6 Sajian Bercendol Kaki Cendol Wajib Dicuba


Gambar Stok oleh taffpixture/Shutterstock Siapa di sini yang tak suka cendol? Mustahil ada kerana cendol merupakan salah satu pencuci mulut tempatan yang cukup digemari oleh semua orang, tanpa mengira umur, jantina, kaum dan agama.
Dengan peredaran masa, malangnya, makin ramai yang inginkan penyediaan cendol yang lebih unik, lebih ekstra. Dalam erti kata lain, lebih cantik untuk dimuat naik di laman sosial Instagram masing-masing.
Oleh itu, pencuci mulut tradisional ini telah mengalami satu evolusi iaitu daripada hanya semangkuk ais kisar yang membukit dan dikelilingi kuah santan, kacang merah, pulut, dan jeli tepung beras menjadi pelbagai makanan kreatif dan inovatif yang bukan sekadar sedap di makan malah cantik dipandang jua.
 
Dari Mata Turun Ke Perut Tak percaya cakap saya? Cuba anda lihat kedai-kedai makanan yang popular sekarang. Satu faktor persamaan yang ada pada kesemua kedai-kedai tersebut adalah menjadikan makanan mereka cukup menarik atau dipersembahkan secara unik sehingga mampu membuatkan anda mengunjungi kedai mereka untuk mencuba produk tersebut.
Mana-mana makanan akan melalui proses evolusi ini tetapi apakah bentuk-bentuk baru yang dipersembahkan? Untuk tahu dengan lebih lanjut, bacalah senarai di bawah!
 
1. Kek Gambar Stok oleh goh seok thuan/Shutterstock Kek merupakan cara persembahan pilihan bagi kebanyakan manisan khususnya untuk manisan atau pencuci mulut tradisional. Tak begitu pelik kerana kek sememangnya sudah manis.
Penyediaan kek menggunakan cendol semestinya lebih moden dan cantik berbanding yang dihidangkan dalam mangkuk besi tetapi, anda masih akan pilih cendol dalam mangkuk berbanding kek nasi lemak yang dihias indah.
Kek Cendol Wajib Cuba: Ground Eatery Puchong
 
2. Agar-Agar Kredit: Deskgram Agar-agar merupakan pencuci mulut yang paling cepat dan mudah untuk disediakan tetapi untuk menyediakan agar-agar berperisa unik seperti cendol, anda perlu menguasai teknik yang betul untuk memastikan agar-agar ini menjadi.
Agar-agar cendol mempunyai tekstur yang unik dan membuatkan anda lebih mudah untuk menikmati gabungan rasa kesemua bahan yang digunakan. Walaupun begitu, ini tidak bermakna anda tidak boleh cuba menyediakannya di rumah.
Gunakan resipi ini sebagai panduan dan saya jamin, anda mahu membuatnya berkali-kali selepas ini.
 
Bahan-Bahan:
Bahan A 10g serbuk agar-agar 150g cendol 4 cawan air 1 cawan gula 1 kotak santan 1 sudu teh garam  
Bahan B 10g serbuk agar-agar 5 cawan air 200g gula melaka, dihiris kecil 3 helai daun pandan Cara-Cara: Bahan A Didihkan 4 cawan air. Masak agar-agar. Kemudian, masukkan 1 cawan gula, masak hingga agar-agar dan gula menjadi larut (mendidih)  Sudah mendidih, masukkan cendol yg sudah ditapis airnya. Tunggu mendidih baru tutup api. Masukkan santan kotak, kacau rata, masukkan garam, kacau rata sehingga semua sebati. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan. Selepas agar-agar sudah keras,Corakkan permukaan atas agar-agar menggunakan garfu. Bahan B Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk. Masak atas api kecil sehingga daun pandan keluarkan bau dan aroma. Selepas mendidih, tapis dan tuang ke dalam bekas puding cendol tadi. sejukkan pada suhu bilik selama 30 minit. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk.  
 
3. Aiskrim Kredit: femalemag.com.my Cendol sebagai aiskrim? Dengan melihat sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap aiskrim berperisa cendol yang dipopularkan oleh restoran segera paling terkenal di Malaysia, rasanya aiskrim berperisa cendol merupakan satu idea yang bernas! Malangnya, anda tidak dapat lagi mencuba aiskrim tersebut kerana restoran tersebut sudah tidak lagi menjualnya.
Nak tahu aiskrim cendol yang paling sedap? Semestinya aiskrim yang anda buat sendiri di rumah. Cubalah resepi aiskrim cendol di bawah ini dan boleh nikmati pada bila-bila masa sahaja.
 
Bahan-Bahan:
2 cawan santan 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan gula aising 3 sudu besar susu tepung 1/2 cawan air 3 sudu besar tepung ubi 1/2 cawan cendol 180g gula melaka, dipotong kecil 2 helai daun pandan, disimpul  
Cara-Cara:
Panaskan santan dalam periuk kecil yang diletakkan atas api sederhana. Kacau santan hingga mendidih. Setelah mendidih, sejukkan santan. Dalam periuk lain, satukan tepung ubi dan 1/2 cawan air. Masak atas api sederhana sehingga menjadi kanji. Biarkan sejuk. Pukul susu cair dan gula aising hingga gula larut. Masukkan santan dan kanji berselang seli. Terus pukul adunan hingga sebati. Tambahkan susu tepung dan terus pukul hingga rata. Simpan dalam peti ais hingga separuh beku, kira-kira 3 hingga 4 jam. Keluarkan adunan dan pukul semula hingga lembut. Kacau rata dan simpan semula ke dalam peti ais hingga beku. Dalam kuali leper, masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga menjadi cecair pekat. Biarkan sejuk. Setelah adunan aiskrim sudah mengeras, cedok sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk kecil dan tuangkan sedikit sirap gula melaka serta letakkan sedikit cendol.  
4. Smoothie Kredit; CoolBlog Kadang kala, mood untuk makan cendol hilang apabila memikirkan tentang betapa renyahnya untuk bungkus cendol dan hirup. Saya tak tahu tentang anda tapi saya lebih suka duduk dan makan kerana cendol rasa tak sedap kalau dah tak sejuk.
Namun begitu, zaman sudah berubah. Tak perlu rasa runsing kalau teringin makan cendol semasa sibuk. Cool Blog, jenama minuman smoothie tempatan telah mengeluarkan dua smoothie cendol iaitu yang asli dan durian. Memang sedap dan rasa sama seperti cendol yang dibeli di gerai-gerai.
 
5. Penkek Kredit: Pinkypiggu Dalam banyak-banyak idea kreatif yang rakyat Malaysia ada untuk menginovasikan lagi hidangan klasik cendol, inilah yang paling pelik sekali.
Anda mungkin rasa susah untuk bayangkan cara untuk menyediakan penkek perisa cendol ini tetapi sebenarnya, mudah sahaja! Tak percaya? Cubalah resepi penkek cendol di bawah ini.
Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum 2 sudu besar serbuk penaik 2 cawan susu 3 sudu besar madu 2 biji telur 1 sudu teh perisa pandan  
Sos Gula Melaka 300g gula melaka 2 cawan air 1 sudu teh garam  
Hiasan Atas 1 cedok aiskrim kelapa 2 sudu besar jagung manis 1 sudu besar kacang merah  
Cara-Cara
Di dalam mangkuk, gaul tepung gandum, serbuk penaik, susu, gula, telur dan perisa pandan. Dengan menggunakan api kecil, panaskan sesenduk adunan di atas kuali. Apabila adunan mula menggelembung, terbalikkan dan masak beberapa minit. Di dalam periuk lain, didihkan air, gula melaka dan garam hingga pekat. Hidangkan pankek dengan ais krim kelapa, jagung manis, kacang merah dan sos gula melaka.  
 Klasik Kredit: Letsgoholiday Untuk item terakhir dalam senarai makanan cendol ini, tak sahlah kalau saya tak senaraikan cendol klasik yang digemari setiap rakyat Malaysia merentasi generasi.
Ada sesuatu yang cukup menyelesakan tentang cendol yang dihidang ringkas dalam mangkuk kecil. Memang terasa puas! Walaupun terdapat pelbagai sajian cendol yang lebih moden dan lebih cantik, tetapi semangkuk kecil cendol dari Cendol Asli Pak Haji tetap menjadi pilihan hati.
 
Nak Lagi Sajian Cendol? Setakat itu sahaja coretan cendol saya kali ini. Kalau anda tahu cara lain untuk kita inovasikan lagi hidangan klasik ini, jangan malu-malu atau segan untuk berkongsi bersama Butterkicap! Mana tahu kami akan masukkan dalam senarai kami lain kali.
 
 
The post 6 Sajian Bercendol Kaki Cendol Wajib Dicuba appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/food-journeys/7-sajian-kaki-cendol-wajib-dicuba

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung Mak Ayah Wajib Tahu

Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung Mak Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 710 hits
Ubat masuk punggung biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak kanak Biasa la kanak kanak tak suka makan ubat Masukkan je ubat ni dekat punggung dia habis cerita Tapi apa yang kita tak tahu ubat ni ada risiko sebenarnya UBAT MASUK PUNGGUNG ...
Gosok Gigi Sebelum Mandi Wajib

Gosok Gigi Sebelum Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 306 hits
Soalan Adakah sah mandi wajib jika gosok gigi terlebih dahulu Terima kasih ustaz Jawapan Mandi merupakan salah satu cara untuk mengangkat hadas dan membersihkan diri Ini berdasarkan kepada firman Allah di dalam Al Quran Sesungguhnya Allah m...
Ini Yang Wajib Dilakukan Jika Was Was Tentang Puasa

Ini Yang Wajib Dilakukan Jika Was Was Tentang Puasa

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 319 hits
Ini Yang Wajib Dilakukan Jika Was Was Tentang Puasa Was was tentang puasa seringkali juga bermain di fikiran Sah atau tak puasa yang dilakukan hari ini disebabkan oleh beberapa perkara yang kita buat tapi bukanlah perkara yang membatalkan p...
Sama Ada Ikhlas Atau Tidak Tutup Aurat Itu Tetap Wajib

Sama Ada Ikhlas Atau Tidak Tutup Aurat Itu Tetap Wajib

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 342 hits
Baru baru ini pelakon cantik Rozita Che Wan berkongsikan pengalaman di awal dia berhijab Che Ta memberitahu suaminya Zain Saidin tidak pernah memaksanya untuk bertudung tetapi keputusan untuk berhijab adalah atas kerelaan hatinya sendiri Za...
7 Jenis Teknologi Biometrik Yang Wajib Kamu Ketahui

7 Jenis Teknologi Biometrik Yang Wajib Kamu Ketahui

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 498 hits
Pada dasarnya sistem biometrik merupakan sebuah teknologi pemindai yang berfungsi untuk mengenal serta mengidentifikasi karakteristik fisiologis pada manusia yang sering digunakan sebagai alat pengaman Ada beberapa jenis teknologi biometric...
Anak Gerenti Suka 6 Jenis Sarapan Ini Mak Mak Wajib Buat Di Hujung Minggu

Anak Gerenti Suka 6 Jenis Sarapan Ini Mak Mak Wajib Buat Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 327 hits
Mak mak selalu pening kepala fikir apa makanan yang anak suka bawak bekal ke sekolah betul tak Jangan give up ini ada enam menu yang admin share untuk mak mak semua Mudah je nak buat dan anak gerenti suka sebab sedap dan tak pedas Cuba dulu...
Bocoran Jadwal Tidur Minum Asi Dan Ganti Popok Untuk Bayi Berusia 1 4 Minggu Calon Ibu Wajib Tahu

Bocoran Jadwal Tidur Minum Asi Dan Ganti Popok Untuk Bayi Berusia 1 4 Minggu Calon Ibu Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 352 hits
Jangan bingung apalagi panik baca dulu sontekan jadwal tidur pup dan mimik ASI bayi di masa awal hidupnya ini Meski lelah jangan lupa bahagia ya Mama
7 Destinasi Wisata Wajib Kunjung Di Myanmar Murah Dan Cocok Buat Backpackeran

7 Destinasi Wisata Wajib Kunjung Di Myanmar Murah Dan Cocok Buat Backpackeran

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 237 hits
Kalau bosen ke Malaysia atau Singapura mending yuk agendakan liburan ke Myanmar Eksotis banget lho
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa