7 Abu Sayyaf Akan Didakwa Sebelum Diekstradisi


7 lelaki ahli kumpulan Abu Sayyaf yang ditahan. FOTO Ihsan PDRM
7 militan Abu Sayyaf yang ditahan dalam operasi khas akan didakwa di Sabah sebelum dihantar pulang

Tujuh ahli kumpulan Abu Sayyaf yang ditahan di Pulau Timbang, Sandakan, baru-baru ini akan dakwa mengikut Akta Imigresen sebelum diekstradisi ke Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam perbincangan bersama dengan pihak berkuasa Filipina.

"Kita percaya, semua tujuh suspek ini mempunyai rakan sekutu lain tetapi mungkin sudah melarikan diri berikutan operasi berterusan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini.

"Kita juga percaya ketujuh-tujuh suspek yang berjaya ditahan ini adalah sebahagian daripada kumpulan yang merancang penculikan di Sandakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Tadika Kemas Al-Ghazali di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

HAZANI menurunkan tandatangan sebaik simbolik perasmian Tadika Kemas Al - Ghazali di IPK Sabah, Kota Kinabalu. Mengulas lanjut, Hazani berkata, pihaknya percaya dalang kegiatan itu yang mati ditembak atau ditangkap di daerah Beaufort dan Pulau Timbang sebelum ini merancang untuk menculik pemilik ladang di sekitar perairan pantai timur Sabah.

Namun katanya, rancangan itu terpaksa ditangguhkan buat masa ini ekoran usaha pemantauan berterusan yang dilakukan pihak berkuasa di Sabah.

"Polis amat serius untuk mematahkan segala perancangan yang dilakukan kumpulan militan Abu Sayyaf ini kerana kita tidak mahu mereka menjadikan Sabah sebagai kubu kuat atau tempat persembunyian mereka.

"Kita akan ambil tindakan yang lebih agresif termasuk mengumpul maklumat risikan dari semasa ke semasa.

"Usaha ini juga mendapat sokongan penuh daripada pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.

Sehubungan itu, Hazani menasihati pemilik ladang supaya tidak memberikan ruang kepada pendatang asing tanpa izin (Pati).

Katanya, mereka perlu membuat pengesahan dari aspek dokumentasi untuk sekurang-kurangnya mempunyai maklumat siapa individu yang diambil bekerja.

Dalam kejadian 17 Mei lalu, polis berjaya menembak mati lima lelaki dipercayai ahli Kumpulan Abu Sayyaf di sebuah penempatan haram di kawasan hutan Taman Sri Arjuna, Beaufort.

Dalam kejadian itu, polis turut berjaya merampas pelbagai senjata api yang digunakan dalam insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa negeri ini.

Susulan kejadian itu, PDRM sekali lagi menembak mati dua ahli kumpulan Abu Sayyaf dalam operasi di Pulau Timbang, Sandakan, 20 Ogos lalu. Polis Sabah nafi Sandakan jadi sel kumpulan Abu Sayyaf Polis Sabah menafikan dakwaan bahawa Sandakan dijadikan sebagai sel bagi kumpulan Abu Sayyaf (ASG) susulan insiden 2 lelaki ditembak mati dan 7 lagi ditahan adalah kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dalam operasi khas yang dilaksanakan minggu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menjelaskan, keadaan kawasan pantai timur Sabah yang panjang itu menjadi pintu masuk bagi pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Dakwaan itu tiada. Tahulah Sabah ini dari timur Sabah ada 1,470 kilometer pantai. Memang itulah pintu masuk utama.

"Bila pasukan keselamatan keluar, tidak kira polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), tentera keluar, mereka akan masuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tabika Kemas Al-Ghazali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan ahli ASG yang ditembak mati dan ditangkap minggu lalu.

Datuk Hazani Ghazali ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Tabika Kemas Al-Ghazali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu. Bagaimanapun, Hazani menegaskan bahawa tindakan agresif akan diambil apabila pihak keselamatan Filipina mengesahkan jika ada ahli kumpulan itu berada masuk ke Sabah.

"Mesej kita sudah sampai di seberang (Filipina) yang kita akan ambil tindakan agresif. Masuk ke sini, kita sahkan pihak keselamatan dan juga Filipina jika mereka ini ASG, kita ambil tindakan sewajarnya," katanya.

Hazani dalam pada itu turut menyeru supaya pemilik ladang atau pemaju supaya tidak memberi ruang kepada PATI, tolong buat pengesahan serta semak dokumentasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/7-abu-sayyaf-akan-didakwa-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Sabah Tembak Mati 2 Anggota Abu Sayyaf

Polis Sabah Tembak Mati 2 Anggota Abu Sayyaf

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 279 hits
Salah satu rumah setinggan yang dihuni oleh lima anggota Abu Sayyaf terbunuh dalam operasi khas di Beaufort Sabah pada bulan Mei KOTA KINABALU Pasukan keselamatan menembak mati dua lelaki disyaki ahli kumpulan pengganas Abu Abu Sayyaf dalam...
2 Ahli Kumpulan Abu Sayyaf Rancang Culik Pemilik Ladang Hazani

2 Ahli Kumpulan Abu Sayyaf Rancang Culik Pemilik Ladang Hazani

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 192 hits
DUA ahli kumpulan Abu Sayyaf ditembak mati di Pulau Timbang Sandakan Kumpulan Abu Sayyaf bekerja sambil tunggu peluang culik Sandakan Dua ahli Kumpulan Abu Sayyaf yang ditembak mati di Pulau Timbang di sini dipercayai merancang untuk melaku...
5 Perkara Wajib Yang Perlu Anda Ada Sebelum Memulakan Bisnes Food Delivery

5 Perkara Wajib Yang Perlu Anda Ada Sebelum Memulakan Bisnes Food Delivery

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 326 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tanpa semua persediaan ini bisnes anda akan sukar untuk mendapat ramai pembeli Ada orang cakap nak berjaya dalam apa juga bisnes perkara yang paling penting ialah mempunyai modal yang besar Ya mempunyai m...
Nggak Bisa Asal Ini 5 Hal Panduan Sebelum Membeli Cooler Bag Asi

Nggak Bisa Asal Ini 5 Hal Panduan Sebelum Membeli Cooler Bag Asi

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 337 hits
Meski terkesan sepele memilih cooler bag ASI sebaiknya didasari pertimbangan juga lo
Hiburan Nak Hidup Normal Macam Sebelum Ni Ashraf Muslim Ucap Tahniah Pada Datuk Seri Ismail Sabri

Hiburan Nak Hidup Normal Macam Sebelum Ni Ashraf Muslim Ucap Tahniah Pada Datuk Seri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 318 hits
Pelakon Ashraf Muslim dedikasikan ucapan tahniah buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diatas perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang ke 9 berkuat kuasa semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Ashraf di dalam hantaran yang dibuat o...
Hiburan Dikecam Netizen Muat Naik Video Sebelum Berhijrah Nana Mahazan Tak Melatah

Hiburan Dikecam Netizen Muat Naik Video Sebelum Berhijrah Nana Mahazan Tak Melatah

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 399 hits
Sejak kebelakangan ini ramai selebriti wanita yang dapat kita lihat sudah berhijrah dan mengubah imej mereka tidak terkecuali seorang personaliti TV terkenal iaitu Nana Mahazan turut mengumumkan dirinya sudah berhijab ARTIKEL BERKAITAN Adve...
Sebelum Beli Smartphone Ini 3 Kriteria Chipset Flagship Yang Membedakannya Dari Chipset Rasa Flagship

Sebelum Beli Smartphone Ini 3 Kriteria Chipset Flagship Yang Membedakannya Dari Chipset Rasa Flagship

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 284 hits
Kalau ponselmu saat ini hanya menawarkan kecepatan pemrosesan bisa chipset yang digunakan adalah chipset rasa flagship
Tun Mahathir Kongsi Tips Pilih Jurusan Yang Betul Sebelum Menyambung Pengajian Di Virtual Bootcamp Anjuran Yeg Academy

Tun Mahathir Kongsi Tips Pilih Jurusan Yang Betul Sebelum Menyambung Pengajian Di Virtual Bootcamp Anjuran Yeg Academy

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 454 hits
Assalamualaikum Suka untuk Fiza kongsikan mengenai pengalaman Fiza sendiri dalam memilih jurusan sebelum memasuki IPT terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Malaya Nak kata menyesal tak lah juga sebab ilmu yang Fiza dapat banyak juga memban...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain