6182 Kartel Daging Dikhuatiri Cetus Kesan Domino Berita Harian 23 12 2020


 


KUALA LUMPUR: Isu kartel daging import dikhuatiri bakal mencetuskan kesan domino, termasuk peningkatan harga bekalan tempatan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, yang menyuarakan kebimbangan itu berkata, orang ramai ketika ini meragui sumber bekalan daging import yang dijual di pasaran.
Sehubungan itu, katanya, pengguna beralih kepada bekalan daging tempatan yang tidak dapat menampung permintaan semasa.
"Apabila wujud ketidakseimbangan begini, mengikut teori permintaan dan penawaran, lazimnya akan berlaku peningkatan harga berikutan bekalan yang terhad di pasaran.
"Kesan domino ini tidak akan terhenti di sini, sebaliknya bakal menjadi polemik dan mencetuskan ketidakseimbangan pasaran," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Kelmarin, BH mendedahkan laporan mengenai kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai 'membeli' beberapa kakitangan kerajaan.
Modus operandi itu antara lain dipercayai tindakan mengupah pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.
Wang ringgit dan habuan berlibur dikatakan diguna bagi merasuah pegawai terbabit sebagai dorongan melepaskan barangan yang diimport, tanpa mengikut peraturan ke pasaran negara ini.
Berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), setakat ini Malaysia meluluskan 28 rumah sembelih lembu dari Australia, New Zealand, Argentina, Brazil, Pakistan dan Afrika Selatan, selain 11 rumah sembelih kerbau dari India serta Pakistan.
Selain senarai negara yang diluluskan, sumber mendakwa, kartel dipercayai membeli bekalan daging dari loji sembelihan di Kanada, United Kingdom, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan China.
Nadzim berkata, isu sebegini mungkin tidak timbul sekiranya perancangan kerajaan dengan mewujudkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) berjaya dilaksanakan, sekali gus berupaya menambah bekalan tempatan dalam industri ruminan negara.
Mengemukakan jalan penyelesaian, beliau mencadangkan pihak berkaitan yang mempunyai modal perniagaan untuk mewujudkan konsortium perusahaan ruminan.
"Ada banyak pihak dan syarikat yang mempunyai modal besar, boleh menceburi bidang ini supaya kita tidak lagi perlu bergantung kepada bekalan daging import.
"Mungkin Jabatan Pertanian boleh merintis usaha dan membantu untuk menjayakan usaha ini, menerusi jalinan kerjasama dengan pemegang taruh.
"Penyelesaian ini perlu dilakukan dengan segera kerana orang ramai, khususnya umat Islam sekarang takut nak makan daging.
"Mana tidak, nak makan daging lembu, tahu-tahu kunyah daging gajah, makan sup ekor, rupanya ekor kanggaru," katanya.
Sementara isu kartel masih berpanjangan, Nadzim turut mencadangkan orang ramai khususnya umat Islam mengurangkan pemakanan daging dalam kehidupan seharian.
Selain baik untuk kesihatan, beliau berkata, ia berupaya menangani risiko pengambilan daging yang diragui status halal di pasaran.
"Kalau sebelum ini kita makan daging setengah kilogram seminggu, kurangkan jadi setengah kilogram untuk dua minggu.
"Jika nak kekal dengan pendirian untuk kurangkan makan daging pun bagus sebab doktor pun sarankan sedemikian.
"Ada lagi sumber protein lain seperti ayam dan ikan yang boleh kita gantikan, sementara isu ini belum selesai," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian
KARTEL DAGING DIKHUATIRI CETUS KESAN DOMINO
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/768321/kartel-daging-dikhuatiri-cetus-kesan-domino

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/12/6182-kartel-daging-dikhuatiri-cetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6178 Kartel Seludup Daging Guna Pelabuhan Negara Jiran Untuk Transiit Bekalan Berita Harian 23 12 2020

6178 Kartel Seludup Daging Guna Pelabuhan Negara Jiran Untuk Transiit Bekalan Berita Harian 23 12 2020

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 539 hits
Artikel oleh Berita HarianKARTEL SELUDUP DAGING GUNA PELABUHAN NEGARA JIRAN UNTUK TRANSIIT BEKALAN
6208 Kronologi Isu Kartel Seludup Daging Sejuk Beku Tahun 2020 Sinar Harian 30 12 2020

6208 Kronologi Isu Kartel Seludup Daging Sejuk Beku Tahun 2020 Sinar Harian 30 12 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 409 hits
Kronologi isu kartel seludup daging sejuk beku tahun 2020Artikel oleh Sinar HarianKRONOLOGI ISU KARTEL SELUDUP DAGING SEJUK BEKU TAHUN 2020
6188 Siasat Jika Vvip Terlibat Kartel Daging Halal Palsu Pn Bbc Portal 27 12 2020

6188 Siasat Jika Vvip Terlibat Kartel Daging Halal Palsu Pn Bbc Portal 27 12 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 444 hits
27 DIS Kerajaan perlu menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mendedahkan segera dalang sindiket kartel haram termasuk kemungkinan pembabitan individu berprofil tinggi dan orang kenamaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi...
6156 Ppim Mahu Semua Agensi Berkaitan Lebih Proaktif Tangani Daging Import Haram Sinar Harian 16 12 2020

6156 Ppim Mahu Semua Agensi Berkaitan Lebih Proaktif Tangani Daging Import Haram Sinar Harian 16 12 2020

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 445 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa semua agensi berkaitan agar lebih proaktif menangani isu berkaitan daging import haram PPIM dalam kenyataan pada Selasa berkata agensi seperti Jabatan Perkhidmatan dan Pemeriksaan Malaysi...
6187 Syor Tubuh Jawatankuasa Khas Sisat Isu Kartel Daging Haram Ismaweb 26 12 2020

6187 Syor Tubuh Jawatankuasa Khas Sisat Isu Kartel Daging Haram Ismaweb 26 12 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 375 hits
SHAH ALAM 11 Jamadilawal 1442H Sabtu Satu jawatankuasa khas membabitkan beberapa badan bukan kerajaan perlu ditubuhkan bagi membantu pihak berkuasa menyiasat isu kartel daging yang diragui status halal dan kualitinya Pengerusi Persatuan Pen...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Move Out Cleaning Services Singapore Hassle Free Handover Cleaning

Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena Media Sosial

Fahami Masalah Tiroid Nampak Sihat Tapi Dalam Diam Mereka Tengah Fight

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya