6 Perkara Atau Servis Terminal Bersepadu Selatan Tbs Perlu Diketahui


Biasa dengan perkhidmatan disediakan di Terminal Bersepadu Selatan atau TBS? Ia merupakan stesen perhentian bersepadu melibatkan pengangkutan awam darat di Malaysia. Menerusi TBS, anda boleh ke utara, selatan, dan ke timur Semenanjung Malaysia menerusi perkhidmatan seperti bas ekspress, teksi dan juga keretapi.

Walaupun ianya telah lama beroperasi, masih ramai pengguna yang kurang mengetahui beberapa servis perkhidmatan yang ada disediakan di TBS. Malah kakitangan TBS sering menerima banyak pertanyaan berkaitan Terminal Bersepadu Selatan ini.

6 Perkara Mengenai Servis Disediakan oleh Staff Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Kami ingin berkongsi sedikit Q&A yang biasa diterima warga staf di Terminal Bersepadu Selatan setiap kali berhadapan dengan bakal penumpang yang cuba mendapatkan perkhidmatan terbaik di TBS. Ada di antara melucukan tetapi boleh dijadikan panduan untuk pengguna yang lain.


Baca 6 persoalan di bawah, dan fahami jawapan yang diberikan berkaitan servis yang disediakan di TBS. Kalau boleh kongsikan kepada rakan-rakan yang sering menggunakan TBS ini sebagai panduan dan rujukan mereka.

Ianya adalah olahan daripada original post dikongsi oleh saudara Ahmad Sobri Mansor, kakitangan berdedikasi di TBS.


1. “Encik, dekat mana kaunnter tiket bas Transnasional?”Rupa-rupanya masih ada lagi yang tak tau konsep Sistem Pembelian Tiket Berpusat (Centralized Ticketing System) di Terminal Bersepadu Selatan ini.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan, apatah lagi bila masih ada lagi pengguna yang bertanyakan soalan-soalan mudah dan sebenarnya sudah tersedia terjawab di beberapa maklumat am dipaparkan di dalam TBS ini.


Kalau anda sampai di sini, anda tidak perlu terpinga-pinga untuk mencari kaunter syarikat bas macam yang ada di Terminal Bas Pudu suatu ketika dulu. Anda boleh walk-in di mana-mana kaunter yang sedia ada. Tiada terminal khas untuk syarikat bas ekspress yang khusus!

Pilih sahaja tarikh dan destinasi, contohnya Jitra pada 24hb Januari 2020 dan sistem akan paparkan syarikat bas ekspres yang menyediakan destinasi yang anda pilih tadi.

Anda pilihlah samada ingin memilih perkhidmatan dari syarikat bas ekspress Transnasional, KKKL, Super Nice, Adik-Beradik atau mana sahaja mengikut citarasa anda. Terseran dan terpulang, anda diberikan pilihan dan ianya sangat mudah.

Ya. Segala servis dan perkhidmatan utnuk mendapatkan tiket bas ekspress di TBS telah dipermudahkan untuk pengguna. Fahami dan gunakan sebaiknya.

2. “Bang, kalau saya beli tiket online macam redbus ke, easybook ke, busonlineticket ke, macam mana ye?”
Boleh. Tiada masalah untuk membeli tiket secara online samada menerusi laman web Redbus, Easybook, Busonlineticket dan sebagainya.

Cuma, selepas anda membeli tiket bas ekspress secara online, anda perlu walk-in di kaunter berwarna hijau di aras 3. Nama kaunter tersebut adalah Boarding Pass Counter. Ia adalah untuk membuat penukaran tiket sebenar.


Apa perlu anda buat?

Anda hanya perlu menunjukan email yang diterima dari syarikat jualan tiket online tadi di kaunter khas ini, atau sebarang bukti berkaitan pembelian tiket bas ekspress secara online ini. Staff  TBS di kaunter hijau akan membantu membuat proses penukaran tiket bas.

Proses penukaran tiket bas ini tidak mengambil masa yang terlalu lama. Ia cuma ambil masa beberapa minit, cuma untuk kebaikan anda; datanglah awal untuk memudah dan mempercepatkan proses.


Kerana apa? Tiada siapa tahu, mungkin sewaktu anda hendak menukar tiket di kaunter khas ini nanti, handphone anda tiba-tiba tiada bateri, email tak boleh buka, tak boleh download (kredit habis) dan macam-macam perkara yang tidak dapat kita jangka. Maka, cuba elakkan.

Benda-benda kecil dan remeh ini jika tidak diambil ingatan bakal menjadi punca anda ketinggalan bas. Walaupun pemandu bas kebiasaannya setia dan jujur memberikan servis terbaik untuk anda, mereka ada penumpang lain yang perlu dihormati dan jadual perjalanan yang perlu diikuti.

Mohon supaya tidak mendatangkan masalah kepada penumpang lain yang tahu prosedur di TBS. Anda perlu bertanggungjawab dengan perkhidmatan yang telah dipermudahkan kepada anda. Simple.

3. “Malam pun ada bas ke bang?”
Ya. Perkhidmatan bas ekspress ada di waktu malam. Tidak kira anda ingin menuju ke utara atau pantai timur. Malah, jika and ingin terus ke Thailand pun, perkhidmatan bas ekspress boleh didapati pada waktu malam.


Contoh; anda naik bas waktu malam jam 2 pagi, anda akan sampai ke Hadyai dalam pukul 10 pagi. Anda pergi mengurut dengan awek siam, atau cari jodoh di sana, kemudian anda balik masuk ke Malaysia semula dengan naik bas yang sama pun tiada masalah.

Pastikan sahaja ada dokumen perjalanan yang sah. Ya, TBS boleh sediakan perkhidmatan bas ekspress waktu malam, dan boleh terus ke Thailand atau Singapura.

4. "Saya baru dapat claim e-wallet. Boleh ke nak guna untuk beli tiket bas?"
Boleh. Tiada sebarang masalah untuk membuat bayaran tiket menggunakan e-wallet atau e-dompet. Sekarang ini, TBS menerima pembayaran tiket melalui sistem e-wallet yang sah. TBS menyokong sistem e-wallet yang terkenal, termasuklah Boost, Touch N Go dan banyak lagi.

Anda jangan ingat e-wallet hanya untuk beli Tealive sahaja di TBS. Gunakan e-wallet anda untuk pembelian tiket bas ekspress di TBS. Ini zaman pembelian tanpa tunai!

Pun begitu, usah risau jika terdapat banyak tunai dalam dompet atau anda tidak mempunyai sebarang e-wallet dalam smartphone anda. Sistem e-wallet adalah sebagai alternatif sahaja.

Pembayaran tunai masih lagi diterima. Semuanya disediakan untuk kemudahan para pelanggan dan penumpang di TBS.

5. "Bang, saya dah beli tiket bas nak balik kampung. Tapi saya tak jadi nak balik pulak sebab ada hal. Abang boleh tolong jualkan untuk saya tak?"
Biasa berlaku. Iyalah, mana boleh menduga ada sesuatu bakal berlaku bilamana anda dah teruja nak balik ke kampung menggunakan perkhidmatan bas ekspress di TBS.

Sekarang, persoalannya ialah, boleh atau tidak anda menjual balik tiket bas yang telah dibeli kepada TBS atau menerusi kaunter disediakan di TBS?

Jawapannya, tidak boleh!

Daripada anda meminta staff TBS menjualkan tiket anda kepada orang lain, adalah lebih afdal sekiranya anda sebagai pelanggan yang menjual sendiri tiket tersebut kepada orang lain. Ohh jangan risau setakat menjual satu tiket milik anda yang sah kepada pelanggan lain, ini tidak bermakna anda dianggap sebagai ulat tiket.

Dalam banyak-banyak bentuk pertolongan yang boleh diberikan oleh staff TBS, ia tidak sesekali termasuk membeli atau menjual balik tiket bas anda. Ianya dianggap sebagai satu kesilapan dan kecuaian pelanggan; dan ia adalah dibawah tanggungjawab pelanggan itu sendiri.


6. "Bang, saya tertinggal barang dalam bas tadi. Saya turun bas nak buang air. Keluar je tandas, bas dah takde. Saya ada barang tertinggal atas seat dalam bas tu. Tolong bang, tolongggg?"Apa perlu anda lakukan? Ok. Pertama sekali anda perlu bertenang jika situasi ini berlaku. Tidak perlu panik.

Seterusnya, anda perlu pergi ke kaunter Khidmat Pelanggan (Customer Service) di Aras 3, Terminal Bersepadu Selatan ini. Ianya betul-betul berada berhadapan dengan mesin ATM di TBS.

Di situ, anda berikan info penting seperti nama syarikat bas, nombor pendaftaran bas atau anda tunjuk saja tiket bas yang ada dalam simpanan anda untuk tindakan dan bantuan staff TBS.

In Sha Allah, pegawai khidmat pelanggan yang bertugas waktu itu akan menghubungi pemandu bas atau syarikat bas yang tinggalkan anda tadi dan bertanyakan barang anda yang tertinggal di dalam bas.

Elakkan melepaskan geram pada staff di kaunter tersebut. Mereka ingin membantu anda sebaik mungkin. Beri peluang untuk mereka bantu anda dengan baik.

Begitulah.

Ahmad Sobri Mansor

**

Harapnya dengan perkongsian ini dapat merungkai beberapa persoalan yang biasanya tertanya oleh pelanggan atau bakal pelanggan TBS. Malah, darinya ini dapat membantu menyelesaian beberapa masalah yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

[Promo] Dapatkan Lebih Penjimatan Penginapan di Hotel Pilihan dengan Agoda

Gunakan servis yang disediakan untuk kegunaan ramai ini dengan sebaik mungkin. Jangan abuse. Jika kita tidak menghargai, bagaimana orang lain nanti dapat menikmatinya bersama?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.daain.info/2020/01/servis-oleh-staff-terminal-bersepadu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Servis Potong Rumput Kepala Batas

Servis Potong Rumput Kepala Batas

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 738 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Rumah anda dinaiki Rumput tiada masa untuk memotongnya kami boleh menyelesaikan masalah anda kami ada menyediakan perkhidmatan servis memotong rumput pembersihan dan trimming kawasan Servis kami meliput...
Adakah Anda Kerap Servis Pendingin Hawa Kereta Mungkin Anda Perlu Tahu Hal Ini

Adakah Anda Kerap Servis Pendingin Hawa Kereta Mungkin Anda Perlu Tahu Hal Ini

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 370 hits
Adakah benar jika kita meletakkan kelajuan penyaman udara pada tahap minimum akan merosakkannya berbanding menggunakan secara maksimum ada juga yang faham jika letak pada tahap minimum habuk dari luar banyak masuk ke dalam kenderaan Andaian...
Servis Kereta

Servis Kereta

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 540 hits
AssalamualaikumPagi semua Moga Korang sihat dan ceria selalu Dah Sarapan ke LM sarapan roti Bakar je tadi dan secawan latte Buat sarapan French toast dan nasi goreng untuk diorang Tapi macam biasa lah tak lalu nak makan sangat Maka roti je ...
Servis Urut Tradisional Urut Satu Badan

Servis Urut Tradisional Urut Satu Badan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 578 hits
Urut Tradisional Urutan atau lebih dikenali sebagai rawatan refleksologi merupakan cara atau untuk melegakan dan memperbetulkan perjalanan urat saraf disamping mengembalikan sepenuhnya fungsi urat dalam badan Ianya salah satu kaedah perawat...
Servis Injector Anda Sebelum Balik Raya

Servis Injector Anda Sebelum Balik Raya

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 306 hits
Sebelum balik kampung raya ni servis dan cuci injector kereta anda Injector kalau tak pernah servis kan tersumbat Ini punca kereta anda banyak makan petrol semput dan takde pikap Macam mana nak servis Senang je Servis Injektor Motor Injeksi...
Coin Market Cap Atau Website Dan Platform Untuk Listing Senarai Mata Wang Kripto Digital

Coin Market Cap Atau Website Dan Platform Untuk Listing Senarai Mata Wang Kripto Digital

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 424 hits
perhatikan senarai teratas mata wang digital dan market cap pasaran modalAssalammualaikum wbt dan salam sejahtera Kebiasaannya mereka yang pakar mengenai kripto atau mula berjinak mengenai kripto mata wang digital akan menjadikan coin marke...
Kadis Tata Ruang Dki 191 Pohon Ditebang Di Monas Dibuat Bangku Atau Furnitur

Kadis Tata Ruang Dki 191 Pohon Ditebang Di Monas Dibuat Bangku Atau Furnitur

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 195 hits
Pemanfaatan pohon pohon ini diketahui belakangan setelah sebelumnya Pemprov DKI tidak menjelaskan secara pasti nasib bongkahan pohon pohon itu
Polis Indonesia Keliru Nak Kurung Lucinta Dalam Lokap Lelaki Atau Wanita

Polis Indonesia Keliru Nak Kurung Lucinta Dalam Lokap Lelaki Atau Wanita

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 1164 hits
Polis Indonesia Keliru Nak Kurung Lucinta Dalam Lokap Lelaki Atau WanitaJakarta Penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia Lucinta Luna ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy
Gembira Atau Sebenarnya Membebankan

Gembira Atau Sebenarnya Membebankan

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 266 hits
Assalammualaikum wbtGEMBIRA ATAU SEBENARNYA MEMBEBANKAN Satu masa dahulu bila pakai baju warna dan corak yang sama itulah boria katanya Ada yang suka ada yang terus menolak Kemudia bertukar menjadi sedondon Dah tak sebut boria lagi ke PC je...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah