6047 Perlu Tegas Bendung Iklan Tidak Bermoral Sinar Harian 25 11 2021


 

SHAH ALAM - Kerajaan perlu lebih tegas dalam melaksanakan undang-undang supaya iklan tidak bermoral yang dilakukan peniaga di negara ini di mana-mana platform media sosial dapat dibendung.
Ahli Jawatankuasa Pengiklanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Nadzim Johan berkata, sikap tidak tegas pihak berkuasa menyebabkan orang ramai tidak takut untuk membuat iklan yang bertentangan dengan nilai murni rakyat Malaysia.
“Saya sendiri telah menyuarakan (isu iklan tidak bermoral) dalam pertemuan dengan KPDNHEP, tetapi setakat menyuarakan sajalah. Kelemahan paling besar adalah untuk melaksanakan peraturan atau undang-undang tersebut.
“Saya juga pernah bercakap dengan bekas Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Saifuddin Abdullah mengenai perkara ini. Namun, sudah bertukar menteri pun perkara ini tetap tidak dapat dibendung juga.
“Bagi saya, kita tidak serius untuk mengatasi perkara sebegini. Jika kita terus tidak serius, perkara ini akan menjadi lebih parah dan memberikan kesan besar kepada rakyat dan generasi akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan mengenai peniaga di media sosial yang mempamerkan visual dan promosi produk melampau termasuk berunsur lucah untuk menarik pembeli membeli produk mereka.
Beberapa akta sudah diwujudkan termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) melarang sebarang bentuk kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM5,000, dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Mengulas lanjut, Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melihat hukuman lebih berat perlu diwujudkan selain pelaksanaan lebih serius dalam kalangan pihak berkuasa di negara ini.
“Isu utama sekarang ini adalah kita tidak ada peraturan jelas sehingga menyebabkan orang pun tidak tahu kita ada akta yang boleh menghukum. Malah, jika kita lihat di laman sosial masih ramai yang berani mengiklankan produk mereka menggunakan bahasa atau visual tidak baik,” ujarnya.
Beliau turut menggesa SKMM bertindak lebih tegas dan mengatasi masalah kelemahan dalam pelaksanaan peraturan dan pelanggaran undang-undang berkaitan promosi produk dalam media sosial.


Artikel oleh: Sinar Harian
PERLU TEGAS BENDUNG IKLAN TIDAK BERMORAL

https://premium.sinarharian.com.my/article/154129/fokus/semasa/perlu-tegas-bendung-iklan-tidak-bermoral


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/11/6047-perlu-tegas-bendung-iklan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6052 Tingkat Produktiviti Kurangkan Import Sinar Harian 27 11 2021

6052 Tingkat Produktiviti Kurangkan Import Sinar Harian 27 11 2021

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 256 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa memperkasa penyelidikan dan pembangunan bidang pertanian bagi meningkatkan produktiviti makanan negara sekali gus mengawal isu kenaikan harga barang makanan dan keperluan harian Timbalan Presiden Gabungan Persatuan...
29 November 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Tahap Utama Pasangan Mata Wang Gbp Usd

29 November 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Tahap Utama Pasangan Mata Wang Gbp Usd

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 292 hits
Pasangan mata wang GBPUSD telah diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun manakala penembusan penurunan harga di bawah tahap 1 3600 diperlukan untuk meningkatkan lagi penurunan harga Sementara itu tahap BEKALAN paling hampir ...
6048 Mekanisme Seliaan Jamin Keberkesanan Kuota Bumiputera Berita Harian 25 11 2021

6048 Mekanisme Seliaan Jamin Keberkesanan Kuota Bumiputera Berita Harian 25 11 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 337 hits
Kuala Lumpur Peruntukan premis perniagaan milik Bumiputera di pusat beli belah seperti dihasratkan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dilaksanakan mengikut mekanisme tertentu supaya mampu merapatkan jurang eko...
23 November 2021 Analisis Teknikal Harian Bagi Pasangan Gbp Usd Dan Tahap Penting Yang Ketara

23 November 2021 Analisis Teknikal Harian Bagi Pasangan Gbp Usd Dan Tahap Penting Yang Ketara

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 292 hits
Pasangan mata wang GBPUSD telah bergerak ke sisi dengan sedikit kecenderungan menurun manakala penembusan penurunan harga di bawah 1 3600 diperlukan untuk meningkatkan lagi penurunan penurunan harga Sebaliknya tahap PENAWARAN terdekat terle...
Simulasi Harian Prn Melaka 13 Nov 2021 Ab Rauf Kalah Tipis Kepada Mas Ermieyati

Simulasi Harian Prn Melaka 13 Nov 2021 Ab Rauf Kalah Tipis Kepada Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 293 hits
SIMULASI HARIAN13 NOVEMBER 2021AB RAUH KALAH TIPIS KEPADA MAS ERMIEYATIDENGAN PERKIRAAN N02 TANJONG BIDARABN 3162 VS PN 3641 MAJORITI 479 SEKADAR SIMULASI SAHAJASEKIAN
Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 363 hits
Pasangan mata wang GBP CHF diniagakan dalam trend menaik dan ia berkemungkinan besar akan mengukuh dalam segi tiga Kami melihat potensi untuk pertumbuhan harga dari sokongan pertama kami yang terletak pada tahap 1 25191 selari dengan anjaka...
Khutbah Jumat Rabiul Akhir 2021 Kasih Sayang Tanpa Kedengkian

Khutbah Jumat Rabiul Akhir 2021 Kasih Sayang Tanpa Kedengkian

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 357 hits
Kita tengah berada di bulan Rabiul Akhir 1443 Hijriyah Banyak peristiwa terjadi di bulan ini Pandemi belum berakhir di beberapa daerah terjadi banjir yang semuanya membutuhkan kepedulian Di sisi lain ada hal yang miris Yakni gaduhnya akun a...
Hiburan Tersenarai 100 Top Young Ceo 2021 Lan Solo Tak Sangka Perniagaan Kedai Runcit Membuahkan Hasil

Hiburan Tersenarai 100 Top Young Ceo 2021 Lan Solo Tak Sangka Perniagaan Kedai Runcit Membuahkan Hasil

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 266 hits
Penyanyi yang kini aktif mengusahakan perniagaan kedai runcit bersama isteri Nur Sheila Hassim meluahkan rasa syukur apabila telah tersenarai dalam penerima anugerah 100 Top Young CEO 2021 baru baru ini Berita pencapaian tersebut turut diko...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Ruu Majlis Media Bela Nasib Media Tempatan Kata Pakar

Power Of Storytelling For Business

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Penerangan Jenis Gigi Palsu Dan Harganya

Kerang Goreng Kunyit Dengan Kentang Menu Kerang Sedap Selain Sambal

Dolar Mengikuti Trajektori Yang Biasa