Setelah melalui bermacam laporan dan khabar angin, Activision dan Infinity Ward akhirnya telah mengumumkan secara rasmi Call of Duty: Modern Warfare — ya, judul yang telah di-reboot
2. Latar Belakang“Ini merupakan Modern Warfare yang digambarkan dengan serba baru dalam segala aspek,” kata Dave Stohl, ketua Infinity Ward. “Kami sedang mencipta pengalaman yang didorong emosi yang diinspirasikan daripada berita-berita di dunia pada hari ini, di mana peraturan adalah kelabu dan garisan pertarungan dikaburkan.”“Pemain akan menyertai pelbagai pasukan khas antarabangsa dan pejuang kebebasan dalam misi yang mendebarkan melalui bandar-bandar ikonik Eropah dan kawasan yang tidak menentu di Timur Tengah. Ia tegang, ia mengujakan, dan kami tak sabar para peminat bermain pada Oktober ini.”3. Tarikh Pelancaran
Bersama-sama dengan trailer ini, tarikh pelancarannya juga telah diumumkan. Call of Duty: Modern Warfare akan dilancarkan pada 25 Oktober 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One. Jadi, kita semua masih ada kira-kira lima bulan untuk menabung
Bukan setakat cross-play antara platform, malah game ini nanti akan membawakan fungsi cross-mode progression, lapor Charlie INTEL. Pemain boleh berkongsi progression antara satu mode dengan satu mode yang lain
Jadi, apa pandangan korang tentang Call of Duty untuk tahun ini? Dah tak sabar menanti Oktober|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |