimik muka. 
Orang toksik sentiasa akan merosakkan mental dan melemahkan keyakinan diri kita melalui sikap unsupportive mereka. Potensi diri seseorang itu boleh jadi tersekat dek kerana sikap ini

Jadi kalau kalian mendapati seseorang itu mempunyai 6 ciri yang disebutkan, maka dia merupakan salah seorang individu yang berada dalam kategori toksik

So macam manakah cara untuk kita menghadapi individu toksik ini

Jom ikuti 7 Cara berdepan dengan manusia toksik di bawah ini:
1. Cari tahu kenapa kita jadi sasaran manusia toksikTak dinafikan kadang tu kita sengaja ambil pendekatan, 'Ahh layankan saja'. Sebabnya, kita malas bergaduh. Tapi dalam tak sedar, sikap kita tu rupanya menjadikan diri kita sebagai sasaran mudah bagi individu toksik ini untuk melepaskan negative vibes mereka

Pada mata mereka, kita ni nampak terlalu baik dan kelihatan tiada pendirian atau jati diri yang kukuh. Jadi mulai sekarang, kita perlu ubah sikap agar kita tidak lagi dimanipulasikan dan dipergunakan sewenang-wenangnya

2. Usah sampai masuk ke hatiIngat. Spesies manusia toksik ini berkeluakuan negatif bukan dekat kita je. Tapi kepada semua orang yang mereka berinteraksi. Walaupun perbuatan mereka nampak seakan-akan menyerang peribadi dan membuatkan kita merasa terhina secara langsung, usah ambil ia secara peribadi

Bangsa toksik ni memang begitu. Mereka cakap apa yang mereka mahu cakap dan biasanya ia tiada kaitan dengan mereka pun. Kelakuan negatif mereka sepenuhnya berdasarkan pada refleksi diri mereka sendiri

Ingat, don't take it personally. Jangan sampai masuk ke hati, sebab ia hanya akan mengganggu mental kita. Sedangkan manusia toksik tersebut, lepas habis, dia habis di situ saja

3. Percaya pada diri sendiriYa, memang ramai antara kita yang sekian lama terkurung dalam perhubungan toksik kerana kurang keyakinan diri. Kita sebenarnya sedang membiarkan diri kita dibuli dan sering memaafkan serta memberikan peluang yang tidak berasas kepada bangsa toksik ini

Mulai saat ini, hentikan daripada terus dibuli dan didera secara emosi. Cukup-cukuplah berfikiran positif setiap kali mereka menunjukkan kelakuan negatif mereka. 
Berfikiran positif dan memaafkan memang bagus, tapi ada hadnya juga. Jangan sampai keadaan di mana mereka memijak kepala kita

4. Adakan had sempadan antara merekaDalam hidup, kadang kita terpaksa berhadapan dengan individu toksik setiap masa. Boleh jadi ianya rakan sepasukan, atau adik -beradik sendiridi mana kita terpaksa hadap kerenahnya setiap hari

Cara terbaik adalah dengan menetapkan sempadan tertentu bagi kelakuan mereka yang dirasakan melampau. Tak perlu la sampai nak berkasar atau biadap dengan mereka

Cukup sekadar menunjukkan sifat tegas dan tetap pendirian. Bagi terguran secara terus terhadap apa yang salah tentang perlakuan mereka

Tapi kalau memang kita terpaksa hadap atau hidup dengan orang yang bertoksik, pastikan kita ada masa untuk un-wind, bersantai, berehat, dan pulih semula. Menghadapi manusia toksik ini amat meletihkan. Silap haribulan, mereka boleh mempengaruhi kita dan menjadi murung

5. Jangan asyik justify tindakan toksik merekaJangan tipu diri sendiri dengan menganggap tingkah laku toksik mereka itu nomal dan ok. Jangan menormalisasikan setiap tindakan salah yang dilakukan oleh individu-individu toksik ini
Tak perlu pun untuk mengiyakan segala kata-kata mereka. Salah tetap salah


6. Berikan teguran terhadap merekaStand for yourself. Berdepan dengan bangsa toksik ini ramai yang cenderung untuk berdiam diri apabila ada yang mula menunjukkan perangai toksik sehinggalah ada yang mula menegur. Selagi tak ditegur, semakin menjadi-jadi

Jadi kitapun kena mula beranikan diri, tegur

Tapi kena bersedialah dengan reaksi yang bakal kita terima. Ada yang menggunakan amarah, ada yang buat-buat tak dengar, atau mungkin mereka cuba mengganggu dengan cara bercakap negative tentang sesuatu yang peribadi atau benda yang kita sayang



7. Teruskan hidup tanpa merekaSejenak, cuba duduk dan tanyakan pada diri sendiri. Adakah manusia toksik ini masih kita perlukan dalam hidup kita

Yer betul, memang kadang-kadang kita perlu memaafkan, bersabar dan memberikan mereka peluang masa, dengan harapan agar mereka dapat berubah secara perlahan-lahan. Tapi soalannya nak tunggu sampai bila? 
Nak tunggu sampai Abang Jamil mampous? 
Kalau nampak macam tiada harapan nak berubah, so jangan buang masa menunggu lagi. Tinggalkan mereka, reruskan hidup dan move on je. Kena ingat satu benda,bahawasanya dalam hidup ini ada masanya lebih baik kita melepaskan sesuatu daripada terus merana memegangnya



Wraping upSecara keseluruhan, teknik paling berkesan bila berhadapan dengan orang yang toksik adalah jangan berikan mereka layanan. Nenek aku kata, when you face a toxic people, don't engage. Itu nenek aku la yang kata. Nasihat orang lama penuh hikmat, jangan diabaikan. 
Next Syu nak bercakap tentang Positiviti Toksik pula. Anyone here tahu apa tu positiviti toksik? Komen di bawah











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2021/06/7-cara-berdepan-manusia-toksik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran Macam Ni Cara Masaknya

Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran Macam Ni Cara Masaknya

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 366 hits
Garlic Prawn atau Udang Bawang Putih ni memang sedap Hidangan sebegini biasanya dinikmati di restoran Namun kalau nak masak sendiri di rumah apa salahnya Tak susah pun malah bahan bahannya juga mudah didapati Saudari Liza Idris ada kongsika...
Cara Pindah Duit Anak Dan Sendiri Ke Tabung Haji Secara Online

Cara Pindah Duit Anak Dan Sendiri Ke Tabung Haji Secara Online

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 780 hits
Sebelum ini saya pindah duit raya anak anak ke Tabung Haji melalui Akaun lain seperti CIMB dan Maybank tapi masa nak cuba Raya 2021 tahun ini tak dapat search Lembaga Tabung Haji di bahagian Paybills CIMB Baru teringat ada THijARI yang jara...
Hiburan Berbaloi Hantaran Kahwin Rm91 Ribu Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak

Hiburan Berbaloi Hantaran Kahwin Rm91 Ribu Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 391 hits
Keletah dan gelagat anak kepada pasangan selebriti terkenal Hanis Zalikah dan Hairul Azreen sering menjadi tumpuan peminat Bukan saja comel Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah juga pintar dan bijak meskipun baru melangkah umur hanya beberapa ta...
Diketepi Dari Mkn Menteri Tegur Cara K Jaan Kendali Vaksin Ppv

Diketepi Dari Mkn Menteri Tegur Cara K Jaan Kendali Vaksin Ppv

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 195 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof mendakwa dia tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Bercakap kepada Malaysiakini anggota parlimen Bersatu itu juga mempersoalkan cara kerajaan menangani wabak Covi...
Ezbiz Ssm Login 2021 Cara Daftar Renew Ssm Online

Ezbiz Ssm Login 2021 Cara Daftar Renew Ssm Online

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 394 hits
ezBiz SSM LOGIN 2021 CARA DAFTAR RENEW SSM ONLINE Anda boleh membuat secara online sahaja melalui ezBiz SSM Bagaimanakah caranya Anda hanya perlu login ezBiz SSM APA ITU SISTEM ezBiz SSM Ianya dibangunkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ...
Cara Buat Page Break Dalam Word

Cara Buat Page Break Dalam Word

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 224 hits
Salam Jenuh nak ingat balik cara untuk buat page break dan tajuk header bagi setiap bab dalam buku Boleh guna step dibawah Baru buku cantik dan professional Configure headers and footers for different sections of a 1 Click or tap the page a...
Cara Kurus Dengan Amal Minum Air Asam Gelugur

Cara Kurus Dengan Amal Minum Air Asam Gelugur

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 316 hits
Air asam gelugor banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kuruskan badan atau kurangkan selera makan Ia juga untuk kecutkan rahim Sesuai diminum oleh semua ibu Selain itu ia juga untuk turunkan darah tinggi Jika tiba tiba sakit kepala pun boleh...
Ni Cara Nak Setting Youtube Supaya Anak Tak Buka Video Berunsur Sensitif

Ni Cara Nak Setting Youtube Supaya Anak Tak Buka Video Berunsur Sensitif

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 347 hits
Zaman sekarang dah tak sama macam zaman kita dibesarkan dulu dulu Ibaratanya penggunaan gajet pada masa kini sebagai satu keperluan dan semakin meluas digunakan bukan sahaja kepada yang bekerja tetapi anak anak pun perlu disebabkan proses p...
Jom Bayar Ptptn Dengan Cara Mudah Melalui Kwsp

Jom Bayar Ptptn Dengan Cara Mudah Melalui Kwsp

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 251 hits
Hai ada penghutang PTPTN tak kat sini Nak langsaikan PTPTN tapi tak tahu cara nak langsaikannya Tidak kira ada gagal atau berhenti atau berjaya menghabiskan diploma ke atas anda layak mengeluarkan KWSP akaun ke 2 Nak tahu cara2nya jom ikuti...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba