6 Resipi Kuih Berinti Manis Pilihan Ramai Sedap Senang Buat


Teringin nak makan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari.
RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan.
Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti.
Tak berkenan kuih ketayap, ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.
KUIH KETAYAP
BAHAN KULIT:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 ½ cawan santan
1 ½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau
BAHAN INTI:
½ biji kelapa parut | ambil putih sahaja
¾ cawan gula merah
½ sudu teh garam
2 helai daun pandan | disimpulkan
½ cawan air
2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
2. Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering. Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
3. Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
4. Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
5. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan. Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
7. Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
8. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
9. Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. Sedia dihidangkan.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
½ cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 ½ cawan air
1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Daun pisang | dilayur atas api kecil
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan |disimpul
½ cawan air
CARA MEMASAK:
1. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
4. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
5. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
6. Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
7. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti. Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
8. Kemudian lipat seperti biasa. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut
4 helai daun pandan | dikisar dengan ½ cawan air
1 cawan air
Gula melaka | dipotong kiub
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk, jika suka. Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
2. Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk.
3. Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa. Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
4. Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
5. Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10–15 biji sekali rebus.
6. Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
7. Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi. Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau
6gm yis segera
50gm minyak sayur
½ sudu teh garam
100gm gula halus
250gm air suam
BAHAN INTI:
200gm kacang merah
100gm gula perang
½ sudu teh gula merah
½ sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
2. Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
3. Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
4. Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
5. Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
6. Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
7. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
8. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat. Kemudian isikan inti dan bulatkan doh. Simpan selama sejam.
9. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak, untuk disapu pada acuan
CARA MEMASAK:
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
3. Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.
5. Sapu sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan. Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.
6. Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
7. Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi keledek
Tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk. Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
2. Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum. Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
3. Bentukkan doh bulat seperti bebola. Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
4. Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
5. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
The post 6 Resipi Kuih Berinti Manis Pilihan Ramai, Sedap & Senang Buat appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/08/6-resipi-kuih-berinti-manis-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Rangup Lebih Sihat Resipi Kerepek Labu Lemak Manis Paling Enak

Sedap Rangup Lebih Sihat Resipi Kerepek Labu Lemak Manis Paling Enak

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 218 hits
Pernah cuba makan Kerepek Labu Sedap tau Rasa rangup lemak lemak manis memang sangat enak walaupun tidak ditambah garam atau sebarang perisa lain Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Nomie Harun Pasti puas hati dengan rasanya Sesua...
Resipi Cencaru Sumbat Sambal Berasap Pedas Menyengat Memang Sedap

Resipi Cencaru Sumbat Sambal Berasap Pedas Menyengat Memang Sedap

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 204 hits
Anda dan keluarga suka makan hidangan pedas Jika ya menu Sumbat Sambal Berasap perkongsian saudari Ratna Sari Zain ni pasti kena dengan selera Menu mudah dan memang membuka selera Sesuai sangatlah cuba untuk sajian makan atau ni Jom lihat b...
Resipi Chicken Chop Homemade Mudah Sedap Menjilat Jari

Resipi Chicken Chop Homemade Mudah Sedap Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 162 hits
Semua orang suka makan Chicken Chop Kena pula dengan sos sedap coleslaw yang berlemak perghhh Memang kecur liur Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah resipi perkongsian saudari ni boleh dicuba Mudah sedap dan tak guna banyak sang...
Kek Yang Tak Jemu Dimakan Resipi Mudah Kek Oren Lembut Sedap

Kek Yang Tak Jemu Dimakan Resipi Mudah Kek Oren Lembut Sedap

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 284 hits
Kek Oren antara resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba serta dihidangkan untuk hidangan menu petang Kek oren ni juga antara kegemaran min jika anak ada buat majlis di sekolah Cepat siap dan mudah untuk disediakan inilah resipi yang dikong...
Kongsi Resepi Kuah Kacang Ikut Resipi Arwah Mak Ramai Yang Memuji Sedap

Kongsi Resepi Kuah Kacang Ikut Resipi Arwah Mak Ramai Yang Memuji Sedap

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 200 hits
Kuah kacang biasanya enak dinikmati bersama nasi impit Tidak semestinya menunggu raya baru boleh buat kuah kacang Ada tetamu nak datang hujung minggu ni boleh jamu mereka dengan kuah kacang air tangan anda Boleh cuba resepi perkongsian Ruzi...
Resipi Mashed Potato Ala Kfc Yang Mudah Sedap

Resipi Mashed Potato Ala Kfc Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 180 hits
Mashed potato atau kentang putar ni memang sedap dimakan panas panas kan Rasanya yang lembut dan berlemak memang nikmat Jika dulu mashed potato KFC yang popular nah sekarang boleh saja buat sendiri di rumah Mudah sangat Resipi yang dikongsi...
Lauk Simple Terlajak Sedap Resipi Telur Mata Sambal Hijau

Lauk Simple Terlajak Sedap Resipi Telur Mata Sambal Hijau

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 327 hits
Tak ada idea nak masak apa Resipi Telur Mata Sambal Hijau perkongsian saudari Cheyah Saripuddin ni antara yang patut dicuba Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya Rasa pula tentulah sedap Orang bujang patut cub ani Tak perlu lauk lain da...
Masak Nasi Goreng Daging Sedap Guna Resipi Ni Memang Padu

Masak Nasi Goreng Daging Sedap Guna Resipi Ni Memang Padu

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 233 hits
Enaknya andai dapat menikmati sepinggan Nasi Goreng Daging Cukup rasa dan sangat membuka selera Hidangan nasi goreng memang menjadi pilihan ramai sama ada untuk sarapan pagi makan tengahari mahupun makan malam Ada pelbagai versi nasi goreng...
Kuih Bingka Pandan Yang Sedap

Kuih Bingka Pandan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 181 hits
Pagi pagi hari minggu saya bangun dan terus ke dapur untuk menyediakan kuih bingka pandan Ini adalah kerana kuih ini agak lama dibakar dan perlu lama menunggu ianya betul betul sejuk baru boleh dipotong Jadi saya mahu supaya Nana dapat mera...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik