Alami Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar Di 6 Rumah Inap Menarik Di Negeri Selangor


Bercuti bersama keluarga di rumah inap di Negeri Selangor merupakan pilihan yang terbaik untuk dilakukan apabila aktiviti percutian dibenarkan semula. Pengalaman in imerangkumi aktiviti bermalam di sesebuah rumah inap sebagai tetamu dan tinggal bersama keluarga angkat tempatan. Tuan rumah akan meraikan kedatangan pelancong dan menyediakan aktiviti-aktiviti kampung yang menarik. Rumah inap merupakan satu aktiviti pelancongan terbaik bagi memahami budaya, suasana kampung, kesenian dan cara hidup sesebuah masyarakat tersebut. Oleh itu, senarai berikut merupakan saranan dari pihak Tourism Selangor yang mengetengahkan 6 rumah inap yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) di Negeri Selangor:
 


1) RUMAH INAP BANGHURIS, SEPANG

Ramai tidak tahu tentang rumah inap Banghuris yang terkenal oleh pengunjung luar negara kerana kawasannya yang cantik dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di sana. Rumah inap Banghuris yang terletak di Daerah Sepang ini mempunyai 80 buah rumah penginapan serta 100 buah bilik penginapan kesemuanya malah pernah mendapat pengiktirafan di Malaysia Tourism Award pada tahun 2004 dalam kategori 'Best Homestay in Malaysia' oleh Tourism Malaysia. Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti permainan gasing, menyumpit, membuat dan bermain wau, menu masakan rebung, lawatan ke kilang kerepek dan snek tradisional (cakar ayam), lawatan ke ladang buah naga, kopi, kelapa sawit, ladang getah, demonstrasi menoreh getah dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM70 hingga RM300 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari lcct.com.my atau hubungi (+6019-3919547)

 

2) RUMAH INAP SUNGAI HAJI DURANI, SABAK BERNAM

Rumah inap Sungai Haji Durani merupakan tempat yang sangat sesuai  untuk membawa keluarga anda bercuti dalam suasana kampung yang dikelilingi dengan sawah padi yang cantik. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan sepanjang anda berada dirumah inap ini antaranya adalah aktiviti permainan congkak, tarik upih pinang, bergelumang dalam lumpur, mewarna batik, melerai padi daripada tangkai, memancing dan menangkap ikan menggunakan tangan dalam sawah, bermandi manda di sungai, lawatan ke bengkel kuih tradisional dan kilang nata de coco dan banyak lagi. Dengan dikelilingi oleh lapangan sawah padi yang hijau, ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk bergambar sebagai kenangan keluarga. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyakRM65-RM300 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari doranihomestay.com atau hubungi (+60136077025)

 

3) RUMAH INAP KAMPUNG SUNGAI SIREH, KUALA SELANGOR

Rumah inap yang dikelilingi hutan yang hijau ini amat tenang dan damai untuk dikunjungi ditambah pula dengan lapangan tanaman sawah padi. Jika menginap di sini, anda akan disambut dengan mesra oleh tuan rumah dan masyarakat setempat malah anda akan dibawa untuk melakukan aktiviti kampung yang terdapat di sini. Antaranya ialah aktiviti mewarna batik, menaiki traktor ke sekitar kawasan kampung, serta belajar tentang penanaman pad itradisional, cara penebangan kayu dan tanaman herba. Bukan itu sahaja, terdapat juga aktiviti menangkap ikan keli di dalam lumpur menggunakan tangan, berkayak, memancing di sungai-sungai kecil, terusan dan laut, jungle trekking dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM60-RM200 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari agrotourismhomestaysgsireh.blogspot.com atau hubungi (+6019-346 7372)

 

4) RUMAH INAP PAPITUSULEM, SABAK BERNAM

Rumah inap Papitusulem terletak di Sekinchan yang mana tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Suasana kampung ini sangat cantik kerana dikelilingi lapangan sawah padi yang hijau. Rumah inap Papitusulem ini membolehkan anda merasai kehidupan kampung dengan tinggal bersama keluarga angkat yang bekerja sebagai petani dengan dihidangkan dengan menu makanan kampung yang lazat. Seterusnya, anda akan dibawa  ke kawasan pertanian sawah padi, melawat kebun sayur-sayuran, tempat pemprosesan santan kelapa dan lain-lain lagi. Anda juga akan dipersembahkan dengan tarian kebudayaan kompang, seni silat, kuda kepang dan cempuling.

Bukan itu sahaja, terdapat juga tempat rekreasi di mana anda boleh berkayak, menaiki bot serta memancing di laut. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM20-RM120 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari papitusulemhomestay.yolasite.com atau hubungi(+60172712260)

 

5) RUMAH INAP ANJUNG DAMAI KAMPUNG SUNGAI LANG TENGAH, KUALA LANGAT

Terletak di Kuala Langat, rumah inap Anjung Damai ini merupakan destinasi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara kerana suasananya yang nyaman dan aktiviti kampung yang ditawarkan cukup menyeronokkan. Rumah inap ini dilengkapi dengan fasiliti seperti penghawa dingin, tempat letak kenderaan yang luas, bilik air moden yang cantik malah lokasi yang berhampiran dengan pasar raya dan restoran. Pengalaman yang bakal diperoleh dalam melakukan aktiviti di sini adalah seperti menunggang ATV, lawatan ke ladang ternakan lembu, kambing dan biri-biri sambil memberi makan kepada haiwan tersebut, menyusuri hutan paya bakau, dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM60-RM250 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari@anjungdamaihomestay/facebook atau hubungi (+6013-233 3768)

 

6) RUMAH INAP BOUGAINVILLEA KAMPUNG SUNGAI KERTAS, GOMBAK

Rumah inap Bougainvillea ini terletak di Gombak di mana tempat ini menawarkan kehidupan yang berbeza dari kawasan bandar. Menginap di sini sangat menarik kerana banyak aktiviti yang disedikan kepada pengunjung. Penduduk Kampung Sungai Kertas sentiasa mengamalkan aktiviti bergotong-royong dengan masyarakat setempat malah warisan tradisi sentiasa diraikan. Aktiviti yang ditawarkan di dalam pakej mereka adalah seperti pakej perkahwinan Melayu dengan menampilkan persembahan kebudayaan, ruang tempat pengantin, pakaian perkahwinan pengantin Melayu dan lain-lain lagi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk belajar memasak menu masakan tradisi seperti sambal tempe serta makanan masyarakat Mandailing iaitu Nasi Upa-Upa. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyakRM98 hingga RM380 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari sungaikertas.blogspot.com atau hubungi (+60163920439)

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2020/12/alami-pengalaman-cara-hidup-luar-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 709 hits
6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar 6 Lokasi Rumah Inap di Negeri Selangor yang disyorkan sebagai destinasi percutian untuk merasai pengalaman cara hidup luar bandar yang cukup dekat bagi warga Kuala Lump...
Senyaman Nyamannya Rumah Mertua Masih Enakan Di Kontrakan Berdua Meski Hidup Seadanya Setuju

Senyaman Nyamannya Rumah Mertua Masih Enakan Di Kontrakan Berdua Meski Hidup Seadanya Setuju

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 251 hits
Banyak yang mengatakan seenak enaknya rumah mertua masih enakan di kontrakan berdua meski hidup serba seadanya atau bahkan masih banyak sekali kekurangan Mengapa karena saat kita sudah hidup berdua terbiasa apa apa berdua mengatur segalanya...
Cara Buat Side Income Untuk Suri Rumah

Cara Buat Side Income Untuk Suri Rumah

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 451 hits
Bagaimana Untuk Kita Boleh Menjana Income RM12000 Sebulan Atau Lebih Dengan Jadi Penjual Ebook Je Wah sangat menarik Di kala mana seluruh dunia terkesan akibat pandemic Covid 19 ini termasuk kita di Malaysia ini Tak dapat dinafikan ramai di...
Cara Cara Untuk Buat Wet Food Di Rumah Khas Untuk Si Pencinta Kucing

Cara Cara Untuk Buat Wet Food Di Rumah Khas Untuk Si Pencinta Kucing

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 1042 hits
Korang perasan tak kebanyakan kucing kucing yang famous dan popular di media sosial mesti gemuk dan gebu semacam Sampai korang tertanya tanya apalah yang tuan dia bagi sampai jadi besar macam tu betul tak Kalau sebelum ini korang selalu bel...
Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Pasti Tak Cukup Satu

Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Pasti Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 317 hits
Kalau memang berjiwa ibu ni dari malam sudah fikir apa menu sarapan yang disukai keluarga Resipi cucur ni jarang kali tidak laku kalau dibuat Gerenti berebut makan nanti Cekodok pisang antara yang digemari Macam mana nak buat cekodok yang r...
Ayam Ketuk Is The Town Kl Selangor And Negeri Sembilan

Ayam Ketuk Is The Town Kl Selangor And Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 580 hits
MY AYAM KETUK today announced Couple Combo Set and Family Combo Set a new addition to its menu Couple Combo Set and Family Combo Set meal are made special for two and for four to six person where we are offering a new way for Malaysians to ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids