691 Kes Baru 4 Kematian 31 Di Icu




Kes baru Covid-19 terus mencatat angka tertinggi hari demi hari.
Hari ini sebanyak 691 kes baru Covid-19 dicatatkan di Malaysia.
Kes paling banyak direkodkan di Kedah (397 kes), diikuti Sabah (219) dan Selangor (38).
Ia kemudian diikuti oleh Perak (lapan kes), Negeri Sembilan (7), Johor (6), Sarawak dan Pulau Pinang dengan tiga kes serta Putrajaya, Terengganu dan Labuan masing-masing dengan satu kes.
Dua kes di Kuala Lumpur dan satu kes di Selangor adalah kes import.
Berkaitan kes di Kedah, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 394 daripada 397 kes melibatkan kluster Tembok (penjara Alor Setar).
Kawasan itu sekarang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (Temco).
"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,504 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 2,936 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya pada sidang media di kediamannya di Putrajaya, hari ini.
Dia kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selepas menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad yang positif Covid-19.
Malaysia juga mencatatkan empat kematian baru hari ini, termasuk seorang bayi berumur satu tahun. 
Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 141 orang.
Katanya, bayi perempuan rakyat Malaysia itu adalah kes kematian ke-140 yang dicatat setakat tengah hari tadi. Ini adalah kematian pertama membabitkan bayi di negara ini.
"Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang," katanya.
Kes kematian ke-139 membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia juga berusia 60 tahun.
Dr Noor Hisham berkata, kes mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September lalu.
"Saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 5.05 pagi,” katanya.
Kes kematian ke-138 pula membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 60 tahun yang dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September 2020.
Saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September 2020 manakala keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.50 pagi Ahad lalu.
"Kes kematian ke-141 membabitkan lelaki rakyat Malaysia berusia 85 tahun.
"Kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, lelaki itu ditemui tidak sedar diri pada jam 7 pagi semalam dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang.
Beliau berkata, mangsa didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.50 pagi semalam manakala saringan Covid-19 terhadapnya dikesan positif.
Dr Noor Hisham juga memberitahu 31 kes sedang  dirawat di unit rawatan rapi (ICU).  Daripada jumlah itu, lapan memerlukan alat bantuan pernafasan.

MR :  Kena buat sesuatu sebelum parah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/691-kes-baru-4-kematian-31-di-icu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
354 Kes Baru 6 Kematian Dan 68 Ada Di Icu

354 Kes Baru 6 Kematian Dan 68 Ada Di Icu

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 205 hits
Jumlah kes baru Covid 19 setakat 12 tengah hari ini adalah sebanyak 354 kes maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor HishamSementara itu 68 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan Enam korban melibatkan warga...
375 Kes Baru Covid 19 5 Lagi Kematian

375 Kes Baru Covid 19 5 Lagi Kematian

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 318 hits
Sebanyak 375 kes baru Covid 19 dicatatkan hari ini termasuk empat kes import Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada taklimat medianya secara maya di Facebook berkata Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkat...
147 Kes Baru 3 Kematian

147 Kes Baru 3 Kematian

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 189 hits
Jumlah kes baru Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu di negara ini melepasi tiga angka iaitu 147 kes dengan Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu catatan di Facebook berkata daripa...
Enam Korban 68 Di Icu 354 Kes Baru

Enam Korban 68 Di Icu 354 Kes Baru

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 212 hits
MALAYSIAKINI Jumlah kes baru Covid 19 setakat 12 tengah hari ini adalah sebanyak 354 kes maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor HishamSementara itu 68 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasahnEnam korban pul...
317 Jangkitan Baru Covid 19 Lepasi Angka 12 000 Kes

317 Jangkitan Baru Covid 19 Lepasi Angka 12 000 Kes

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 304 hits
freemalaysiatoday com October 3 2020 5 57 PMPUTRAJAYA 317 kes baru Covid 19 dilaporkan hari ini yang merupakan angka jangkitan harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara ini sekali gus melepasi angka 12 000 kes setakat ini Dalam pada i...
691 Kes Baharu Positif Covid 19 4 Dilaporkan Meninggal Dunia

691 Kes Baharu Positif Covid 19 4 Dilaporkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 262 hits
Perkembangan terkini Covid 19 di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 691 kes baharu positif Covid 19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari 6 Oktober 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham...
Semakin Meningkat 317 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

Semakin Meningkat 317 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 239 hits
Sidang media hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham telah memaklumkan berkenaan perkembangan semasa pandemik Covid 19 di Malaysia Setakat jam 12 tengahari sebanyak 317 kes baharu positif Covid 19 dan ini menjadika...
Covid19 Kes Baru 115 Semakin Membimbangkan

Covid19 Kes Baru 115 Semakin Membimbangkan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 266 hits
PUTRA JAYA 28 SEPT Malaysia mencatatkan 115 kes baru Covid 19 dalam tempoh 24 jam hingga tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan 11 034 kes dengan jumlah kes mencecah 1 011 Kes baru terdiri daripada 112 penularan tempatan dan tiga ke...
Covid 19 691 Kes Baharu Dilaporkan Majoriti Di Penjara Alor Setar

Covid 19 691 Kes Baharu Dilaporkan Majoriti Di Penjara Alor Setar

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 244 hits
Hilmi MalikOktober 6 2020 17 49 MYTMenurut Dr Noor Hisham sebanyak 691 kes baharu positif COVID 19 dilaporkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu Gambar failKUALA LUMPUR Sebanyak 691 kes baharu positif COVID 19 dilaporkan dalam negara dal...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Penerima Zakat Untuk Fii Sabilillah Apakah Terbatas Hanya Pada Jihad

Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah