Tahun 2010 Bila Kau Pakar It Dalam Kelas


Tahun 2010 adalah zaman di mana menjadi ‘Pakar IT’ dalam kelas membawa erti yang besar. Bukan hanya tahu cara guna komputer di makmal, tetapi menjadi orang yang rakan-rakan lain cari setiap kali ada masalah teknikal. Mari kita lihat beberapa alat dan perisian yang membuatkan kita terkenal sebagai ‘Pakar IT’ dalam kalangan rakan-rakan sekelas, serta kisah di sebaliknya.
ComboFix – “Magik untuk Virus Degil”
Pada tahun 2010, komputer riba dan komputer di makmal sering kali dijangkiti virus yang degil. Walaupun virus tersebut tidaklah seteruk ransomware yang ada sekarang, ia tetap menjadi masalah besar. Tapi ada satu alat yang buat kita rasa seperti ahli sihir teknologi: ComboFix. Setiap kali rakan sekelas mengadu laptop mereka lambat atau penuh dengan virus, kita hanya perlu jalankan ComboFix. Beberapa minit kemudian, laptop mereka kembali bersih seperti sediakala. Kembang lubang hidung kalau berjaya settlekan masalah rakan sekelas dengan alat ini!
Folder Software – “Pusat Simpanan Berharga”
Internet pada masa itu tidaklah sepantas sekarang. Bagi yang menggunakan broadband Maxis, itulah antara yang terbaik, tetapi masih terhad. Jadi, bila berjaya mendapatkan software yang bagus, perkara pertama yang dilakukan adalah menyimpannya dalam folder yang dinamakan ‘Software’. Folder ini ibarat harta karun yang penuh dengan perisian penting. Kawan-kawan sekelas akan minta dan kita cuma provide ja.
How to Dual Boot Ubuntu, Windows 7 – “Pengembaraan Linux Bermula”
Selepas puas mencuba pelbagai perkara dengan Windows 7, kita mula terjumpa sesuatu yang baru: Linux/Ubuntu. Dari situ, lahirlah minat untuk mencuba dual boot, memasang kedua-dua Windows dan Ubuntu dalam satu komputer. Masa-masa mencari tutorial di Google untuk dual boot memang mendebarkan sebab bila-bila je laptop tu boleh jadi pemberat kertas elektronik. Bila berjaya boot ke dalam Ubuntu buat pertama kali, rasa seolah-olah menemui dunia baru dan ada lebih banyak benda nak terokai.
CCleaner – “Simbol Kehebatan”
Zaman sekarang, CCleaner mungkin dianggap biasa sahaja, tetapi pada tahun 2010, kalau kita ada CCleaner dalam komputer, itu memang satu perkara yang dibanggakan. Menggunakan CCleaner bukan hanya untuk membersihkan fail tidak berguna, tetapi juga untuk menunjukkan kepada rakan sekelas bagaimana menjaga prestasi komputer. Bila rakan sekelas tengok kita jalankan CCleaner dan lihat komputer mereka menjadi lebih laju, mereka pasti terpegun. Rasa puas hati bila tahu kita berjaya membantu rakan sekelas meningkatkan prestasi komputer mereka.
WinRAR – “Legenda Arkib Fail”
WinRAR adalah satu lagi alat yang tak kurang hebatnya. Walaupun kita dah lama guna WinRAR, kebanyakan kita masih terus tekan butang ‘Close’ bila pop-up suruh beli lesen keluar. Lama-kelamaan, kita mula mengenali alternatif seperti 7-Zip, tapi pada masa itu, WinRAR lah raja arkib fail. Setiap kali perlu kompres atau ekstrak fail, kita secara automatik akan cari WinRAR. Ia adalah alat wajib ada dalam komputer ‘Pakar IT’ masa tu. Bila rakan sekelas tanya cara nak buka fail .rar, kita rasa bangga sebab kita ada jawapannya.
Pendrive – Alat Serbaguna
Dan akhirnya, pendrive. Pada tahun 2010, pendrive adalah alat serbaguna yang sangat penting. Bukan sahaja untuk simpan kerja sekolah atau lagu MP3, tetapi juga menjadi tempat simpanan software penting seperti ComboFix dan CCleaner. Namun, fungsi utama yang paling berharga ialah sebagai bootable Windows 7 installer. Dengan hanya satu atau dua pendrive yang sama, kita boleh bantu rakan-rakan sekelas memasang semula Windows atau memperbaiki komputer mereka yang bermasalah. Dengan kapasiti yang terhad, kita belajar untuk simpan hanya yang penting dan perlu. Pendrive dah jadi macam alat bantuan dekat tali pinggang Batman , sentiasa berada di dalam beg sekolah untuk sebarang kecemasan teknologi.
Itulah sedikit imbasan ke zaman 2010, di mana kita dianggap ‘Pakar IT’ di dalam kelas. Setiap alat, perisian, dan pengalaman ini bukan sahaja membantu kita, tetapi juga membentuk kita menjadi lebih mahir dalam teknologi. Walaupun masa telah berlalu, kenangan dan pengalaman ini kekal sebagai bukti betapa jauh kita telah melangkah dalam dunia IT!
-AtotheP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/tahun-2010-bila-kau-pakar-it-dalam-kelas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Maaf Pada Melayu Jika Umno Gagal Selama 60 Tahun Ini Johari

Mohon Maaf Pada Melayu Jika Umno Gagal Selama 60 Tahun Ini Johari

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 188 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 24 2024 6 13 PMPAU 2024 Umno perlu memohon maaf kepada orang Melayu sekiranya parti itu telah melakukan kesilapan semasa menerajui negara selama lebih 60 tahun kata naib presiden Umno Johari Abdul Ghani hari ...
Isteri Pasrah Guru Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelajar 18 Tahun

Isteri Pasrah Guru Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelajar 18 Tahun

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 280 hits
KOSMO SEORANG isteri mendakwa suaminya menjalin hubungan sulit dengan pelajarnya Foto InstagramJAKARTA Seorang isteri mendedahkan bahawa suaminya yang merupakan seorang guru telah menjalin hubungan sulit dengan pelajarnya sendiri yang berus...
Sarawak Juarai Sukma Xxi Selepas 30 Tahun

Sarawak Juarai Sukma Xxi Selepas 30 Tahun

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 114 hits
KUCHING 24 Ogos Kontinjen Sarawak mengulangi sejarah 30 tahun lalu apabila berjaya menjuarai SUKMA XXI Sarawak 2024 pada Sabtu
Saya Belajar Bahasa Inggeris 4 Tahun Berehat Selepas Kes Buli Kim Jisoo Umum Akan Kembali Berlakon

Saya Belajar Bahasa Inggeris 4 Tahun Berehat Selepas Kes Buli Kim Jisoo Umum Akan Kembali Berlakon

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 161 hits
Selepas 4 tahun berehat Kim Ji soo nampaknya akan kembali menemui penonton sebagai pelakon Artikel Berkaitan Baru baru ini Ji soo telah memuat naik video baru bertajuk Movie Vlog Documentary EP 01 The End of Tunnel yang dimuat naik di salur...
Panas Tempoh Bayaran Pinjaman Peribadi Dihadkan Kepada 10 Tahun

Panas Tempoh Bayaran Pinjaman Peribadi Dihadkan Kepada 10 Tahun

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 347 hits
Pada 5 Julai 2013 Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun dan tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan Alasan yang diberikan Bank Negara ada...
Mobim Tahun 2 Dan Tahun 3

Mobim Tahun 2 Dan Tahun 3

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 127 hits
Bahan MOBOM boleh Download pada pautan berikut TAHUN 2TAHUN 3Tahun 1 Cikgu Jumrah telah kongsikan sebelum ini boleh klik pautan berikut
Malu Beza Umur 14 Tahun Moon Sangmin Akui Janggal Jumpa Shin Hyunbeen Buat Kali Pertama

Malu Beza Umur 14 Tahun Moon Sangmin Akui Janggal Jumpa Shin Hyunbeen Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 111 hits
Tak lama lagi Moon Sang min dan Shin Hyun been akan menemui penonton dalam drama komedi romantik Cinderella at 2 AM Artikel Berkaitan Baru baru ini kedua pelakon itu telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Singles d...
Nampak Gembira Peminat Lepas Rindu Seo Yeji Buat Penampilan Umum Pertama Selepas 3 Tahun

Nampak Gembira Peminat Lepas Rindu Seo Yeji Buat Penampilan Umum Pertama Selepas 3 Tahun

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 129 hits
Akhirnya lepas juga rindu peminat pada Seo Ye ji Artikel Berkaitan Terbaru pada 23 Ogos Seo Ye ji telah menghadiri acara pelancaran gincu untuk jenama kecantikan NARS yang diadakan di Lotte Department Store Menarik perhatian ini merupakan p...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus