6015 Kkm Perlu Beralih Daripada Topik Ivermectin Harian Metro 04 11 2021


 

Kuala Lumpur: Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu lebih fokus terhadap penggunaan ubat antiviral yang sudah melalui kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berbanding Ivermectin.
Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun berkata, KKM perlu beralih daripada topik Ivermectin yang mana skop kajiannya hanya tertumpu pada sekelompok subjek sahaja (pesakit Covid-19 dan 50 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi).
"Terdapa ura-ura mengatakan bahawa ubat antiviral atau penawar Covid-19 ini sudah sampai ke peringkat akhir dan kemungkinan besar akan berada di pasaran.
"Oleh itu, adakah kita perlu 'move on' daripada topik Ivermectin ini.
"Pada pendapat saya adalah lebih baik kita memberi tumpuan kepada topik (ubat) yang lebih meyakinkan iaitu ubat di mana WHO sudah membuat kajian kepada 50 negara dengan populasi tertentu dengan jumlah subjek yang lebih besar untuk penggunaan ubat antiviral terbabit.
"Selain itu, hasil dapatan daripada kajian Ivermectin (I-TECH) ke atas subjek yang dikeluarkan KKM semalam, kita tidak boleh terus merumuskan Ivermectin langsung tak berkesan.
"Hasil daripada kajian itu sendiri tiada kesan signifikan penggunaan Ivermectin.
"Maknanya ada kes terkena ciri-birit tetapi jumlah yang mengalaminya tidak ramai dan daripada kajian itu juga melaporkan tiada kematian disebabkan penggunaan Ivermectin walaupun orang itu berusia 50 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi," katanya yang dihubungi Harian Metro, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung Ivermectin tidak disyor digunakan dalam garis panduan rawatan sedia ada Covid-19 sedangkan terdapat pihak mendesak KKM menggunakan ubat berkenaan.
Dr Hanafiah berkata, jika kerajaan masih lagi mahu fokus kepada Ivermectin disebabkan kos harga ubat ini adalah lebih murah, kerajaan boleh mengubah sasaran golongan kajian kepada yang lebih golongan muda, sihat dan tiada masalah kesihatan, oleh itu kemungkinan Ivermectin ini boleh digunakan untuk golongan terbabit.
"Ini tidak adil untuk menyatakan Ivermectin tidak boleh digunakan langsung untuk rakyat Malaysia hanya berdasarkan kajian ke atas mereka berusia 50 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi.
"Kita kena faham ubat Ivermectin adalah anti parasit di mana ia adalah ubat terkawal dan saya menasihatkan kepada sesiapa hendak mengambil ubat terbabit, sila ambil daripada golongan profesional seperti doktor dan ahli farmasi di mana mereka boleh mendapatkan cara betul pengambilan ubat, kesan sampingan dan komplikasi sekiranya mengambil ubat itu.
"Jangan beli di pasaran gelap, itu jika dibenarkan kelak (penjualan Ivermectin)," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang menyarankan agar Ivermectin digunakan sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik Covid-19, pihaknya menerima apa sahaja keputusan KKM.
"Kami ok sahaja jika Ivermectin tidak dibenarkan penggunaannya, sebab memang kami sudah menjangkakan keputusan KKM itu.
"Paling penting NGO sudah menjalankan tugas dan kami faham semua ada perancangan dan ikut skrip cerita masing-masing dan saya ucap tahniah.
"Sedangkan negara Indonesia, Thailand dan India boleh menerima Ivermectin.
"Kita boleh lihat berapa ramai yang meninggal disebabkan Covid-19 berbanding menggunakan Ivermectin," katanya.
Beliau turut menjangkakan selepas ini ubat Covid-19 juga akan wujud dan dijual pada harga mahal dan itu propaganda yang memang sudah dirancang.


Artikel oleh: Harian Metro
KKM PERLU BERALIH DARIPADA TOPIK IVERMECTIN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/773908/kkm-perlu-beralih-daripada-topik-ivermectin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/11/6015-kkm-perlu-beralih-daripada-topik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6023 Hidup Punah Terpedaya Janji Manis Sindiket Harian Metro 10 11 2021

6023 Hidup Punah Terpedaya Janji Manis Sindiket Harian Metro 10 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 139 hits
Kuala Lumpur Janji manis untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia tetapi realitinya dikurung dan dipaksa membayar RM20 000 untuk dibebaskan Itu detik hitam dilalui lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Mosharaf 37 yang menjadi mangsa k...
Hasil Kajian Terbukti Ivermectin Tak Kurangkan Risiko Penyakit Covid 19 Kkm

Hasil Kajian Terbukti Ivermectin Tak Kurangkan Risiko Penyakit Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 161 hits
Hasil dapatan Kajian Keberkesanan Rawatan Ivermectin Untuk Pesakit Covid 19 Berisiko Tinggi oleh Institut Penyelidikan Klinikal tidak mengesyorkan Ivermectin dimasukkan dalam garis panduan rawatan Covid 19 sedia ada Ketua Pengarah Kesihatan...
6025 Lelaki Bangladesh Ditipu Rakan Senegara Jadi Mangsa Sindiket Sinar Harian 10 11 2021

6025 Lelaki Bangladesh Ditipu Rakan Senegara Jadi Mangsa Sindiket Sinar Harian 10 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 133 hits
KUALA LUMPUR Hasrat seorang lelaki warga Bangladesh memulakan perniagaan di Malaysia tidak kesampaian selepas ditipu rakan senegara yang dipercayai ejen sindiket pemerdagangan manusia Mosharaf 37 berkata beliau terpaksa menjual kilang aiskr...
Response On Kkm Ivermectin Studies

Response On Kkm Ivermectin Studies

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 218 hits
Response On KKM Ivermectin Studies RESPONSE BY DR AMIR FARID ISAHAK ON THE KKM I TECH STUDY RESULTS I TECH only studied on hospitalized patients Patients do not get hospitalized unless their disease was already severe enough to require hosp...
4 November 2021 Kajian Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

4 November 2021 Kajian Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 229 hits
Baru baru ini Ketahanan di bawah zon harga yang digambarkan pada 1 1990 menunjukkan pergerakan menurun selanjutnya ke arah 1 1840 dan 1 1780 di mana julat pengukuhan mendatar telah ditubuhkan Pada minggu lepas pasangan mata wang EURUSD tela...
8 November 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

8 November 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 186 hits
Penurunan harga yang berterusan di bawah zon harga 1 2050 1 2000 telah membenarkan aliran menurun baru baru ini dibentuk Oleh yang demikian pasangan mata wang EURUSD telah menyatakan penurunan penurunan harga yang ketara manakala tahap harg...
6010 Event Flag Off Ppim Sinergi Prihatin Jelajah Infaq Rezeki Jelajah Pahang Ppim 28 10 2021

6010 Event Flag Off Ppim Sinergi Prihatin Jelajah Infaq Rezeki Jelajah Pahang Ppim 28 10 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 173 hits
Usah malu kibarkan bendera PANJI HITAM sebagai tanda sebuah penyatuan ummah Ayuh kita terus bersatu demi kedaulatan agama bangsa dan tanah air tercinta Jom saksikan Event Flag Off PPIM Sinergi Prihatin Jelajah Infaq Rezeki Jelajah Pahang ya...
Semakan Keputusan Temu Duga Fasa 1 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg41 Secara One Off Tahun 2021

Semakan Keputusan Temu Duga Fasa 1 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg41 Secara One Off Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 242 hits
Semakan Keputusan Temu Duga Fasa 1 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021 ini merujuk kepada yang telah dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021 yang lalu Individu yang berjaya dalam...
The Colours Of Life Iqa S Pasum2021 Pendaftaran Um Week Of Welcome Sesi 2021 2022

The Colours Of Life Iqa S Pasum2021 Pendaftaran Um Week Of Welcome Sesi 2021 2022

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 445 hits
The Colours of Life Iqa s PASUM2021 Pendaftaran UM Week of Welcome Sesi 2021 2022 So Sesi pendaftaran bermula jam 10 pagi di Dewan Perdana Siswa Kami keluar dari Bangi dalam jam 9 30 pagi dan tiba di POA dalam jam 10 pagi Iqa kena lalui ses...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord