6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar


6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar | 6 Lokasi Rumah Inap di Negeri Selangor yang disyorkan sebagai destinasi percutian untuk merasai pengalaman cara hidup luar bandar yang cukup dekat bagi warga Kuala Lumpur sekiranya aktiviti percutian dibenarkan semula. 6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

Pengalaman yang merangkumi aktiviti bermalam di sesebuah rumah inap sebagai tetamu dan tinggal bersama keluarga angkat tempatan. Tuan rumah akan meraikan kedatangan pelancong dan menyediakan aktiviti-aktiviti kampung yang menarik. Rumah inap merupakan satu aktiviti pelancongan terbaik bagi memahami budaya, suasana kampung, kesenian dan cara hidup sesebuah masyarakat tersebut. Oleh itu, senarai berikut merupakan saranan dari pihak Tourism Selangor yang mengetengahkan 6 rumah inap yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) di Negeri Selangor:
6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

1) Rumah Inap Banghuris, Sepang
Ramai tidak tahu tentang rumah inap Banghuris yang terkenal oleh pengunjung luar negara kerana kawasannya yang cantik dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di sana. Rumah inap Banghuris yang terletak di Daerah Sepang ini mempunyai 80 buah rumah penginapan serta 100 buah bilik penginapan kesemuanya malah pernah mendapat pengiktirafan di Malaysia Tourism Award pada tahun 2004 dalam kategori 'Best Homestay in Malaysia' oleh Tourism Malaysia. Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti permainan gasing, menyumpit, membuat dan bermain wau, menu masakan rebung, lawatan ke kilang kerepek dan snek tradisional (cakar ayam), lawatan ke ladang buah naga, kopi, kelapa sawit, ladang getah, demonstrasi menoreh getah dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM70 hingga RM300 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari lcct.com.my atau hubungi (+6019-3919547)
6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

2) Rumah Inap Sungai Haji Durani, Sabak Bernam
Rumah inap Sungai Haji Durani merupakan tempat yang sangat sesuai untuk membawa keluarga anda bercuti dalam suasana kampung yang dikelilingi dengan sawah padi yang cantik. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan sepanjang anda berada di rumah inap ini antaranya adalah aktiviti permainan congkak, tarik upih pinang, bergelumang dalam lumpur, mewarna batik, melerai padi daripada tangkai, memancing dan menangkap ikan menggunakan tangan dalam sawah, bermandi manda di sungai, lawatan ke bengkel kuih tradisional dan kilang nata de coco dan banyak lagi. Dengan dikelilingi oleh lapangan sawah padi yang hijau, ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk bergambar sebagai kenangan keluarga. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM65-RM300 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari doranihomestay.com atau hubungi (+60136077025)
6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

3) Rumah Inap Kampung Sungai Sireh, Kuala Selangor
Rumah inap yang dikelilingi hutan yang hijau ini amat tenang dan damai untuk dikunjungi ditambah pula dengan lapangan tanaman sawah padi. Jika menginap di sini, anda akan disambut dengan mesra oleh tuan rumah dan masyarakat setempat malah anda akan dibawa untuk melakukan aktiviti kampung yang terdapat di sini. Antaranya ialah aktiviti mewarna batik, menaiki traktor ke sekitar kawasan kampung, serta belajar tentang penanaman padi tradisional, cara penebangan kayu dan tanaman herba. Bukan itu sahaja, terdapat juga aktiviti menangkap ikan keli di dalam lumpur menggunakan tangan, berkayak, memancing di sungai-sungai kecil, terusan dan laut, jungle trekking dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM60-RM200 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari agrotourismhomestaysgsireh.blogspot.com atau hubungi (+6019-346 7372)
6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

4) Rumah Inap Papitusulem, Sabak Bernam
Rumah inap Papitusulem terletak di Sekinchan yang mana tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Suasana kampung ini sangat cantik kerana dikelilingi lapangan sawah padi yang hijau. Rumah inap Papitusulem ini membolehkan anda merasai kehidupan kampung dengan tinggal bersama keluarga angkat yang bekerja sebagai petani dengan dihidangkan dengan menu makanan kampung yang lazat. Seterusnya, anda akan dibawa ke kawasan pertanian sawah padi, melawat kebun sayur-sayuran, tempat pemprosesan santan kelapa dan lain-lain lagi. Anda juga akan dipersembahkan dengan tarian kebudayaan kompang, seni silat, kuda kepang dan cempuling.
Bukan itu sahaja, terdapat juga tempat rekreasi di mana anda boleh berkayak, menaiki bot serta memancing di laut. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM20-RM120 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari papitusulemhomestay.yolasite.com atau hubungi (+60172712260)
6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

5) Rumah Inap Anjung Damai Kampung Sungai Lang Tengah, Kuala Langat
Terletak di Kuala Langat, rumah inap Anjung Damai ini merupakan destinasi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara kerana suasananya yang nyaman dan aktiviti kampung yang ditawarkan cukup menyeronokkan. Rumah inap ini dilengkapi dengan fasiliti seperti penghawa dingin, tempat letak kenderaan yang luas, bilik air moden yang cantik malah lokasi yang berhampiran dengan pasar raya dan restoran. Pengalaman yang bakal diperoleh dalam melakukan aktiviti di sini adalah seperti menunggang ATV, lawatan ke ladang ternakan lembu, kambing dan biri-biri sambil memberi makan kepada haiwan tersebut, menyusuri hutan paya bakau, dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM60-RM250 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari @anjungdamaihomestay/facebook atau hubungi (+6013-233 3768)
6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

6) Rumah Inap Bougainvillea Kampung Sungai Kertas, Gombak
Rumah inap Bougainvillea ini terletak di Gombak di mana tempat ini menawarkan kehidupan yang berbeza dari kawasan bandar. Menginap di sini sangat menarik kerana banyak aktiviti yang disedikan kepada pengunjung. Penduduk Kampung Sungai Kertas sentiasa mengamalkan aktiviti bergotong-royong dengan masyarakat setempat malah warisan tradisi sentiasa diraikan. Aktiviti yang ditawarkan di dalam pakej mereka adalah seperti pakej perkahwinan Melayu dengan menampilkan persembahan kebudayaan, ruang tempat pengantin, pakaian perkahwinan pengantin Melayu dan lain-lain lagi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk belajar memasak menu masakan tradisi seperti sambal tempe serta makanan masyarakat Mandailing iaitu Nasi Upa-Upa. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM98 hingga RM380 seorang.


Untuk maklumat lanjut, layari sungaikertas.blogspot.com atau hubungi (+60163920439)


Kesimpulannya, terdapat banyak rumah inap menarik yang dapat dikunjungi oleh pengunjung di Negeri Selangor dengan menawarkan pelbagai jenis aktiviti menarik. Walaupun sekarang mungkin bukan masa yang terbaik untuk bercuti di kawasan yang melibatkan ramai orang dan beramah mesra bersama masyarakat di rumah inap, tetapi pengunjung boleh mempertimbangkan percutian ke rumah inap pada masa yang sesuai kelak. Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain dan mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan.sepanjang percutian anda bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 daripada terus merebak.


Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Gambar : sumber Tourism Selangor dan Google


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/12/6-rumah-inap-di-selangor-bagi-merasai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alami Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar Di 6 Rumah Inap Menarik Di Negeri Selangor

Alami Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar Di 6 Rumah Inap Menarik Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 137 hits
Bercuti bersama keluarga di rumah inap di Negeri Selangor merupakan pilihan yang terbaik untuk dilakukan apabila aktiviti percutian dibenarkan semula Pengalaman in imerangkumi aktiviti bermalam di sesebuah rumah inap sebagai tetamu dan ting...
Banjir Luar Biasa Di Pusat Bandar Kuala Terengganu

Banjir Luar Biasa Di Pusat Bandar Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 128 hits
BERITA SEMASA 3 DISEMBER 2020 Taburan hujan lebat di samping fenomena air pasang besar menyebabkan kawasan pusat bandar Kuala Terengganu dinaiki air serta mengakibatkan kerugian kepada peniaga ikuti laporan wartawan Sinar Harian Norhaspida ...
Cara Tanam Daun Pegaga Sendiri Di Rumah Boleh Buat Air Rebusan Berkhasiat

Cara Tanam Daun Pegaga Sendiri Di Rumah Boleh Buat Air Rebusan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 128 hits
Daun pegaga memang banyak khasiatnya untuk kesihatan dan juga untuk penjagaan kecantikan wanita Tak rugi jika anda tanam sendiri daun ini di rumah Bila bila masa sahaja anda boleh menikmatinya Salah satunya adalah dengan menyediakan air reb...
Kenapa Nak Beli Luar Jom Masak 3 Resepi Ringkas Ini Di Rumah

Kenapa Nak Beli Luar Jom Masak 3 Resepi Ringkas Ini Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 139 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan bulan mac haritu masing masing tunjuk bakat memasak di dapur Banyak betul menu viral yang dicipta sehinggakan wujudnya page Masak apa tak jadi harini Masih ingatkah lagi Yang mana masih dalam Perintah Kawal...
Senyaman Nyamannya Rumah Mertua Masih Enakan Di Kontrakan Berdua Meski Hidup Seadanya Setuju

Senyaman Nyamannya Rumah Mertua Masih Enakan Di Kontrakan Berdua Meski Hidup Seadanya Setuju

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 70 hits
Banyak yang mengatakan seenak enaknya rumah mertua masih enakan di kontrakan berdua meski hidup serba seadanya atau bahkan masih banyak sekali kekurangan Mengapa karena saat kita sudah hidup berdua terbiasa apa apa berdua mengatur segalanya...
Cat Dinding Luar Rumah Warna Tona Bumi Dari Dulux Weathershield Menjadi Pilihan Hati

Cat Dinding Luar Rumah Warna Tona Bumi Dari Dulux Weathershield Menjadi Pilihan Hati

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 104 hits
assalamualaikum salam sejahtera bersambung lagi la berkongsi cerita tentang rumah kecil saya di pinggir bandar Melaka part 2 sedikit demi sedikit saya ubah demi utk merasa puas hati dan selesa berada di dalamnya impian kecil yang hanya mamp...
Cara Cara Untuk Buat Wet Food Di Rumah Khas Untuk Si Pencinta Kucing

Cara Cara Untuk Buat Wet Food Di Rumah Khas Untuk Si Pencinta Kucing

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 174 hits
Korang perasan tak kebanyakan kucing kucing yang famous dan popular di media sosial mesti gemuk dan gebu semacam Sampai korang tertanya tanya apalah yang tuan dia bagi sampai jadi besar macam tu betul tak Kalau sebelum ini korang selalu bel...
Pengangkutan Awam Luar Bandar Pun Perlukan Peruntukan Kerajaan

Pengangkutan Awam Luar Bandar Pun Perlukan Peruntukan Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 60 hits
Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh menggesa kerajaan supaya memperuntukkan dana untuk pengangkutan awam di luar bandar di seluruh negara Beliau berkata pertambahan peruntukan besar untuk pengangkutan awam bandar dari RM13 juta kepad...
Cara Buat Side Income Untuk Suri Rumah

Cara Buat Side Income Untuk Suri Rumah

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 116 hits
Bagaimana Untuk Kita Boleh Menjana Income RM12000 Sebulan Atau Lebih Dengan Jadi Penjual Ebook Je Wah sangat menarik Di kala mana seluruh dunia terkesan akibat pandemic Covid 19 ini termasuk kita di Malaysia ini Tak dapat dinafikan ramai di...
Jiran Skandal Shuk Hotfm Buka Mulut Dan Beritahu Isteri Shuk Rossa Apa Jiran Itu Nampak Malam Rossa Datang Cari Suami

Saya Tak Pernah Ambil Tahu Gaji Suami Dia Uruskan Segalanya Bila Suami Sakit Rasa Dunia Gelap

Bapa Sibuk Main Handphone Tak Sedar Anaknya Lemas Selepas Terjatuh Di Sungai

Video Akui Sudah Putus Skandal Dengan Shuk Hotfm Fara Salleh Terpaksa Pula Buat Laporan Polis

Kerajaan Umum Beri Bantuan Khas Esok Ada Yang Dapat Rm300 Dan Ada Rm600

Abg Ada 100 Ringgit Tak Pinjam Dulu

16 Bekas Ahli Umno Cabar Keputusan Ros

Bpr Hasil Gov My



Kenapa Microsoft Cuba Wujudkan Data Center Dalam Laut

Sindiket Rogol Bersiri Paling Buruk Dalam Sejarah Negara India

Biodata Zoey Rahman Pelakon Drama Mat Rukun Kekasih Siti Nordiana

Ini Lif Paling Laju Di Dunia Ciptaan Jepun

5 Aplikasi Dan Syarikat Gergasi Yang Sebenarnya Diasaskan Oleh Russia


Muhyiddin Bertanggungjawab Hingga Akhirat Rakyat Tak Halal Gaji

Percubaan Seludup 61 Tan Ayam Sejuk Beku Dari Thailand Gagal

Mat Hasan Minta Kerajaan Atasi Kenaikan Harga Makanan

Tahniah Buat Mangsanya Pernah Pukul Bekas Kekasih Kematian Rapper Iron Diiringi Kata Nista Netizen

Mco 2 0 May End Soon

Allow Night Markets To Open Says Lembah Pantai Mp