6057 Penipu Online Semakin Kreatif Jerat Mangsa Kosmo 28 11 2021


 

DALAM dunia serba maju yang mana maklumat dapat diperoleh di hujung jari, ramai yang tidak mengambil peduli dan alpa dengan penipuan oleh segelintir pihak yang mengambil kesempatan kelemahan orang lain di dunia siber.
Kolum Wawancara minggu ini, Kosmo! Ahad membawakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang membicarakan tentang penipuan secara dalam talian yang semakin banyak menjerat mangsanya pada masa kini.
Menurutnya, penipuan ini bukan sahaja melibatkan orang-orang biasa, tetapi juga dalam kalangan wakil rakyat yang mana mereka menggunakan nada ‘simpati’ untuk menipu mendapatkan wang menggunakan helah ‘wang sumbangan’.
——————————————————————————————————
KES melibatkan penipuan pembelian dalam talian dilihat semakin menjadi-jadii sejak kebelakangan ini apabila saban hari ada sahaja individu dilaporkan menjadi mangsa. Polis Diraja Malaysia turut meramalkan lonjakan kes sebanyak dua kali ganda melibatkan penipuan dalam talian di negara ini sehingga hujung tahun ini berbanding tahun lalu.
Memetik kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, sejak Januari hingga Oktober lalu, kes penipuan yang dilaporkan telah mencecah 8,162 kes berbanding 5,846 pada tahun sebelumnya dan 3,512 kes pada 2019.
Lebih membimbangkan, jumlah kerugian melibatkan penipuan belian secara dalam talian juga dilihat meningkat secara konsisten. Perkara tersebut ternyata mendatangkan keresahan umum yang begitu khuatir bakal menjadi salah seorang daripada mangsa pada masa akan datang.
Bagi membincangkan lanjut isu tersebut, wartawan Kosmo! Ahad, KHAIRIYAH HANAFI menemu bual Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan baru-baru ini.
KOSMO! Ahad: Kini, kes penipuan melibatkan pengguna membuka lembaran baharu melibatkan penggunaan dunia maya atau online lebih-lebih lagi ketika negara berdepan pandemik Covid-19. Sejauh mana seriusnya penipuan jual beli secara online dalam pengetahuan PPIM setakat ini?
NADZIM: Situasi sekarang memang serius yang mana pelbagai penipuan dalam talian dilaporkan.
Lebih-lebih lagi kini ia boleh dilakukan hanya dengan menerusi telefon bimbit, memudahkan lagi mereka menipu mangsa.
Dalam zaman moden ini, penipuan juga lebih canggih menggunakan teknologi terkini mengikut perubahan semasa.
Jadi, yang menjadi mangsa penipuan sudah tentu sentiasa ada.
Dalam hal ini, mangsa mudah terpedaya kerana tidak menyangka wujudnya penipuan seperti ini.
Tambahan pula, mereka yang ‘terkena’ adalah dalam kalangan individu yang baik dan mungkin tidak pernah menyangka akan menjadi salah seorang mangsa penipuan.
Penipu ini biasanya mengkaji tabiat individu sambil mencari kelemahan yang ada.
Antara kelemahan individu yang pertama adalah seronok dan teruja untuk mendapatkan sesuatu.
Keduanya, timbul perasaan takut bilamana mereka diugut menerusi panggilan penipuan yang menjual nama pihak berkuasa seperti mahkamah, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lain-lain.
Bagi mengubah persepsi ini, semuanya terletak pada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu memainkan peranan melihat secara lebih serius mengapa situasi ini masih dan semakin berleluasa sampai sekarang.
Kelemahan SKMM dalam menguatkuasakan undang-undang seperti memastikan semua telefon bimbit didaftarkan yang nama individu itu sendiri menyebabkan isu menjadi semakin serius.
Selagi perkara ini tidak ditangani, selagi itulah mereka bebas menipu mangsa.
SEMAKIN banyak kes penipuan online dilaporkan disebabkan kealpaan masyarakat dalam memahami hak-hak mereka sebagai pengguna. Pada Mac lalu, pihak polis memaklumkan, kes penipuan online meningkat sebanyak 80 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Ini bermakna, kes ini semakin melonjak dalam tempoh pandemik ini. Bagi pihak PPIM sendiri, banyakkah menerima laporan penipuan online?
Laporan penipuan online memang banyak kami terima dan ada peningkatan kerana sewaktu pandemik, masyarakat hanya duduk di rumah.
Penipuan ini bukan sahaja melibatkan orang-orang biasa, tetapi juga dalam kalangan wakil rakyat yang mana mereka menggunakan nada ‘simpati’ untuk menipu mendapatkan wang menggunakan helah ‘wang sumbangan’.
Bukan itu sahaja, mereka berani menggunakan akaun atau identiti individu lain untuk menjalankan kerja-kerja tidak bermoral ini.
Ini menyebabkan individu terbabit ditangkap dan memiliki rekod jenayah walaupun tidak bersalah.
Perkara ini amat menyedihkan kerana ia merosakkan masa depan individu itu sendiri kerana seperti yang kita maklum, mereka yang mempunyai rekod jenayah amat sukar untuk hidup dalam komuniti seperti mendapat peluang pekerjaan dan sebagainya.
Justeru, adalah sangat pentimg untuk memupuk kesedaran kerana dikhuatiri ramai yang masih lagi tidak faham dan tidak sedar isu yang berlaku sekarang.
Berdasarkan laporan atau pemerhatian PPIM sendiri, apakah bentuk-bentuk penipuan online misalnya barang yang dibeli tidak wujud, barang dibeli tidak diterima dan sebagainya?
Banyak yang diadukan oleh masyarakat yang rata-ratanya datang daripada mereka yang susah.
Antaranya penipuan barangan import, love scam dan rata-ratanya melibatkan duit untuk menjadi kaya.
Amat menyedihkan apabila kebanyakan kes bukanlah dilakukan oleh individu itu sendiri.
Ini kerana, bagi sesetengah kes, akaun atau data mereka diambil dan digunakan untuk tujuan jenayah tanpa pengetahuan.
Bagaimanapun, disebabkan tiada bukti menunjukkan mereka tidak bersalah dan akaun tersebut adalah milik sendiri, mereka akhirnya ditangkap.
Sejauh mana kesedaran rakyat negara ini berkaitan hak mereka sebagai pengguna berbanding negara luar memandangkan saban hari kita membaca di akhbar dan media sosial, masih ramai yang senang ditipu oleh mereka yang mengambil kesempatan seperti scammer termasuk menerusi panggilan telefon?
Bagi saya, punca utama isu hari ini ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan individu.
Tambahan pula masyarakat hari ini kurang terfikir wujudnya kes-kes sebegini dalam dunia hari ini memandangkan mereka mungkin tidak pernah berpengalaman atau berhadapan dengan isu sebegini.
Golongan ini selalunya tidak pernah terfikir akan menjadi mangsa penipuan, terutamanya secara dalam talian.
Pada pandangan Datuk sebagai orang yang banyak pengalaman dalam membantu pengguna di negara ini, mengapa orang ramai begitu senang terpedaya dengan pelbagai taktik dan helah scammer biarpun pihak berwajib meminta mereka berhati-hati?
Mungkin kempen-kempen kesedaran yang dilakukan tidak cukup berkesan untuk menyedarkan masyarakat tentang penipuan dalam talian.
Ia perlu digandakan memandangkan setakat ini masih ramai yang tidak kisah akan isu penipuan secara dalam talian.
Pihak SKMM juga perlu memainkan peranan melihat secara lebih serius mengapa situasi ini semakin berleluasa hingga kini.
Bagaimana seseorang itu boleh menjadi pengguna yang bijak dalam dunia kehidupan masa kini yang semakin mencabar? Mungkin Datuk boleh berkongsi tip kepada pengguna untuk mengenal pasti sebarang penipuan online misalnya harga barang ditawarkan terlalu murah dan sebagainya?
Ini mungkin boleh dilakukan menerusi perkongsian pengalaman individu yang pernah ditipu kepada orang lain supaya ia dapat menimbulkan kesedaran.
Bagaimanapun, individu boleh membaca atau menghidu gerak-geri penipuan pembelian online yang mana mereka begitu terdesak atau inginkan transaksi dijalankan dengan segera.
Pengguna perlu bijak mengenal pasti peniaga yang diyakini menerusi platform online sebelum memuktamadkan sebarang pembelian.
Apa-apa pun, rujuklah kepada pihak berkuasa seperti polis sekiranya berasa berdepan dengan isu penipuan.
Apakah akta dan undang-undang sedia ada melindungi hak-hak pengguna termasuk yang berurusan secara e-dagang di alam siber?
Sebenarnya akta yang digunakan tidak relevan kerana kadangkala apabila sesetengah kes dibawa ke pihak polis seperti akaun digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan penipuan, mereka disuruh untuk membuat pengakuan yang akhirnya membuatkan mereka didenda atau lebih malang dimasukkan ke penjara.
Justeru, pelaksanaannya perlu diteliti semula.
JELAS Nadzim, kempen kesedaran perlu dipertingkatkan lagi bagi menyedarkan masyarakat tentang kes penipuan online.Adakah kes ah long masih mendominasi isu kepenggunaan memandangkan ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 seperti hilang kerja dan perniagaan jatuh merudum sebelum ini. Mungkin ada yang mengambil jalan mudah untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan berhutang dengan ah long?
Ya, kes melibatkan ah long masih lagi ada ketika pandemik dan kebanyakan mangsa adalah orang Melayu.
Ada beberapa kes yang mana mereka mahu membuat pinjaman, tetapi akhirnya mereka sendiri ditipu apabila wang yang diinginkan tidak diperoleh.
Mengambil contoh bagi ke ah long, individu yang ingin membuat pinjaman perlu menyerahkan kad mesin pengeluaran wang (ATM) dan akaun bank kepada mereka.
Malangnya apabila kesemua maklumat sudah diberi, duit yang ingin dipinjamkan tidak diterima dan data peribadi digunakan untuk tujuan lain.
Ada pihak mendakwa, terdapat dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu-isu kepenggunaan di negara ini mengambil tindakan sendiri dalam kes tertentu dengan membelakangi undang-undang. Bagaimana Datuk melihat perkembangan ini dan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut?
Masalah sebenarnya ramai rakyat yang sudah tidak berpuas hati dengan tindakan lembab kerajaan.
Apabila aduan dibuat tiada tindakan diambil dan ia membuatkan rakyat tertekan. Ditambah pula dengan keadaan yang berlaku pada hari ini.
Ini menimbulkan kemarahan individu yang menyebabkan mereka akhirnya pergi kepada NGO yang boleh buat sesuatu. Jadi itu penting.
Keyakinan rakyat kepada kerajaan amat berkurangan. Jadi kerajaan perlu buat lebih lagi.


Artikel oleh: Kosmo
PENIPU ONLINE SEMAKIN KREATIF JERAT MANGSA

https://www.kosmo.com.my/2021/11/28/penipu-online-semakin-kreatif-jerat-mangsa/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/11/6057-penipu-online-semakin-kreatif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6062 Cukup Berpolitik Kawal Kenaikan Harga Ayam Pn Online 02 12 2021

6062 Cukup Berpolitik Kawal Kenaikan Harga Ayam Pn Online 02 12 2021

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengambil tindakan kerajaan kerana kekurangan tindakan proaktif untuk mengekang kenaikan harga ayam Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata harga ayam mentah meningkat mendadak sejak Okto...
6039 6 Persatuan Industri Pengangkutan Desak Selesaikan Subsidi Bahan Api Kosmo 20 11 2021

6039 6 Persatuan Industri Pengangkutan Desak Selesaikan Subsidi Bahan Api Kosmo 20 11 2021

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 226 hits
SHAH ALAM Enam persatuan industri pengangkutan mendesak Kementerian Pengangkutan khususnya menyelesaikan masalah dihadapi mereka termasuk subsidi bahan bakar antara 25 hingga 30 peratus Mereka terdiri komuniti bas lori e hailing p hailing d...
Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 341 hits
Pasangan mata wang GBP CHF diniagakan dalam trend menaik dan ia berkemungkinan besar akan mengukuh dalam segi tiga Kami melihat potensi untuk pertumbuhan harga dari sokongan pertama kami yang terletak pada tahap 1 25191 selari dengan anjaka...
Dana Tahun 2021 Tren Transaksi Digital Semakin Meningkat

Dana Tahun 2021 Tren Transaksi Digital Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 232 hits
Merujuk pada data yang dihimpun e Conomy SEA 2021 ada 21 juta konsumen digital baru selama pandemi 2020 dan paruh pertama 2021
Potensi Lantunan Audchf 25hb Nov 2021

Potensi Lantunan Audchf 25hb Nov 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 281 hits
Harga kelihatan mengukuh dalam segi tiga Kami melihat potensi untuk lantunan daripada sokongan pertama kami pada 0 67155 sejajar dengan anjakan Fibonacci 127 2 dan anjakan Fibonacci 78 6 dan garis arah aliran menaik ke arah rintangan pertam...
6048 Mekanisme Seliaan Jamin Keberkesanan Kuota Bumiputera Berita Harian 25 11 2021

6048 Mekanisme Seliaan Jamin Keberkesanan Kuota Bumiputera Berita Harian 25 11 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 326 hits
Kuala Lumpur Peruntukan premis perniagaan milik Bumiputera di pusat beli belah seperti dihasratkan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dilaksanakan mengikut mekanisme tertentu supaya mampu merapatkan jurang eko...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 25 November 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 25 November 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 265 hits
Tinjauan Pasaran TeknikalPasangan mata wang EUR USD membuat ayunan rendah baharu 1 1186 iaitu 20 pip dari sokongan teknikal jangka panjang utama dari Jun 2020 Keadaan pasaran semasa pada carta masa H4 masih sangat oversold jadi lantunan ke ...
6043 Bantah Lanjutan Tarikh Luput Vaksin Kenyataan Akhbar Ppim 24 11 2021

6043 Bantah Lanjutan Tarikh Luput Vaksin Kenyataan Akhbar Ppim 24 11 2021

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 340 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia membantah sekeras kerasnya keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menambah jangka hayat vaksin Covid 19 yang bakal tamat tempoh tidak lama lagi Pengerusi PPIM Nadzim Johan berkata apakah kita yakin ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran