6074 Bahan Ramuan Dalam Cecair Vape Perlu Diisytihar Berita Harian 06 12 2021


 

KUALA LUMPUR: Di sebalik kepulan asap putih dengan aroma manis buah-buahan atau berperisa minuman, penghisap vape kadangkala kelihatan trending, maka tidak hairanlah seramai 300,000 pelajar sekolah di seluruh negara didapati terjebak dengan penggunaan rokok elektronik itu.
Dalam satu pendedahan di Dewan Rakyat pada Oktober 2019, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata daripada jumlah direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM), hampir 50,000 daripada penghisap vape terdiri daripada pelajar perempuan.
Dalam nada bimbang, Dzulkefly berkata, satu kajian oleh kementerian mendpati 9.1 peratus atau 300,000 pelajar di negara ini menggunakan vape.
Walaupun negara mempunyai undang-udang menyekat individu berumur di bawah 18 tahun daripada merokok namun masalah ini masih berterusan malah berleluasa terutama membabitkan rakyat bawah umur.
Senada dengan Dzulkefly, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye sejak dari dahulu mahu pihak berkuasa bertindak tegas dan bersepadu kerana penguatkuasaan undang-undang oleh KKM sahaja pasti tidak akan membuahkan hasil.
Lam Thye dalam satu laporan berkata, mahu penjualan vape kepada kanak-kanak dihentikan serta merta manakala pihak sekolah pula perlu mengetatkan pemantauan dan mengadakan kempen kesedaran mengenai bahaya vape terhadap kesihatan.
"Ibu bapa pula tidak boleh melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa. Mereka perlu memantau aktiviti anak-anak mereka bagi memastikan tidak ada yang terlibat dengan aktiviti menghisap vape.
"Saya amat berharap rang undang-undang baharu berkaitan kawalan penggunaan rokok elektronik atau vape dan shisha dapat dibentang di Parlimen secepat mungkin bagi menangani masalah ini," katanya dalam laporan berkenaan.
Tambah Lam Thye, menggubal undang-undang baharu pasti memakan masa dan oleh itu beliau menggesa semua pihak bersama-sama menjalankan tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya menghisap vape.
Dalam satu data berlainan, vape adalah segmen dalam industri tembakau yang paling pesat berkembang dengan anggaran pengguna lebih 1.12 juta orang manakala saiz pasaran global dianggarkan bernilai AS$15 bilion pada tahun 2020.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadizm Johan ketika dihubungi berkata, kerajaan berani mengambil langkah berani dengan mengumumkan cukai untuk cecair vape dalam Bajet 2022 bermula 1 Januari depan.
"Mengenakan cukai nikotin sahaja tidak cukup. Siapa pun tahu nak buat kerja naikkan cukai nak kurangkan penggunaan, ni kerja orang malas. Kerajaan mesti segera memperkenalkan undang-undang baharu untuk mengurangkan vape bernikotin.
"Angka 300,000 pelajar sekolah menghisap vape ini membimbangkan kerana mereka akan berterusan menjadi pengguna vape selepas habis sekolah," katanya.
Nadzim yang lebih mesra dengan nama Toqqi berkata, perlu ada mekanisme diperkenalkan untuk mengehadkan jualan vape terutama membabitkan golongan bawah umur.
"Vape ni pembungkusan tiada ada amaran tengkorak, lidah putus atau dada berlubang. Tidak ada amaran langsung. Oleh itu, kita gesa ada satu pemakaian undang-undang standard seperti yang dipakai untuk produk tembakau".
Ini adalah kerana vape juga diperbuat dari nikotin dari sumber tembakau dan juga menyebabkan ketagihan sama seperti produk tembakau. Maka itulah, produk vape juga harus mencetak amaran kesihatan seperti produk tembakau yang lain.
"Perlu ada tanda amaran untuk dilekatkan pada cecair vape. Mengikut pemantauan kita, sebanyak 97 peratus cecair vape di pasaran negara kita mengandungi nikotin.
PPIM juga menerima maklumat bahawa, 40 peratus cecair vape di negara mempunyai nikotin atau dianggarkan 12.1 bilion batang rokok.
"Walaupun ada dakwaan cuba mempertahankan vape kerana ia kurang mudarat, namun kerana kurangnya penguatkuasaan undang-undang di negara ini boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada bahan ramuan berbahaya yang tidak didedahkan," katanya.
Memandangkan kerajaan telah pun memutuskan untuk melaksanakan cukai terhadap vape bernikotin, perlu ada mekanisme untuk memastikan vape di pasaran telah dibayar cukai.
Setem cukai perlu dipertimbangkan untuk memudahkan pemantauan yang telah diguna pakai kepada produk rokok dan minuman keras.
Jika ini tidak dilakukan, sudah pasti lambakan vape haram tidak dapat dikawal sepenuhnya.
Artikel oleh: Berita Harian
BAHAN RAMUAN DALAM CECAIR VAPE PERLU DIISYTIHAR

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/12/895666/bahan-ramuan-dalam-cecair-vape-perlu-diisytihar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/12/6074-bahan-ramuan-dalam-cecair-vape.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 341 hits
Pasangan mata wang GBP CHF diniagakan dalam trend menaik dan ia berkemungkinan besar akan mengukuh dalam segi tiga Kami melihat potensi untuk pertumbuhan harga dari sokongan pertama kami yang terletak pada tahap 1 25191 selari dengan anjaka...
6091 Kenapa Harapkan Janji Manusia Juka Boleh Harapkan Allah Sinar Harian 10 12 2021

6091 Kenapa Harapkan Janji Manusia Juka Boleh Harapkan Allah Sinar Harian 10 12 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 234 hits
SHAH ALAM Pengarah Global CX Sdn Bhd Amirul Ikman Norden berpandangan bahawa masyarakat sepatutnya memperbanyakkan doa dan melakukan amalan baik yang disarankan oleh ALLAH SWT jika mereka mahu rezeki untuk perniagaan mereka mengalir Ujar Am...
6047 Perlu Tegas Bendung Iklan Tidak Bermoral Sinar Harian 25 11 2021

6047 Perlu Tegas Bendung Iklan Tidak Bermoral Sinar Harian 25 11 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 295 hits
SHAH ALAM Kerajaan perlu lebih tegas dalam melaksanakan undang undang supaya iklan tidak bermoral yang dilakukan peniaga di negara ini di mana mana platform media sosial dapat dibendung Ahli Jawatankuasa Pengiklanan Kementerian Perdagangan ...
23 November 2021 Analisis Teknikal Harian Bagi Pasangan Gbp Usd Dan Tahap Penting Yang Ketara

23 November 2021 Analisis Teknikal Harian Bagi Pasangan Gbp Usd Dan Tahap Penting Yang Ketara

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 276 hits
Pasangan mata wang GBPUSD telah bergerak ke sisi dengan sedikit kecenderungan menurun manakala penembusan penurunan harga di bawah 1 3600 diperlukan untuk meningkatkan lagi penurunan penurunan harga Sebaliknya tahap PENAWARAN terdekat terle...
6092 Mesej Antirasuah Bergema Di Selangor Sinar Harian 11 12 2021

6092 Mesej Antirasuah Bergema Di Selangor Sinar Harian 11 12 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 259 hits
HARI kedua Konvoi RasuahBusters terus menggegarkan Selangor apabila puluhan kenderaan yang menyertai jelajah memulakan perjalanan dari bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat Para peserta konvoi dilepas...
6093 Terap Amalan Derma Darah Dalam Pendidikan Sinar Harian 11 12 2021

6093 Terap Amalan Derma Darah Dalam Pendidikan Sinar Harian 11 12 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 207 hits
SHAH ALAM Proses pendidikan yang baik tentang kepentingan amalan menderma darah perlu diterapkan kepada masyarakat sejak awal lagi dalam usaha menggalakkan penglibatan lebih ramai masyarakat dalam aktiviti murni terbabit Ketua Aktivis Persa...
6 Disember 2021 Kajian Semula Teknikal Harian Pasangan Eur Usd Dan Peluang Dagangan

6 Disember 2021 Kajian Semula Teknikal Harian Pasangan Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 223 hits
Dalam tempoh beberapa minggu lepas pasangan mata wang EURUSD telah terperangkap dalam julat pengukuhan antara tahap harga 1 1700 dan 1 1900 Pada akhir bulan September Penutupan Semula di bawah paras harga 1 1700 telah memulakan satu lagi pe...
29 November 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Tahap Utama Pasangan Mata Wang Gbp Usd

29 November 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Tahap Utama Pasangan Mata Wang Gbp Usd

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 277 hits
Pasangan mata wang GBPUSD telah diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun manakala penembusan penurunan harga di bawah tahap 1 3600 diperlukan untuk meningkatkan lagi penurunan harga Sementara itu tahap BEKALAN paling hampir ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life