6031 Syarikat Ambil Pekerja Didakwa Dalang Sindiket Pemerdagangan Manusia Malaysia Gazette 10 11 2021


 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk mengkaji dan menyemak semula kelulusan syarikat-syarikat swasta berkaitan pekerja kilang yang didakwa menjadi dalang di sebalik sindiket membawa masuk pekerja asing di negara ini.
Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa sindiket-sindiket ini berselindung di sebalik syarikat tempatan yang mana pengarah atau pemegang syer adalah rakyat tempatan.
Mereka ini mengaut keuntungan berbillion ringgit dan menyebabkan negara kerugian dari segi kutipan hasil cukai, selain pengaliran keluar wang tunai dari negara tanpa pengetahuan kerajaan.
Menurutnya, sejak tahun 2015, terdapat syarikat swasta yang menguruskan pengambilan pekerja asing melalui satu sistem yang dibangunkan oleh syarikat tersebut dan disambungkan dengan sistem di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Syarikat ini bertindak seolah-olah membantu kerajaan dalam urusan pengambilan pekerja asing ke dalam negara tetapi turut mengutip hasil jutaan ringgit di negara sumber pekerja asing yang terlibat.
”Syarikat ini berurusan dengan sindiket di negara sumber untuk mengutip bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk satu pekerja bagi melayakkan mereka bekerja di Malaysia.
”Mereka dijanjikan dengan bayaran gaji yang lumayan di Malaysia dan sanggup menjual tanah, rumah, ternakan dan aset yang mereka miliki untuk membayar kos kepada sindiket.
”Kebanyakan mereka yang datang adalah dari golongan miskin dan hanya bekerja sebagai petani dan buruh biasa di negara asal mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Nadzim berkata, PPIM membawa isu ini kerana terdapat aduan daripada kedutaan yang mendorong PPIM untuk mengetengahkan isu ini supaya dapat ditangani segera.
Lagipun, kerakusan sindiket ini mengaut keuntungan menyebabkan pekerja dan majikan mengalami kerugian.
Ketua Pegawai Eksekutif Kemanusiaan Rakyat Malaysia, Siraj Jalil yang hadir dalam sidang media itu berkata, baru-baru ini Amerika Syarikat telah menyekat import sarung tangan getah dari negara kita disebabkan tuduhan kilang-kilang ini menggunakan buruh paksa.
Menurut beliau, kilang-kilang ini terpaksa mengambil pekerja dari sindiket bagi menampung kekurangan pekerja.
”Sindiket ini amat cekap mencari pekerja dari kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan membekalkan pekerja kepada syarikat-syarikat yang memerlukan.
Sindiket ini mengambil jalan mudah dengan membekalkan PATI disebabkan keadaan mereka yang terdesak akibat tidak mendapat pekerjaan dan gaji seperti yang dijanjikan.
Bagaimanapun, dakwanya pekerja ini ditindas dengan tidak dibayar gaji yang mencukupi, sebahagian gaji mereka diambil sindiket, tidak mendapat kemudahan kesihatan dan banyak lagi.
Menurut Laporan Pemerdagangan Orang 2021 (TIP – Human Trafficking) kedudukan Malaysia telah menurunkan dari Tahap 2 kepada Tahap 3 yang mana menurut Siraj, kedudukan tersebut adalah yang paling teruk dan adalah setara dengan negara lain seperti Burma, Rusia, Iran dan banyak lagi.
Laporan TIP setebal 644 muka surat mengenai Malaysia secara khusus menumpukan pada sektor pembuatan sarung tangan dan perladangan.
Lantaran itu, beliau menggesa pihak kerajaan supaya mengkaji dan menyemak semula isu kelulusan syarikat swasta berkaitan pekerja asing berikutan tuduhan dari negara sumber seperti Bangladesh, Indonesia dan Nepal.
Jelasnya, Malaysia perlu mengutamakan pekerja tempatan dan semua pihak perlu memainkan peranan dalam menjayakan usaha ini dalam masa yang sama dapat memulihkan ekonomi negara.
Sementara itu, seorang peguam, Nur Fazrin Ahmad berkata, kebanyakan kes di mahkamah yang melibatkan isu pendatang ini kebanyakkan pertuduhan hanya tertumpu kepada PATI itu tetapi pihak majikan dan sindiket terlibat terlepas.
Justeru beliau menyarankan supaya tindakan tegas turut diambil kepada pihak majikan serta sindiket yang menjadi dalang kepada masalah ini.
PPIM juga menyeru kepada semua pengguna supaya memainkan peranan yang penting dalam usaha bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.


Artikel oleh: Malaysia Gazette
SYARIKAT AMBIL PEKERJA DIDAKWA DALANG SINDIKET PEMERDAGANGAN MANUSIA

https://malaysiagazette.com/2021/11/10/syarikat-ambil-pekerja-didakwa-dalang-sindiket-pemerdagangan-manusia/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/11/6031-syarikat-ambil-pekerja-didakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6032 Mgnews Syarikat Ambil Pekerja Didakwa Dalang Sindiket Pemerdagangan Manusia Malaysia Gazette Tv 10 11 2021

6032 Mgnews Syarikat Ambil Pekerja Didakwa Dalang Sindiket Pemerdagangan Manusia Malaysia Gazette Tv 10 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 314 hits
Kerajaan digesa untuk mengkaji dan menyemak semula kelulusan syarikat syarikat swasta berkaitan pekerja kilang yang didakwa menjadi dalang di sebalik sindiket membawa masuk pekerja asing di negara ini Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Mala...
6029 Nama Malaysia Busuk Akibat Sindiket Pemerdagangan Manusia Kata Ppim Free Malaysia Today 10 11 2021

6029 Nama Malaysia Busuk Akibat Sindiket Pemerdagangan Manusia Kata Ppim Free Malaysia Today 10 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Isu pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui sindiket menjadi kudis sehingga merosakkan imej negara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan berkat...
6019 Pendedahan Sindiket Pemerdagangan Pekerja Asing Sidang Media Ppim 10 11 2021

6019 Pendedahan Sindiket Pemerdagangan Pekerja Asing Sidang Media Ppim 10 11 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 375 hits
Saya bekerja di Malaysia tapi caj nak masuk Malaysia tinggi sangat sampai kena bayar dekat agen RM 20 ribu Gaji sikit sangat dan kalau nak balik tempat sendiri nanti kena pukul Kenapa sampai macam ni Kalau sakit pun majikan tak akan ambil t...
6027 Syarikat Swasta Terlibat Sindiket Pengambilan Pekerja Asing Sumberkini 11 11 2021

6027 Syarikat Swasta Terlibat Sindiket Pengambilan Pekerja Asing Sumberkini 11 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 294 hits
PETALING JAYA Terdapat syarikat syarikat swasta di Malaysia menguruskan pengambilan pekerja asing melalui sistem yang dibangunkan mereka Menurut kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia pada 10 November sistem syarikat syarikat swasta it...
6030 Sindiket Pemerdagangan Manusia Jangan Nanti Bisul Menjadi Barah Ppim Wacana 10 11 2021

6030 Sindiket Pemerdagangan Manusia Jangan Nanti Bisul Menjadi Barah Ppim Wacana 10 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR 10 Nov Sindiket pemerdagangan manusia yang menjadikan warga asing sebagai buruh dengan kos yang murah semakin berleluasa di negara kita Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sindiket ini wujud kerana banyak pihak teruta...
6036 Pemerdagangan Pekerja Asing Kaca Tv 16 11 2021

6036 Pemerdagangan Pekerja Asing Kaca Tv 16 11 2021

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 321 hits
Pemerdaganggan Pekerja Asing isu yang di bangkitkan oleh persatuan PPIM amat merisaukan ia nya berlaku di Malaysia yang tidak ditangani dengan betul menyebabkan pandangan buruk oleh pihak global 10 November 2021 Kuala Lumpur Persatuan Pengg...
6025 Lelaki Bangladesh Ditipu Rakan Senegara Jadi Mangsa Sindiket Sinar Harian 10 11 2021

6025 Lelaki Bangladesh Ditipu Rakan Senegara Jadi Mangsa Sindiket Sinar Harian 10 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Hasrat seorang lelaki warga Bangladesh memulakan perniagaan di Malaysia tidak kesampaian selepas ditipu rakan senegara yang dipercayai ejen sindiket pemerdagangan manusia Mosharaf 37 berkata beliau terpaksa menjual kilang aiskr...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak