7 Aktiviti Harian Bakar Kalori Tanpa Sedar
Ramai ingat nak kurus kena pergi gym atau jogging sejam sehari. Tak semestinya gais. Padahal, ada banyak aktiviti harian biasa yang sebenarnya boleh bantu bakar kalori tanpa korang sedar. Yang penting, konsisten dan buat dengan betul.

Jom tengok 7 aktiviti simple yang boleh bantu turunkan berat kalau korang amalkan setiap hari
1. Naik tangga
Lupakan lif. Naik 2–3 tingkat pun dah boleh bakar dalam 20–50 kalori. Kalau ulang 5–6 kali sehari, confirm rasa cardio free-free. Hihi
2. Jalan kaki masa telefon
Daripada duduk bila call, apa kata cuba berjalan keliling rumah atau office. 10 minit call bersamaan lebih kurang 40 kalori terbakar. Simple tapi power
3. Kemas rumah
Menyapu, mop lantai, lap tingkap. Semua ni sebenarnya kategori senaman low impact. 30 minit kemas rumah boleh bakar 100–150 kalori. Wow
4. Berdiri lebih lama
Duduk lama buat metabolisma slow. Tukar habit. Berdiri masa reply WhatsApp atau semasa tengok live IG. Standing bersamaan lebih kalori terbakar dari duduk
5. Masak sendiri
Aktiviti di dapur melibatkan banyak pergerakan. Potong bahan, angkat barang, jalan ulang meja ke sinki. Selain lebih sihat dari makan luar, kalori pun terbakar sekali
6. Main dengan anak/pets
Kejar anak, dukung, main baling bola. Ini semua kira light cardio. Lagi enjoy, lagi lama korang bergerak tanpa sedar
7. Jalan cari tempat parking jauh sikit
Biasakan parking jauh sikit dari pintu mall atau office. 5–10 minit berjalan dua kali sehari pun dah cukup jadikan habit kurus perlahan-lahan
So, tak perlu tunggu ada mood nak bersenam. Benda simple harian pun boleh jadi ‘fat burner’ kalau korang buat konsisten. Start kecil, tapi setiap hari. Bukan buat sehari, tapi konsisten setiap hari
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/10/7-aktiviti-harian-bakar-kalori-tanpa.html